You are on page 1of 5

FALSAFAH DAN ETIKA GURU En. Zainuddin B.

Ahmad Redzuan

CHEN @ CHAN WAI YEE PSV 2

TUGASAN TERARAH Bincangkan aktiviti yang anda perlu jalankan di dalam bilik darjah untuk membentuk modal insan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari dari segi intelek,rohani, emosi, sosial dan jasmani (JERIS) berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia 1) 2) 3) 4) Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Elemen Dalam Falsafah Pendidikan Guru 1. Perwatakan yang mulia Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya. Justeru, seseorang guru mesti mempunyai sahsiah yang baik seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya.

FALSAFAH DAN ETIKA GURU En. Zainuddin B. Ahmad Redzuan

CHEN @ CHAN WAI YEE PSV 2

2. Berkembang maju dan berpandangan saintifik Guru seharusnya berkembang mengikut peredaran zaman yang terkini serta sentiasa berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesionalnya. Guru juga diminta memberi penekanan kepada bidang sains dan teknologi.

3. Berkomited menegakkan aspirasi Negara Guru harus bersikap beretika, berpengetahuan luas di bidang berkaitan, sentiasa memajukan profesionalisme diri, patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru dapat berkomited sebagai pendidik anak bangsa Negara.

4. Mengekalkan warisan kebudayaan Adalah menjadi kewajipan guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid. Guru patut mewujudkan peluang kepada anak murid untuk menghayati warisan kebudayaan negara kita yang unik. Ini tidak sahaja memupuk sifat kebanggaan terhadap kepelbagaian budaya tetapi menyemai sifat patriotisme di kalangan murid.

5. Menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru bertanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan Negara. Selain itu, guru sebagai ejen perubahan bertanggungjawab membangunkan perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh (aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH DAN ETIKA GURU En. Zainuddin B. Ahmad Redzuan

CHEN @ CHAN WAI YEE PSV 2

Cadangan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah untuk membentuk modal insan berlandaskan FPK dan FPG 1. Perkembangan potensi individu Guru patut memerhati potensi murid semasa mengadakan aktiviti di bilik darjah sama ada dari segi akademik ataupun kokurikulum. Setelah guru dapat mencungkil bakat, guru boleh memupuk dan memperkembangkan potensi murid demikian. Aktiviti-aktiviti dari bidang akademik seperti bercerita, berpuisi, pertandingan berkarangan, melukis, kuiz Matematik, role-play dan sebagainya boleh dijalankan di bilik darjah. Dari segi sukan pula, bakat murid dicungkil dan dipertingkatkan melalui kelas Pendidikan Jasmani.

2. Insan yang Seimbang dan Harmonis i. Dalam program penyayang, guru mengambil peluang berinteraksi dan mengikuti keadaan terkini anak angkat agar memahami latar belakang, kesukaran, masalah yang dihadapai atau hal-hal yang boleh menjejaskan fikiran dan ketenteraman jiwa murid. Justeru itu, guru sempat memberi hala tujuan yang betul. ii. iii. iv. Guru berinteraksi dengan ibubapa agar memahami keadaan murid. Guru sanggup mencurahkan masa untuk berinteraksi. Di dalam kelas, guru menerangkan kegigihan orang ternama yang mampu mencapai kesejahteraan diri serta daya tahan mental dan fizikal yang kuat bagi menyediakan murid mengharungi liku-liku dalam hidup.

3. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab i. Guru sentiasa memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugas terutamanya semasa kokurikulum seperti dalam penyediaan sesuatu acara, kem atau pertandingan.

FALSAFAH DAN ETIKA GURU En. Zainuddin B. Ahmad Redzuan

CHEN @ CHAN WAI YEE PSV 2

ii.

Guru melatih murid supaya: a) memiliki pengetahuan yang sesuai dengan tugas b) mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas c) mampu menjalankan tugas dengan cekap dan sempurn d) berpandangan jauh dalam segala hal yang mereka lakukan e) mematuhi undang-undang

4. Bangsa Malaysia yang Bersatu Padu i. Penerangan perbezaan cara hidup, budaya serta agama kepelbagaian kaum unik di Malaysia boleh dijelaskan dalam kelas. Murid diminta membuat kajian mengenai sesuatu topic kecil mengenai keunikan kepelbagaian kaum dan membentangkan pencarian mereka kepada rakan sekelas. ii. Murid digalakkan menhayati mata pelajaran Sejarah agar semangar kekitaan dipupuk.

5. Rakyat Malaysia yang Beriman, Berilmu, Berakhlak mulia, Berketrampilan dan Sejahtera i. Guru mereka situasi konflik dan meminta murid memberi pendapat dalam menyelesaikan masalah itu. Dengan itu, guru Guru dapat memastikan murid mengetahui nilai baik dan buruk. Justeru itu, murid amalkan perbuatan baik dan hindari yang buruk. ii. Dalam situasi beraneka, guru membina keupayaan murid untuk menyedari kesan perbuatan baik dan buruk. iii. Semasa P&P, guru menyarankan murid agar sentiasa berpegang teguh kepada nilanilai moral sebagai prinsip diri. iv. Guru tidak memberi jawapan secara tersurat sebaliknya sentiasa bertanya soalan. Murid digalakkan merjawab untuk membina daya keyakinan yang tinggi.

FALSAFAH DAN ETIKA GURU En. Zainuddin B. Ahmad Redzuan

CHEN @ CHAN WAI YEE PSV 2

6. Menyediakan Sumber Manusia untuk Keperluan dan Kemajuan Negara i. Guru menggalakkan murid memanfaatkan penggunaan internet untuk pembelajaran kendiri. ii. Guru memperbanyakan penggunaan computer dalam pengajaran. Justeru itu, mewujudkan minat murid terhadap bidang teknologi. iii. Guru menggalakkan penglibatan dalam projek seperti pembentangan power point demi meningkatkan profesionalisme murid.

7. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan Guru digalakkan memupuk budaya membaca supaya mewujudkan rakyat yang berminda luas dan terbuka. Sehubungan itu, guru boleh mengadakan sesi berkongsi bacaan dimana setiap murid memberitahu apa yang telah dibacanya. Murid yang pula dapat boleh mendapat ilmu ekspress menerusi pembacaan rakan sekelas.

You might also like