You are on page 1of 1

J16, Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh, 31150 Ulu Kinta, Ipoh,Perak.

________________________________________________________________ Pengurus Jadual Waktu, Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh, 31150 Ulu Kinta, Ipoh,Perak. Tuan, Memohon Kebenaran Menggunakan Kelas Blok Pentadbiran Bilik 21. Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menggunakan bilik 21 semasa waktu kuliah. 3. Tempoh masa kami menggunakan bilik 21 dari tempoh 1 July hingga 12 July. 4. Permohonan untuk menggunakan bilik 21 adalah atas sebab-sebab berikut: a. Kami tidak mempunyai kelas yang tetap untuk menjalankan kuliah. b. Kesuntukan masa semasa pemindahan kelas dari blok Siantan ke kelas blok Cempaka akan mempengaruhi kelancaran proses menjalankan kuliah. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami ini. Sekian,terima kasih. Yang benar, ________________ (LOO CHIA YING) Setiausaha Unit J16, Institut Perguruan Guru Kampus Ipoh.

25 JUN 2013

You might also like