You are on page 1of 1

KOD ETIKA/ KERAHSIAAN: Perkhidmatan psikologi amat mementingkan aspek kerahsiaan.

Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah rahsia danSULIT mengikut Peraturan-Peraturan Kaunselor (Kelakuan Dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi menjamin kerahsiaan adalah seperti berikut:Sukarela Segala maklumat, rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan klien yang datang secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah RAHSIA. Merujuk kes untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Ketua Jabatan atau perujuk yang ingin merujuk kes bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu menggunakan prosedur yang telah ditetapkan dalam Proses Kerja Merujuk Kes Bagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Lampiran A) dan maklumat tersebut termasuk surat-menyurat serta dokumen yang berkaitan adalah diklasifikasikan sebagai SULIT. Membentuk, menyimpan, memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen perkhidmatan bimbingan dan kaunseling Ketua Jabatan dan pegawai yang terlibat dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu mengekalkan kerahsiaan yang sesuai dalam membentuk, menyimpan, memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pengecualian pendedahan maklumat, rekod atau dokumen perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Maklumat, rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah rahsia kecuali untuk kebaikan klien, kebaikan orang lain, kebaikan organisasi, atau keperluan undangundang.

You might also like