You are on page 1of 26

Behaviorisme

Malinowski dan Firth mempercayai deskripsi sesuatu bahasa itu tidak akan lengkap, sekiranya tidak merujuk kepada konteks keadaan tempat ia berlaku.

Satu pandangan yang lebih melampau pula, melihat makna unsur linguistik itu sebagai pengambilkiraan SELURUH keadaan ia digunakan. Inilah BEHAVIORISME, yang pertama kali dihubungkan dengan bidang linguistik oleh Bloomfield.

Titik permulaan Bloomfield tidaklah begitu didasarkan kepada pemerhatiannya terhadap peristiwaperistiwa bahasa, tetapi lebih kepada kepercayaannya terhadap sifat 'saintifik' mata pelajaran itu, malah beliau mengutarakan bahawa, generalisasi yang berfaedah mengenai bahasa adalah generalisasi 'induktif (1933: 20).

Bloomfield mendefinisikan makna sesuatu bentuk linguistik itu sebagai, 'lingkungan keadaan apabila seorang penutur membuat ujaran dan tindak balas yang ditimbulkan oleh si pendengar'

Kajian seperti ini melangkah setapak ke hadapan berbanding dengan kajian oleh Malinowski dan Firth. Mereka berdua membuat pemyataan makna berdasarkan satu keadaan. Bloomfield pula mendefinisikan makna SEBAGAI keadaan itu

Bloomfield (1933: 22-7) menjelaskan pendapatnya melalui contoh Jack dan Jill yang klasik itu. Jill lapar, ternampak sebiji epal, dan menerusi penggunaan bahasa dia dapat menyuruh Jack memetik buah itu untuknya.

Jika dia bersendirian (atau kalau dia bukan manusia) dia akan mendapat RANGSANGAN (R) yang akan menghasilkan TINDAK BALAS (G) (istilah GERAK BALAS lebih lazim digunakan), menyebabkan dia bergerak untuk mendapatkan buah tadi.

Ini dapat digambarajahkan seperti berikut:

Tetapi oleh sebab Jack ada bersamanya, rangsangan tidak menghasilkan gerak balas G, tetapi tindakan gerak balas linguistik, yakni bentuk pertuturan kepada Jack yang dilambangkan sebagai 'g'. Gelombang bunyi pertuturan yang dihasilkan ini, terus menimbulkan rangsangan kepada Jack, iaitu rangsangan linguistik (r), ini pula menghasilkan gerak balas bukan linguistik G untuk memetik buah epal itu. Jadi ini menghasilkan gambarajah yang lebih rumit:
R g . r G

Jadi, menurut Bloomfield, makna terdiri daripada pertalian antara pertuturan (yang ditunjukkan dengan g ...... r) dan peristiwa praktik (R) dan (G) yang terjadi sebelum dan selepasnya

Satu perkara penting dalam teori ini ialah, rangsangan dan gerak balas itu adalah peristiwa fizikal. Yang berlaku pada Jill ialah penerimaan gelombang cahaya sampai ke matanya, otot-ototnya mengecut dan air penghadam keluar dari dalam perutnya.

Tindakan Jack juga bersifat fizikalnya. Ini adalah kerana sebahagian daripada tesis Bloomfield itu mengatakan bahawa lakuan manusia, termasuk percakapan, dikawal oleh peraturan fizikal yang serupa, yang seluruhnya boleh ditentukan, sama seperti peristiwa-peristiwa lain di dalam alam.

Bloomfield telah bersungguh-sungguh membuat perbezaan antara teori 'mekanistiknya' dengan teori 'mentalistik' yang menekankan prosesproses bukan fizikal seperti fikiran, konsep, imej, perasaan dan sebagainya.

Bloomfield tidak menafikan bahawa manusia mempunyai imej, perasaan dan sebagainya, tetapi menafsirkan semua itu sebagai istilah popular untuk menggambarkan pergerakan badan, iaitu peristiwa yang hanya disedari oleh penutur itu sendiri(seperti dalam Saya lapar), pengalaman peribadi (rangsangan dalaman yang kabur), atau pergerakan alat-alat sebutan tanpa bunyi. Sudah tentu Jill tidak akan melakukan hal ini sekiranya dia seorang pemalu, dan Jack mungkin tidak akan memetik epal itu sekiranya dia tidak menyukai Jill.

Bloomfield menjelaskan hal ini dengan menghujahkan bahawa, ujaran dan peristiwa fizikal itu bergantung kepada 'faktor-faktor terselesai sebelum' (predisposing factors) yang' terdiri daripada 'seluruh sejarah hidup penutur dan pendengar'.

Faktor-faktor terselesai sebelum ini, walau bagaimanapun tentulah menanggung beban besar dalam menjelaskan fakta-fakta linguistik tersebut.

Dari segi prinsip, semua aktiviti manusia mungkin boleh diterangkan dalam pengertian entiti dan peristiwa fizikalnya, kimianya, elektro magnetismenya dan sebagainya, yang terlibat di dalam sel-sel otak manusia. Memang diterima akal bahawa pengalaman-pengalaman kita dirakamkan melalui beberapa cara, melalui perubahan keadaan di dalam otak. Tetapi, buat masa ini, pengetahuan manusia lebih merupakan satu kepercayaan sahaja, atau kepercayaan mudah terhadap keadaan fizikal semula jadi bagi semua aktiviti manusia.

Dalam kajian linguistik, walau bagaimanapun, teori itu tidak bemilai. Fakta-faktanya, lebih-lebih lagi mengenai faktor-faktor terselesai sebelum umumnya tidak dapat diketahui, dan tidaklah terbuka kepada pemerhatian, seperti juga keadaan fikiran, imej dan sebagainya yang dianuti oleh ahli mentalis, yang dicemuh oleh Bloomfield.

Dalam keadaan pengetahuan kita sekarang, perbincangan mengenai faktor terselesai sebelum itu, melibatkan hujahan yang sama berbelit-belit, dengan perbincangan mengenai konsep (2.2).

Bloomfield mempunyai keyakinan yang agak aneh dan salah tempat terhadap sains dan deskripsi saintifik. Beliau meramalkan (dan agak tersalah nampaknya) bahawa keseluruhan masalah fonologi boleh diselesaikan di dalam makmal fonetik dalam masa beberapa dekad. Lebih tepat lagi, beliau mencadangkan bahawa, makna ujaran dapat dijelaskan dengan tepat 'apabila makna itu boleh melibatkan beberapa jisim yang kita ketahui secara saintifik'.

Beliau memberi contoh 'makna biasa garam' sebagai 'natrium klorid (NaCI)' (lihat 2.1). Di samping adanya kekaburan, mengenai bagaimana makna tersebut boleh dikaitkan dengan model makna yang digambarkan oleh contoh Jack dan Jill (mungkin merupakan sejenis defmisi ostensif?), jelas bahawa Bloomfield tersalah. Tidak ada keperluan untuk menghujahkan bahawa definisi saintifik seperti itu lebih tepat dari segi LINGUISTIK daripada yang bukan saintifik.

Definisi saintifik yang persis itu memenuhi keperluan ahli sains, tetapi ia tidak ada hubungan langsung dengan bahasa manusia. Linguistik tidaklah bermaksud memperkemas bahasa dengan menjadikannya lebih 'saintifik' seperti itu.

Teori Bloomfield ini hilang kekuatannya apabila didapati sekian banyak faktor terselesai sebelum yang relevan itu -tidak diketahui atau tidak boleh diketahui.

Dalam hal ini Skinner (1957), telah mengakui bahawa beliau dapat mengatasi masalah ini dengan teorinya yang lebih lengkap.

Hujahan Skinner yang penting (walaupun susah untuk menjelaskannya dalam bentuk yang ringkas), ialah (1) tingkah laku bahasa boleh dijelaskan, samalah seperti, dari segi prinsipnya, dengan tingkah laku tikus di dalam keadaan makmal; dan (2) tingkah laku boleh diterangkan dalam bentuk jumlah peristiwa yang boleh diperhatikan, tanpa rujukan kepada struktur dalaman organisma itu.

Namun begitu, teori Skinner juga menghadapi kesukaran yang agak serupa. Walaupun cukup mudah untuk mengenal pasti rangsangan, gerak balas dan peristiwa pengukuhan di dalam makmal, tetapi kebanyakan tingkah laku manusia (seperti juga tingkah laku semula jadi makhlukmakhluk lain) khususnya yang berkaitan dengan bahasa, adalah lebih kompleks dan adalah agak mustahil untuk menentukan peristiwa yang relevan.

You might also like