You are on page 1of 3

LDP 2: ULASAN BUKU

SMKDIYKL

MESIN CUCI (Muka Surat 103 -104) Cerita Cikgu Ong kepada Pengetua. Saya minta maaf Cikgu, saya tidak dapat menghasilkan keputusan yang diharap-harapkan. Saya sudah cuba yang terbaik, tapi Saya bimbang Cikgu yang tak puas hati Pengetua bersuara, Cikgu Ong, saya hampir mencecah usia emas,sudah banyak rambut uban, kata orang tanda kebijaksanaan?Saya tidak mudah melenting dan melatah. Bagi saya proses mendidik seperti proses mencuci pakaian. Kalau daripada jenis sutera: celup, bilas dan sidai. Jika jenis rayon, kena basuh dengan tangan perlahan-lahan.Kalau kain kapas pula, kena berus dan kalau belacu kenalah sental kuat.Janji bersih dan yang dibersihkan belacu tetap belacu, tidak mungkin jadi sutera tetapi belacu yang bersih! LEPAS SAYA, SAYA (MUKA SURAT 117 118) Lepas aku, aku. Macam tidak ada orang lain. Mentang-mentang aku langgas.Saya bersungut sendiri. Hampir berturut minggu saya dikehendaki bertugas di luar daerah. Sekolah suruh saya. PPD pun suruh saya. Mengapa? Tidak ada orang lain? Cikgu Nita bercerita. Saya pernah muda seperti Zee. Dan hendak cerita, agaknya lebih teruk. Zee mengiring pelajar dapat tinggal di hotel atau paling tidak di asrama. Zaman saya dulu, menginap di bilik darjah, atas meja kering. Saya juga sering menjadi penyelamat guru-guru yang ada urusan, terutama guru berkeluarga dan beranak kecik. Tetapi saya menganggapnya sebagai berkhidmat untuk rakan seperjuangan. Kadang-kala saya anggap saya pergi bercuti. Zee balik nanti, Zee pikir elok-elok. Kalau kita senang menolong orang, orang suka menolong kita. Cerialah sedikit dan hargailah diri sendiri. Orang percayakan kita, kita kenalah anggapnya sebagai suatu penghormatan. Lepas peristiwa itu, saya lebih tenang menghadapi keadaan dan pandai menjawab seloroh rakan-rakan yang berkata. Cikgu Zee tu asyik meninggalkan sekolah aje. Saya pergi bercuti. Hendak ganti? Tidak ada seorang pun yang hendak!
FORT CORTINA SUDAH KELUAR (Muka Surat 174) Memang resam cikgu-cikgu di SMX seronok apabila Pengetua keluar bermesyuarat atau sebagainya dapatlah relax sedikit. Suatu hari Fort Cortina tiada di garaj. Jadi, kami pun agak berlengah ke kelas dan terus bersembang.Tiba-tiba kami saling berpandangan dan kemudian ternampak imbas Cikgu Rahim lalu. Eh, keretanya tiada tuannya ada? Esoknya daripada sumber yang boleh dipercayai, beliau sengaja minta dihantar oleh isteri! Selepas itu ada atau tidak Fort Cortina di garaj pengetua, kami tetap kami.

ANAKMU BUKAN ANAKMU (Muka Surat 221-222) Sebagai ketua pengarang majalah tahunan sekolah, saya ditugaskan mewawancara cikgu Mun. Siapa yang mendorong cikgu memilih guru sebagai kerjaya? Yang paling saya ingat dan kagumi sehingga hari ini adalah guru Special Malay Class 1(SMC 1). Namanya Mr. Yeoh Kiang Wang, seorang guru Cina yang mengajar semua budak Melayu. Penuh sabar mengajar kami anak-anak kampung menguasai bahasa Inggeris. No complain, no prejudice, no segregation!Terasing dan diasingkan? Jauh sekali. Kemudian apabila saya sudah mula minat membaca dan rajin ke perpustakaan, saya jumpa buku seorang pemikir Parsi, Khalil Gibran, The Prophet yang mengetengahkan keluhuran tugas guru. Antara baris sajaknya: Anakmu bukan anakmu Mereka adalah anak-anak kehidupan yang ingin hidup Mereka datang melaluimu bukan darimu Walau bersamamu mereka bukan milikmu Berikan mereka kasih, tetapi bukan pemikiranmu Kerana mereka mempunyai pemikiran mereka sendiri.

Marzita bt Ahmad Sls 24.5.2011

LDP 2: ULASAN BUKU

SMKDIYKL

Katanya lagi. Masalah saya sekarang adalah bagaimana meningkatkan prestasi, ataupun paling tidak, mengekalkan kecemerlangan.

MASA INTERVIEW, MINTA KERJA (Muka Surat 264) Menjelang hujung tahun, bagi seorang pembantu tadbir memang banyak kerja.Mana hendak menyiapkan laporan audit,mana hendak membantu pentadbir menyediakan perancangan tahun hadapan, laporan prestasi dsbnya. Tanpa melihat keliling, saya merungut sendiri, Banyaknya kerja! Hai Asiah! Semasa mengisi borang dan interview dulu minta apa? Minta kerja, bukan? Jangan bersungut! Betul juga. Memang saya minta kerja; jadi kenalah kerja dalam masa kerja! BILA SAUDARA HENDAK TOLONG SAUDARA(m.s.279 - 280) Awal tahun pihak sekolah mengedarkan borang biasiswa. Anak mengadu tidak mendapat borang sedangkan pelajar yang mendapat keputusan UPSR yang lebih rendah daripadanya dapat borang.Oleh kerana kenal dengan pengetuanya yang kebetulan ada tali kekeluargaan, saya berjumpa dengannya. Kita ada garis panduan bagi guru-guru kelas menguruskannya. Daripada segi akademik memanglah layak, tetapi bagaimana pula dengan kedudukan sosio ekonomi keluarga? Kan abang berpendapatan empat angka dan hanya mempunyai sepasang putera puteri? Ai takkan tidak boleh tolong? Bukan menjejaskan orang lain. Silap tu bang,jika ada seratus orang anak petani dan nelayan yang betul-betul layak, kita berikan kepada orang lain yang tidak layak,kita dikira menzalimi mereka. Yang pasti apabila dicelah,yang keseratus layak tertolak. Bila lagi saudara hendak tolong saudara? Saya mencelah dengan harapan dengan berkata begitu akan melembutkannya. Beginilah, abanglah tolong adik abang ini, tolonglah sokong usaha saya menjalankan tugas dengan jujur dan amanah. AYAH MITHALI(m.s.285 - 286) Pak cik yang seorang ini bukan sekadar menghantar anaknya ke sekolah tetapi menunggu. Kadang-kadang dia berada di kantin, kadang-kadang di dalam keretanya. Saya nampak hampir setiap hari pak cik berada di sekolah. Tidak jemukah?Saya memulakan perbualan. Tidak.Jemu itu perasaan dalam diri sahaja.Lagipun ini sudah menjadi kebiasaan pak cik, iaitu setiap kali anak pak cik mengambil peperiksaan. Bagi pak cik dalam diari persekolahan,menduduki peperiksaan ini sangat mencemaskan. Silap-silap boleh black-out. Lima orang anak yang lain pun beginikah pak cik buat? Ya! Pak cik tidak bekerja? Sudah bersara. Dulu semasa bekerja, pak cik ambil cuti. Pak cik sengaja ambil cuti untuk masa-masa kritikal seperti ini. Begitu sekali? Pak cik belajar daripada arwah datuknya. Ayah pak cik dulu seorang penanam padi dan penoreh getah.Beliau sanggup tidak menoreh kerana persekolahan anak.Yang paling tidak dapat pak cik lupakan semasa pak cik darjah satu. Kemudian dia berkata lagi, Beliau sanggup mendukung pak cik ke sekolah. Beliau pernah berkata, beliau tidak mampu meninggalkan harta yang banyak, tetapi kerana persekolahan anak-anak beliau sanggup bergolok bergadai.

Marzita bt Ahmad Sls 24.5.2011

LDP 2: ULASAN BUKU

SMKDIYKL

Saya anggapkan pertemuan itu suatu bicara ilmu yang tidak terdapat di bilik darjah ataupun daripada buku. Seorang ayah seperti saya belajar daripada seorang ayah lain erti keprihatinan dan kasih sayang seorang ayah mithali.

Marzita bt Ahmad Sls 24.5.2011

You might also like