You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2013

OUMM 3203 PROFESSIONAL ETHICS

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

771222086803001 771222086803 0164936239 shahfulrizal@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SHAH ALAM LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 PENGENALAN ANALISIS RASUAH DARI SEGI EKONOMI ANALISIS UNDANG-UNDANG KE ATAS RASUAH ANALISIS ETIKA DALAM PERBUATAN RASUAH KESIMPULAN RUJUKAN

MUKA SURAT 2 3 5 8 12 13

1.0

PENGENALAN Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara

dan rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa apa pun amalan biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak terkecuali dalam fenomena ini . Pembentangan rang undang-undang suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 bacaan pertama di Dewan Rakyat bagi menggantikan Akta Pencegahan Rasuah 1997 oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membuka mata semua pihak di negara ini bahawa rasuah bukan suatu perkara yang remeh. Dari segi makna, Kamus Dewan Edisi 3 mendefinisikan rasuah atau corruption dalam bahasa latin sebagai kata kerja melibatkan perbuatan menyogok, menyuap (wang, material atau perkhidmatan) untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan memperoleh kejayaan dengan mudah dan segera. Pada masa ini, hampir semua bentuk pemerintahan dan organisasi pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada secara sedar atau sebaliknya, berat atau ringan. Sama ada dalam bentuk penggunaan pengaruh atau sokongan untuk memberi dan menerima sehingga rasuah sudah dianggap satu 'prosedur rasmi'. Amat dikhuatiri pada satu tahap kita akan tiba pada keadaan yang digelar kleptorasi atau secara tersiratnya pemerintahan oleh pencuri iaitu berpura-pura jujur. Rasuah adalah musuh pembangunan. Rasuah dalam dunia politik pula boleh meruntuhkan demokrasi. Manakala rasuah dalam badan perundangan dan kehakiman akan mencabul ketinggian undang-undang dan rasuah dalam pentadbiran awam akan menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Jenayah rasuah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekali gus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat. Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan. Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat berharap tiada 3

sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. 2.0 ANALISIS RASUAH DARI SEGI EKONOMI Pada tahun 2003, mengikut Transparency International, Malaysia menduduki tempat ke 37 dari segi tahap amalan rasuah di mana ianya satu kedudukan yang kurang selesa berbanding negara Finland yang menduduki tempat pertama dan terbaik. Namun tidak banyak yang membincangkan tentang ekonomi atau lebih tepat lagi disekonomi amalan rasuah tersebut. Perbincangan atau kajian tentang ekonomi rasuah ini termasuk isu-isu penting tentang sumber dan punca rasuah dari perspektif ekonomi, kesan atau kos amalan rasuah ini ke atas firma, industri dan ekonomi negara serta kesan ke atas individu dan masyarakat. Di sebaliknya, kebanyakan isu rasuah dibincangkan dari sudut moral dan etika amalan tersebut. Rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan pelaburan asing langsung (FDI). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pelaburan terutama pelaburan langsung asing. Selain daripada insentif pelaburan yang ditawarkan, faktor-faktor lain termasuklah kos buruh, sumber asli tempatan, saiz pasaran domestik dan juga kecekapan urus tadbir (governance)ekonomi dan kerajaan yang meliputi juga tahap rasuah, birokrasi dan red tape. Dalam keadaan sesebuah ekonomi yang menghadapi masalah urus tadbir yang teruk, birokrasi dan red tape yang membebankan serta tahap rasuah yang kronik, kos pelaburan selalunya meningkat. Akibatnya pelaburan akan berkurangan kecuali para pelabur diberikan insentif seperti pelepasan cukai yang lumayan. Dalam keadaan di atas negara menanggung dua jenis kerugian: Pertama, rasuah yang dibayar oleh pelabur dan kedua, jumlah cukai yang dilepaskan oleh kerajaan. Jika urus tadbir diperbaiki serta rasuah dibanteras, kedua-dua kerugian tersebut dapat diatasi. Mengikut satu kajian, jika Filipina boleh mengurangkan rasuah kepada tahap yang terdapat di Singapura, ia akan dapat meningkatkan nisbah pelaburan kepada KDNK nya sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian yang sama, bagi sebuah negara yang korup, kesan mengurangkan amalan rasuah adalah sama dengan kesan pengurangan cukai korporat melebihi 20 mata peratusan dalam usaha untuk menarik pelaburan. Dalam erti kata lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah negara yang korup mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa memberikan pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal amalan rasuah. Rasuah juga kerap mengakibatkan herotan (distortion) dalam perbelanjaan dan pelaburan awam serta kemerosotan kualiti 4

infrastruktur fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelaburan dan sebagainya berasaskan kepada beberapa pertimbangan. Mengikut satu kajian, peningkatan dalam rasuah dari tahap yang terdapat di Singapura kepada tahap yang terdapat di Pakistan akan menyebabkan peningkatan nisbah perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata peratusan di samping mengurangkan nisbah hasil kerajaan kepada KDNK sebanyak 10 mata peratusan. Indeks Persepsi Rasuah yang di kumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah di rangka oleh Transparency International iaitu satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat. Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.9 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah : Haiti Bangladesh Nigeria Myanmar Chad Paraguay Azerbaijan Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada kadar 2.0. Manakal Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan kadar mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan mata 9.3. Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 5

hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US$187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar" Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 -RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07). Rasuah juga merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi. Rasuah akan mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat / jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan projek / konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat / jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat industri yang tidak berdaya maju. 3.0 ANALISIS UNDANG-UNDANG KE ATAS RASUAH Rasuah atau lazim juga dikenali sebagai suapan adalah satu jenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia. Satu akta telah digubal khusus bagi jenayah ini iaitu Akta Pencegahan Rasuah 1997 (APR 1997). Tujuan akta ini ialah bagi menyediakan peruntukan-peruntukan berkaitan dengan pencegahan rasuah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 6

Gejala rasuah bukan suatu fenomena yang baru. Sejarah rasuah boleh disusuri dari masa manusia mulai membentuk masyarakat bersosial sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Dr Syed Hussein Al-Attas dalam kajiannya telah mengupas kejadian rasuah di peradaban lama seperti Roman, Greek dan Cina. Amalan rasuah sangat ditegah oleh agama Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui salahnya. Secara ringkasnya, gejala rasuah yang menular bukan sahaja menghakis moral sesuatu masyarakat, mencabuli hak sosial dan ekonomi golongan miskin dan terpinggir, mencabar keluhuran undang-undang dan kesannya ialah pembangunan masyarakat yang terbantut. Kawalan undang-undang terhadap rasuah adalah melalui penguatkuasaan Akta Pencegahan Rasuah 1997, Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat No 22, 1970, Akta Kesalahan Pilihan raya 1954, Kanun Keseksaan dan Akta Kastam 1967. Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) secara inti pati adalah sama dengan kesalahankesalahan yang di peruntukan dalam Bahagian II Akta Pencegah Rasuah 1961 (Akta 57). Seksyen 10,11,12,13 dan 14 Akta 575 adalah in pari materia dengan Seksyen 3,4,6,7 dan 9 Akta 57. Seksyen 15 Akta 575 pula mengandungi kesalahan yang sama dengan seksyen 2 Ordinan 22. Satu perbezaan ketara antara Akta 575 berbanding Akta 57 dan Ordinan 22 ialah penalti hukuman pemenjaraan dan denda telah ditingkatkan. Sepanjang tahun 2011, sebanyak 1,304 (20.1%) Kertas Siasatan (KS) dibuka hasil daripada 6,475 maklumat berunsur rasuah yang diterima. Jumlah KS yang dibuka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 84 KS (6.9%) berbanding tahun 2010 iaitu sebanyak 1,220 KS. Daripada 1,304 KS yang dibuka ini, sebanyak 967 atau 74.2% KS telah berjaya disiapkan dalam tahun semasa iaitu meningkat sebanyak 0.4% dari segi kadar penyiapan berbanding tahun 2010 yang hanya 900 KS sahaja dapat disiapkan dalam tahun semasa. Sepanjang 2011 juga, sebanyak 918 orang telah ditangkap iaitu menurun sebanyak tiga peratus berbanding pada tahun 2010 iaitu 944 orang. Berdasarkan jumlah keseluruhan tangkapan, 413 orang telah ditangkap atas kesalahan memberi rasuah, 419 orang menerima rasuah dan 41 orang ditangkap kerana kesalahan mengemukakan tuntutan palsu. Bagi kesalahan menyalahgunakan kedudukan pula tangkapan meningkat kepada 17 orang berbanding hanya seorang pada tahun 2010. Pada 28 Mac 2011, sebuah pasukan khas (special task-force) terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja 7

Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri telah ditubuhkan dan mula membuat siasatan ke atas ejen-ejen penghantaran. Pasukan khas ini telah melancarkan Ops 3B yang bertujuan mengesan kegiatan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah mengakibatkan Kerajaan kehilangan cukai berbilion ringgit akibat penipuan dalam pengisytiharan cukai. Seramai 63 pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah di tangkap. Hasil kerjasama dan tindakan pasukan khas dalam Ops 3B ini diyakini memberi kesan dan menyumbang kepada peningkatan hasil Duti Kastam sebanyak 7.4% (2.1 bilion) bagi kutipan tahun 2011 iaitu meningkat kepada RM30.4 bilion berbanding RM28.3 bilion tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2011, seramai 263 orang telah dihadapkan di mahkamah atas kesalahan rasuah. Ia melibatkan 141 (53.6%) orang awam, 80 (30.4%) orang penjawat awam, 41 (15.6%) orang daripada sektor swasta dan seorang (0.4%) ahli politik. Peningkatan jumlah pendakwaan terhadap orang awam adalah atas kesalahan cubaan menyogok pegawai awam. Ini menunjukkan petanda positif ke atas usaha kerajaan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan pegawai awam berhubung tanggungjawab melaporkan cubaan pemberian rasuah. Dalam masa yang sama, kempen-kempen kesedaran berhubung kesalahan memberi rasuah dipergiatkan kepada semua anggota masyarakat. Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah pada 16 Februari 2011 telah berjaya menyelesaikan perbicaraan kes-kes rasuah dengan lebih cepat dan ini telah menyebabkan peningkatan mendadak dari segi penyelesaian kes-kes rasuah. Daripada 776 kes perbicaraan di Mahkamah Rendah, sejumlah 520 kes telah berjaya diselesaikan di peringkat perbicaraan awal, di mana sejumlah 259 (49.8%) kes telah disabitkan kesalahan, 129 (24.8%) kes mengaku salah, 114 (21.9%) kes lepas dan bebas, dan 18 kes (3.5%) lepas tanpa dibebaskan. Manakala baki 256 kes masih lagi dalam peringkat perbicaraan. Sebanyak 146 kes telah selesai rayuannya di peringkat Mahkamah Tinggi, di mana 98 kes telah berpihak kepada Pendakwa Raya dan 48 kes tidak berpihak kepada Pendakwa Raya. Manakala di peringkat Mahkamah Rayuan, sebanyak 99 kes telah selesai dan 116 kes masih belum diputuskan. Pada tahun 2011 juga, sebanyak 24 kes yang diputuskan Mahkamah Rendah tiada kes prima facie tetapi setelah dirayu, Mahkamah Tinggi memerintahkan kes tersebut dipanggil untuk membela diri. Sementara itu, sejumlah 19 kes daripada 21 kes pelucutan harta telah dikendalikan di peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Sebanyak 18 (94.7%) kes memihak kepada Pendakwa Raya dan satu kes memihak kepada Orang Kena Tuduh (OKT). Denda yang telah berjaya dikutip atas kesalahan rasuah adalah berjumlah RM10,872,145. 8

4.0

ANALISIS ETIKA DALAM PERBUATAN RASUAH Etika bermaksud prinsip-prinsip dan peraturan moral yang dapat di terima

umum sebagai cara untuk mengawal seseorang individu supaya berkelakuan baik. Faktorfaktor yang mempengaruhi etika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi (kerana tiada pilihan lain). Secara universal, semua masyarakat di dunia perlu suatu cara analitikal yang konsistan untuk mengklasifikasikan sesuatu perbuatan yang di lakukan salah atau tidak. Namun ada perkara yang menjadi satu kesalahan pada sesuatu masyarakat tidak menjadi kesalahan pada masyarakat yang lain. Sebagai contoh, agama Islam melarang umatnya untuk minum minuman keras, namun ada agama yang tidak menghalang pengikutnya dari mengambil minuman berkenaan. Ini bermakna, tidak ada satu pun cara yang sempurna untuk di jadikan piawaian peraturan etika. Walau bagaimana pun terdapat 5 cara atau teori yang boleh di jadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan beretika. Teori berkenaan adalah teori hukum alam, teori etika teleologikal klasik (Utilitarianism), Teori etika Deontologikal klasik (Universalism), Teori pengagihan keadilan dan teori kebebasan diri sendiri. 4.1 Teori Hukum Alam Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Apa yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum . Setiap satu agama telah menetapkan hukum untuk kaumnya dan mereka harus mematuhi hukum itu . Kelebihan yang ada pada teori hukum ini ialah , ia di terima oleh semua golongan yang berpegang pada agama dan ia di terima sepanjang zaman. Namun apa yang menjadikan teori ini tidak sempurna ialah, ia tidak universal kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman dan kepercayaan masing-masing, jadi mereka mempunyai moral, etika dan nilai murni yang berbeza. Dari sudut sosial, beberapa punca rasuah dan pecah amanah yang mungkin boleh dikenalpasti ialah antaranya kerana hilang amanah, tamak, terlalu utamakan keuntungan dan tidak dapat membezakan antara kepentingan diri dan tugas atau tanggungjawab. Dalam ertikata lain hilang sifat akauntabiliti.. 9

4.2

Teori Etika Teleologikal Klasik (Utilitarianism) Teori ini mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada

kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul dan salah. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Teori teleologikal boleh dilihat daripada dua perspektif, iaitu utilitarianisme dan egoisme. 4.3 Teori Etika Deontologikal Klasik (Universalism) Pendekatan deontologi adalah membawa maksud tugas dan komitmen terhadap seseorang individu di dalam bahasa Greek. Teori ini berdasarkan kepada niat seseorang itu dan bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Dalam teori ini, jika niat seseorang itu baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik, dan begitu juga sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa semua manusia tidak terpengaruh antara satu sama lain dan tidak kelam kabut serta dengan menggunakan teori ini semua orang akan di beri layanan yang sama rata. Oleh yang demikian teori ini menganggap bahawa jika seseorang itu berniat baik selalunya akan membawa kepada hasil yang baik dan jika seseorang itu berniat baik, maka ia semestinya untuk kebaikan semua pihak. Namun ada kekurangan terhadap teori ini kerana kita sebagai manusia tidak tahu menilai sejauh manakah niat baik seseorang, dan bagaimana mahu menginterprestasinya. Selain itu, adalah mustahil untuk memberikan layanan yang sama rata kerana setiap orang mempunyai perasaan, nilai, moral dan pemikiran yang berbeza. 4.4 Teori Pengagihan Keadilan Teori ini menekankan kepada pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berdasarkan kepada keadilan dan nilai murni sesebuah masyarakat. Ia mementingkan kerjasama antara satu institusi atau masyarakat, Pengagihan keadilan ini adalah berdasarkan kepada kesamarataan, keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang. Namun teori ini masih kurang berkesan kerana teori ini menidakkan kelebihan seseorang individu. Sebagai contoh walaupun seseorang itu tidak banyak menyumbang untuk sesuatu 10

perkara itu, tetapi dia mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tinggi, berbanding pada seseorang yang banyak menyumbang tetapi tidak mempunyai kemahiran dan kebolehan. Jadi pengagihan yang adil tidak dapat di lakukan. Seperti juga masalah dilema yang dihadapi pegawai atasan yang tidak mengagihkan kesamarataan, dan tidak melihat kebolehan calon sebelum membuat keputusan. Jadi, berdasarkan teori ini jelas menunjukkan bahawa pegawai itu tidak membuat keputusan yang tepat. 4.5 Teori Kebebasan Diri Sendiri. Menurut teori yang di cadangkan oleh Robert Norzick ini, ia adalah berdasarkan kepada kebebasan atau hak seseorang individu. Menurut Norzick undang-undang undang atau nilai sesebuah masyarakat yang menyekat kebebasan individu patut di tolak. Menurutnya lagi seseorang itu mempunyai hak untuk memegang kekayaan atau pun apa sahaja yang di miliki tanpa berkongsi dengan orang lain tetapi mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang di sukainya. Seseorang individu di benarkan untuk memilih salah satu alternatif pilihannya sendiri mengikut kehendaknya. Teori ini juga mempunyai kelemahan iaitu ia mempunyai definisi yang sempit tentang kebebasan yang mana akan memberikan impak yang negatif kepada orang lain. Mengikut teori ini, pegawai pemilih patut di beri hak untuk memilih calon yang di kehendaki, yang mana cara yang di lakukan oleh pegawai pemilihan ini tidak bertentangan dengan etika dalam teori ini. walaupun impak negatifnya sangat besar, iaitu dengan memperdagangkan masa depan orang lain. Pembelajaran dan latihan etika dapat memandu individu mengikut garis panduan yang dikehendaki oleh agama dan kehendak sosial yang menuntut mereka bertingkah laku sesuai dengan tahap akademik mereka. Individu yang beretika dalam bidang pekerjaan akan menolak segala bentuk amalan yang menyalahi etika seperti amalan rasuah. Tidak dapat dinafikan dalam senario negara yang pesat membangun, amalan seperti rasuah amat mudah menggoda. Ramai yang gagal dalam usaha menolak godaan rasuah. Apatah lagi amalan rasuah dianggap jalan pintas dalam mengecap kemewahan. Hanya segolongan kecil yang dapat menepis dugaan ini. Bayangkan jika golongan kecil ini juga gagal menepis amalan tidak beretika ini? Perkara yang pasti sudah tentulah organisasi semakin goyah dan produktiviti yang tidak menepati piawai dan standard kualiti . Rentetan hal ini, jelas dilihat betapa pentingnya pengajaran dan pembelajaran etika dalam bidang pendidikan. 11

Dalam usaha mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020, bekas Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah memperkenalkan Wawasan 2020 yang merangkumi 9 cabaran utama ke arah bergelar negara maju. Salah satu cabaran yang perlu diatasi oleh rakyat Malaysia berdasarkan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Maka jelaslah keperluan pembelajaran dan pembelajaran etika di semua peringkat pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah dan universiti amat perlu . Pegangan agama adalah benteng bagi segala perbuatan yang keji dan mungkar. Kekuatan iman akan dapat mengekang individu daripada perbuatan tidak beretika serta menjadi panduan dalam menentukan sesuatu perbuatan dan tingkah laku. Penghayatan terhadap agama mewujudkan budaya mencintai kebenaran dan kesaksamaan. Dalam Islam, kefahaman dan keyakinan adalah dua perkara yang berlainan tetapi saling memerlukan. Sebagai contohnya, kita memahami bahawa ibadat solat adalah wajib, namun kita seolah-olah tidak yakin akan balasan tuhan ke atas kita, maka seolah-olah kita pincang dalam salah satu dualisme kefahaman dan keyakinan . Ada juga orang yang faham bahawa rasuah adalah berdosa, boleh dikenakan azab akibat perbuatannya. Namun demikian, mereka berani menerima dan memberi rasuah kerana tidak sampai lagi tahap keyakinan mereka akan balasan yang bakal diterima sekiranya mereka tetap merasuah dan bakal mendapat ganjaran dan pujian sekiranya bertahan untuk tidak menerima rasuah. Kefahaman dalam agama perlu disertai dengan keyakinan yang mendalam. Jelaslah dengan pegangan agama yang kuat segala perbuatan tidak beretika dapat dielakkan apabila mereka mula menceburi bidang pekerjaan. Secara keseluruhannya, rasuah dan Pengajaran Pembelajaran Beretika tidak dapat dipisahkan kerana jika pendidikan etika dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamat diharapkan kegiatan rasuah akan berkurangan. Berdasar fakta ini, seseorang yang beretika tidak akan mengamalkan perbuatan yang menyalahi etika seperti perbuatan menerima atau memberi rasuah dan seterusnya akan mendapat segala yang dikehendakinya dan juga yang dihasratkan. Sesungguhnya, sebaik-baik pekerjaan ialah ikhlas dalam mencari keredaan-Nya, diperoleh dari hasil usaha sendiri dan tidak mengkhianati orang lain.

12

5.0

KESIMPULAN Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan

melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada golongan cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya, jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan,maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya, ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

13

6.0

RUJUKAN Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). OUM320 Professional Ethics ,(cetakan

kelapan) Seri Kembangan Selangor: Open UniversityMalaysia (OUM) Dr Ho Jo Ann, Dr Tee Keng Kok (2011). OUM3203 Professional Ethics Open University Malaysia (OUM) MALAYSIA, Open University. (2007). OUMM 3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd Mohd. Janib Johari, Etika Profesional, Johor: Universiti Teknologi Malaysia Skudai, 2001. Mustafa Haji Daud, Etika Pengurusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications. 2001. http://www.sprm.gov.my/

14

You might also like