You are on page 1of 41

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Konsep etnik, budaya dan masyarakat Kepelbagaian etnik di Malaysia Konsep perpaduan dan integrasi Konsep Masyarakat Majmuk menurut Islam

KITA MULAKAN DENGAN DOA

Konsep Etnik, Budaya dan Masyarakat


Konsep Etnik bermaksud kaum atau bangsa, ia juga dimaksudkan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciriciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Etnik bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain Di bawah etnik ialah ras atau suku kaum. Sebagai contoh di bawah etnik Melayu, rasnya ialah Jawa, banjar, bugis, kadazan, dusun, bajau dan lain-lain. Konsep Budaya bermaksud cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, politik, agama, susunan organisasi ekonomi, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat. Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.
4

Etnik Malaysia

Konsep Etnik, Budaya dan Masyarakat


Budaya terbahagi dua Budaya berbentuk kebendaan iaitu peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya Budaya bukan berbentuk kebendaan iaitu kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Ciri-ciri budaya Dipelajari Dikongsi Sejagat Diwarisi Berubah Perlambangan Pandangan Semesta
6

Gambaran budaya

Konsep Etnik, Budaya dan Masyarakat


Fungsi budaya Memenuhi dan Menyediakan Keperluan Panduan Anggota Masyarakat Bertingkahlaku Mengatur Hubungan Sesama Manusia Penggalak Kepada Manusia Untuk Mencipta Alat Penyatuan dan Pengenalan Identiti Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciriciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental Konsep Masyarakat Masyarakat merupakan kumpulan individu yang mempunyai hubungan yang sangat lama, mereka saling berhubung antara satu sama lain dalam sesuatu penempatan yang sama. Perhubungan yang wujud mungkin dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal, dan sebagainya.
8

Konsep Etnik, Budaya dan Masyarakat


Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersamasama di suatu tempat menggunakan peraturan dan cara-cara tertentu. Masyarakat juga bermaksud sebagai komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula menerangkan bahawa, masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial. Ciri-ciri masyarakat Manusia Yang Hidup Berkelompok Mempunyai agama Melahirkan Kebudayaan Mengalami Perubahan Berinteraksi Terdapat Kepimpinan Stratifikasi Sosial
9

Masyarakat Melayu

10

Konsep Etnik, Budaya dan Masyarakat


Keperluan mengkaji masyarakat Manusia Hidup Bermasyarakat Memahami Cara Hidup Bermasyarakat Memahami Budaya Masyarakat Lain Memupuk Kerjasama Antara Masyarakat Mewujudkan Keamanan Dalam Negara Bekerjasama Membangun Negara Membentuk Nilai Yang Sama

11

Kepelbagaian Etnik di Malaysia


Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujud kan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Masyarakat Malaysia terdiri daripada etnik Melayu, Cina dan India

12

Kepelbagaian Etnik di Malaysia


Etnik Melayu Di Semenanjung: Melayu, Orang Indonesia, NEGRITO: Batek, Jahai, Kensiu, Kintak, Lanoh, Mendrik. SENOI: Che Wong, Jah Hut, Jah Jehai, Kanao, Mah Meri, Pangan, Semang, Semai, Semok Beri, Temiar. MELAYU PROTO: Jakun, Kanak, Orang Laut, Orang Selitar, Semelai, Temok, Temuan. Etnik Peribumi Di Sabah: Bajau, Bisayah, Brunei, Pulau Cocos, Dumpas, Idahan, Ilanun, Kadazan, Kedayan, Kwijau, Lotud, Mangkaan, Maragang, Minokok, Murut, Orang Sungai, Paitan, Rumanau, Rungus, Sino_Native, Sulu, Tambanuo, Tidong Etnik Peribumi Di Sarawak: Bidayuh, Bisayuh, Bukitan, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Orang Ulu, Tagal, Tabun dan Ukit.
13

Kepelbagaian Etnik di Malaysia


Etnik Cina: Cina, Foochow, Hainan, Henghua, Hokchia, Hokchiu, Hokkien, Kantonis, Khek (Hakka), Kwongsai, Teochew Etnik India: Tamil, Orang India, Jaffna Tamil, Malayalee, Pakistan, Sikh, Orang Sinhale, Bangladesh, Telegu

14

Saiz Penduduk Malaysia


PENDUDUK Bumiputera Cina India Kaum lain Jumlah 1990 63.3% 26.5% 7.6% 2.6% 100.00 2000 66.1% 25.3% 7.4% 1.2% 100.00 2010 68.7% 25.1% 5.2% 1.0% 100.00
15

Saiz Penduduk Semenanjung


Etnik Melayu Bumiputera lain India Peratusan 61.7 01.3 09.1

Cina
Jumlah

27.9
100.00
16

Saiz Penduduk Sarawak


Etnik Iban Bidayuh Orang Ulu Melayu Melanau Cina India Jumlah Peratusan 30.1 08.3 05.9 23.2 05.7 26.5 00.2 100.0
17

Saiz Penduduk Sabah


Etnik Kadazan Bajau Murut Melayu Bumiputera lain Cina India Jumlah Peratusan 24.8 18.5 04.5 17.2 20.6 13.7 00.5 100.0
18

Anutan Agama Etnik Di Malaysia


Agama Islam Kristian Dianuti oleh Dianuti oleh masyarakat Melayu dan kaum lain Majoriti masyarakat Cina, India, Kadazan. Iban dan lainlain

Buddha Hindu
Sikh Konfucious Taois Animisme

Dianuti oleh masyarakat Cina Dianuti oleh masyarakat India


Dianuti oleh kaum Punjabi Dianuti oleh masyarakat Cina Dianuti oleh sebahagian kecil masyarakat Cina Majoritinya Orang Asli
19

Konsep Perpaduan dan Integrasi


Malaysia di diami oleh sebuah masyarakat majmuk. Disebabkan oleh kepelbagaian kaum dan bahasa, Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi mengekalkan keadaan aman dan harmoni. Perpaduan negara merujuk kepada proses penyatuan secara fizikal antara negeri negeri dan anggota masyaraktat di seluruh Malaysia. Perpaduan bermaksud proses bagi menyatu padukan seluruh masyarakat dan negara agar setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi ialah satu proses penyesuaian bersama dimana pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial diterima oleh semua kelompok etnik dalam negara. Identiti, hak dan budaya hidup sesuatu kelompok etnik itu tidak dihapuskan malah disuburkan. Di Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi membentuk satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik
20

Perpaduan

21

Konsep Perpaduan dan Integrasi


Dalam masyarakat berbagai etnik, perpaduan dan integrasi diperlukan untuk mencapai keamanan dan keharmonian. Walau bagaimana pun, integrasi juga boleh berlaku melalui satu hala iaitu satu-satu etnik menghilangkan identiti mereka dan menggantikan dengan identiti yang baru. Di antara usaha perpaduan dan integrasi iaitu mewujudkan sistem integrasi wilayah melalui perhubungan yang lebih rapat di antara wilayah-wilayah dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Dalam konteks Malaysia, integrasi nasional biasanya dimaksudkan sebagai mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak. Usaha-usaha yang berkesan perlu dilakukan untuk: Mengurangkan perbezaan psikologi di antara wilayah Mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan perhubungan dan interaksi. Mewujudkan identiti bersama iaitu simbol kesetiaan dan komitmen terhadap konsep Nasionalisme Malaysia.
22

Konsep Perpaduan dan Integrasi


Jenis-jenis Integrasi Integrasi Wilayah Integrasi Ekonomi Integrasi Kebudayaan Integrasi Sosial Integrasi Pendidikan Integrasi Politik Halangan Intergrasi Nasional Prasangka: Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negatif (prasangka buruk) terhadap kumpulan atau kaum yang lain. Perkauman : Ia merujuk kepada sikap mementingkan kumpulan, kaum sendiri. Di Malaysia sikap perkauman adalah sangat jelas tidak kira dalam bidang ekonomi, politik, sosial mahupun kebudayaan.
23

Konsep Perpaduan dan Integrasi


Etnosentrisme: Ia bermaksud kepercayaan bahawa unsur budaya sendiri adalah lebih hebat berbanding unsur budaya lain. Jika bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri, ia akan dianggap salah, tidak baik atau mengancam diri Asas Perpaduan Kaum Di Malaysia: Perkongsian Kuasa Politik: Pemimpin 3 kaum utama (Melayu, Cina dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkong sian kuasa amat perlu dipelihara dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan dalam masyarakat. Jawatan penting dalam kerajaan,kerusi dalam pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja.

24

Konsep Perpaduan dan Integrasi


Kerajaan Demokrasi: Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara, boleh menyuarakan pendapat, kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas. Siapa yang menang dengan suara majoriti dalam pilihanraya berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan pandangan dan harapan rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum: Kadar kemiskinan yg tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Jika ianya berlarutan maka akan timbul masalah. Agihan ekonomi mestilah dibuat dengan adil dan sesuai dengan keperluan sesuatu kaum. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu bagi meningkatkan taraf ekonomi.

25

Asas Perpaduan Kaum Di Malaysia


Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi: Jurang pendidikan dan jurang ekonomi saling berkaitan. Jika tahap pendidikan sesuatu etnik itu baik, maka peluang untuk meningkatkan ekonomi keluarga adalah lebih besar. Begitu juga tahap pemikiran akan berubah menjadi lebih baik. Toleransi Budaya & Agama: Saling menghormati budaya dan agama lain adalah salah satu cara bagi mewujudkan perpaduan. Masyarakat Malaysia memberi kebebasan kepada kaum lain untuk mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa cuba mempengaruhiatau mengganggu antara satu sama lain Tahap Hubunag Etnik: Asimilasi Amalgamasi Akulturasi Akomodasi Segregasi 26

Asas Perpaduan Kaum Di Malaysia


Asimilasi: Asimilasi ialah satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Idea asasnya ialah kumpulan etnik minoriti hendaklah mematuhi pola-pola kebudayaan golongan majoriti dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing. Tahap ini diwakili oleh formula A + B + C = A Amalgamasi : Amalgamasi ialah proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Dalam konteks Malaysia, amalgamasi sepatutnya bererti orangorang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kumpulan etnik bercantum (biasanya melalui perkahwinan campur dan menghasilkan satu kumpulan baru). Tahap ini dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D dimana A, B, C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili amalgam
27

Asas Perpaduan Kaum Di Malaysia


Akulturasi: Akulturasi ialah satu proses penerimaan unsur kebudaya an di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan dioleh ke dalam kebudayaan sendiri . Proses tahap ini tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Akomodasi: Akomodasi merupakan proses mempertahankan budaya hidup masing-masing. Namun, mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan pendidikan, mereka saling bergantungan. Negara Switzerland ada lah negara contoh hubungan etnik bersifat akomodasi. Tahap ini diwakili oleh formula A+B+C=ABC

28

Asas Perpaduan Kaum Di Malaysia


Segregasi: Segregasi merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Seperti pemisahan dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkut an dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika Selatan.

29

Satu Malaysia

30

Masyarakat Majmuk Menurut Islam


Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik. Manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghor mati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Seharus nya kita perlu kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

31

Masyarakat Majmuk Menurut Islam


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Surah alHujurat 49: 13 Manusia secara keseluruhannya adalah sama di sisi Islam dalam konteks kemanusiaan dan harga diri, meskipun berbeza sifat fizikal dan budaya. Perbezaan agama di kalangan manusia adalah dengan kehendak Allah yang memberi kebebasan untuk membuat pilihan sama ada untuk beriman atau tidak. Ia menepati firman Allah yang bermaksud:
32

Masyarakat Majmuk Menurut Islam


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. Surah an-Nisaa' 4: 1 Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. Surah ar-Rum 30: 22
33

Al-Quran

34

Masyarakat Majmuk Menurut Islam


Islam amat menekankan nilai keadilan kepada semua tanpa mengira etnik yang dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Surah an-Nisaa' 4: 58 Menurut Islam perbezaan etnik tidak seharusnya menafikan hak atau membezakan antara pelbagai etnik sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

35

Masyarakat Majmuk Menurut Islam


Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Surah al-Maaidah 5: 8

Prinsip persamaan menurut Islam merangkumi persamaan dalam nilai kemanusiaan, persamaan dalam undang-undang, persamaan dalam hak-hak umum politik dan persamaan dalam urusan ekonomi.

36

Masyarakat Majmuk Menurut Islam


Islam menetapkan supaya manusia diberi layanan yang sama dalam segala bentuk tanggungjawab, balasan dan hak undangundang seperti mengurus dan memiliki tanpa membezakan di antara rakyat dan pemerintah, kaya dan miskin, keluarga dan bukan keluarga, lelaki dan perempuan dan seterusnya Islam dan bukan Islam. Prinsip ini memberi jaminan bahawa setiap orang adalah sama dan akan mendapat layanan yang sama rata tanpa melihat taraf dan kedudukan mereka. Menurut Islam lagi kedudukan orang bukan Islam tidak ada bezanya dari orang Islam atas dasar; kemanusiaan sejagat, kebebasan beragama, kedaulatan undangundang dan keadilan Ilahi. Pendekatan Islam ini berbeza dengan apa yang diamalkan oleh orang India, Greek, Israel dan Arab Jahiliah. Dalam agama Hindu, manusia dikategorikan mengikut kasta, orang Greek menganggap mereka sahajalah yang terpilih, orang Israel menganggap mereka juga bangsa pilihan Tuhan dan orang Arab Jahiliah menganggap mereka sahaja bangsa yang sempurna.
37

Masyarakat Majmuk Menurut Islam


Islam berada paling hadapan dalam memberi persamaan kepada manusia melalui catatan sejarah bermula dari zaman Nabi hinggalah ke zaman Khalifah Islam yang terakhir di Turki. Orang bukan Islam diberi keadilan dalam undang-undang, menjawat jawatan yang dilantik oleh pemerintah, kebebasan beragama, mendirikan rumah ibadat dan sebagainya. Di Malaysia, persamaan ini ditekankan, setiap orang tanpa mengira etnik dibenarkan bergerak bebas dalam aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, perundangan mahupun beragama. Dalam arus dalam pembangunan negara, etnik Cina dan India diberik peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi, mendapat peluang dalam bidang pendidikan dalam bahasa ibunda mereka sendiri dan bebas mengamalkan ajaran agama mereka. Walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar islamisasi seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, namun dasar ini tidak pernah menyisihkan kepentingan dan sensitiviti penganut bukan Islam.
38

Janin Dalam Kandungan

39

Baby

40

Bab 1 Selesai bab 1. Anda akan didedahkan pula topik bab 2

41

You might also like