You are on page 1of 13

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 1

UNIT 4 : PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

OBJEKTIF

Objektif Am : Mempelajari dan memahami: i) Pengukuran tekanan atmosfera menggunakan barometer piezometer dan manometer. Objektif khusus : Di akhir unit ini pelajar akan dapat : 1. Menentukan pengukuran tekanan atmosfera dengan barometer. 2. Menerangkan prinsip prinsip pengukuran dalam paip. 3. Menerangkan penggunaan alat alat mengukur tekanan dalam paip. 4. Menyelesaikan pengiraan melibatkan tekanan dalam paip menggunakan piezometer dan manometer. ii) Pengukuran tekanan dalam paip dengan menggunakan alat

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 2

INPUT

4.0

Pengenalan Bumi dikelilingi oleh atmosfera. Tekanan yang disebabkan oleh atmosfera pada permukaan bumi bergantung kepada ketinggian udara diatas permukaan bumi. Tekanan atmosfera pada aras laut lebih kurang 101.325 kN/m2, lebih kurang setara dengan ketinggian turus air 10.35 m atau ketinggian turus raksa 760 mm. Nilai tekanan atmosfera berkurangan dengan pengurangan altitud.

4.1 Barometer

Rajah 4.1 Barometer Barometer ialah satu pengukur mudah untuk mengukur tekanan atmosfera. Tekanan barometer raksa yang piawai ialah 760mm raksa (760mm Hg), bersamaan dengan
760 1000

x 13.6m air = 10.34 m air. Nota: = 13.6 x 10 3 kg/m3 raksa

Contoh 4-1-1

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 3

Berpandukan gambarajah di bawah, kirakan tekanan atmosfera sekiranya ketinggian raksa ialah 750mm. Penyelesaian: Tekanan atmosfera, PA = gh
750mm

= 13.6 X 103 X 9.81 X 0.75 = 100062 N/m2.

Contoh 4-1-2

Kirakan tekanan dalam N/m2 pada kedalaman 500cm dari permukaan sejenis cecair yang mempunyai ketumpatan bandingan 0.8 Penyelesaian, Kedalaman = 500cm = 5 m Ketumpatan bandingan bendalir = 0.8 Ketumpatan cecair = 0.8 x 1000 kg/m 3 = 800 kg/m3 Oleh itu tekanan = gh = 800 x 9.81 x 5 = 39.24 x 103 N/m2

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA Aktiviti 4.0

C3009/ UNIT 4 / 4

1.

Perihalkan kaedah pengukuran tekanan atmosfera menggunakan barometer beserta dengan lakaran.

2.

Dapatkan ketinggian air dalam satu tiub dimana tekanan dasar tiub bersamaan dengan 20N/m2

3.

i. Tukarkan 15m turus air kepaa turus minyak jika ketumpatan nisbi minyak ialah 0.75 ii. Tukarkan 600 mm turus raksa kepada turus meter minya jika ketumpatan nisbi minyak ialah 0.75

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 5

MAKLUMBALAS AKTIVITI 4.0


1.

Barometer adalah satu alat yang mudah untuk mengukur tekanan atmosfera. Contoh barometer mudah adalah seperti dalam rajah diatas. Ia terdiri dari pada bendalir raksa. Tekanan atmosfera yang piawai alah 760mmHg 2. diberi P = 20 kN/m2 h = ?, tekanan P= gh h =
20 x103 = 2.02m 1000 x9.81

3. i. Tekanan pada air, pair = gh = 1000 x 9.81 x 15 = 147.15kN/m2 hair =


p 147.15 x103 = = 20m g 0.75 x9.81x103

ii. Gunakan cara yang sama seperti kes (i) = 10.88 m

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 6

4.2

Pengukuran Tekanan Dalam Cecair Dua alat yang biasa digunakan untuk mengukur tekanan cecair dalam paip iaitu piezometer dan manometer. 4.2.1 Piezometer Jika cecair yang mempunyai ketumpatan , mengalir melalui paip, tekanan cecair boleh diukur dengan memasang satu piezometer iaitu satu tiub di paip tersebut. Cecair dalam piezometer akan naik ke ketinggian h dari garis tengah paip ( Lihat Rajah 4.2). Tekanan di garis tengah paip pada titik tersebut ialah gh N/m 2 atau h m turus cecair tersebut.

h Rajah 4.2 Piezometer

Contoh 4-2

Jika cecair dalam paip ialah air (= 1000 kg/m 3) dan h ialah 30 cm, kirakan tekanan di dalam paip tersebut. Penyelesaian : Tekanan ( P ) = gh = 1000 X 9.81 X 0.3 = 2.9 kN/ m2

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA Contoh 4-3

C3009/ UNIT 4 / 7

600mm

Kirakan tekanan bagi bacaan piezometer di sebelah

Penyelesaian: Tekanan, P = gh = 1000 X 9.81 X 0.6 = 5.9 kN/m2.

4.2.2

Manometer Manometer terdiri daripada tiub U yang diisi dengan cecair seperti raksa, kerosena dan sebagainya. Manometer terdiri daripada dua jenis: 4.2.2.1 Manometer mudah Manometer mudah ialah manometer yang mengukur perbezaan tekanan di antara tekanan atmosfera dengan tekanan dalam paip.

x X Rajah 4.3 Monometer mudah

X
'

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 8

Merujuk kepada gambarajah 4.3, Di X X: Tekanan di lengan kiri = tekanan di lengan kanan P1 + gx = gy + tekanan atmosfera Tekanan tolok, P1 = gx + gh (tekanan atmosfera diabaikan) Tekanan mutlak = tekanan tolok + tekanan atmosfera. Rajah 4.3 boleh juga dilukis seperti di bawah :

Rajah 4.4a Tekanan negatif

Rajah 4.4b Tekanan positif

Dua jenis tekanan boleh terjadi di dalam manometer mudah iaitu tekanan positif dan tekanan negatif seperti dalam Rajah 4.4a dan 4.4b. Untuk memantapkan kefahaman anda lihat contoh berikut: Contoh 4-4 Kirakan tekanan mutlak di titik A ( udara ) jika ketumpatan raksa ialah 13.6 x 103 kg/m3 dan ketumpatan udara ialah 1.293 kg/m 3. Diberi h1 = 2m dan h2 = 2.65m. Penyelesaian :PA + ugh1 = rgh2 PA = rgh2 - ugh1 = 13.6 x 103 x 9.81 x 2.65 1.293 x 9.81 x 2 = 353.54 kN/m2.

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA


4.2.2.2 Manometer Bezaan

C3009/ UNIT 4 / 9

Manometer bezaan ialah manometer yang mengukur perbezaan tekanan di antara dua paip atau di antara dua titik di dalam satu paip. Perhatikan Rajah 4.5 di bawah;

P11

P2

2
Rajah 4.5

P1 + 1gx + 2gy = P2 + 2gz P1 P 2 = 2gZ - 1gX 2gy

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA Aktiviti 4.1

C3009/ UNIT 4 / 10

Satu manometer tiub-U mengukur perbezaan tekanan antara dua paip M dan N yang mengalirkan cecair berketumpatan . Tiub-U itu mengandungi raksa dengan ketumpatan . Kirakan perbezaan tekanan di antara paip M dan N. Jika h 1 = 1.5m, h2 = 0.75m dan h3 = 0.5m. cecair M dan N adalah air dan ketumpatan bandingan bagi raksa ialah 13.6. Penyelesaian:-

h1 h2
h3

MAKLUMBALAS AKTIVITI 4.1


Tekanan di lengan kiri = tekanan di lengan kanan PM + pgh1 = PN + pg(h2 h3) + pgh3 PM - PN = 1000x9.81x0.25 + 13.6x103 x 9.81 x 0.5 1000 x 9.81 x 1.5 = 54445.5N/m2 = 54.4 x 103 N/m2

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 11

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba, semoga berjaya!!!!!!
1. Apakah tekanan udarakasa dalam N/m2 jika bacaan barometer ialah 750mm Hg ? Berapakah ketinggian turus air yang diperlukan untuk memberikan nilai tekanan yang sama? 2. Cecair dalam satu piezometer ialah 1.5m di atas titik A dalam sebuah paip. Tentukan tekanan di A jika cecair itu ialah: i. air ii. minyak dengan ketumpatan bandingan 0.85 iii. raksa dengan ketumpatan bandingan 13.6 Kirakan turus air untuk keadaan i dan ii di atas? 3. Untuk rajah di bawah tentukan tekanan tolok di titik A jika h= 0.3 dan h1=0.6m Cecair dalam paip ialah air dan di dalam manometer ialah raksa.

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 12

4. Dalam gambarajah di bawah cecair A ialah air dan cecair B ialah raksa. Jika perbezaan tekanan antara M dan N ialah 35 kN/m 2, h1= 1.0 dan h2=30cm, Kira perbezaan aras h.

h2

h1
h

5. Dalam Rajah berikut cecair A ialah air dan bendalir B ialah udara. Kirakan perbezaan tekanan dalam kN/m2 antara dan N, jika h = 69cm dan z = 23cm.

PENGUKURAN TEKANAN ATMOSFERA

C3009/ UNIT 4 / 13

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika YA , sila semak jawapan anda.
1. 1x105N/m2,10.2m 2. 14.7 kN/m2, 12.5kN/m2, 200 kN/m2

3. PA = 114.188kN/m2 4. h=30.7cm 5. 4.51kN/m2

You might also like