You are on page 1of 3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBIS 3303: PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 1


SEMESTER: MEI 2009
TUGASAN KURSUS (35%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini terhad kepada 10-12 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 35% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan
tersebut.
SOALAN TUGASAN

Hadis merupakan sumber perundangan Islam selepas al-Quran. Adalah menjadi


kewajipan setiap Muslim untuk beriman dan mengamalkan segala yang terkandung di
dalam Hadis Rasulullah S.A.W.

Untuk tugasan ini, anda perlu;

1. Huraikan konsep Hadis berserta dengan contoh.


(10 markah)

2. Jelaskan p erbezaan antara al-Quran dengan Hadis.


(10 markah)

3. Ceritakan kehidupan dan perjuangan Rasulullah s.a.w semasa dan selepas Hijrah.
Cerita anda mestilah menyentuh aspek berikut:
a. Dakwah secara terang-terangan dan penentangan golongan musyrikin
Mekah.
b. Perjanjian Aqabah
c. Hijrah ke Madinah
d. Peperangan
(15 markah)

[Jumlah: 35 markah]
PANDUAN PELAJAR

1. Rujukan kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam
Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau
organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami
konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. Sila jangan
gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan.

PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan
tugasan amnya, memberi satu dua tapak web sebagai rujukan pelajar.

2. Tutor adalah diminta memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya
memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh OUM.

You might also like