You are on page 1of 21

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU IPG KAMPUS DARULAMAN

Taklimat Akademik PISMP Semester 1/Januari 2010

Pn. Zakiah bt Mahmud (Penyelaras PISMP IPGK Darulaman)

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)dengan Kepujian


Satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki lulus kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Program
Melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Ciri-ciri Kurikulum
Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan bersepadu Konsep the personhood of teachers dan pendekatan humanistik akan diberi fokus Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai pendidik Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning) dan pengalaman klinikal (clinical experience) Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat

Fokus Hasil Pembelajaran


Fokus hasil pembelajaran yang hendak dicapai melalui 3 tahap / aras selama empat tahun pengajian adalah dari segi: Etika Profesional Pengetahuan dan Kefahaman Kemahiran Intelek Kemahiran Praktikal Kemahiran Kebolehpindahan Penghayatan dan Amalan Nilai Hasil pembelajaran yang hendak dicapai pada Aras 1 akan diulang (revisit) semasa Aras 2 dan 3 dengan lebih meluas dan mendalam.

Konsep Penilaian dan Pentaksiran


bertujuan untuk memastikan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dicapai Bentuk penilaian boleh dibuat dalam pelbagai bentuk termasuk pentaksiran berterusan, peperiksaan berpusat dan penulisan akademik.

Jaminan Kualiti
Kurikulum yang direka bentuk adalah berdasarkan prosedur Jaminan Kualiti Akademik yang ditetapkan oleh Jaminan Kualiti IPG dan juga memenuhi Kod Jaminan Kualiti yang menepati Malaysian Qualification Framework (MQF).

Sistem Akademik
Tempoh Pengajian Program PISMP dengan Kepujian dikendalikan selama empat tahun dalam lapan semester. Tahun Akademik Tahun akademik IPGM dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dan Semester Kedua. Setiap semester mengandungi 20 minggu.

Prinsip Pengiraan Jam Kredit


Peruntukan jam bagi tujuan pengiraan kredit adalah berdasarkan interaksi bersemuka dan tidak semuka, yang mencakupi teori dan amali, serta Amalan Profesional yang diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit.
Amalan Profesional terdiri daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), praktikum, dan internship yang memperuntukkan 1 kredit bagi tempoh dua minggu pelaksanaan. Kokurikulum dan Bina Insan Guru masing-masing diberi peruntukan 40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit. Seseorang pelajar perlu menamatkan pengajian selama 8 semester dengan jayanya dengan menyempurnakan pembelajaran sebanyak 133 kredit untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.

Struktur Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan


Bil.
1

Kursus
Wajib Kursus wajib IPT Kursus wajib IPG Teras Pengajian profesional Major Amalan profesional Elektif Pakej elektif 1 Pakej elektif 2

Jumlah Kredit
23 (17%)

133 (100%)
86 (65%)

24 (18%)

Kursus Wajib (23 Kredit)


Kursus Wajib terdiri daripada Kursus Wajib Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan Kursus Wajib Institut Pendidikan Guru (IPG).
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengetahuan asas, kemahiran generik, dan kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh seseorang guru.

Kursus Teras (27 + 45 + 14 kredit)


Kursus Teras terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional.

Pengajian Profesional (27 kredit) memberi pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan yang merangkumi aspek pengetahuan, nilai dan etika keguruan serta kemahiran profesional bagi melahirkan guru yang mampu memainkan peranan dengan baik dan berkesan. Kursus Major (45 kredit) ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan kandungan subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar menguasai major yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah sehingga tahap ijazah.
Amalan Profesional (14 kredit)membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Sepanjang mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32 minggu yang dilaksanakan melalui tiga proses, iaitu ;
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS 4 minggu), Praktikum (24 minggu), dan Internship (4 minggu).

Kursus Elektif (12 + 12 kredit)


Kursus Elektif terdiri daripada dua Pakej Elektif yang ditawarkan untuk membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus major. Skop kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiran yang berasaskan sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Kursus Tanpa Kredit (TK)


Kursus Tanpa Kredit merupakan Elektif Tambahan yang terdiri daripada English Language Enrichment yang ditawarkan untuk menampung keperluan pelajar dalam meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan Malaysian University English Test (MUET).

Jaminan Kualiti untuk Mencapai Guru Bertaraf Dunia


Isi kandungan pengetahuan merentas kurikulum Pensyarah tidak dijadikan sumber maklumat utama Pembelajaran berpusatkan pelajar Integrasi ICT dalam pencarian maklumat Penyediaan tugasan terarah Pembelajaran berasaskan projek Integrasi kemahiran generik Mendidik pelajar engage in learning Penyediaan unit portfolio pelajar PENGURUSAN FAIL PELAJAR

Senarai Semak Fail P&P Pelajar


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Struktur program PISMP keseluruhan Tawaran kursus mengikut semester Jadual Waktu setiap semester Proforma dan Rancangan Semester Garis panduan perlaksanaan Gerko Garis panduan perlaksanaan BIG KKBI/ soalan tugasan dan tugasan yang telah disemak Bahan sumber P&P- kuliah/tutorial, amali (bercetak)/ISL Maklumat praktikum/ PBS disediakan oleh JK MQA disediakan oleh JK MQA

10 Modul, jurnal dan bahan rujukan . berkaitan kursus diajar.

Fail Individu (Pelajar)


Fail peribadi pelajar (yang disediakan oleh HEP)
Surat tawaran Markah peperiksaan setiap semester (mesti dikemaskini)

Warna bagi Fail P&P Pelajar


Semester Semester Semester Semester Semester Semester Semester Semester 1 : Kuning 2 : Biru 3 : Hijau 4 : Merah 5 : Ungu 6 : Oren 7 : Pink 8 : Maroon

Kursus Semester 1
KOD WAJ3101 WAJ3102 WAJ3108 WAJ3114 EDU3101 EDU3102 XXX3101 XXX3102 KURSUS KREDIT Tamadun Islam dan Asia 2(2+0) English Language Proficiency I 2(2+0) Kokurikulum Pengurusan Kokurikulum 1(1+0) Bina Insan Guru Fasa I (45 jam) *KT Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (dan **PBS) 3(3+0) Perkembangan Kanak-Kanak 3(3+0) Major 3(x+x) Major 3(x+x) Jumlah 17

Kursus Major
Program Sains Matematik Kursus Major 1 SCE3101 : Life and Living Processes MTE3101 :Knowing Numbers PIM3101:Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah BCN3101:Fonetik dan Kosa Kata PJM3101:Kaedah Latihan Kecergasan Fizikal Kursus Major 2 SCE31012: Childrens Learning in Science MTE3102: Mathematics Education Curriculum PIM3102:Pedagogi Pendidikan Islam Kursus Major 3 Tiada

Pendidikan Islam

Pendidikan Bahasa Cina

BCN3102:Guru Bahasa Cina dan Pembelajaran Bahasa Cina PJM3102:Pergerakan Asas PJM3103 Olahraga

Pendidikan Jasmani

PKP3101:Pengenalan kepada Pendidikan Pemulihan Pendidikan Khas-Masalah PKB3101:Pengenalan kepada Masalah Pembelajaran Pembelajaran Pendidikan Pemulihan

PKU3102:Pengenalan kepada Masalah Bahasa & Komunikasi PKU3102: Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi

Terima Kasih.
Q&A
Inside the black box; The quality of an education system cannot exceed the quality of its teachers The only way to improve outcomes is to improve instruction High performance requires every child to succeed

You might also like