You are on page 1of 9

DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK NEGARA

ABSTRAK

Isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak bukanlah fenomena baru. Ia telah berakar umbi sejak berpuluh tahun lalu. Sungguhpun begitu, kita masih lagi dibelenggu mengenai kaedah terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kemajuan Masyarakat (KPWKM) jelas menunjukkan peningkatan yang direkodkan berkaitan pembuangan bayi iaitu sebanyak 407 kes manakala, lebih daripada 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu. Persoalannya di sini, ke mana hilangnya sifat-sifat kemanusiaan? Adakah rakyat Malaysia terlupa akan tanggungjawab dan hak perlindungan kanak-kanak yang membela nasib mereka?

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, hak perlindungan terhadap kanak-kanak telah digubal bagi mengatasi masalah pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting yang diberi keutamaan. Dasar Perlindungan Kanak-kanak menjurus setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat untuk bersama-sama bertanggungjawab memberi keutamaan kepada perlindungan kanakkanak. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang turut menekankan prinsip perlindungan kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

DEFINISI Kanak-kanak Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-kanak 2001.

Perlindungan Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. Pengabaian Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, pemakanan (berkhasiat), tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka. Penderaan Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Penderaan Fizikal Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanakkanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Penderaan Emosi Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001, apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan

yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat. Penderaan seksual Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001,apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh manamana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Keganasan Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak. Eksploitasi Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang

membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologi mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak.

PERNYATAAN DASAR Dasar Perlindungan Kanak-kanak ini merupakan satu dasar yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak.

PERNYATAAN MATLAMAT Secara khususnya, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak. Kegagalan untuk mematuhi Akta dan Dasar itu membolehkan individu disabitkan dengan kesalahan didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

OBJEKTIF Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti berikut: i. Meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama; ii. iii. Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak; Menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanakkanak organisasi masing-masing; iv. v. Melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; Menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak; vi. Meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian,

penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan

vii.

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan kanak-kanak.

STRATEGI Bagi mencapai objektif-objektif di atas, 11 strategi dirangka berasaskan 4 aspek utama iaitu advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan. Strategi-strategi tersebut adalah seperti berikut: Advokasi i) Menerap dan memupuk kesedaran tentang pentingnya tanggungjawab melindungi kanak-kanak kepada semua lapisan masyarakat termasuk mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) dengan pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk swasta dan organisasi masyarakat; ii) Memastikan kanak-kanak dan anggota masyarakat termasuk pengamal undang-undang, penuntut jurusan undang-undang, pendidik, pekerja sosial, doktor, anggota penguat kuasa (seperti pegawai Polis dan Imigresen), pemandu pengangkutan awam (seperti bas dan teksi) dan pengawal keselamatan diberi kefahaman mengenai hak kanak-kanak di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dengan fokus kepada aspek perlindungan; iii) Memastikan mereka yang berurusan secara langsung dengan kanakkanak berupaya mengenal pasti dan seterusnya melaporkan kes-kes pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; iv) Menggalakkan penyediaan persekitaran yang sihat dan selamat untuk kanak-kanak; dan

v)

Menggalakkan setiap organisasi mewujudkan dasar dan peraturan mengenai perlindungan kanak-kanak.

i)

Pencegahan Mewujudkan mekanisme amaran awal dan mengukuhkan mekanisme perlindungan kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa;

ii)

Menyediakan

pengetahuan

asas

kepada

kanak-kanak

untuk

membolehkan mereka melindungi diri daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi serta mengenal pasti keadaan yang berisiko kepada mereka; dan iii) Mewujudkan sistem saringan, pengiktirafan dan latihan bagi mereka yang bekerja secara langsung dengan kanak-kanak.

i)

Khidmat Sokongan Memperluas setempat; dan dan meningkatkan perkhidmatan kaunseling kepada

mangsa, keluarga, pesalah dewasa, pesalah kanak-kanak dan komuniti

ii) i)

Meningkat dan memperluaskan perkhidmatan perlindungan dan kesihatan kepada mangsa dan keluarga. Penyelidikan dan Pembangunan Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan mengenai perlindungan kanak-kanak serta menyebarluaskan hasil penyelidikan untuk tindakan penambahbaikan.

Tempat yang boleh dirujuk sekiranya berlaku kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi Balai polis yang berdekatan; Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50515 Kuala Lumpur. Malaysia Tel: 03-2693 0095 Faks: 03-2693 4982 Talian Nur 15999 (diperkenalkan sejak Disember 2007) khusus untuk menerima aduan, menyalurkan bantuan dan bagi mendapatkan maklumat mengenai kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

Hukuman Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611: Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga. Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah. Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code: Kes buang bayi boleh disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun Penutup Kesimpulannya, gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi merupakan suatu perbuatan keji yang terkutuk dan tidak berperikemanusian. Malah, perbuatan

tersebut dilarang keras oleh agama dan akan diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa berlandaskan peruntukan Akta Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut menggesa agar bapa kepada bayi malang itu juga wajib diseret ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang sama. Hukuman maksimum 20 tahun penjara tidak memberi kesan kepada pembunuh bayi ini. Hukuman sedia ada wajar dikaji semula agar lebih setimpal dengan tahap perlakuan jenayah tersebut. Kesalahan membunuh berakhir di tali gantung, maka kesalahan membuang bayi juga patut menerima hukuman yang sama.

Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita dan Kemajuan Masyarakat. Akhbar-akhbar harian iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian

You might also like