You are on page 1of 37

PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA

Konsep Pendekatan, kaedah, teknik


Pendekatan

Definisi : arah atau hala tuju yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran.
to come near to in any sense

Berasaskan teori atau generalisasi tertentu.


Sebagai pembuka haluan.

contoh pendekatan : Induktif, deduktif, elektik, komunikatif, tematik, konstruktivisme, kontekstual, masteri.
2

Kaedah
Definisi : cara atau aturan membuat sesuatu atau

hukum atau prinsip. Tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), kaedah ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Hassan Langgulung (1981), kaedah ialah aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah tersusun.
3

Jenis-jenis kaedah
Kaedah natural
Kaedah tatabahasa terjemahan Kaedah terus

Kaedah ajuk hafaz


Kaedah linguistik Kaedah kod kognitif Kaedah bahasa komuniti Kaedah oral-aural

Teknik
Definisi : muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera dan

maksimum pada waktu pengajaran. Alat atau aktiviti yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan pengajaran yang dipilih.

Jenis-jenis teknik
Ada empat jenis teknik
Teknik drama Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi

Teknik bercerita

Pendekatan

Kaedah

Teknik

Pendekatan Pengajaran Membaca


Pendekatan membina (sintesis)
Pendekatan cerakinan (analisis)

Pendekatan membina
Berdasarkan prinsip sintesis

Menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi unit


-

yang besar. Contohnya: untuk mengajarkan ayat Adik ada baju merah Perkenalkan huruf - a, b, d, e, h, j, k, m, u Perkenalkan suku kata ba, a, dik, ju, rah, me, da Perkenalkan perkataan baju, adik, merah, ada Perkenalkan rangkai kata - baju merah, adik ada. Perkenalkan ayat - adik ada baju merah.
9

Pendekatan cerakinan
Berbeza dengan prinsip sintesis.

Berdasarkan analisis atau cerakinan.


Dari unit yang besar ke bahagian-bahagian yang kecil. - Perkenalkan ayat - adik ada baju merah.

- Perkenalkan rangkai kata - baju merah, adik ada.


- Perkenalkan perkataan baju, adik, merah, ada - Perkenalkan suku kata ba, a, dik, ju, rah, me, da

- Perkenalkan huruf

- a, b, d, e, h, j, k, m, u

10

Pendekatan elektik
Menggunakan campuran kedua-dua

pendekatan. Cara membina terdiri daripada kaedah bunyi, kaedah huruf, dan kaedah suku kata. Cara cerakinan terdiri daripada kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat.
11

Kelebihan
Pendekatan ini mengikut prinsip psikologi membaca.
Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid

dan mengikut situasi. Dapat menggunakan kaedah yang difikirkan paling sesuai mengikut peringkat kesediaan dan kebolehan murid. Menggabungkan beberapa kaedah.

12

Cara mengajar
i.
i.

i.

Bentuk huruf : setiap huruf diajarkan bunyinya sahaja bukan nama huruf tersebut. a - ayam p - payung i - ikan Bentuk bahasa : suku kata diajarkan menerusi perkataan. ba - baju, bakul, bawang Alat bantuan sangat penting. Kad imbasan, kad ayat, kad kata, kad suku kata, power point.

13

Kaedah Mengajar Awal Membaca


Abjad, fonetik, dan suku kata.
Seluruh perkataan Cerakinan Kaedah gabungan

14

Abjad, fonetik, suku kata


Kaedah Abjad (huruf)
Kaedah yang tertua, sejak zaman Greek dan

Rom. Mementingkan pengenalan huruf dan bunyi huruf. Dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf.
15

Bunyi-bunyi vokal diperkenalkan. Huruf-huruf konsonan digabungkan

dengan huruf-huruf vokal dan dibunyikan. Bunyi-bunyi diftong diperkenalkan kemudian. Bunyi-bunyi disambung menjadi suku kata.
b + a = ba,

s + u = su
16

Suku-suku kata disambung menjadi kata.


ka + ki = kaki

su + su = susu kata-kata digabung menjadi rangkai kata. Pengenalan ayat secara berperingkat. Akhirnya murid diajar membaca setelah mampu membaca ayat.

17

Kelebihan kaedah abjad


Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang jelas.
Membolehkan murid membaca perkataan baharu

setelah mereka mengenal huruf dan bunyi vokal dan konsonan. Kaedah ini memberikan asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti membaca. Murid yakin dan tidak terkeliru.

18

Kelemahan
Aktiviti membaca mementingkan bunyi, kadang

kadang murid tidak memahami apa-apa yang dibaca. Hanya sebutan dan kelancaran yang dipentingkan. Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Hal ini menjejaskan pemahaman. Membosankan murid apabila diberikan latih tubi yang berlebihan. Dikatakan tidak selaras dengan psikologi murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.
19

Kaedah Mengeja
Mengeja dan mengulang suku kata seperti b,a = ba; t,u

= tu - batu. Mengeja terus sesuatu perkataan - b,a,j,u Mengeja kata dengan suku kata pendek terlebih dahulu.
Kebaikannya; Murid mahir mengeja. Memudahkan guru, tidak memerlukan ABM yang banyak.
20

Kelemahannya
Murid tidak lancar membaca kerana perlu mengeja

perkataan terlebih dahulu. Tahap kefahaman murid rendah kerana murid lebih mementingkan ejaan dan sebutan. Murid membaca secara berlagu, tidak mempedulikan rangkai kata dan jeda. Bertentangan dengan psikologi pendidikan yang mementingkan pengajaran dari keseluruhan kepada bahagian-bahagian.
21

Kaedah bunyi
Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu

menjadikan suku kata, dan akhirynya perkataan. b (beh), a (ah) = ba j (jeh), u (uh) = ti ba + ju = baju
Kebaikannya; Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana suku kata

dalam bahasa Melayu agak setara.


22

Membolehkan murid membaca perkataan baharu

walaupun di luar perbendaharaan kata mereka.


Kelemahannya; Bacaan murid tidak licin kerana tumpuan mereka

terhadap suku kata satu demi satu. Tidak menarik kerana suku kata itu tidak mempunyai makna yang nyata pada murid.

23

Kaedah Pandang Sebut


Mementingkan dua perkara

Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan gambar rangsangan. ii. Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
i.

24

Prosesnya;
Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhan gambar rangsangan.
Setelah dicam, tidak dieja tetapi terus disebut

perkataan berkaitan gambar. Begitu juga untuk pengajaran tentang ayat. Memerlukan pengulangan dan latih tubi yang banyak. Sesuai untuk pengajaran bacaan jawi.
25

Kelebihan
Dapat menarik minat murid kerana

mempelajari sesuatu secara keseluruhan. Kaedah ini mementingkan makna. Murid dapat memahami apa-apa yang dibacanya. Guru dapat melatih murid membaca dengan sebutan dan rentak irama yang betul.
26

Kelemahan
Bacaan murid terhadap bahan yang

ditunjukkan dalam gambar sahaja. Murid-murid tidak mengenal huruf secara formal. Murid tidak mempunyai asas bacaan untuk membaca sendiri. Lambat tercapai kemahiran membaca.
27

KSSR Tahun 1
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan : i. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul; ii. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;
28

KSSR Tahun 1
iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan

bacaan dengan sebutan yang betul; iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul; v. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul;

29

vi. membaca, memahami dan menaakul maklumat

dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik; dan vii. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.

30

Tahun 2
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan : i. membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;

31

Tahun 2
ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan

lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul; iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;
32

Tahun 2
iv. membaca, memahami dan menaakul
bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan

maklumat dengan betul; dan


v. membaca dan memahami pelbagai bahan

kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.
33

Tahun 3
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan : i. membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;

34

ii. membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul; iii. membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat, ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas;
35

iv. membaca dan memahami maklumat

yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan multimedia untuk mengenal pasti pertautan idea, membuat penilaian dan ramalan dengan betul; v. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk ayat dengan betul; dan
36

vi. membaca dan memahami pelbagai

bahan sastera dan bukan sastera untuk menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan pengajaran

37

You might also like