You are on page 1of 31

BAHAGIAN B PENGURUSAN MURID ASRAMA

21

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN B : PENGURUSAN MURID ASRAMA 1. Pengenalan 2. Matlamat 3. Kriteria Pengambilan Murid Ke Asrama 4. Bidang Pengurusan Murid 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 Pengurusan Akademik 24 Pengurusan Kokurikulum ( Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & 25 Sukan/Permainan ) Pengurusan Sahsiah/Bina Insan 26 Pengurusan Kesihatan dan kebersihan 31 Keselamatan 31 Pengurusan Kebajikan Murid 34 Peraturan Dan Disiplin 36 Peraturan Asrama 40 Peraturan Keluar Masuk 47 Peraturan Melawat 47 Pemeriksaan Asrama 48 Kategori Kesalahan Murid 48 Tindakan Tindakan 50
22

23 23 23 24

BAHAGIAN B : PENGURUSAN MURID ASRAMA

1.

Pengenalan Murid di asrama seharusnya lebih cemerlang dalam pelbagai bidang berbanding dengan murid yang mempunyai latar belakang yang sama tetapi tidak tinggal di asrama. Ini disebabkan mereka mendapat pelbagai kemudahan dan peruntukan yang besar. Hal ini boleh dicapai melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti murid yang berkesan.

2.

Matlamat Melahirkan murid yang cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.

Kriteria Pengambilan Murid Asrama 3.1. Kemudahan asrama adalah satu keistimewaan dan bukan merupakan hak kepada semua murid. Oleh itu, pemilihan murid-murid yang layak masuk ke asrama adalah berdasarkan kriteria berikut :3.1.1 Tinggal jauh dari sekolah. 3.1.2 Keluarga yang kurang berada. 3.1.3 Murid Rancangan Khas (Ini melibatkan asrama-asrama tertentu sahaja seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri) 3.1.3.1 Rancangan Khas Akademik 3.1.3.2 Rancangan Khas Aliran Agama 3.1.3.3 Rancangan Khas Sukan 3.1.3.4 Rancangan Khas Integrasi 3.1.3.5 Rancangan Model Khas (Rendah/Menengah) 3.2 3.3 3.4 3.5 Tinggal di tempat yang sukar mendapat kemudahan pengangkutan dan mengancam keselamatan murid. Ibu bapa/penjaga mereka bertugas di luar negara. Murid- murid yang mungkin tercicir jika tidak diberi tempat di asrama. Kes Khas (Arahan-arahan khas daripada Kementerian Pelajaran/Pengarah Pelajaran Negeri)

23

Bidang Pengurusan Murid 4.1 Pengurusan Akademik 4.1.1 Menubuhkan jawatankuasa. 4.1.2 Kelas Persediaan (Preparatory hour) dijalankan secara berjadual dan bersistem. 4.1.3 Mengadakan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan yang dikelolakan oleh guru yang berpengalaman dan berkemahiran.

4.1.4 Bengkel kemahiran belajar diadakan secara terancang dan berkesan. 4.1.5 Penggunaan perpustakaan asrama/sekolah secara maksimum. 4.1.6 4.1.7 4.1.8 4.1.9 Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan peningkatan dalam ujian dan peperiksaan. Warden memaklumkan perkembangan pencapaian akademik murid kepada ibu bapa atau penjaga. Mengadakan program bercorak akademik seperti hari/minggu/bulan Bahasa Inggeris bagi meningkatkan minat dalam pelajaran dan sebagainya. Menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti modul, buku kerja, perisian pembelajaran berkomputer untuk digunakan oleh murid.

4.1.10 Memastikan murid-murid membuat Aku Janji dengan menetapkan sasaran pencapaian akademik secara jelas dan khusus. Contoh Perancangan Program Peningkatan Akademik Bil 1 2 Aktiviti Kelas persediaan pagi/petang Kelas persediaan malam Motivasi Akademik Orientasi Kelas Tambahan/ Tuisyen (UPSR/PMR/ SPM/ STPM) Objektif Menyemak kerja rumah dan membuat persiapan Pelajaran Mengulangkaji Pelajaran Mendedahkan murid baru tentang kaedah belajar dalam konteks kehidupan di asrama Mengulangkaji Pelajaran untuk peperiksaan Kumpulan Sasaran Semua murid Semua Murid Pelaksana Utama/ Penyelaras - Warden - Pengawas - Ketua kelas - Warden - Pengawas - Ketua Kelas - PK 1 /PK HEM - Kaunselor - Warden - Ibu bapa - PIBG - PK 1 -J/Kuasa Akademik/ Guru/ Warden/ Ibubapa/ PIBG Tarikh Pelaksanaan Sepanjang masa Sepanjang masa Minggu Pertama mendaftar

Semua murid baru

Semua murid kelas peperiksaan

Mengikut Takwim sekolah


24

Kursus/ Ceramah Teknik Kemahiran Belajar Kursus/teknik menjawab soalan Kajian Pencapaian Akademik dan Tindakan Susulan Anugerah Kecemerlangan Akademik TV Pendidikan (Rakaman)

Pendedahan penguasaan teknik pembelajaran yang berkesan Mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan Menganalisis dan menyediakan program susulan/ menyimpan rekod akademik/ mengesan murid lemah Merangsang murid ke arah kecemerlangan Pendedahan maklumat mata pelajaran

Semua murid Semua murid kelas peperiksaan

-GPK 1 -J/Kuasa Akademik/ Kaunselor -J/Kuasa Akademik/ Kaunselor -J/Kuasa Akademik

Mengikut Takwim Sekolah Mengikut Takwim Sekolah Sepanjang Masa/Selepas Ujian/ Peperiksaan Pertengahan/ Akhir Tahun Sepanjang masa

Semua murid

Semua murid Semua murid mengikut tingkatan

-J/Kuasa Akademik/ Warden -J/Kuasa Akademik/ Warden bertugas

4.2

Pengurusan Kokurikulum (Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & Sukan/Permainan) 4.2.1 Menubuhkan jawatankuasa.

4.2.2 Memastikan setiap murid mengisi Borang Laporan Kesihatan semasa pendaftaran masuk ke asrama setiap tahun. Ia perlu dirujuk sebelum seseorang murid itu dibenarkan menyertai sebarang program/aktiviti. 4.2.3 Mewajibkan setiap murid menyertai salah satu bidang kokurikulum di peringkat sekolah secara aktif. 4.2.4 Menyediakan jadual aktiviti sepanjang minggu/bulan/tahun. 4.2.5 Merancang program dan aktiviti yang menjurus kepada integrasi nasional. 4.2.6 Menyediakan bilik, kemudahan tempat dan peralatan bagi semua aktiviti kokurikulum. 4.2.7 Mewujudkan/memantapkan pasukan sekolah/asrama dan menyediakan pasukan pelapis bagi setiap program/aktiviti.

4.2.8 Menyertai pelbagai pertandingan di peringkat asrama, zon/daerah, negeri dan kebangsaan. 4.2.9 Merancang dan mendapatkan peruntukan kewangan bagi pembelian peralatan aktiviti kokurikulum.

4.2.10 Memastikan murid hanya menyertai aktiviti luar sekolah yang diluluskan oleh JPN/ Pengetua/Guru Besar sahaja serta mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga.
25

4.2.11 Memastikan semua aktiviti berlangsung dalam suasana harmonis. 4.2.12 Memastikan murid - murid mematuhi peraturan keselamatan dan peraturan mengikut Education (School Discipline) Regulations 1959 di dalam semua aktiviti yang dijalankan. 4.2.13 Menganjurkan kursus kepemimpinan dan latihan kepada semua pemimpin unit secara berkala. 4.2.14 Memastikan setiap murid sentiasa mematuhi peraturan permainan, menjaga nama baik serta imej sekolah dan menunjukkan prestasi cemerlang. 4.2.15 Menyediakan rekod prestasi kokurikulum setiap murid. 4.2.16 Mempelbagaikan jenis permainan dan sukan agar lebih ramai murid terlibat mengikut minat masing-masing. 4.2.17 Mengadakan program sukan dan permainan tertentu untuk tujuan kecemerlangan dengan bantuan jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah daripada persatuan-persatuan sukan tempatan. 4.2.18 Mewujudkan asrama berwatak melalui aktiviti kokurikulum. 4.3 Pengurusan Sahsiah/Bina Insan 4.3.1 Keagamaan/Kerohanian 4.3.1.1 4.3.1.2 Mewujudkan Jawatankuasa. Memastikan semua murid memiliki pakaian dan kelengkapan yang sempurna, sesuai untuk beribadah dan aktiviti keagamaan. Mewajibkan murid asrama yang beragama Islam mengerjakan solat berjemaah di bilik solat/surau asrama. Mengadakan kelas Al-Quran. Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti kerohanian secara harian/mingguan/bulanan seperti:i. ii. iii. iv. v. vi. Bacaan Yasin dan Tahlil Kuliah Maghrib / Subuh Tazkirah selepas Solat Maghrib Tadarus Al-Quran Usrah murid Qiamullail
26

4.3.1.3 4.3.1.4 4.3.1.5

vii. viii. 4.3.1.6

Doa dan Zikir Marhaban

Memupuk nilai-nilai murni seperti berikut : i. ii. iii. iv. Memberi dan menjawab salam Ucapan terima kasih Hormat menghormati Bersopan santun

4.3.1.7. Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Sambutan Hari Kebesaran Islam seperti : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. 4.3.1.8. Maal Hijrah Maulidur Rasul Israk Mikraj Nisfu Syaaban Ihya` Ramadhan Nuzul Al-Quran Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Merancang dan mengadakan kursus-kursus Fardhu Ain dan Fardu Kifayah berkaitan peningkatan amalan kerohanian di kalangan murid, contoh : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Kursus Imam dan Muazzin Kursus Pengurusan Jenazah. Kursus mendirikan solat Kursus Haji Khemah Ibadat Kursus Perkahwinan Kursus Penyembelihan
27

4.3.1.9. Merancang dan mengadakan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan keagamaan seperti: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Hafazan Nasyid Marhaban/Berzanji Azan Syarahan Tilawah Sketsa

4.3.2 Pengurusan Surau/Bilik Solat a. b. c. d. e. f. Menubuhkan jawatankuasa Mengadakan atau menyediakan kemudahan tempat wuduk dan solat yang sesuai dan lengkap Menyediakan jadual bertugas bagi Imam dan Muazzin Memastikan murid solat berjemaah di surau Membuat penyeliaan dan laporan harian Menyediakan kemudahan siaraya

4.3.3 Kelas Membaca Al-Quran a. Mengenal pasti murid yang tidak dapat membaca al-Quran dengan betul melalui Kelas Fardhu Ain dan Kokurikulum Pendidikan Islam kepada murid baru. b. Menyediakan bahan bacaan dan tenaga pengajar. c. Mengadakan kelas pengajian dan latihan membaca al-Quran. d. Melatih secara berkelompok / kumpulan. e. Membuat penilaian/laporan. f . Membudayakan membaca al-Quran secara istiqomah. g. Mengadakan kelas bacaan al-Quran,Tajwid dan Tarannum.
28

29

4.3.4

Kepemimpinan a. Mengadakan kursus kepemimpinan. b. Memberi peluang dan ruang seluas-luasnya kepada murid untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang. c. Membina kesedaran kendiri melalui latihan dan amalan berpandukan modul tertentu. d. Memperbanyakkan dokumen penghayatan biodata pemimpin negara dan tokoh-tokoh pejuang yang ditempatkan di perpustakaan asrama dan di papan kenyataan asrama.

4.3.5 a.

Penghayatan Nilai Murni Melahirkan murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. b. kesyukuran. c. d. e. patriotisme. f. telah dijalankan. Contoh Perancangan Program Kepemimpinan Menghasilkan buletin/buku skrap aktiviti-aktiviti yang Membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa dan negara sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab. Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan. Mengadakan tayangan filem yang berkaitan dengan Menanamkan nilai kesedaran, keyakinan dan

Bil 1

Program Kursus Kepemimpinan Pengawas Asrama

Objektif Strategi - Melahirkan pemimpin - Ceramah murid asrama - LDK - Memberi pendedahan - Lawatan kepada murid tentang - Forum cara-cara memimpin Majlis Anugerah - Melahirkan tokoh - Majlis khas Cemerlang pemimpin murid - Majlis jamuan - Memberi pengiktirafan akhir tahun kepada murid yang - Hadiah telah memberi - Sijil sumbangan kepada asrama Membentuk - Melahirkan murid - Menubuhkan Kumpulan/ boleh memimpin dan Jawatankuasa Pasukan mengurus khas seperti

Tarikh Mac

Nov

Sepanjang tahun
30

Tertentu

Memberi tanggungjawab kepada murid untuk memimpin -

Program Pertukaran Murid Antara Asrama Program Motivasi Antara Asrama

5 -

Memberi pendedahan kepada murid tentang budaya sesebuah asrama Memupuk semangat cintakan asrama. Memberi kesedaran kepada murid tentang kepimpinan Membentuk daya kepimpinan.

Pengawas, Dorm, Kumpulan kebudayaan contoh:Nasyid Kompang Koir Marhaban Pertukaran murid Julai asrama Tingkatan 2 & 4

Kem Motivasi

Mei

4.4 Pengurusan Kesihatan dan Kebersihan Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna daripada segi fizikal,mental, sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit atau cacat cedera . (Pertubuhan Kesihatan Sedunia-WHO) Murid asrama perlu mempunyai kesedaran, sikap dan amalan yang positif terhadap kebersihan kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Kesihatan pula penting bagi pembentukan insan yang seimbang. Oleh itu, murid yang tinggal di asrama hendaklah dididik supaya bertanggungjawab menjaga kebersihan diri mereka, tempat tinggal dan persekitaran. Kebersihan dan keceriaan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :4.4.1 Kebersihan Dan Kesihatan Diri a b c 4.4.2 Pakaian a b 4.5 Keselamatan
31

Kebersihan kendiri perlu menjadi amalan yang paling penting bagi setiap murid. PPM/Warden perlu menjalankan pemeriksaan kebersihan bilik dan diri murid setiap hari. Sebarang penyakit atau kemalangan/kecemasan hendaklah dilaporkan dengan segera.

Murid mestilah sentiasa berpakaian kemas dan bersih. Pakaian sekolah hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya.

4.5.1

Keselamatan murid perlulah diutamakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku akibat daripada kecuaian dan ketidaksempurnaan keadaan di asrama. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan langkah-langkah keselamatan sentiasa diamalkan. Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran i. Apabila berlaku kebakaran, loceng kecemasan hendaklah dibunyikan dan orang pertama menyedarinya mestilah menghubungi bomba dengan segera. Murid asrama mestilah meninggalkan bangunan asrama dengan serta merta. Semua suis lampu dan kipas mestilah dimatikan. Ketua dorm/murid yang terakhir yang berada di dalam dorm hendaklah menutup pintu setelah memastikan semua murid keluar. Murid hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan mengikut pelan kecemasan yang telah ditetapkan. Di tempat perhimpunan, murid hendaklah berbaris mengikut dorm masing-masing dan ketua dorm hendaklah menyemak dan memastikan bilangan muridnya mencukupi. Warden yang bertugas hendaklah melakukan tinjauan di tempat kebakaran berlaku dan melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar/ Pen. Kanan HEM/Ketua Warden. Ketua dorm hendaklah melaporkan bilangan murid dalam dormnya kepada warden dan seterusnya melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar. Murid hanya dibenarkan bersurai apabila diarahkan.

a.

ii. iii. iv.

v. vi.

vii.

viii.

ix. b.

Sistem Amaran Awal Kebakaran i. Pastikan semua peralatan, suis dan soket dalam keadaan baik serta berfungsi. ii. Semua kerosakan mestilah dilaporkan kepada penyelia/warden dengan segera. iii. Pemadam api dan paip bomba mestilah dalam keadaan baik, berfungsi, diletakkan di tempat yang strategik dan diselenggara setahun sekali. iv. Setiap bilik dan blok mestilah dilengkapi dengan pelan kecemasan yang menunjukkan laluan murid apabila berlaku kecemasan. v. Laluan kecemasan mestilah bebas daripada sebarang halangan.
32

vi. Latihan kebakaran mestilah dijalankan pada awal tahun dan sekurangkurangnya dua kali setahun. vii. Murid dilarang membuat sambungan elektrik atau menggunakan ubat nyamuk, alatan elektrik, lilin atau pelita. viii. Sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan sewaktu menggunakan peralatan elektrik dan bahan api. ix. Dorm yang menampung lebih daripada 4 orang mestilah mempunyai dua pintu. x. Lampu kecemasan berfungsi jika bekalan elektrik terputus. xi. Setiap dorm mesti mempunyai dua lampu picit yang berfungsi dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai. xii. Dilarang membuat pembakaran terbuka di kawasan asrama. c. Keracunan i. Tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan yang dibeli dari luar asrama. ii. Pastikan pekerja dewan makan mendapat suntikan TY2. iii Murid tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari dewan makan.

iv. Murid tidak dibenarkan membawa masuk atau menyimpan sebarang makanan di dalam dorm. v. Jika berlaku keracunan, segera bawa murid berkenaan ke hospital/klinik terdekat. vi. Melaporkan kepada Pengetua/GB/PK HEM/JPN/waris. d. Kemalangan Kecil i. ii. iii. iv. v. Pastikan lantai sentiasa bersih dan kering. Dilarang sama sekali berlari di dalam bilik air, dorm dan koridor. Tidak dibenarkan duduk di atas tembok koridor. Poster-poster peringatan perlu ditampal di persekitaran asrama. Dilarang memanjat tangki air atau sebarang tempat tinggi yang berbahaya.

33

e.

Sistem Kawalan Am i. Pengawal keselamatan mestilah membuat rondaan yang kerap dan membuat laporan kepada Penyelia Asrama sekiranya berlaku kerosakan. Mengunci dan membuka pagar pada waktu yang ditetapkan. Kawasan asrama puteri mestilah berpagar di sekeliling dan pintunya sentiasa berkunci pada waktu malam. Pintu di dalam dorm mestilah dilengkapi dengan penyelak / kunci. Alatan berbahaya seperti pisau/gunting/ skrew driver tidak boleh disimpan di asrama. Murid mestilah mengetahui peraturan umum keselamatan seperti keselamatan jalan raya dan keselamatan elektrik. Satu isyarat tertentu (seperti jeritan, bunyi wisel, siren, loceng ) hendaklah dibunyikan jika berlaku kecemasan atau pencerobohan.

ii. iii. iv. v. vi. vii.

4.6 Pengurusan Kebajikan Murid 4.6.1 Pendaftaran Dan Penempatan Murid Asrama Pengurusan bidang ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap murid yang berjaya ditempatkan di asrama mempunyai keperluan asas yang mencukupi dan selesa seperti katil, tilam, bantal, almari dan sebagainya. Mereka perlu diberi panduan untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru yang mungkin asing bagi mereka. Perkara-perkara yang perlu diambil tindakan: i. ii. ii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Panduan Penempatan Murid Asrama Menerima senarai nama daripada Pengetua/Guru Besar Mengenal pasti bilik/perabot/alatan. Membuat agihan mengikut bilik Murid asrama melapor diri Murid asrama mengisi borang penerimaan alatan Menyemak dan mengesahkan borang akuan penerimaan Murid mendapat tempat penginapan Taklimat kepada waris
34

x.

Program Suai Kenal

4.6.2 Pengurusan Tabung Kebajikan Murid Ini bertujuan untuk membantu murid asrama dari segi kewangan apabila mereka menghadapi keadaan kecemasan. Antara sumber dana ialah : i. ii. iii. 4.6.3 Kutipan yuran daripada setiap murid dibuat setelah memohon dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Melalui inisiatif Badan Kebajikan Waris Asrama/PIBG Melalui sumber-sumber lain.

Pengurusan Kesihatan Murid a. Pengurusan bidang ini bertujuan untuk memberi bantuan segera dan lanjutan kepada murid yang menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan ketika berada di asrama. Antara fungsi- fungsinya : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Memastikan setiap murid mempunyai rekod kesihatan sejak mula mendaftar. Memastikan rekod kesihatan murid disimpan dan mudah untuk diperoleh pada masa kecemasan. Memastikan bilik rawatan lengkap, sesuai dan selesa. Memastikan bekalan ubat mencukupi dan terkawal. Menguruskan surat kebenaran mendapat rawatan. Menguruskan penghantaran murid ke hospital/klinik/ rumah apabila sakit. Menghubungi ibu bapa/penjaga/waris murid yang sakit. Melaksanakan program kesihatan murid seperti : a. b. c. d. e. Ceramah kesihatan Pemeriksaan kesihatan Kempen cara hidup sihat Program kecergasan Program awal remaja
35

f. 4.6.4 Pengurusan Pengangkutan

Program penjagaan gigi

Penyelia Asrama/Warden perlu menguruskan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan murid seperti ke masjid untuk sembahyang Jumaat, balik kampung, semasa kecemasan dan lawatan sambil belajar. 4.6.5 Pengurusan Disiplin

Pengurusan Disiplin bertujuan untuk memastikan murid asrama mematuhi peraturan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. 1. Menubuhkan Jawatankuasa Disiplin Asrama. 2. Mewujudkan Buku Peraturan Asrama. 3. Merekod kes disiplin di dalam Buku Salahlaku. 4. Melengkapkan data kes salahlaku ke dalam Sistem Maklumat Asrama (SMA). 5. Mewujudkan Lembaga Pengawas Asrama. 6. Memastikan murid mematuhi peraturan dan mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan asrama. 7. Mematuhi prosedur tindakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Melaksanakan program Sistem Amaran Awal (AWAS). 9. Menyediakan borang tertentu yang berkaitan dengan disiplin seperti : i. ii. iii Akujanji Surat Pemberitahuan Borang Pengakuan dan lain-lain yang berkaitan.

10. Memaklumkan dan memanggil ibu bapa/penjaga murid yang melakukan kesalahan untuk sesi perbincangan. 11. Merujuk kes-kes salahlaku murid kepada Pengetua / Guru Besar untuk diambil tindakan. 12. Menyediakan program pemantapan disiplin. Contohnya: i. ii. iii. Sesi Kaunseling Motivasi Ceramah
36

iv.

Seminar Keibubapaan

4.7

Jadual Harian Murid Asrama Isnin Hingga Khamis (Mengikut kesesuaian sekolah) 5.30 pagi 6.00 pagi 6.40 pagi 7.00 pagi 7.05 pagi 7.10 pagi 7.25 pagi 12.00 t.hari 1.45 petang 2.50 petang 3.00 petang 4.30 petang 4.45 petang 5.00 petang 6.15 petang 6.30 petang 7.20 malam Siren/loceng murid bangun/persiapan diri. Sembahyang Subuh secara berjemaah. Sarapan pagi. Siren/loceng untuk meninggalkan dewan makan. Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah. Perhimpunan pagi. Pelajaran bermula. Makan tengah hari Sembahyang Zohor secara berjemaah. Siren/Loceng peringatan dibunyikan . Kelas persediaan Minum petang. Sembahyang Asar secara berjemaah. Riadah/Urus Diri Siren/Loceng dibunyikan. Makan malam. Sembahyang Maghrib/Isya berjemaah.

9.00 malam Kelas persediaan malam. 10.30 malam Minum malam. 11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam. 11.05 malam Murid berada di katil masing-masing

37

Jumaat 5.30 pagi 6.00 pagi 6.40 pagi 7.00 pagi 7.05 pagi 7.10 pagi 7.25 pagi 12.00 petang 12.45 petang 2.50 petang 3.00 petang 4.30 petang 4.45 petang 5.00 petang 6.15 petang 6.30 petang 7.30 malam 8.00 malam 10.30 malam 11.00 malam 11.05 malam Sabtu 5.30 pagi 6.00 pagi 6.40 pagi Siren/loceng murid bangun. Sembahyang Subuh berjemaah/ kuliah subuh Sarapan pagi.
38

Siren/loceng murid bangun/persiapan diri. Sembahyang Subuh berjemaah (Sujud Sajadah). Sarapan pagi. Siren/Loceng untuk meninggalkan dewan makan. Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah. Perhimpunan pagi. Pelajaran bermula. Makan tengahari. Sembahyang Jumaat (L) /Zohor (P). Siren/Loceng peringatan dibunyikan . Kelas persediaan . Minum petang. Sembahyang Asar berjemaah. Riadah/Urus Diri Siren/Loceng dibunyikan . Makan malam. Sembahyang Maghrib/Isya berjemaah. Kelas persediaan malam. Minum malam. Siren/loceng peringatan lampu dipadam. Murid berada di katil masing-masing.

7.00 pagi 7.05 pagi 7.10 pagi 8.00 pagi 12.00 tgh. 12.30 tgh 1.30 petang 4.30 petang 4.45 petang 5.00 petang 6.15 petang 6.20 petang 6.30 petang 7.20 malam

Siren/loceng untuk meninggalkan dewan makan. Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah. Perhimpunan pagi. Kelas persediaan/aktiviti kokurikulum./Keluar ke bandar. Tamat kelas persediaan/Aktiviti Kokurikulum. Makan tengahari. Sembahyang Zohor berjemaah. Minum petang. Sembahyang Asar berjemaah. Riadah Petang/Urus Diri Siren/Loceng peringatan dibunyikan. Semua mesti berada di asrama Makan malam. Sembahyang Maghrib/Isya berjemaah. Aktiviti berfaedah/kelas persediaan malam.

10.30 malam Minum malam. 11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam. 11.05 malam Murid berada di atas katil masing-masing. Ahad/ Cuti Umum 5.30 pagi 6.00 pagi 6.30 pagi 7.30 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 12.30 tgh Siren/loceng murid bangun. Sembahyang Subuh berjemaah/Kuliah Subuh Riadah pagi. Sarapan pagi. Gotong royong Pemeriksaan rasmi asrama. Makan tengahari.
39

1.30 tgh 4.30 petang 4.45 petang 5.00 petang 6.15 petang 6.30 petang 7.20 malam 9.00 malam 10.30 malam 11.00 malam 11.05 malam 4.8

Sembahyang Zohor berjemaah. Minum petang. Sembahyang Asar berjemaah. Riadah petang. Siren/loceng peringatan dibunyikan . Makan malam. Sembahyang Maghrib/Isya berjemaah Kelas persediaan malam. Minum malam. Siren/loceng peringatan lampu dipadam. Murid berada di atas katil masing-masing.

PERATURAN ASRAMA 4.8.1 a) b) 4.8.2 Peraturan Kemasukan Penginapan di asrama adalah terhad untuk tempoh setahun sahaja. Murid mestilah memohon semula untuk tahun berikutnya. Peraturan Berpakaian a) Setiap murid dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah, menghadiri kelas persediaan, pemeriksaan dorm dan menghadiri sebarang acara rasmi asrama atau sekolah. b) Setiap murid mesti memakai pakaian rasmi asrama/kemas apabila keluar dari kawasan asrama seperti keluar ke bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke rumah. c) Murid perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku, mewarnakannya dan memakai kosmetik. 4.8.2.1 Pakaian Sekolah Murid Lelaki a) Baju i) ii) iii) Warna putih (cotton), lengan pendek , poket satu di kiri dan tidak bertutup. Butang putih dijahit dengan benang putih. Baju sentiasa dimasukkan ke dalam.
40

iv)

Baju berlengan panjang dibenarkan dengan syarat dikenakan butang di pergelangan tangan atau dilipat dengan kemas hingga ke paras siku.

41

b) Seluar i) ii) iii) iv) c) Stokin i) ii) d) Kasut i) ii) iii) Kasut kanvas berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, kasut kulit berwarna hitam (bukan kanvas) dipakai untuk acara rasmi. Kasut tidak bertumit tinggi. Kasut berbelang-belang, sandal, selipar, kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah. Kasut tidak boleh diconteng dan mesti sentiasa bersih. Kasut bertali mestilah diikat kemas. Semasa berpakaian sekolah mesti memakai stokin berwarna putih. Stokin yang terlalu pendek tidak dibenarkan. Seluar panjang berwarna hijau tua/putih . Labuh seluar tidak melebihi tumit kasut dan paling singkat menutup buku lali apabila berdiri. Potongan bell-bottom, kaki kecil (slim cut ) dan ketat tidak dibenarkan. Material dari Jeans atau ala Jeans tidak dibenarkan.

iv) v) . e)

Tali Pinggang. i) ii) Hanya tali pinggang kanvas berwarna hijau atau hitam dibenarkan. Lebar tali pinggang mestilah tidak melebihi 2 cm.

iii) Kepala tali pinggang yang besar dan berbagai bentuk tidak dibenarkan. (Rujuk buku panduan disiplin peraturan pakaian sekolah)

42

4.8.2.2

Pakaian Sekolah Murid Perempuan. i) ii) iii) Baju kurung dan kain atau pinafore sekolah (cotton). Telekung mini berwarna putih. Stokin berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah.

(Rujuk buku panduan disiplin peraturan pakaian sekolah) 4.8.2.3 a) Pakaian Kebangsaan. Murid Lelaki. i) ii) b) Pakaian kebangsaan berwarna putih atau berwarna pilihan asrama, potongan baju berbutang 5 atau 3. Songkok hitam, berukuran tinggi 10 cm dan bersampin.

Murid Perempuan Pakaian baju kurung berwarna putih atau berwarna pilihan asrama.

4.8.2.4

Pakaian Sukan i) ii) Seluar panjang permainan (seluar trek) berwarna biru gelap atau hitam. Hanya baju T berkolar, berwarna putih berlengan pendek atau panjang, kosong atau berlambang/tulisan yang berkaitan dengan identiti sekolah sahaja.

4.8.2.5

Pakaian Pengawas Tertakluk kepada tatacara berpakaian pengawas sekolah.

4.8.2.6

Tanda Nama dan Lencana Sekolah Hendaklah dipakai bersama pakaian seragam sekolah.

4.8.2.7

Cermin Mata i) ii) iii) iv) Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doktor. Cermin mata tidak boleh berbingkai besar atau terlalu kecil dan berwarna atau berfesyen. Cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doktor Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam/ gelap.
43

4.8.2.8

Topi/Songkok i) ii) Dibenarkan memakai topi sekolah ketika menyertai atau menyaksikan acara sukan dan permainan. Dibenarkan memakai songkok hitam sahaja.

4.8.2.9 a)

Rambut Murid Lelaki i) ii) iii) iv) v) b) Rambut mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju. Bahagian belakang tidak tebal dan ekor pipit 2 cm sahaja. Rambut mesti disikat kemas dan bersih. Membotakkan kepala adalah dilarang. Rambut yang berfesyen atau berwarna adalah dilarang. Misai,janggut dan jambang tidak dibenarkan.

Murid Perempuan i) ii) iii) iv) v) Rambut hendaklah pendek. Jika panjang mestilah diikat / didandan dengan reben hitam/putih/biru. Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka. Rambut yang berfesyen dan berwarna adalah dilarang. Rambut mesti kemas dan bersih. Bulu kening tidak boleh dihias, dicukur atau dicabut.

4.8.3

Majalah Dan Penulisan i) Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan cetak mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua/Guru Besar. Semua tulisan yang bertujuan untuk dicetak, disebar dan diedar hendaklah melalui semakan dan kebenaran warden. Murid-murid tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa kebenaran Pengetua/Guru Besar.

ii) iii)

44

iv)

Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah adalah tertakluk kepada peraturan sekolah (rujuk pekeliling tentang Majalah Sekolah 1958) dan pindaan- pindaannya.

4.8.4

Surat Menyurat i) ii) iii) Semua surat yang diterima dan dikirim mesti pengirim. ada nama dan alamat

Pihak pentadbiran asrama berhak menapis semua surat jika dirasakan perlu. Penerima surat berdaftar mesti membawa kad pengenalan dan mengambil surat berdaftar di pejabat selepas waktu sekolah.

4.8.5

Harta Persendirian i) ii) Menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda milik masingmasing. Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik murid hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna. Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, dorm atau tempat-tempat yang terdedah. Murid hanya dibenarkan menyimpan wang tidak melebihi RM10.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh warden atau di bank. Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin, guru bertugas harian atau warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.

iii)

iv)

4.8.6

Barang larangan i) ii) Radio, telefon bimbit dan alat-alat elektrik/elektronik/muzik tidak dibenarkan dibawa ke asrama. Rokok, pil khayal, chewing gum, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga,cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, album bergambar, buku/majalah berunsur negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama.

iii)

45

4.8.7

Kawasan Larangan i) ii) Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali ada urusan tertentu sahaja. Bilik Makmal atau Bilik Tayangan, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Lukisan, Gimnasium, Bilik Komputer, Bilik Gerakan, Bilik Tetamu dan Bilik Profesional kecuali pada waktu persekolahan atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru penasihat persatuan. Dewan makan kecuali waktu makan/minum atau operasi pembersihan. Dapur dan tangki air. Kawasan ibu sawat elektrik dan tempat menyimpan kenderaan sekolah. Kawasan rumah Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, rumah guru dan rumah pekerja. Kawasan asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu riadah, solat jemaah, aktiviti petang atau persatuan dan waktu kelas persediaan. Pada waktu malam yang tiada kelas persediaan, murid-murid mesti berada di kawasan asrama sahaja kecuali dengan kebenaran. Kawasan asrama puteri menjadi kawasan larangan murid putera dan sebaliknya.

iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) 4.8.8 Kelas Persediaan i) ii) iii) iv)

Semua murid diwajibkan menghadiri kelas-kelas persediaan petang dan malam yang telah ditetapkan. Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua warden atau warden bertugas. Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan. Murid-murid juga tidak dibenarkan membaca surat khabar, majalah, komik, menulis surat, membuat lukisan, berjalan-jalan atau berbual-bual kosong.

4.8.9

Makanan i) ii) iii) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan. Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam dorm. Murid yang sakit atau tidak berupaya berjalan, makanan boleh dibawa ke bilik rawatan.
46

4.9

Peraturan Keluar Masuk i) ii) Murid dibenarkan keluar ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak asrama. Setiap murid mestilah menyerahkan kad murid/kad keluar masuk di pondok pengawal/warden sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan asrama. Kebenaran keluar asrama pada waktu yang lain hanya diberikan untuk temujanji rawatan, kecemasan atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja. Murid tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran ketua warden atau warden bertugas. Murid yang keluar ke bandar dilarang membawa beg atau bungkusan yang berisi pakaian dan seumpamanya.

iii) iv) v) 4.10 Peraturan Melawat i) i ii ii)

Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut : Sabtu/ Ahad : Kelepasan Am : 10.00 pagi - 6.00 petang 10.00 pagi - 6.00 petang

Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan HEM/ warden bertugas. Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang disediakan. Pelawat dilarang masuk ke dalam dorm dan kawasan-kawasan larangan yang lain. Murid perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki kecuali bapa atau adik-beradik lelaki. Semua pelawat mestilah mempunyai kad pelawat dan mematuhi syarat syarat yang tercatat pada kad pelawat tersebut. Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang tidak mempunyai kad pelawat atau yang diragukan kesahihannya. Pelawat/Ibu bapa hanya dibenarkan melawat murid pada waktu lawatan sahaja. Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal yang penting, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar. Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik belajar untuk bertemu dengan murid. Pakaian pelawat mestilah bersopan dan beradab.
47

iii)

iv) v) vi) vii) viii)

ix) x)

4.11

Pemeriksaan Asrama i) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh pengawas sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur murid dalam keadaan kemas dan bersih. Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas bagi memastikan : a) b) c) d) iii) iv) Kebersihan dorm murid. Kebersihan asrama. Setiap murid mempunyai peralatan peribadi yang lengkap. Perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak sekolah.

ii)

Pemeriksaan asrama pada hari Ahad, jam 10.00 pagi dijalankan oleh pengawas dan warden. Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan HEM/ Warden/Guru Disiplin atau Pengawas.

4.12

Kategori Kesalahan Murid 4.12.1 Kesalahan Berat a) b) c) d) e) f) Menyimpan, membawa, mengambil atau mengedar dadah. Menghisap, menyimpan atau membawa rokok, meminum minuman keras atau berjudi. Mencuri atau merosakkan harta benda sekolah atau asrama, guru-guru, pekerja atau murid-murid lain dengan sengaja. Mencabar atau mengancam serta menggunakan kekerasan terhadap guru-guru, kakitangan atau murid-murid lain. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan menyimpan senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk tujuan jahat. Menceroboh ke asrama puteri bagi putera atau sebaliknya.

48

g)

Pertemuan antara putera dan puteri atau dengan individu lain yang berlainan jantina di tempat-tempat yang tersembunyi, gelap atau yang boleh mendatangkan syak wasangka. Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan pergaduhan. Meninggalkan kawasan sekolah/asrama tanpa kebenaran dengan cara memanjat pagar, menumpang kenderaan dan sebagainya. Ponteng kelas/sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, menipu dan membantah arahan warden/guru. Membantah keputusan atau arahan pihak pejabat, penyelia asrama, warden, guru disiplin, penolong kanan atau pengetua walaupun telah diberi beberapa kali amaran. Menunjukkan sifat bongkak dan menghina pengawas sekolah/asrama,warden,guru dan kakitangan sekolah/asrama. Kesalahan Sederhana

h) i)

j) k)

l) 4.12.2 a) b)

Menyalahgunakan ilmu seni mempertahankan diri seperti silat, karate atau Tae Kwan Do dan sebagainya. Melakukan kesalahan-kesalahan ringan secara berturut-turut walaupun telah diberi amaran dan membuat perakuan bertulis. Kesalahan Ringan

4.12.3 a) b) c) d) e) f)

Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah/asrama. Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas. Tidak mematuhi arahan-arahan daripada pengawas dan ketua dorm. Berambut panjang, tidak dijaga dengan kemas atau tidak dipotong/disikat secara yang dibenarkan. Tidak menghadiri perjumpaan/aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan. Berkelakuan kurang sopan/membuat bising/mengganggu ketenteraman umum atau murid lain di asrama/sekolah/ padang/gelanggang semasa menonton perlawanan sukan/ semasa dalam rombongan dan sebagainya.
49

g) Menyalahgunakan kemudahan sekolah/asrama seperti menconteng poster yang ditampalkan/papan kenyataan/papan hijau/putih, bilik darjah, bas sekolah, membazirkan tenaga elektrik, air dan lain-lain. h) Tidak menjaga keselamatan diri/harta benda sekolah/ asrama/ murid- murid lain. 4.13 Tindakan Tindakan 4.13.1 Kesalahan Berat a) Dilaporkan kepada Pengetua / Guru Besar / PPD /JPN/Kementeriaan Pelajaran Malaysia (mengikut kesalahan) dan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga. Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan terakhir. Menarik balik biasiswa atau kemudahan lain yang telah diberikan. Diberi amaran terakhir, dirotan, digantung atau dibuang asrama. Mengisi borang akujanji. Dihantar ke sesi kaunseling. Kesalahan Sederhana a) Kali pertama : - Dirotan. - Membuat perakuan bertulis. - Laporan kepada ibu bapa/penjaga. - Ditahan keluar ke bandar selama dua kali berturut-turut. - Dihantar ke sesi kaunseling.

b) c) d) e) f) 4.13.2

50

b)

Kali Kedua : - Dirotan. - Amaran terakhir. - Membuat perakuan bertulis.(salinan kepada ibu bapa atau penjaga) - Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan bertulis di hadapan pengetua. - Dihantar ke sesi kaunseling.

c)

Kali ketiga. - Dirotan. - Diumumkan semasa perhimpunan. - Digantung persekolahan/asrama. - Direkod sebagai kesalahan berat, jika diulangi akan dibuang sekolah/asrama - Dihantar ke sesi kaunseling.

4.13.3

Kesalahan Ringan. a) Kali pertama b) Diberi amaran.

Kali kedua. - Diberi amaran terakhir - Ditahan keluar ke bandar sekali.

c)

Kali ketiga. - Dirotan - Ditahan keluar ke bandar tiga kali berturutturut - Direkod sebagai kesalahan sederhana. Jika diulangi akan dirotan serta dilaporkan kepada ibu bapa/penjaga. - Dihantar ke sesi kaunseling.
51

You might also like