You are on page 1of 1

Nama Aktiviti Tempoh Masa Peralatan yang diperlukan Kaedah Penyampaian Objektif

: Debat : 1 jam 30 minit : kertas bersaiz A4 dan pen : Debat dan perbincangan kumpulan : Di akhir aktiviti ini, peserta akan dapat Membentuk persefahaman semasa mengutarakan dan mempertahankan hujah; Percambahan idea melalui hujah-hujah yang dikemukakan; Melatih kemahiran berkomunikasi melalui cara berdebat.

Langkah-langkah 1. Fasilitator meminta salah seorang peserta membacakan doa. 2. Fasilitator menerangkan bentuk aktiviti yang akan dilakukan serta isu yang akan didebatkan. 3. Fasilitator meminta para peserta membentuk dua kumpulan yang terdiri daripada empat orang setiap kumpulan. 4. Setiap kumpulan kemudiannya diminta melantik seorang ketua. 5. Selepas itu, ketua kumpulan diminta untuk mencabut undi bagi menentukan berada di pihak yang menyokong isu yang dikemukakan atau sebagai pembangkang. 6. Setiap kumpulan diberikan masa selama 30 minit untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing. 7. Setelah sesi perbincangan antara ahli kumpulan tamat, sesi perdebatan dimulakan. Masa yang diperuntukkan untuk sesi ini adalah selama 30 minit. 8. Selepas sesi perdebatan tamat. Ahli kelompok diminta supaya menjelaskan perasaan yang dialami oleh mereka semasa aktiviti ini berlangsung. 9. Sebelum sesi ditamatkan fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti yang dijalankan. Falsafah Bercakap tanpa berfikir seperti menembak tanpa membidik.

You might also like