You are on page 1of 4

ALAT-ALAT YANG DIGUNAKAN DALAM TERAPI PERTUTURAN

Alat

terapi

pertuturan

diberikan

kepada

individu

yang

mengalami

masalah

ketidakupayaan bertutur atau mengeluarkan suara dengan baik seperti berikut: Kecelaruan perkembangan bahasa Kecelaruan bahasa perolehan Kecelaruan bunyi pertuturan Masalah pendengaran Kecelaruan suara Kecelaruan resonan/ sengau Kecelaruan kelancaran pertuturan Masalah penelanan dewasa/ kanak-kanak (Dysphagia) Kecelaruan deglutasi (feeding)

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah: Wisel Bola ping pong Straw Peniup hari jadi Lilin Kertas

Wisel

Bola ping pong

Straw

Wisel/ peniup hari jadi

Lilin

Kertas

Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:

Meniup belon dan wisel serta peniup hari jadi Meniup lilin yang dinyalakan api Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air Meniup straw di dalam cawan yang berisi air Meniup kertas di dalam air. Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel. Menyedut air menggunakan straw.

Selain itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau merawat masalah pertuturan kanak-kanak. Alat-alat bantuan pertuturan ini

kebiasaannya disediakan oleh pakar pertuturan di hospital tertentu. Antaranya alat terapi dan kaedah yang digunakan ialah:

1. Penilaian awal bahasa dan pertuturan. Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan dan bahasa. 2. Set kemahiran mendengar dan bertutur. Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan bertutur. 3. Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan). Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang lewat. 4. Kad imbas berlamina. Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka. 5. CD clipart. Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan. 6. Kad imbas kaedah S.I. Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat. 7. Sticker pelbagai warna dan karektor. Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran. 8. Aktiviti kraf. Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik, mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.

9. Hand puppet. Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan kanak-kanak untuk bertutur. 10. Finger puppet. Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang pertuturan. 11. Perisian Dr Speech. Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara. 12. Perisian nasal view. Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah sengau dalam pertuturan. 13. Five. Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi kanak-kanak hiposensitif. 14. Echo Microphone. Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.

You might also like