You are on page 1of 7

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEV VYGOTSKY

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Dua faktor utama dalam perkembangan kognitif (a) interaksi sosial; (b) kemahiran berbahasa. Pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain.

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Kanak-kanak belajar dari perkara yang dipraktikkan. Kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran kerana ia dibina melalui interaksi sosial dengan individu di persekitarnnya.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL


Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Iaitu kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan danbimbingan orang dewasa / rakan sebaya yang lebih mahir.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL


SCAFFOLDING. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Semasa mempelajari sesuatu kemahiran baru / sukar, individu dewasa akan memberi bimbingan penuh; apabila sudah mula memahami, bimbingan akan dikurangkan.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL


SCAFFOLDING. Perbualan dan interaksi penting dalam proses scaffolding. Perbualan dgn guru / orang dewasa yang mahir dapat membantu kk / pelajar menyusun konsep baru secara sistematik. Kk cenderung bercakap sendiri, berkomunikasi sendiri, dan berubah menjadi dorongan pemikiran apabila dewasa.

IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY TERHADAP PP

Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Gunakan ZPP dalam pengajaran. Galakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap. Beri arahan yang bermakna (ada kaitan dengan kehidupan harian; kurangkan hafalan; bimbing kk mengaplikasikan pengetahuan kepada pengalaman sebenar).

You might also like