You are on page 1of 5

Abu Bakar Muhammad bin Al Husain al-karaji merupakan seorang ilmuwan Muslim Persia yang hidup di awal abad

8M. Lahir di Karkh, pinggiran Kota Baghdad menunjukkan bahawa keluarganya berasal dari Kota Karaj. Beliau yang turut dikenali dengan nama al-Karaji atau al-Karkhi merupakan seorang bijak pandai yang menguasai bidang hidrologi. Penguasaan dalam bidang ini meliputi masalah penyediaan sarana air bersih, pengendalian gerakan air serta penemuan berbagai teknologi hidrologi. Teknologi pengelolaan air yang dikenalkan oleh al-Karaji merupakan kaedah pancuran air yang canggih di kota Islam moden.

Mohammed Abattouy merupakan seorang penulis yang telah menghasilkan satu karya berjudul Muhammad Al-Karaji: A Mathematician Engineer from the Early 11th Century. Dalam buku tersebut telah diceritakan mengenai teknologi mesin air dalam dunia Islam yang telah menyebabkan berlakunya revolusi pertanian. Hal ini sebenarnya adalah berasaskan penguasaan bidang hidrologi oleh al-Karaji.

Gambar rajah 4: Qanat, sistem perairan di kota Islam.

Gambar rajah 5: Albolafia noria, kincir air di Sungai Guadalquivir, Cordova.

Al-Karaji bukan sahaja merupakan salah seorang ilmuwan Islam yang menjadi perintis dalam bidang penciptaan mesin air, bahkan juga ilmuwan yang mempunyai ketinggian ilmu dalam bidang matematik. Tiga karya matematiknya yang utama adalah Al-Badi fil-hisab (perhitungan yang indah), Al-Fakhri fil-jabr wal-muqabala (aljabar yang agung), dan Al-Kafi fil-hisab (perhitungan yang memadai).

Karya sumbangan al-Karaji dalam bidang matematik dan hidrolis adalah AlFakhri fi 'l-jabr wa 'l-muqabala, tentang aljabar; al-Badi' fil-Hisab dan al-Kafi fil-Hisab, tentang aritmetik; serta Inbat al-Miyah al-Khafiya. Antara karya lain yang turut dikarang oleh al-Karaji adalah Kitab Inbat al-Miyah al-Khafiya (Book on the Extraction of Hidden

Waters), Nawadir al-Ashkal, Hawla Tasnif, Kitab al-Judhur, Uqud al-Abniya, Risalat alKhtaayn Adil Anbuba, Kitab fi Hisab al-Hind dan Kitab al-Ajdhar.

Al-Karaji telah berusaha untuk mengembangkan algebra dan hasilnya beliau memperkenalkan teori kalkulus algebra. Beliau merupakan ilmuwan pertama yang menggunakan kaedah pembuktian induksi matematik (mathematical induction) untuk membuktikan hasil kerjanya dalam matematik. Beliau telah membuktikan bahawa kenyataan pertama (first statement) mempengaruhi kenyataan seterusnya dalam susunan tak terhingga (infinite sequence). Sekiranya mana-mana kenyataan dalam susunan yang diberikan adalah benar, maka begitu juga dengan kenyataan seterusnya.

Dalam hal lain, al-Karaji telah menggunakan induksi matematik untuk membuat pembuktian terhadap teorem binomial. Binomial merupakan ungkapan yang

mempunyai dua terma algebra (algebra terms) dan dioperasikan hanya dengan penambahan, penolakan, pendaraban dan eksponen nombor bulat positif seperti

( x y ) 2 . Pekali diperlukan apabila binomial dikembangkan dan membentuk segi tiga


yang dikenali sebagai Pascals Triangle.

Gambar rajah 6: Teorem Binomial.

Gambar rajah 7: Jadual al-Karaji yang hampir serupa dengan Pascals Triangle.

Dalam bukunya Al-Fakhri, beliau telah mentakrifkan monomial x, x 2 , x 3 ,... dan


1 1 1 , , ,... dan menetapkan peraturan pendaraban untuk mana-mana dua monomial x x2 x3 ,

ini. Beliau telah berjaya mentakrifkan hasil darab terma ini tanpa merujuk kepada geometri. Dalam Al-Fakhri juga beliau telah mengira (a 3) 3 , manakala dalam Al-Badi, beliau telah mengira (a b) 3 dan (a b) 4 .

Selain itu, al-Karaji turut menjelaskan mengenai teori untuk mengeluarkan punca kuasa bagi fungsi polinomial dengan anu dan menyelesaikan persamaan x 2 5 , x 2 5 , x 2 y dan y 2 x . Kerja-kerjanya tentang algebra dan polinomial menghasilkan satu peraturan operasi aritmetik untuk manipulasi polinomial.

Beliau juga telah meggunakan induksi matematiknya untuk membuat pembuktian formula jumlah integral kuasa tiga, yang juga sangat penting dalam kalkulus integral. 2 Dalam notasi moden i 3 i . Al-Karaji telah menunjukkan bahawa

(1 2 3 ... 10 ) 2 sama dengan 13 2 3 33 ... 10 3 . Beliau telah memperlihatkan bahawa (1 2 3 ... 10 ) 2 (1 2 3 ... 9) 2 10 3 . Beliau menggunakan aturan yang
sama pada (1 2 3 ... 9) 2 , kemudian pada (1 2 3 ... 8) 2 dan seterusnya. Untuk mendapatkan

(1 2 3 ... 10 ) 2

(1 2 3 ... 8) 2 9 3 10 3

(1 2 3 ... 7) 2 8 3 9 3 10 3 = (13 2 3 3 3 ... 9 3 10 3 .

You might also like