You are on page 1of 1

7.

2 SALING MEM BANTU DAN BEKERJASAMA


Definisi : Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. Kata Kunci : (i) Usaha baik dilakukan bersama (pada peringkat individu/ komuniti/ negara) (ii) Usaha yang membina dilakukan bersama (pada peringkat individu/ komuniti/negara) Ciri-ciri Nilai: 1. Mengamalkan sikap suka membantu dalam kehidupan seharian. 2. Mengamalkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat. 3. Amalan bergotong-royong harus dipupuk di kalangan masyarakat bagi mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan di antara satu sama lain. 4. Semangat bermasyarakat mendorong ahli-ahlinya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. 5. Kita juga perlu membantu antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah dalam masyarakat dan negara. Contoh kerjasama antara Malaysia dengan negara luar dalam bidang a) Sosial Pertukaran program televisyen dan berita Mengambil bahagian dalam Festival Flora antarabangsa b) Ekonomi Melabur dalam negara lain c) Pendidikan Menaja pelajar asing Kebaikan bekerjasama dengan negara luar Mengeratkan hubungan antara negara Dapat menguasai pelbagai bahasa dan budaya asing Meningkatkan ekonomi negara serantau Mempelajadi teknologi moden dari negara luar Pemindahan teknologi Berkongsi ilmu dan teknologi Saling membantu apabila ditimpa bencana alam seperti gempa bumi, tanah runtuh Memajukan industri pelancongan antara negara Menjaga keselamatan bersama Tiga negara punya hubungan kerjasama dengan Malaysia: Indonesia Singapura Thailand Kesan pertelingkahan antara negara: Peperangan Ekonomi negara terjejas Empat cabaran wawasan: Wujud negara yang bersatu padu dan mempunyai matlamat yang dikongsi bersama Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas,tenteram dan maju Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan matang Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika Peranan anda untuk merealisasikan wawasan 2020: Belajar bersungguh-sungguh Menjadi warganegara yang mahir dan berilmu Berakhlak mulia Berdaya saing

You might also like