You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT GURU BIL 2 / 2013 SMK PENDETA ZABA, TAMAN PAROI JAYA, 70400 SEREMBAN Tarikh Hari

Tempat Masa : : : : 20 Mei 2013 Isnin Dewan Seri Pendeta, SMK Pendeta Zaba, Seremban 3.00 petang

KEHADIRAN : 1. En. Rosdin bin Kasim 2. En. Roslan bin Omar 3. Pn. Nor Hayati bt Abd Rahman 4. Pn. Hasmah bt Abu Bakar 5. Pn. Faridah bt Othman 6. Pn. Fazidah bt Elias 7. Pn. Hasidah bt Ismail 8. Pn. Noor Aizah bt Subaha 9. En. Mohd Fahridzakki b Abd Rahman 10. En. Abdul Karim bin Mohamed 11. Pn. Airuzmie bt Ibrahim 12. Pn. Asmahani bt Ahmad @ Amros 13. En. Azean bin Abdullah 14. Pn. Azizah bt Jamali 15. Pn. Azleen Fazlia bt Abu Kassim 16. Pn. Bong Tan Niew 17. En. S. David Gnanasundarajan 18. Pn. Durasnita bt Abdullah 19. Pn. Faridah bt Sulaiman 20. Pn. Fauziah bt Mohamad 21. En. Hamshahril bin Hamdan 22. Cik Hasnah bt Mohamed 23. Pn. Haslina bt Mohd Yusof 24. Pn. Herdiana bt Haron 25. Pn. Hazalila bt Abdul Halim 26. Pn. Kamaleswari a/p Selvanathan 27. Pn. Lim Pei Kuan 28. Pn. Mariah bt Joned 29. En. Mohd Fauat bin Kamarul Baharin 30. En. Mohd Najib bin Nijar 31. En. Muhammad Ridzuan bin Zor 32. En. Mustapha b Abdul Kadir 33. Pn. Nik Norma bt Nik Mat 34. Pn. Noor Aziah bt A. Rahman Nazri 35. Pn. Noor Faezah bt Noorzan 36. Pn. Nor Afizah bt Yahya 37. Pn. Nor Aisah bt Abbas 38. Pn. Nor Alina bt Hj Abd Rahman 39. Cik Nor Suakma bt Jaafar 40. Pn. Noraini bt Abdul Rahim 41. Pn. Norhafiza bt Mat Daud 42. Pn. Norhaniza bt Zakaria 43. Pn. Norizan bt Wahid 44. Pn. Norkharsiah bt Abd Karim 45. Pn. Norlaili bt Hashim 46. Pn. Norlisa Hanim bt Elias 47. En. Nor Sharulazemi b Muhamad 48. Pn. Norwahidah bt A. Jalil 49. Pn. Nurul Akma bt Tajuddin 50. Pn. Nurul Hafizah bt Ruzman 51. Pn. Premalatha a/p Narayanan 52. Pn. Rafizah bt Abd Malek 53. Pn. Rahana bt Ibrahim 54. Pn. Rahimah bt Mamat 55. Pn. Rose Aida bt Ramli 56. Pn. Rosidah bt Endut 57. Pn. Rosmala bt Mustapa 58. Pn. Rosmawani bt Mustapha 59. Pn. Ruziah bt Nawi 60. Pn. Saadah bt Abd Aziz 61. Pn. Saadiah bt Kamarudin 62. Pn. Sakhliza bt Hj Khalid 63. Pn. Salizawati bt Mat Ail 64. Pn. Salmah bt Ithnin 65. En. Sebastian a/l Ammiatham 66. Pn. Sharifah Norizah bt Salamat 67. En. Sharizal bin Shaari 68. Cik Shazwanie bt Abdullah 69. Pn. Siti Khairanah bt Khalid 70. Pn. Siti Maizura bt Mansor 71. Pn. Siti Norli bt Kamaruddin 72. Cik Siti Nur Ain bt Hamzah 73. Pn. Syaripahnur bt Abu Zarim 74. Pn. Thahirah binti Hassan Basri 75. Pn. Ummi Kalthum bt Abu Bakar 76. Cik Ung Mei Lin 77. Pn. Wan Azlima bt Muhamad 78. Pn. Wan Hafidzah bt Wan Ismail 79. Pn. Wan Hamiah bt Wan Mahmud 80. En. Wan Ibrahim bin Baharuddin 81. Pn. Zainon bt Katis 82. Pn. Nurul Husna bt Jaafar 83. Pn. Shamshifatisha bt M. Isa 84. Pn. Siti Maziah bt Ahmad 85. Pn. Nurul Huda bt Kartinin 86. Pn. Halimatun Sadiah bt Ismail

87. Cik Siti Khatijah bt. Ibrahim 88. Pn. Sofiah bt. Mat Nor 89. Pn. Noramime bt Tuah 90. Pn. Noor Ardina bt Amerudin

91. Cik Khamariah Salmi bt Zolkefli 92. Pn. Khiron Nisak bt Mukhtar

TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. En. Hashim bin Osman 2. Pn. Habibah bt Yusoff 3. Pn. Sharifah Norasyikin bt Syed Loed 4. Pn. Zubaidah bt Md Hamid 5. En. Muhamad Fadzli bin Hamid 6. En. Noor Azlan bin Abd Rahman 7. Pn. Norhazlin bt Ramlan 8. Pn. Norizah bt Mat Sallan 9. Pn. Norsham bt Sulaiman 10. Pn. Rodziyah bt Saari 11. Pn. Roszaila bt Marjan 12. En. Samynathan a/l Manikam

1.0 1.1

UCAPAN PENGERUSI (Tn. Hj. Rosdin bin Kasim) Pengerusi mengucapkan salam seterusnya mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat guru kali kedua bagi tahun 2013. Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat kurikulum perlu diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Pengerusi juga mengingatkan bahawa minit mesyuarat perlu disiapkan dan dimaklumkan kepada semua guru melalui emel dalam masa seminggu selepas mesyuarat. Hanya 4-5 cetakan salinan diperlukan untuk diisi ke dalam fail. Oleh yang demikian, guru-guru yang masih belum memaklumkan alamat emel masing-masing diminta berbuat demikian di pejabat dengan kadar segera. Tindakan: Semua Guru

1.2

1.3

Semua guru perlu sentiasa menyemak emel masing-masing kerana Pengetua dan pihak pengurusan mungkin akan mengeluarkan arahan atau informasi terkini melalui media tersebut. Tindakan: Semua Guru PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA Minit mesyuarat kali pertama telah diterima sebulat suara.

2.0 2.1

3.0 3.1

PERKARA BERBANGKIT Kelas tambahan PMR & SPM telah dijalankan mengikut perancangan bermula pada Februari 2013. Tindakan: Makluman LAPORAN DAN REFLEKSI SETIAP GPK Guru Penolong Kanan Akademik:

4.0 4.1

4.1.1 Guru Penolong Kanan Akademik mengingatkan bahawa guru-guru perlu menyemak data peribadi masing-masing. Sekiranya data tersebut mempunyai maklumat yang salah atau yang telah berubah, guru-guru diminta membuat pembetulan dengan menggunakan pen merah. Data yang betul perlu diserahkan kepada Guru Data iaitu En. Fauat untuk dimuat naik ke dalam Sisiem Pengurusan Sekolah (SPS). Tindakan: Semua guru 4.1.2 Guru Penolong Kanan Akademik juga mengingatkan supaya semua guru perlu menyiapkan data murid menggunakan aplikasi APDM selewat-lewatnya 31 Mei 2013. Tindakan: Semua guru tingkatan 4.1.3 Guru Penolong Kanan Akademik memaklumkan bahawa pertukaran guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan berlaku kerana persaraan Puan Hajah Zubaidah dan Puan Hajah Habibah serta perpindahan Puan Hajah Norsham yang akan bercuti tanpa gaji ke luar negara. Tindakan: Makluman 4.1.4 Pengerusi telah memohon pengganti Puan Hajah Habibah dari kalangan guru-guru SMK Pendeta Zaba untuk jawatan Ketua Bidang Bahasa.

Tindakan: Pengetua 4.1.5 Puan Hasidah dan Puan Fazidah telah mengedarkan draf jadual kelas tambahan untuk dipenuhkan oleh guru-guru selewat-lewatnya pada 21 Mei 2013 kerana jadual perlu diedar kepada pelajar. Tindakan: GKMP berkenaan 4.1.6 Masih ramai guru yang belum mengemaskini data SAPS dan ianya perlu dilakukan secepat mungkin kerana guru subjek perlu memasukkan markah Peperiksaan Pertengahan Tahun. Tindakan: Guru Tingkatan 4.1.7 Pelajar yang lewat mengambil peperiksaan kerana terlibat dengan aktiviti kokurikulum adalah di bawah tanggungjawab guru yang berkenaan. Tindakan: Guru Mata Pelajaran 4.1.8 Kemasukan markah Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3, 4 dan 5 melalui SAPS perlu diselesaikan selewat-lewatnya hari Isnin, 17 Jun 2013. Kemasukan markah Tingkatan 1 dan 2 juga perlu diselesaikan pada tarikh yang sama melalui ISIS. Tindakan: Semua guru 4.1.11 Semua guru pelatih yang akan tamat latihan praktikum perlu menyiapkan kerja-kerja penandaan kertas peperiksaan selewat-lewatnya Rabu, 22 Mei 2013. Tindakan: Guru Pelatih/Pembimbing 4.2 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:

4.2.1 Semua guru tingkatan perlu mengutamakan kehadiran pelajar dengan mengemaskini e-kehadiran secara online. 4.2.2 Diharapkan agar guru tingkatan menyemak dan mengemaskini semula data termasuk nombor telefon agar tidak menyukarkan pihak pengurusan untuk menghubungi ibu bapa dan penjaga. Tindakan: Semua guru tingkatan

4.2.3 Guru yang bertugas di pintu pagar tidak menjalankan tugas dengan baik kerana tidak mengambil tindakan terhadap pelajar yang datang lewat. Diharapkan agar perkara ini diambil perhatian serius. Tindakan: Semua guru 4.2.4 Terdapat sampah di tangga-tangga dan di luar kelas. Guru perlu meminta kerjasama pelajar untuk membersihkannya sebelum proses pembelajaran bermula. 4.2.5 Sesetengah guru tidak berupaya mengawal kelas harus mengambil tindakan yang sepatutnya. Tindakan: Semua guru 4.3 Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum:

4.3.1 Acara Sukantara telah dijalankan pada 18-22 April 2013. 4.3.2 SMK Pendeta Zaba telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kawad Kaki GO pada 16 Mac 2013 (acara perempuan) dan 6 April 2013 (acara lelaki).

4.3.3 Selain itu, SMK Pendeta Zaba juga akan menjadi tuan rumah Pertandingan Forum Remaja Daerah Seremban 2 pada 19 Jun 2013. Tindakan: Makluman 4.3.4 Kejohanan Olahraga SMK Pendeta Zaba akan diadakan pada 14 Jun 2013. Tindakan: Setiausaha Sukan 4.3.5 Puan Norhayati seterusnya menerangkan tentang penggunaan wang ko-kurikulum bagi acara-acara yang disertai oleh sekolah pada tahun ini. 4.3.6 Semua guru diminta melengkapkan buku laporan kegiatan ko-kurikulum setiap kali selepas tamat sebarang aktiviti. Tindakan: Semua guru penasihat 4.4 Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas:

4.4.1 Puan Hasmah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru PPKI kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik terhadap semua program yang telah dijalankan. 4.4.2 Pelajar-pelajar PPKI baru sahaja selesai menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013. 4.4.3 Mulai tahun ini, telah diadakan Minggu Bahasa dan pelajar PPKI juga telah terlibat dalam Minggu Pendidikan Islam. Salah seorang pelajar telah menjadi Johan dalam Pertandingan Bilal Muda. 4.4.4 Guru-guru PPKI juga telah menziarah pelajar yang sakit di rumah dan di hospital. 4.4.5 Selain itu, lawatan PPKI ke Pulau Langkawi juga telah diadakan dengan jayanya. 4.4.6 Tiga orang pelajar PPKI telah mewakili daerah dalam olahraga serta petanque dan berjaya mendapat pingat. 4.4.7 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru PPKI kerana bersifat sabar dan telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Pengerusi juga berharap agar perjuangan ini diteruskan. Tindakan: Makluman 5.0 5.1 REFLEKSI GURU Puan Faridah Othman memberikan cadangan untuk mencantikkan dan melengkapkan dewan kerana terdapat beberapa perkara penting yang perlu dilengkapkan iaitu gambar pemimpin. Pengerusi meminta En. Muhammad Ridzuan supaya melengkapkannya sebelum Khamis, 23 Mei 2013 dengan bantuan En. Omar Bakri. Tindakan: En. Muhammad Ridzuan Puan Hasidah memberikan komen tentang tahap kebersihan terutamanya di Blok A dan B. Jenis sampah yang banyak dibuang adalah kotak minuman dan plastik pembungkus makanan. Beliau mendapati pengawas tidak menjalankan tugas dan membiarkan pelajar-pelajar membawa makanan sewenang-wenangnya ke blok kelas. Terdapat juga pengawas yang membawa makanan ke kelas. Pengerusi meminta semua guru mengambil tindakan terhadap perkara tersebut dengan menegur pelajarpelajar berkenaan. Tindakan: Semua guru

5.2

5.3

Puan Rahana mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi kerana mengarahkan En. Zapin membantu menjaga perpustakaan. Dengan bantuan tersebut, perpustakaan telah beroperasi setiap hari sehingga jam 4.30 petang. Puan Rahana juga meminta kerjasama guru-guru yang membawa pelajar ke perpustakaan supaya mengawal disiplin pelajar. Guru-guru NILAM perlu menggunakan Mobile NILAM di kelas dan tidak hanya membawa pelajar ke perpustakaan. Tindakan: Semua guru NILAM Puan Nurul Hafizah yang mewakili PIBG menyatakan bahawa pihak sekolah telah mendapat kelulusan untuk mengutip bayaran sumbangan PIBG. Semua guru tingkatan perlu mengambil dan mengedarkan surat pemakluman kepada para pelajar dengan kadar segera. Kutipan tersebut sebanyak RM145 sekeluarga boleh dilakukan mulai 22 Mei sehingga 14 Jun 2013. Tindakan: Semua guru tingkatan REFLEKSI GURU: PENGETUA Semua guru mempunyai budaya kerja yang hebat tetapi masih ada ruang yang perlu diperbaiki. Masih ada yang tidak memenuhi sasaran. Pengerusi bertanyakan sama ada guru benar-benar menulis rancangan pengajaran sehari sebelum mengajar dan menulis refleksi pengajaran mengikut keperluan pelajar. Pengerusi menyeru agar guru-guru menilai semula perancangan strategik sekolah. Perancangan strategik sekolah mengandungi 3 elemen utama dan 6 elemen tambahan. Pengerusi meminta agar En. Fauat dan En. Abdul Karim mencari perancangan strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan sebelum 22 Mei 2013. Tindakan: En. Fauat dan En. Abdul Karim Bengkel membuat Perancangan Strategik 3 tahun akan bermula bulan Ogos dan akan dibentangkan pada bulan Disember. Semua guru akan terlibat dalam bengkel ini. Pengerusi meminta guru melengkapkan KPI pada bulan Oktober dan ianya akan dinilai bersama Tuan Haji Hashim. Mengenai Borang Refleksi Guru yang telah diisi oleh semua guru, ramai guru yang menulis tercapai sedangkan hanya setakat penyertaan sahaja dalam pertandingan bermaksud tidak tercapai. Semua pertandingan atau aktiviti perlu mencapai sekurang-kurangnya tempat ketiga. Markah SKT guru setakat ini kurang memuaskan. Guru diminta memperbaiki prestasi supaya dapat markah yang lebih baik. Pengerusi meminta semua guru mendalami beberapa peraturan dalam Perintah Am. Antaranya ialah Peraturan-peraturan Pegawai Awam 1993 (Kelakuan dan Tatatertib). Peraturan 4 [2] [a] menyebut bahawa seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya kerana kepentingan persendiriannya. Pengerusi juga meminta guru-guru melihat semula Peraturan 4 [2] [d] iaitu seseorang pegawai tidak boleh dengan cara apapun hingga memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. Guru-guru yang selalu mengambil Cuti Rehat Khas (CRK) dan Sijil Sakit (MC) diminta berhati-hati kerana akan membebankan rakan-rakan guru lain. MC tidak boleh melebihi 15 hari. Pengerusi meminta guru-guru yang berkenaan berhati-hati

5.4

6.0 6.1

6.2

6.3

6.4

6.5

6.6

6.7

6.8

6.9

kerana data cuti akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri dan menjejaskan prestasi perkhidmatan sekiranya terlalu banyak cuti. 6.10 Pengerusi seterusnya meminta guru-guru melihat Peraturan 4 [2] [e] yang mana menyebut seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha. Sebagai contoh, guru tidak boleh duduk semasa pengajaran dan pembelajaran dan semasa memantau kelas peperiksaan. Sebagai contoh yang lain, guru-guru diminta berkumpul setiap kali habis sesuatu majlis kerana ianya bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan. Seterusnya, Pengerusi meminta guru-guru mematuhi Peraturan 4 [2] [h] yang menyebut seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa pengaruh luar. Sebagai contoh, sekiranya guru memohon untuk berpindah, guru tidak seharusnya menggunakan pengaruh luar. Guru-guru perlu melakukan apa-apa sahaja yang guru minta pelajar buat, contohnya memakai pakaian yang lengkap dan datang awal ke sekolah. Mulai tahun ini, pelajar Tingkatan 1 perlu digalakkan memakai baju Melayu lengkap setiap Jumaat. Tindakan: Unit Disiplin Guru-guru perlu membuat inovasi-inovasi baru di sekitar sekolah dan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh inovasi di persekitaran sekolah ialah mural, manakala inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah modul dan alat bantu mengajar. Semua inovasi ini akan dinilai bermula tahun 2014. Semua maklumat inovasi perlu didokumentasikan dan perlu ada perancangan strategik, perancangan taktikal, perancangan operasi dan laporan aktiviti. Laporan aktiviti yang dijalankan perlu ada sekurang-kurangnya sekeping gambar. Semua laporan perlu disimpan dalam 3 fail iaitu fail kurikulum, fail HEM dan kokurikulum. Semua fail panitia bidang kemanusiaan perlu diletakkan dalam Bilik Gerakan untuk semakan semasa cuti oleh Pengetua. Pengerusi berharap agar dapat membimbing guru-guru berdasarkan pengalaman yang ada. Selain itu, beliau berharap agar mesyuarat hari ini dapat menyedarkan guru-guru yang akhirnya semua usaha ini adalah untuk anak-anak pelajar SMK Pendeta Zaba seramai 1271 orang. Guru-guru juga diharapkan agar bekerja kerana Allah dan bukannya kerana Pengetua atau gaji kerana keikhlasan bekerja merupakan petua untuk kegemilangan. HAL-HAL LAIN Guru-guru diminta menjawab panggilan telefon daripada pihak sekolah semasa cuti persekolahan. Guru-guru juga diingatkan supaya sentiasa menyemak email semasa bercuti. Bagi guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah, diminta menghubungi Pengetua ataupun Guru Penolong Kanan Akademik awal pagi supaya relief boleh dibuat.

6.11

6.12

6.13

6.14

6.15

6.16

6.17

6.18

7.0 7.1

7.2

8.0 8.1

PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat dan mengharapkan semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat akan diambil tindakan sewajarnya. Pengerusi juga berharap supaya semua guru berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik pelajar-pelajar di SMK Pendeta Zaba.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

....................................................................... (ASMAHANI BINTI AHMAD @ AMROS) Penolong Setiausaha Mesyuarat Guru, SMK Pendeta Zaba

....................................... (ROSDIN BIN KASIM) Pengetua, SMK Pendeta Zaba

You might also like