You are on page 1of 25

1

Mengumumkan ketibaan Datuk Dr. Haji Yassin Bin Haji Amit, Pengerusi Institut Eisteddfod. Nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.Hadirin diminta berdiri. Hadirin dan hadirat dijemput duduk. BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam satu Malaysia. Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Yassin bin Haji Amit. Pengerusi Institut Eisteddfod dan Datin

Yang Berusaha Cik Judy Goh Yue Wai, Pengarah Institut Eisteddfod Yang Dihormati Cik Amy Goh Joo Imm .Penolong Pengarah Institut Eisteddfod Yang Dihormati Encik Ferhad Bin Abd Rahman. Pengurus hotel Borneo Cove Sandakan Yang Dihormati Encik Basri Bin Saad. Eksekutif Chef Yang Dihormati Encik Musa Bin Muhd. Pengurus Bahagian Food&Beverages Yang Dihormati Encik Basri Bin Usmang. Pastry chef

Yang dihormati Encik Mohd Hirfyshahmie bin tahir. Pengurus Front Office Yang dihormati Pn. Fatimah Madjad. Eksekutif Housekeeper. Barisan tenaga pengajar dan barisan pentadbiran Institut Eistedfodd, Para Ibu bapa, pelajar-pelajar yang diraikan, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan pelajar-pelajar penuh ceria

Selamat datang ke : MAJLIS GRADUASI PELAJAR PROGRAM ASAS 2013

Saya Siti Hanifah, akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.Insyaallah.

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang mulia ini untuk meraikan Majlis Graduasi Pelajar Program Asas 2013

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Datuk Dr.Haji Yassin kerana sudi

meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada anak-anak. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan, Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah bersamasama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa

yang akan dibacakan oleh Saudara Nurazmy Bin Abdul Rahman. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas bacaan doa itu sebentar tadi.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita persilakan para pelajar EI untuk membuat persembahan tarian tidak asing lagi POCO-POCO. Dipersilakan Terima kasih atas persembahan tadi.

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

10

Tangan ditadah penuh inayah, Majlis dibuka penuh rahmatNya, Mohon keberkatan serta hidayah, Moga tercerna minda kelas pertama.

Seterusnya, Majlis menjemput Pengerusi Institut Eisteddfod, Yang Berbahagia Datuk Dr. Haji Yassin Bin Haji Amit untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis

11

Graduasi Pelajar Program Asas 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ************(Ucapan Datuk)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Datuk atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

12

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Ucapan sudah, perasmian pun sudah,sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian sijil bagi pelajar Institut Eisteddfod. Sesungguhnya, kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yg berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, pelajar-pelajar yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

13

Dengan ini, Majlis dengan segala sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Datuk Dr Haji Yassin beserta Encik Musa Bin Muhd untuk penyampaian sijil bagi pelajar kursus Food and Beverages. *************** ( nama di lampiran ) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Musa atas penyampaian sijil itu tadi.

14

Seterusnya penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar Kursus Baking. Dengan ini dipersilakan Chef Basri Bin Usmang untuk penyampaian sijil. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ************(nama di lampiran) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Chef Basri atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Warga dewan sekalian,

15

Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis mempersilakan Encik Ferhad Bin Abdul Rahman untuk penyampaian sijil bagi pelajar kursus Housekeeping. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ************(nama di lampiran) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Ferhad atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

16

Bagi penyampaian sijil untuk pelajar kursus kitchen, majlis mempersilakan Chef Basri Bin Saad untuk penyampaian sijil.

************(nama di lampiran) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk dan Chef Basri atas penyampaian sijil sebentar tadi. Seterusnya,kita beralih pula kepada Anugerah Pelajar ASAS Terbaik mengikut kursus.

17

Dengan ini dipersilakan Yang Berusaha Cik Judy Goh , diiringi Cik Amy Goh, bagi menyampaikan Anugerah Pelajar ASAS Terbaik mengikut kursus. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ********************************* Bagi tidak melengahkan masa lagi,diumumkan Pelajar ASAS Terbaik bagi kursus Food&Beverage disandang oleh INTAN SOFIA BINTI AHMAT. Dipersilakan INTAN tampil ke pentas untuk menerima sijil.

18

Seterusnya, Pelajar ASAS Terbaik bagi kursus Baking disandang oleh D MOHD ZULKARNAIN BIN MD JINURAIN Dipersilakan D MOHD ZULKARNAIN tampil ke pentas untuk menerima sijil.

Majlis kini diteruskan lagi untuk penyampaian sijil bagi Pelajar ASAS Terbaik dalam kursus Housekeeping yang disandang oleh EZWAN BIN ABDUL AZID Dipersilakan EZWAN tampil ke pentas untuk menerima sijil.

19

Untuk penyampaian sijil bagi pelajar Asas Terbaik dalam kursus kitchen, disandang oleh ABU SUFIAN BIN SYAMSUDDIN. Dijemput ABU SUFIAN untuk naik ke pentas menerima sijil. Majlis mempersilakan.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Asas yang terbaik di Institut Eisteddfod atas anugerah yang diperolehnya.

20

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Cik Judy Goh , beserta Yang Dihormati Cik Amy Goh atas penyampaian Anugerah Pelajar ASAS Terbaik mengikut kursus sebentar tadi.

Dengan ini, Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Datuk Dr. Haji Yassin Bin Haji Amit kerana telah sudi hadir dan menyerikan lagi Majlis Graduasi Pelajar Program Asas 2013. Dijemput Yang

21

Berusaha Cik Judy Goh Yue Wai, Pengarah Institut Eisteddfod , untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. ************(Penyampaian cenderahati kepada Datuk diiringi Miss Judy) ************(tunggu Datuk dan Miss Judy kembali semula ke tempat duduk) Terima kasih diucapkan.

22

Bersyukur kini kami panjatkan, Majlis anugerah telah disempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah kami ucapkan. Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya untuk saya selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang majlis ini berlangsung.

23

Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah Banyak kain tidak berjahit Kalau ada silap dan salah Jangan jadikan kenangan pahit

24

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Sekian wabillahi taufik.................. Majlis mengumumkan perarakan keluar Yg Berbahagia Datuk Dr Haji Yassin Bin Haji Amit , keluar dewan. Majlis bersurai...

Dijemput tetamu terhormat untuk menjamu selera.

25

*Ibu bapa dijemput ke atas pentas untuk sesi bergambar bersama anak-anak* *Ibu bapa dijemput ke belakang dewan untuk menikmati sedikit jamuan*

You might also like