You are on page 1of 42

OBJEKTIF KURSUS

* Memahami dengan jelas tentang konsep, objektif dan operasi program Prasekolah

* Menjadi pengurus program prasekolah yang berkesan

MATLAMAT KURSUS
Memberi pendedahan kepada Pentadbir Sekolah untuk memahami dan menguruskan pelaksanaan Program Pendidikan Prasekolah secara berkesan

PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH


PENGENALAN Kejayaan sesebuah institusi bergantung kepada kecekapan dan kemampuan pentadbir mentadbir urus institusi tersebut. Dalam kontek ini Guru Besar adalah pemimpin yang dirasakan dapat meletakkan Pendidikan Prasekolah di tahap yang cemerlang, oleh itu, semua Guru Besar perlu menguasai dan menjiwai intipati yang terkandung dalam Program Pendidikan Prasekolah

Menentukan pengurusan / pentadbiran mengikut peruntukan dalam Akta dan peraturan / pekeliling yang berkuatkuasa
Menyatakan dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan dengan Pendidikan Prasekolah Mengetahui dan memahami serta mahir dalam pentadbiran / pengurusan prasekolah Memahami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai Pentadbir /Pengurus Prasekolah

LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA
1970an PPK mulakan Projek Pend. Imbuhan dengan

bantuan Yayasan Bernard Van Leer


(1973) PPK mulakan dengan tadika makmal Menghasilkan Bahan Pukal Dibuat percubaan di 13 buah Prasekolah SM

1980an

Mengadakan First Foundation Eastern

Hamisphere Seminar On Early Childhood Education in Malaysia bertemakan sustaninability of change dengan tujuan membuat inivasi dan ubahsuai ke dalam sistem
Tadika anjuran JPN dan JPLB ditubuhkan

khusus di kawasan sektor rukun tetangga


PPK menerbitan Program Pukal Pendidikan

Prasekolah yang digunakan oleh pelaksana tadika termasuk tadika KEMAS, JPN, JAIN dan swasta
Penglibatan pelbagai pihak mengendalikan

tadika semakin banyak dan meluas, termasuk NGO

1990-91

Persiapan mewujudkan tadika annex

Mewujudkan 1131 tadika annex di 1044 sekolah rendah seluruh negara


1992 Penubuhan JK Induk Penyelarasan Pelaksanaan

Pendidikan Prasekolah diurusetiakan oleh EPRD


1993 Seminar Prasekolah di Melaka dengan tujuan

menyemak Garis Panduan Kurikulum Prasekolah


Projek rintis Kesinambungan Prasekolah-tahun 1 Seminar Kebangsaan Pendidikan Prasekolah Penyediaan GPK Prasekolah yang seiring dengan

1994-95 1996 1998-99

Akta 550 serta Buku Huraian Kurikulum

FALSAFAH
PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.

KONSEP
PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 6 tahun dalam jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal.

MATLAMAT
Pendidikan Prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah

OBJEKTIF
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Warganegara patriotik Kemahiran berbahasa dan komunikasi Menggunakan bahasa dengan betul Bahasa Inggeris dalam interaksi harian Pengamalan nilai-nilai islam Pengamalan nilai-nilai murni Mempunyai kemahiran : kognitif , berfikir dan menyelesaikan masalah Mempunyai kematangan emosi dan sosial Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal Mempunyai daya kreatif dan estetika

KEDUDUKAN PROGRAM PENDIDIKAN


PRASEKOLAH DALAM AKTA PENDIDIKAN (AKTA 550)

Takrif guru, murid dan prasekolah (Seksyen 2)

pendidikan

Pendidikan prasekolah adalah sebahagian dalam sistem (seksyen 15, 16)

Bahasa yang dibenarkan sebagai bahasa pengantar (seksyen 17

Kuasa penubuhan, pengendalian, penyeliaan tadika ( seksyen 20 hingga 25 ) Pengajaran Agama Islam ( seksyen 50 ) Pendaftaran guru ( seksyen 103 hingga 110 ) Permit mengajar ( seksyen 114 )

Lain-lain yang berkaitan ( seksyen 115 dan 116 )

HURAIAN

Guru ertinya seseorang yang :


a ) mengajar murid di sesuatu institusi pendidikan atau

b ) menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh,
dan termasuklah guru besar atau pengetua

Murid

ertinya seseorang , tanpa mengira umurnya , yang kepadanya pendidikan / latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan
Pendidikan

Prasekolah ertinya

program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

Seksyen 15
( Sistem Pendidikan Kebangsaan )
Sistem Pendidikan Kebangsaan

hendaklah terdiri daripada :

a) b) c) d) e)

Pendidikan prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pendidikan lepas menengah dan Pendidikan tinggi

Seksyen 16
( Kategori Institusi Pendidikan )
Maka hendaklah ada tiga institusi

pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan a ) Institusi pendidikan kerajaan b ) Institusi pendidikan bantuan kerajaan dan c ) Institusi pendidikan swasta

Seksyen 17
( Kedudukan Bahasa Kebangsaan )
(1) Bahasa Kebangsaan hendaklah

menjadi bahasa pengantar utama dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
(2) Jika bahasa pengantar utama di

sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan , maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib.

Seksyen 18
( Kurikulum Prasekolah )

(1) Kurikulum Kebangsaan

hendaklah diguna di semua sekolah

Seksyen 20
( Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika )

(1) Tiada tadika boleh ditubuh, dikendali

atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini
(2) Seseorang yang melanggar

subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan

Seksyen 21
( Kuasa Menteri untuk menubuhkan tadika )
Menteri boleh , tertakluk kepada

peruntukan Akta ini , menubuhkan dan menyenggarakan tadika

Seksyen 22
(Kurikulum Prasekolah)
Program dan kegiatan tiap-tiap tadika

hendaklah berasaskan garis panduan kurikulum untuk tadika yang diluluskan oleh Menteri

Seksyen 23
( Bahasa Pengantar di tadika )
Walau apa pun subseksyen 17(1), bahasa -

bahasa selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib

Seksyen 24
( Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan prasekolah )

Menteri boleh membuat

peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini

Seksyen 25
( Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak )
Peruntukan Bab ini tidaklah terpakai

bagi taman asuhan kanak-kanak yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan taman sedemikian.

Seksyen 26
( Ketakpakaian seksyen 18 dan 19 )

Seksyen 18 dan 19 tidaklah

terpakai bagi tadika


(Nota: Seksyen 18 menyatakan bahawa

Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah)


(Nota: Seksyen 19 menyatakan bahawa

Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan)

Seksyen 50
( Pengajaran Agama Islam )
(1) Jika di dalam sesuatu institusi

pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
(Nota: Pihak Berkuasa Negeri ialah Majlis

Agama Islam Negeri berkenaan)

Seksyen 50
( Pengajaran Agama Islam )
(2) Pengajaran yang dikehendaki di

sesuatu institusi pendidikan di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran biasa institusi pendidikan itu atau dalam apa-apa waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri dalam hal mana-mana institusi pendidikan yang tertentu.

Seksyen 50
( Pengajaran Agama Islam )

(3) Pengelola atau orang lain yang

bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan yang dikehendaki menyediakan pengajaran di bawah seksyen ini hendaklah membuat apa-apa perkiraan yang perlu bagi maksud itu.

Seksyen 50
( Pengajaran Agama Islam )
(4) Pengelola atau orang lain yang

bertanggungjawab ke atas pengurusan dua institusi pendidikan atau lebih boleh, dengan kelulusan Pendaftar, membuat perkiraan supaya pengajaran di bawah seksyen ini diberikan secara bergabung di institusi-institusi pendidikan itu kepada murid yang menganut agama Islam

Seksyen 131
( Peraturan Boleh Menetapkan Penalti Kerana Melanggarnya )
Peraturan-peraturan yang dibuat di

bawah akta ini boleh memperuntukan bahawa peraturan-peraturan ini adalah suatu kesalahan dan bahawa kesalahan sedemikian boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman denda atau pemenjaraan, atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan ini melebihi enam bulan

Seksyen 134
( Kesalahan Dan Penalti Berhubung dengan Nazir ) Seorang yang : a ) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121 b ) enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan dokumen atau barang atau enggan memberikan maklumat dengan sunperenggan 121(b)

Seksyen 134
( Kesalahan Dan Penalti Berhubung dengan Nazir )

c) memberikan apa-apa meklumat yang palsu

dalam apa-apa perkara yang material atau


yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar

DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH


1.1 Menginstitusi pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak berumur 4 - 6 tahun 1.2 Memastikan penyertaan 65% daripada kanak-kanak yang berumur 4 - 6 tahun 1.3 Menyelaras pendidikan prasekolah di antara sektor awam , swasta dan NGO

STRATEGI PELAKSANAAN DASAR


Memantapkan pendidikan prasekolah dari segi kurikulum, kemudahan fizikal dan latihan guru Mewujudkan pendekatan pengajaran bermutu Memperlengkapkan kemudahan P & P Menyediakan garis panduan kurikulum prasekolah

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU BESAR


Mengurus Sumber Manusia Mentadbir Pelaksanaan Kurikulum Mentadbir Kemudahan Fizikal dan Peralatan Mentadbir Kewangan Prasekolah Pegawai pemantau Pengerusi Jawatankuasa Prasekolah Pengerusi Jawatankuasa / Panel Pemilih Pegawai Pelapor Pengurus Kebajikan Pengurus Keceriaan Pengurus Keselamatan

CIRI PENTADBIR PRASEKOLAH


Bersikap Positif

Berpengetahuan Berkebolehan Berperibadi Cemerlang

PROGRAM TRANSISI
Diadakan pada bulan terakhir penghujung tahun sesi persekolahan Aktiviti : * Lawatan ke sekolah / kelas Tahun Satu * Orientasi Tahun Satu

REKOD MURID
REKOD PROFIL MURID ( kepada guru tahun satu ) REKOD PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID ( kepada ibu bapa atau penjaga ) Nota : Segala rekod tentang perkembangan dan kemajuan murid adalah SULIT dan hendaklah Diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga.

Terima Kasih

You might also like