You are on page 1of 24

PENGAJIAN MALAYSIA

Bincangkan perkembangan perdagangan di Melaka pada abad ke-15 dengan merujuk kepada sistem, jalinan jalan perdagangan dan barang dagangannya.

Disediakan oleh : Tengku Ibrahim Helmi b Tengku Mohammad Mohd Dzulazizi b Amilin

Pensyarah : Pn. Rohaini binti Amin

Kumpulan 1 Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Undang-undang ( Kepujian )

Sem 2 Sesi 1 2013/2014

ISI KANDUNGAN
BIL 1 TAJUK PENDAHULUAN HALAMAN 3-4

Sistem dan Pentadbiran Pelabuhan


1. Sistem Pelabuhan Perkapalan 2. Cukai 3. Kemudahan Prasarana di Pelabuhan Melaka. 4. Melaka terkenal kerana mementingkan keselamatan. 5. Kaedah-kaedah 2 digunakan. 6. Sistem timbangan dan nilai mata wang. 7. Wujudnya golongan kiwi yang mengendalikan perniagaan dan mata wang yang 4-17

perdagangan bagi pihak pembesar. 8. Undang-undang (kanun) di Melaka. 9. Peranan nakhoda 10. Peranan empat orang Syahbandar di Melaka.

Hubungan Perdagangan Melaka Pada Abad ke-15


1. China 2. Koromandel 3. Benggala 3 4. India 5. Pegu (Burma) 6. Siam 7. Pulau Jawa 8. Pulau Ryu Kyu 17-22

4 5

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI

22-23 24

Pendahuluan
Kegiatan perdagangan bukanlah perkara baru bagi penduduk Melayu di Melaka. Disebut bahawa Melaka telah dicipta untuk perdagangan.1 Setelah tiga tahun Melaka diduduki oleh Parameswara, penduduk kampung nelayan yang dulunya berjumlah 2000 penduduk. Sudah berganda tiga kali menjadi 6000 orang. Selain orang Melayu, pedagang-pedagang asing turut bermastautin di Melaka, terutama pedagang daripada Pasai sehingga disebut oleh Tome Pires2 : bahawa tempat itu pada suatu masa dahulu merupakan kampung kepada Pasai, kini Pasai pula menjadi kampung kepada Melaka.3 Selain itu, Tome Pires juga mendakwa bahawa dengan perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan puteri Pasai yang beragama Islam telah menyebabkan semakin ramai saudagar Islam dari pelabuhan Pasai datang ke Melaka.4 Justeru, penduduknya semakin hari semakin bertambah. Melaka juga telah dikunjungi oleh orang dari Timur, Benua India, dan dari barat, termasuk saudagar-saudagar dari Jazirah Arab. Kerajaan-kerajaan kelautan yang terdapat di pesisir pantai Selat Melaka mempunyai kelebihan dan keistimewaan geografi dan perairan bagi memudahkan kedatangan para pedagang asing dari Timur dan Barat ke Nusantara.5 Selat Melaka merupakan bahagian terpenting kepada jalan dagangan dunia yang berakhir di Venice atau lebih jauh lagi dan permulaannya ialah Pulau-pulau Maluku. Kapal daripada pelbagai bangsa melalui beberapa banyak saluran perdagangan dan perlu menuju Selat

Melaka untuk penyebaran ke tempat lain. Di selat yang sempit inilah jalan dagang yang sejauh 8000 batu itu dapat dikuasai sepenuhnya. Melaka dalam hanya masa dua dekad
1

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113. 2 Tome Pires (atau Tom Pires) merupakan penulis, bendahari dan ahli pelayaran Portugis. Beliau lahir di Portugis pada tahun 1468. Tome Pires ialah pembantu Putera Afonso (1475-1491 M) dan penulis Suma Oriental (Dunia Timur), yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur oleh seorang rakyat Portugis.Kemudian Tome Pires dilantik sebagai penulis dan Bendahari menjaga harta perdagangan yang melibatkan Melaka dan Jawa. Akhirnya dia dilantik sebagai duta Portugis ke negara China. Namun, dia telah dipenjarakan di Kiangsu atas tindakan dan idea-idea serta pemikirannya. Dia mati di China pada 1540 dalam tahanan China semasa berumur 70 tahun. Buku yang ditulisnya tentang China dipersembahkan kepada Laksamana Portugis di India dan sekarang disimpan Perpustakaan Nasional, Paris. Bukunya Suma Oriental menceritakan penjelajahan Portugis sehingga menguasai semenanjung India dan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Tome_Pires). 21 Julai 2013. 3 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.cit. 4 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.243 5 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.236

pertama abad ke-15 telah menjadi entrepot6 bagi pemindahan barangan.7 Melaka juga telah menjadi pusat persinggahan, pungutan dan penyebaran barangan dalam hanya masa yang singkat menerusi sistem entrepot.8 Selain daripada itu, Melaka juga memainkan peranan sebagai pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulang- alik melalui Selat Melaka. Pertamanya, bilamana kita melihat kepada bagaimana kemunculan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot pada abad ke-15 sangat berkait rapat dengan faktor geografi itu sendiri. Kedudukan geografi yang begitu strategik serta amat bergantung kepada perdagangan menyebabkan kerajaan Melaka sangat memberikan tumpuan kepadanya dengan menyediakan segala kemudahan dan infrastruktur yang terbaik. Ini diikuti lagi dengan keadaan geografi Melaka yang tidak sesuai untuk pertanian secara besar-besaran ataupun untuk dikomersialkan. Seorang pencatat Cina, Ma Huan melaporkan bahawa iklim dan keadaan tanah Melaka tidak sesuai untuk kegiatan pertanian. Oleh itu, pilihan terbaik ialah menjalankan kegiatan perdagangan.9 Maka disini, tidak mustahil bahawa dalam hanya masa yang singkat pelabuhan Melaka mampu menjadi sebuah pelabuhan entrepot yang dikenali di peringkat antarabangsa.

Sistem dan Pentadbiran Pelabuhan


Kerajaan Melaka sebagai sebuah pusat dagangan yang besar dan antarabangsa, sudah semestinya mempunyai sistem dan pengurusan tersendiri yang tersusun dalam

mengendalikan pelabuhannya. Hal ini kerana sudah tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan pelabuhan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang tersibuk dan terbesar di rantau ini pada masa itu. Ditambah lagi dengan bilangan saudagar serta pedagang dari pelbagai negara yang tidak putus-putus mengunjungi Melaka sebagai antara pilihan utama mereka. Kata Duarto Barbosa, seorang penulis Portugis dalam abad ke-16 :

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua entrepot bermakna tempat yang menjadi pusat penerimaan barang-barang dagangan dari negara-negara luar dan kemudian barang-barang itu dihantar ke negaranegara lain pula. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, entrepot ialah gudang untuk barangbarang perdagangan; atau pusat perdagangan, biasanya bandar pelabuhan, yang menjadi tempat mengimport dan mengeksport semula barang-barang dagangan. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=entrepot). 21 Ogos 2013. 7 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113. 8 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.236. Lihat juga Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. 9 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.239.

....bandar raya Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah pedagang borong yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak yang dapat diperolehi di seluruh dunia.10 Kesibukan di pelabuhan Melaka dapat dilihat melalui catatan Tome Pires bahawa di pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa yang dituturkan dan setiap pertuturan tersebut adalah berbeza.11 Selain itu, Tome Pires juga pernah mengatakan bahawa pada setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal-kapal kecil datang ke pelabuhan Melaka. Tambahan beliau lagi, pelabuhan Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal yang berbagaibagai saiz untuk sesuatu masa.12 Untuk penulisan ini, saya telah membahagikan sistem-sistem serta pentadbiran pelabuhan Melaka kepada beberapa kategori : 1. Sistem Pelabuhan Perkapalan13

Apabila kapal dagangan masuk ke pelabuhan Melaka, nakhodanya perlu melaporkan diri kepada Syahbandar yang bertanggungjawabbagi negeri tertentu.

Kemudian, setelah mengadap orang besar tertentu atau raja Melaka sendiri dengan membawa hadiah, barulah sebuah gudang khas dikhususkan untuknya.

Kebiasaannya, sebelum berdagang, para pedagang dikenakan cukai kastam ke atas barang dagangannya. Dan cukai tersebut, berbeza mengikut dari mana pedagang datang. Hal ini sebenarnya, jika kita lihat,sistem kapal berlabuh ini sama seperti sistem imegresen yang digunakan oleh kebanyakkan negara sekarang. Para pedagang atau bukan warganegara perlu mengikut garis panduan tertentu bagi memasuki negara lain.

2. Cukai

Para pedagang dikenakan cukai yang adil. Sistem cukai di Melaka berdasarkan pada preferential tariff system. Ini bererti bahawa cukai dikenakan mengikut dari
10 11

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.cit. Hal.134. Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. 12 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.239. 13 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit. Hal.114. Lihat juga Malaysia Negara Kita. 2009. MDC Publishers Sdn.Bhd. Hal.37

mana dagangan itu datang.14 Pada umumnya, terdapat dua jenis bayaran atau cukai bagi urusan import atau membawa masuk barang dagangan. Bayaran pertama ialah bersifat rasmi yang tertakluk kepada penetapan kadar yang telah dibuat, yang turut juga dinamakan sebagai custom duties manakala bayaran yang kedua ialah berbentuk bayaran tidak rasmi atau hadiah yang harus diberikan kepada Raja, Bendahara, Temenggung dan Syahbandar yang mewakili bangsa nakhoda berkenaan.15

Negeri-negeri seperti India, Selon, Pegu, Parsi dan dunia Arab dikenakan cukai enam peratus manakala pedagang tempatan dikenakan cukai sebanyak tiga peratus. Pedagang-pedagang dari China, Jepun, Jawa dan Maluku tidak dikenakan cukai tetapi dikehendaki memberikan hadiah kepada raja Melaka dan pembesar-pembesarnya.16 Namun demikian, Muhammad Yusoff Hashim menyebut di dalam bukunya, bahawa pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai import sebanyak lima peratus.17

Selain daripada itu, di Melaka import bagi bahan-bahan makanan mendapat keistimewaan iaitu bebas daripada cukai. Bayaran bagi bahan-bahan makanan ini kebiasaannya termasuk ke dalam lingkungan hadiah sahaja.18 Saudagar- saudagar yang dimestikan untuk mematuhi peraturan ini ialah kapal-kapal yang membawa bahan-bahan makanan tidak kira sama ada dari bahagian timur dan selatan Melaka, Gugusan Kepulauan Melayu,pantai barat Tanah Melayu dan sebagainya. Dasar cukai terhadap bahan import seperti ini berkait rapat dengan keadaan Melaka yang kurang sesuai untuk pertanian. Justeru, sudah semestinya kerajaan Melaka meletakkan dasar yang mudah dan istimewa bagi bahan-bahan makanan dalam memastikan

kelangsungan bekalan makanan untuk penduduk tempatan.

Terdapat juga satu jenis cukai bagi mereka yang tinggal atau menetap di Melaka. Tome Pires mengatakan bahawa saudagar yang datang dari Gugusan Kepulauan Melayu dan saudagar asing yang datang dari Barat yang ingin menetap
14 15

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.135 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.254. Tome Pires menganggap bayaran kedua ini sebagai perbuatan memeras oleh pihak atasan dan mengatakan bahawa para pedagang menganggap bayaran yang kedua ini sebagai suatu penindasan. 16 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit. 17 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.254 18 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.

bersama keluarga mereka di Melaka akan dikenakan cukai sebanyak 3 peratus . Selain daripada itu, suku-suku Melayu Nusantara pula akan dikenakan royal tax sebanyak 3 peratus dan sebanyak 6 peratus bagi saudagar dari Barat Asia.19

Setelah semua cukai dijelaskan atau dibayar, barulah urusan jualan barangan pun bermula di sepanjang jambatan Melaka, pasar-pasar dan sebagainya. Kerajaan Melaka akan mengeluarkan sejenis lesen kebenaran berniaga kepada para peniaga dan penjual. Pengeluaran lesen ini juga adalah sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan.20

3. Kemudahan Prasarana di Pelabuhan Melaka.

Pemerintah Melaka juga menyediakan gudang untuk pedagang menyimpan barang dagangan mereka. Gudang-gudang ini dikelilingi oleh pagar dan pintu serta dikawal oleh penjaga. Sebahagian gudang berada di bawah tanah.21 Selain daripada itu, Melaka juga menyediakan kemudahan penginapan kepada para pedagang yang ingin menetap dan terdapat jumlah kadar yang perlu dibayar sebagaimana yang telah saya terangkan sebelum ini.

Melaka juga menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki di pelabuhan. Selain itu, kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut barang ke gudang. Kerajaan Melaka juga turut menyediakan bekalan makanan dan minuman kepada para saudagar.22 Tome Pires pernah mengatakan bahawa pada setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapalkapal kecil datang ke pelabuhan Melaka. Tambahan beliau lagi, pelabuhan Melaka begitu besar sehingga boleh menampung hampir dua ribu buah kapal yang berbagaibagai saiz untuk sesuatu masa23. Kenyataan Tome Pires itu jelas menunjukkan bahawa
19 20

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.255 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. 21 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.115 22 KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN ANTARABANGSA. (http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/kegemilangan-melaka-sebagai-pusat.html). 23 Ogos 2013. 23 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.239.

mustahil dengan bilangan kapal yang sebegitu banyak datang berlabuh di Melaka menyebabkan kerajaan tidak terfikir untuk menyediakan apa-apa infrastruktur atau kemudahan-kemudahan bagi para pedagang.

Selain daripada itu, gedung-gedung serta gudang-gudang yang disediakan terjamin daripada api, kerosakkan dan kecurian.24 Dan gudang tersebut mestilah mampu untuk menyimpan bahan-bahan makanan dalam masa atau tempoh yang tertentu. Infrastruktur dan kemudahan yang disediakan ini perlu banyak dan berkualiti kerana saudagar-saudagar dari India, China dan Kepulauan di sebelah Timur tidak sampai pada waktu yang sama oleh sebab semua perjalanan laut sangat bergantung pada tiupan angin monsun.

4. Melaka terkenal kerana mementingkan keselamatan. Antara faktor yang menyebabkan Melaka terkenal dan menjadi pilihan pedagang kerana jaminan keselamatan yang diberikan. Unsur-unsur dan jaminan keselamatan gudang-gudang, gedung-gedung, kediaman pedagang dan lain-lain kemudahan yang disediakan terjamin daripada api, kerosakan dan kecurian adalah perlu. Jaminan keselamatan kerajaan Melaka terhadap gedung yang disediakan pada awal abad ke-15 dapat dilihat daripada keterangan Ma Huan dan Fei Hsin. Ma Huan dan Fei Hsin menyebut bahawa para saudagar China telah mendapati bahawa Melaka telah membina gedung yang dikelilingi oleh pagar kayu dan mempunyai pintu-pintu yang berkunci. Gedung ini dikawal oleh penjaga yang bersedia
25

untuk

menyembunyikan loceng sekiranya terjadi sesuatu kekecohan dan kecemasan.

Unsur keselamatan bagi perlindungan para pedagang penting juga. Angkatan laut Melaka di bawah panglima laut Laksamana Hang Tuah serta Orang laut atau Orang Selatnya sentiasa meronda di laut dan memberikan perlindungan kepada kapalkapal pedagang yang datang ke Melaka.26Selain itu, Orang Laut juga dapat membantu menentang lanun di Selat Melaka kerana lanun boleh menjejaskan keselamatan di perairan. Selain daripada itu juga, antara tujuan diadakan 25 fasal dalam Undang24

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.115 25 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.243. 26 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit.

undang Laut Melaka ialah untuk menjamin keselamatan sebagaimana telah disebut oleh Muhammad Yusoff Hashim di dalam bukunya iaitu,27 ...supaya sentosa kepada pekerjaan di dalam pelayaran, supaya jangan bersalahan dan jangan membinasakan adat dalam pelayaran, supaya selamat pekerjaan di laut....supaya jangan (ber)soal (ber)bantah di laut.... jangan bersalahan pada kata dan perbuatan dengan segala handai taulannya, dengan segala sahabatnya yang ada bersama-sama dengan dia dan supaya jangan menitiskan darah rakannyayang sama-sama (belayar) dengan dia.

Tambahan pula, ketokohan laksamana itu sendiri turut diiktiraf oleh masyarakat dalam menjamin keselamatan Melaka khususnya di laut. Laksamana itu sendiri ialah sebagai raja di laut. Taraf dan fungsi Laksamana didapati semakin tinggi dan penting selari dengan perkembangan kedudukan kerajaan Melaka yang semakin memuncak dan gemilang. Hal ini kerana peranan Laksamana itu sendiri khususnya dalam menjaga keselamatan di Melaka sama ada di laut dan di darat. Tugas dan fungsi laksamana ini jelas digambarkan oleh sumber Portugis iaitu Tome Pires menyebut,28 The Lasemana is a kind of admiral. He is the chief of all the fleet at sea. Everybody at sea, and junks and lancharas are under this mans jurisdiction. He is the Kings guard. Every khight (and) mandarin is under his orders. He is almost as important as the Bemdara in war matters he is much more important and more feared.

Kata-kata Tome Pires di atas jelas menunjukkan bahawa betapa besarnya peranan dan ketokohan Laksamana itu dalam memelihara keselamatan, seterusnya memberi kepercayaan kepada para pedagang untuk terus berdagang di Melaka.

5. Kaedah-kaedah perniagaan dan mata wang yang digunakan. Urusan perniagaan dijalankan melalui dua cara, iaitu pertama melalui sistem tukar barang (barter) dan yang kedua melalui proses penjualan dan pembelian.29Perniagaan kebiasaannya juga berlangsung di pasar-pasar, warung-

27 28

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.270. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.177 29 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.255. Lihat juga Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.115.

warung di jambatan atau di tepi jalan di depan rumah masing-masing30 selain daripada di pelabuhan Melaka. Dalam proses jual beli, wang yang digunakan ialah wang logam yang diperbuat daripada kaleng (calains) dalam bentuk timah. Pada kepingan timah ini terpahat nama Sultan Melaka yang memerintah31. Selain daripada itu, Emas dan perak turut juga digunakan dalam urusan perniagaan. Duit emas, perak dan timah dari Pasai dan Pedir serta kepingan wang daripada Hormuz, Kembayat, dan Gujerat turut terdapat di Melaka. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan wang asing telah lama bertapak dan digunakan di Melaka. Diceritakan bahawa Parameswara, sekembalinya dari negeri China pada tahun 1412 telah membawa balik hadiah wang daripada Maharaja Yung Lo sebanyak 2600 untaian duit tembaga dan wang kertas.32 Walaupun demikian, duit Melaka tidak menggunakan model negeri China, tetapi berdasarkan pitis daripada Pasai. Tome Pires juga mendakwa bahawa pengenalan dan penggunakan wang di Melaka dipengaruhi secara langsung daripada tradisi perniagaan Pasai.33Disebutkan juga bahawa besar kemungkinan, pedagang Muslim dari Pasai yang mempengaruhi penerbitan duit jenis dinar emas dan duit timah yang dikilang di Melaka. Duit timah telah dikilang sejak daripada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1459) dan seterusnya duitduit kerajaan Melaka yang berikutnya ialah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1459-1477), Sultan Mahmud Syah (1488-1528) dan Sultan Ahmad syah (1510).34 Pertukaran mata wang juga berlaku di pelabuhan Melaka, di antara mata wang asing dengan mata wang tempatan. Seratus calains dikatakan bersamaan dengan tiga cruzados. Ukuran harga atau nilai mata wang tersebut dikawal oleh Syahbandar. Syahbandar berperanan besar dalam memastikan transaksi perniagaan berjalan dengan adil dan saksama. Peranan Syahbandar yang seterusnya akan saya perincikan lagi selepas ini di dalam satu tajuk khusus. Maka dapat kita membuat kesimpulan bahawa, kerajaan Melaka pada masa ini telah mempunyai satu sistem yang khusus tentang bagaimana perniagaan berjalan dan mata wang yang digunakan.

30

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.114. Malaysia Negara Kita. 2009. MDC Publishers Sdn.Bhd. Hal.38. 32 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit. 33 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. 34 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Op.Cit. Hal.116
31

10

6. Sistem timbangan dan nilai mata wang. Melaka selain daripada mempunyai sistem perniagaan dan mata wangnya yang tersendiri, ia juga mempunyai jadual khusus tentang nilai pertukaran mata wang dan timbangan. Timbangan diukur dengan unit tahil dan kati. Sekati pada masa itu

bersamaan dengan 20 tahil atau disebut tundaya. Setahil bersamaan dengan 16 mas. Satu mas bersamaan dengan 20 cumduryns atau 4 cupoes. Empat mas dikira bersamaan dengan satu pau. Satu pau bersamaan dengan empat cumduryns. Satu tahil bersamaan dengan sebelas setengah drams. Sekati dalam nilai emas bersamaan dengan dua puluh lapan setengah aunces. Emas, perak, bahan wangian, kapur, kelembak dan permata ditimbang dengan menggunakan ukuran kati.
35

Saya melihat sebenarnya

sedikit sebanyak mata wang atau nilai pertukaran di Melaka ada dipengaruhi oleh China dan Barat, apabila melihat kepada nama-nama dan nilai-nilainya. Transaksi ini telah diselia dan dipantau oleh Syahbandar bagi memastikan keadilan dan hak sama rata dapat diberikan kepada semua pedagang. Selain itu, sistem ini juga adalah untuk mengawal inflasi dan mencegah harga barangan daripada melambung tinggi. Sistem ini telah didakwa oleh Tome Pires bahawa penyelewengan dan pemalsuan sering terjadi walaupun sebenarnya tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa pedagang asing sering mengalami kerugian dalam sistem timbangan ini.36 Walau bagaimanapun, saya melihat bahawa sistem timbangan yang telah disusun oleh kerajaan Melaka sangat sistematik kerana bukan satu kerja yang senang untuk menentukan nilai-nilai mata wang tempatan dan juga mata wang asing, lebih-lebih lagi pada kurun yang ke-15. Ditambah lagi dengan ramainya saudagar daripada seluruh pelusuk dunia yang datang berdagang di Melaka sebagaimana Tome Pires pernah menyebut bahawa lebih daripada 80 buah bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka. Maka, tidak hairanlah sekiranya ada kesilapan atau pintas memintas dalam transaksi tersebut.

35

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit.Hal.255-257. Tome Pires telah memperkatakan sistem timbangan ini dengan amat terperinci. 36 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.

11

7. Wujudnya golongan kiwi yang mengendalikan perdagangan bagi pihak pembesar. Kiwi ialah saudagar yang menghantar dan menyebarkan barangan . Sekiranya kiwi tidak dapat turut sama, maka urusan prdagangannya diwakilkan kepada maula kiwi yang akan menjual barangan di negeri yang dituju.37 Dalam bahasa moden kiwi boleh dikatakan berperanan sebagai orang tengah atau pemborong yang akan berunding harga dengan pembekal, kemudian merekalah yang akan menjualnya atau mengedarkannya. Dalam fasal 10 Undang-undang Laut Melaka menyebut bahawa kebiasaannya nakhoda, Kiwi atau Maula Kiwi yang memiliki banyak petak38. Daripada kenyataan di atas membuktikan bahawa Kiwi juga berperanan sebagai saudagar yang turut menjalankan perniagaan kerana mereka juga mempunyai atau memiliki petak-petak39. Kiwi menjalankan perniagaannya dengan menggunakan kapal melalui empat cara yang mengikut hukum kiwi iaitu40 : a) Kiwi membeli hak terhadap petak-petak kapal. b) Kiwi tidak membeli hak terhadap petak tetapi menambahkan modal nakhoda kapal berkenaan dengan nilai tiga atau empat tahil emas. Sekiranya dinilai dari segi dagangan biji-bijian, Kiwi berkenaan diberikan hak berkenaan. c) Kiwi tersebut mengambil 7 atau 8 petak sebagai share pada ruang muatan kapal. d) Kiwi tidak membeli petak tetapi berjanji akan menyerahkan 3/10 daripada bahagiannya sebagi cukai kepada nakhoda. Petak dalam sesebuah kapal di Melaka mungkin besar kerana disebut oleh Tome Pires bahawa 2 atau 3 orang akan bertugas untuk menjaga suatu petak.41
37

share dua atau tiga koyan oleh pemilik kapal

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.116 38 Kapal dagangan akan dibahagikan kepada ruang-ruang muatan. Dalam fasal 10 Undang-undang Laut Melaka menyebut rauang-ruang ini sebagai petak. Tome Pires menyebutnya sebagai peitaca. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit.Hal.259. 39 Petak-petak inilah yang akan menjadi sebagai asas penentu hak dan saiz bahagian seseorang pedagang yang memperdagangkan barangannya dalam sesebuah kapal . Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. 40 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.

12

Mungkin kita lihat, Kiwi atau Maula Kiwi tidak ubah hanya seperti saudagar seperti kebanyakkan saudagar-saudagar yang lain. Namun tidak dapat dinafikan, fungsi serta peranan institusi Kiwi itu sendiri sangat penting. Hal ini kerana Kiwi dan Maula Kiwilah yang bertindak sebagai orang tengah di antara satu saudagar dengan saudagar yang lain daripada berbeza negara atau diantara saudagar dengan peniaga tempatan. Mereka jugalah yang bertindak sebagai pengedar,promosi serta pembekal suatu barangan. Mereka jugalah jua yang memastikan barang-barang dagangan habis terjual, khususnya bahan-bahan makanan yang kita telah maklum tidak dapat disimpan dalam tempoh yang lama. Itulah sifat atau tugasan Kiwi sebagai orang tengah. Maka tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam kerajaan Melaka khususnya dalam menjadikan pelabuhan Melaka sebagai sebuah entrepot yang masyhur dengan pemindahan, pengedaran dan pengumpulan barang-barang dagangan ke seluruh pelusuk kawasan perdagangan. Kepentingan mereka juga terbukti sehingga dimasukkan satu fasal khusus tentang Kiwi dan Maula Kiwi di dalam Undang-Undang Laut Melaka.

8. Undang-undang (kanun) di Melaka.

Secara ringkasnya, terdapat dua kanun yang terdapat di Melaka iaitu yang pertama ialah Hukum Kanun Melaka dan yang kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang merangkumi segala aspek dan bidang kuasa yang melibatkan pusat negeri Melaka termasuklah hal-hal yang melibatkan tanggungjawab pemerintah dan pembesar-pembesar, undang-undang keluarga, dan hukuman-hukuman bagi kesalahan jenayah dan awam. Manakala Undang-undang Laut Melaka mengandungi 25 fasal yang mana kesemuanya melibatkan peraturan mengenai laut seperti tanggungjawab pegawai kapal, aturcara pelayaran, perniagaan atau jual beli di pelabuhan, bidang kuasa nakhoda kapal,hukuman kesalahan jenayah dan hanya satu fasal sahaja yang berlandaskan Islam.42

41 42

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Noor Aziah Mohd Awal. 2004. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia . Cet.2. Selangor:International Law book Services (ILBS). Hal.18-19.

13

Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk membahaskan kedua-dua kanun ini. Dalam penulisan ini, cukuplah sekadar saya hanya menerangkan Undang-undang Laut Melaka sahaja, bertepatan dengan tajuk yang hendak dibincangkan iaitu sistem pelabuhan Melaka pada abad ke-15. Undang-undang Laut Melaka adalah merupakan salah satu undang-undang bertulis yang penting dalam memastikan perjalanan perdagangan di Melaka dapat berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Oleh sebab itu, dalam undang-undang ini telah menggariskan tentang tanggungjawab atau jobskop pegawai-pegawai atau orang-orang yang terlibat dengan aktiviti di pelabuhan seperti Syahbandar, nakhoda, kiwi, jurumudi, sida-sida di dalam kapal dan lain-lain. Perkara ini telah dijelaskan di dalam fasal 1yang mana telah menggariskan gelaran pegawai dan tugas-tugas serta bidang kuasa masing-masing, mengikut tingkat tertinggi ke tingkat yang paling rendah.43 Sebagaimana yang dapat dilihat pada gambar rajah 1 di bawah.

Di dalam Undang-undang Laut Melaka juga turut mengandungi hukuman ke atas mereka yang ingkar atau menyalahi undang-undang. Sebagai contoh, sekiranya seorang awak-awak yang enggan mengikut perintah tukang agung boleh disebat
43

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit.Hal.267

14

dengan tujuh kali sebatan oleh jurubatu. Contoh yang lain, jika seseorang penumpang ditangkap kerana berzina dan sabit kesalahan maka hukumannya ialah bunuh bagi pasangan yang telah berkahwin dan bagi pasangan yang masih bujang akan disebat sebanyak seratus kali atau didenda dengan nilai emas sebanyak setahil sepaha. 44 Begitulah juga dengan fasal-fasal yang lain, semuanya melibatkan hal-hal perdagangan dan urusannya yang berkaitan. Kesimpulannya, Undang-undang Laut Melaka sangat berperanan dalam mengatur, mengawal, memberi dan melindungi hak saudagar-saudagar serta pihak-pihak yang terlibat dalam perdagangan sebagaimana fungsi dan objektif undang-undang itu sendiri.45

9. Peranan nakhoda

Apabila munculnya Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan pusat perdagangan antarabangsa serta wujudnya masyarakat pedagang tempatan dan asing di Melaka, fungsi nakhoda dalam organisasi perdagangan dan perkapalan di Melaka menjadi amat penting. Malah ianya menjadi satu sistem dan ketentuan kepada kegiatan perdagangan dan perniagaan dalam sebuah kerajaan yang amat bergantung pada kegiatan ini. Kedudukan nakhoda sangat penting dalam kedua-dua sektor tersebut sehingga taraf, bidang kuasa dan tugas nakhoda dirakamkan sebagai undangundang dalam Undang-undang Laut Melaka.46

Selain daripada itu, tugas nakhoda seolah-olah seperti raja di dalam kapal. Dan nakhoda jualah sahaja yang dibenarkan berjumpa dengan Syahbandar apabila kapal mereka berlabuh, untuk membayar cukai dan memberi hadiah kepada pembesar sebelum dibenarkan untuk berdagang di Melaka. Antara keistimewaan nakhoda juga ialah kuasa membunuh jika sabit kesalahan hanya terletak di tangan nakhoda sahaja sebagaimana termaktub di dalam Undang-undang Laut Melaka.47 Penetapan dan penaiktaraf nakhoda ini sebenarnya memudahkan dan melicinkan lagi sistem pentadbiran pelabuhan di Melaka.
44 45

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.267-268. Zaini Yusnita Mat Jusoh. et al. 2012. Pengantar Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia . Selangor : KUIS. Hal.4-5 46 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.181. 47 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.268.

15

10. Peranan empat orang Syahbandar di Melaka.

Sejarah Melaka telah menunjukkan bahawa walaupun Syahbandar tidak termasuk dalam pembesar empat lipatan, namun peranan Syahbandar sangat penting terutamanya dalam urusan pelabuhan. Tome Pires mengatakan bahawa institusi Syahbandar berkait dengan organisasi Perbandaran Melaka. Syahbandar boleh digelar sebagai raja pelabuhan kerana mengendalikan organisasi dan sistem perkapalan, pengendalian cukai, pengawal bagi urusniaga dan urusan dagang, pentadbir anak-anak yatim, menjadi ketua para nakhoda dan sebagai pegawai kebajikan di bandar Melaka.48

Meilink-Roelofsz yang merujuk kepada sumber Portugis yang bukan daripada Tome Pires menambah bahawa tugas awam Syahbandar termasuklah mengawas

perjalanan dan organisasi pasar dan gudang-gudang simpanan barangan dagang serta keselamatannya. Selain daripada itu, antara tugas Syahbandar juga ialah mengawal sistem timbangtara dalam berat dan ukuran bagi semua transaksi perniagaan, serta juga menjaga nilai mata wang. Oleh yang demikian, Syahbandar bertanggungjawab dalam mengawal turun naik nilai mata wang dan mengawal daripada berlakunya inflaksi.49 Susunan tadbiran pelabuhan Melaka juga semakin berubah dengan adanya empat orang syahbandar bagi setiap kumpulan negeri 50: a) Seorang untuk Gujerat kerana saudagarnya yang paling ramai. b) Seorang untuk orang India dari India Selatan serta Benggala bersamasama dengan saudagar-saudagar Pegu (Burma) dan Pasai. c) Seorang khas untuk Jawa, Maluku, Bandar, Palembang, Kalimantan dan Filipina. d) Seorang bagi saudagar-saudagar dari negeri China, Campa, Siam dan Pulau-pulau Ryukyu (mungkin termasuk Jepun).

48 49

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.179. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.179-180. 50 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.115.

16

Setiap Syahbandar ini akan mengurus perihal kumpulan di bawah seliaannya. Dialah juga yang akan menjadi orang tengah apabila ada pertelingkahan di antara nakhoda dan saudagar. Walau bagaimanapun, Sultan Melaka bertindak sebagai penyelesai mutlak di antara golongan pedagang di Melaka.51

Hubungan Perdagangan Melaka Pada Abad ke-15


Pada awal abad ke-15 Melaka merupakan salah sebuah pusat pelabuhan Entreport terbesar dalam dua dekad yang pertama, kekuatan perdagangan Melaka bergantung pada pedagang-pedagang asing yang singgah ke Melaka untuk melaksanakan perdagangan dan menjalinkan hubungan dengan para pedagang di peringkat antarabangsa. Sumber yang paling menarik tentang hal ini ialah The Suma Oriental, di samping sedikit laporan Barbosa. Bukti yang menunjukkan Melaka menjadi pusat tumpuan perdagangan asing dapat dilihat daripada tiga aliran lalulintas laut. Melaka, sebagai kerajaan yang kaya raya dan sebuah pusat dagangan yang besar dan mewah perlu ada dasar luar yang tersendiri dan peraturan perutusannya yang bersistem. Dasar luar Melaka berlandaskan beberapa perkara penting. Pertama, kerjaan Melaka memerlukan jaminan keselamatan. Hal ini berkait rapat dengan kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan terbesar di rantau ini pada masa itu. Kedua, Melaka perlu membekalkan makanan yang cukup untuk para pedagang yang tinggal di Melaka semasa menunggu angin musim berubah. Ketiga, Melaka perlu mengamalkan dasar perniagaan yang liberal dan adil, yakni dengan sistem cukai yang berpatutan dan cara penyelesaian tegas agar setiap negeri yang datang berinteraksi dengannya faham dan tahu tentang kedudukan masing-masing. Dasar perhubungan antarabangsa Melaka yang bertindak sebagai sebuah empayar memerlukan dasar yang jelas lagi tegas. Ini bererti bahawa setiap negeri yang berhubung dengannya akan diberi layanan mengikut status negeri itu vis--vis Melaka.52 Antara negeri-negeri yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan negeri Melaka ialah: 1. China :

51 52

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.134.

17

Hubungan perdagangan Melaka dengan negeri China begitu rapat. Hal ini mendapat tindak balas yang besar daripada kerajaan Ming sehingga mereka mengubah dasar perdagangan dengan menhapuskan dasar tutup pintu. Dengan dasar ini, Melaka menjadi tumpuan kepada pedagang dari negeri China untuk memasarkan barangbarang ke Eropah. Di samping itu, negeri China ini diberikan sedikit kelebihan jika dibandingkan dengan pedagang asing yang lain iaitu tidak dikenakan cukai yang tinggi cuma negeri China ini perlu memberikan ufti kepada Sultan Melaka.53 Hal ini menunjukkan rapatnya hubungan Melaka dengan negeri China. Selain itu, Parameswara pernah dihadiahkan oleh Maharaja Yung Lo sebanyak 2600 untaian duit tembaga dan wang kertas hasil sekembalinya dari negeri China pada tahun 1412.54 Selain daripada itu juga, Melaka bernasib baik mendapat naungan negeri China yang mengadakan ekspedisi ke Asia Tenggara dan Lautan Hindi bermula tahun 1403 hingga 1433. Pada peringkat awalnya, kerajaan Siam (Ayudhya) berhasrat hendak manjadikan negeri Melaka sebagai negeri ufti telah dapat ditolak dengan adanya bantuan dari China.55 Hal ini membuktikan bahawa hubungan antarabangsa yang terjalin diantara Melaka dan China sangat erat sehingga China sanggup membantu Melaka dalam aspek keselamatan negeri. Barang utama yang dibawa oleh negeri china ke Melaka ialah bahan wangian, permata, sutera, satin, belerang, besi, alat masak memasak, tembikar mewah dan peluru. Manakala di Melaka pula, barang utama yang ditukar untuk dibawa balik ke negeri china ialah lada, gaharu, candu, rempah dan bahan hutan dari Nusantara. Permintaan yang tinggi terhadap lada dari negeri china menguntungkan Melaka. Menurut Tome Pires melaporkan, satu quintal (bersamaan 100 paun). Lada yang dibeli dengan 4 cruzados*56, di Melaka, dijual dengan harga 15 atau 16 cruzados di negeri China.57 2. Koromandel58 :

53 54

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.135. Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.115. 55 Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Ibid. Hal.134. 56 Sejenis Mata Wang. 57 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hal.245. 58 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.246

18

Manakala dibahagian barat pula, kalangan saudagar terpenting ialah saudagar dari Koromandel. Menurut Tom pires dan Ruy de Brito menganggarkan empat hingga lima buah kapal besar datang ke Melaka setiap tahun dengan nilai dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu cruzados. Hal menunjukkan bahawa, selain daripada pedagang china pedagang dari sebelah barat juga mampu mamberi keuntungan yang besar kepada negeri Melaka setiap tahun. Dari sudut jenis barang pula, barang yang dibawa dari koromandel untuk ditukar kepada negeri Melaka ialah gaharu, permata, lada, cengkih, kayu manis dan buah pala. Manakala saudagar-saudagar dari kalingga pula membeli perak, emas, bijih dan sutera mentah yang dibawa dari negeri china. Pedagang koromandel bertumpu di Melaka dari bulan Oktober hingga bulan Januari. 3. Benggala59 : Selain itu, pedagang dari Benggala pula yang terdiri daripada pedagang Arab dan Parsi, Turki dan Absinia, mereka ini telah membentuk satu syarikat yang besar untuk datang ke Melaka. Persinggahan mereka ke Melaka dengan membawa kapalkapal besar setiap tahun dan nilai dagangan yang boleh mencecah lapan puluh hingga sepuluh cruzados membolehkan Melaka memperoleh keuntungan yang besar. Barang-barang yang mereka bawa ke Melaka ialah barang-barang makanan, beras, gula, daging kering, kain India dan sayur-sayuran kering. Bahan ini kemudiannya di tukar ke Melaka dan digunakan di Melaka untuk membeli lada, jagung, cengkih, sutera dari China, tembikar dari Jepun, senjata dari Jawa, tembaga, bijih, kapur barus, gaharu dan berbagai bahan mentah dari Nusantara. 4. India : Entreport terpenting bagi Melaka di India ialah Kembayat. Para saudagar dari Timur Tengah mengambil masa 18 bulan dari laut merah untuk sampai ke Melaka. Semasa angin monsoon daya, mereka bertumpu di kembayat dengan menyediakan senjata, kain bulu, kain sakhlat, marjan, barang tembaga, perak, barang perhiasan murah, candu, air mawar, ambar, kismis, nila, dan barang kencana. Manakala di kembayat pula, pedagang dari Kahirah, Mekah, Aden, Ormuz selain yang datang dari

59

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.

19

kawasan timur Mediterranean dan pesisiran timur Afrika berkumpul berpuak-puak membentuk syarikat sebelum belayar ke Melaka dalam bulan Mac. Pedagang-pedagang Benua India berkumpul di Kalikat, Pulikat atau Benggala. Kebanyakannya perdagangan ini diurus oleh orang Gujerat.60 Hal ini kerana, dari bahagian barat saudagar Gujeratlah yang terpenting. Para saudagar dari pelabuhan Diu, Randir, Surat dan daman menjadi perantaraan untuk memperdagangan barangbarang dari pelabuhan Arab seperti Iskandariah, Mekah, Ormuz, Aden dan Jeddah. Mereka kemudiannya membeli berbagai-bagai jenis rempah, jagung dan emas dari Nusantara yang terdapat di Melaka selain membawa balik barangan dari Timur Jauh seperti tembikar, wangi-wangian, sutera dan belerang untuk diperdagangkan ke India, ke pelabuhan-pelabuhan Arab dan seterusnya ke Eropah.61 Setelah saudagar-saudagar dari India dan Cina meninggalkan selat Melaka, pasar Melaka tetap sibuk dimeriahkan pula oleh saudagar-saudagar dari Jawa dan kepulauan Melayu. 5. Pegu (Burma) : Pegu (Burma) juga merupakan anatara pedagang yang rapat dengan negeri Melaka, mereka terkenal dari sudut pembinaan kapal. Apabila barang bahan dagangan habis dijual mereka akan menjual anak-anak kapal kepada saudagar-saudagar Melaka. Tom Pires menganggarkan sepanjang bulan Februari dan Mac setiap tahun terdapat antara dua puluh hingga tiga puluh buah kapal kecil datang ke Melaka sama ada untuk menjalankan hubungan dagangan ataupun tukaran barang dengan saudagar dari Melaka. Ini menunjukkan bahawa hubungan Pegu dengan Melaka adalah hubungan terus bukan secara perantaraan. Disamping itu, Pegu juga membekalkan barangan mewah, seperti nilam dan berlian, perak, wangi-wangian, dan makanan mentah. 6. Siam62 : Melaka dan Siam pernah mengalami krisis hubungan yang membimbangkan . Sebagaimana yang telah kita maklum bahawa Siam pernah mahu menjadikan Melaka sebagai negeri ufti tetapi gagal kerana Melaka mendapat naungan daripada China.
60

Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.113. 61 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.247 62 Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Hal.248.

20

Walaupun begitu, atas sebab ekonomi mereka tetap mejalinkan hubungan yang baik dalam aspek perdagangan. Siam menjadi pembekal utama bahan seperti beras, gula, berbagai-bagai jenis rempah dan kayu-kayan ke Melaka. 7. Pulau Jawa : Di samping itu, terdapat juga jong-jong besar dari Pulau Jawa yang datang terus ke Melaka. Hubungan Melaka dengan Pulau Jawa bertambah erat apabila munculnya pelabuhan-pelabuhan baru di utara Pulau Jawa seperti Demark, Japara, Ceribon, Grisik dan Tuban. Hal ini menunjukkan bahawa, hubungan yang erat ini jelas kelihatan apabila ramai para pedagang dan senteri pulau jawa datang ke Melaka. Para pedangang tersebut ialah seperti Patih Adam, Patih Kadir, Patih yusoff, Patih Yunus dan Utimuti raja. Pelabuhan-pelabuhan di utara Pulau Jawa juga menjadi pengantaraan perdagangan antara Melaka dengan kepulauan rempah seperti

kepulauan Maluku, Bima, Binda dan pelabuhan Grisik. Menurut Tom Pires melaporkan hubungan dagangan dua hala ini adalah dalam bentuk runcit dan borong. Ramai pedagang dari Melaka belayar ke Jawa sebagai saudagar borong dan penumpang dan bahan utamanya ialah kain dari India. Manakala dari Jawa mereka terus menukar kain murah yang dibeli dari jawa dengan lada dan rempah. Oleh itu, perdagangan dari Melaka itulah yang memberi sumbangan besar ke arah kebangkitan dan kemajuan pelabuhan Jawa Utara pada penghujung abad ke-15, termasuk Demak, Ceribon, Grisik, Surabaya dan Tuban. Ini telah memberi kesan kepada terhadap pola politik tradisional Jawa-Majapahit.63 8. Pulau Ryu Kyu : Perhubungan antarabangsa amat diawasi oleh Melaka. Misalnya, hubungan Melaka dengan pulau-pulau ryukyu (Jepun) amat baik di antara tahun-tahun 1460-an hingga 1480-an (bahkan hingga ke tahun Ryu-Kyu masih mengutus surat ke Melaka).64 Suatu masa dahulu, Pulau Ryu Kyu turut disebut oleh sebahagian saudagar

63 64

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid. Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Hal.138.

21

sebagai Kepulauan Liu Kiu. Tome Pires pula menyebut mereka sebagai Gores, yang kemudian ditafsirkan oleh Boxer sebagai Jepun.65 Barangan yang mereka bawa dari Jepun ialah seperti kain, sutera, tembikar, pedang, habuk emas dan perak, kipas, kertas dan sedikit makanan seperti bawang, sawi kering dan beras. Di Melaka, bahan ini ditukar dengan rempah, arak dan kain yang didapati dari Benggala.66

Kesimpulan.
Kemunculan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi. Suatu masa dahulu, Melaka pernah berada pada satu tahap yang sangat membanggakan. Sebuah negeri yang dikenali di seluruh dunia, sama ada dari Benua Arab, Benua India, Tanah Besar China, Eropah dan Jepun. Pelabuhan entrepot Melaka tidak pernah lekang daripada dikunjungi oleh para saudagar. Sebuah pelabuhan yang sangat sibuk, sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini melalui kata-kata Tome Pires bahawa terdapat lebih daripada 80 bahasa yang dipertuturkan di pelabuhan Melaka. Walau bagaimanapun, lingua franca tetap menjadi bahasa utama di dalam komunikasi. Diceritakan juga bahawa disebabkan pelabuhan Melaka terlalu sibuk dan ramainya saudagar yang berkunjung, maka berlaku budaya cantas mencantas, rasuah, bodek membodek dan lain-lain. Hal ini berlaku kerana saudagar-saudagar ini bersaing di dalam mendapatkan gedung-gedung dan gudang-gudang yang terbaik untuk menyimpan barangan mereka dan untuk mendapatkan tempat tinggal serta kemudahan-kemudahan yang lain. Cuba bayangkan, sudah semestinya untuk Melaka sampai ke tahap demikian iaitu menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal di peringkat antarabangsa pada abad ke-15, di dorong oleh beberapa faktor seperti memiliki sistem pentadbiran dan pengurusan yang sistematik, kedudukan Melaka yang strategik daripada sudut geografi, kebijaksanaan pemerintah Melaka serta dasar luar dan jalinan perdagangan yang diadakan. Oleh yang demikian, daripada apa yang dapat saya simpulkan, kemunculan pelabuhan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot pada abad ke-15 bukanlah suatu yang pelik kerana Melaka memang telah diciptakan untuk perdagangan. Kedudukan geografinya yang tidak
65 66

Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Op.Cit. Hal.246. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Ibid.

22

sesuai untuk pertanian telah memaksa kerajaan Melaka mencari sumber pendapatan negeri melalui alternatif lain. Selain itu, kedudukan Melaka yang berada di Selat Melaka turut mendorong Melaka menjadi sebuah pelabuhan entrepot bagi pemindahan barangan dalam masa yang sangat singkat. Sistem-sistem pentadbiran yang telah disusun juga merangkumi hampir semua perkara yang melibatkan urusan perdagangan. Salah satu buktinya ialah wujudnya Undang-undang Laut Melaka. Kebijaksanaan pemerintah Melaka juga terserlah, dengan jalinan perdagangan yang dijalinkan bersama negeri-negeri lain turut memberikan sumbangannya yang tersendiri dalam membawa kejayaan Melaka pada abad ke-15 itu, terutamanya dengan negeri China yang telah menaungi Melaka dan memberikan perlindungan dari kerajaan Siam. Maka, daripada apa yang telah saya nyatakan mengenai sistem-sistem pentadbiran dan hubungan jalinan perdagangan yang dijalankan, wajarlah pelabuhan Melaka berkembang sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sangat dikenali dan gemilang pada abad ke-15.

23

Bibliografi
Buku-buku 1. Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al. 1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). 2. Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 3. Malaysia Negara Kita. 2009. MDC Publishers Sdn.Bhd. 4. Noor Aziah Mohd Awal. 2004. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Cet.2. Selangor:International Law book Services (ILBS). 5. Zaini Yusnita Mat Jusoh. et al. 2012. Pengantar Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia. Selangor : KUIS.

Laman Web 1. KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN

ANTARABANGSA. (http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/kegemilangan-melakasebagai-pusat.html). 23 Ogos 2013. 2. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=entrepot). 21 Ogos 2013. 3. Tome Pires. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Tome_Pires). 21 Julai 2013.

24

You might also like