You are on page 1of 7

MGM 4136 Current Issues in Management

Contemporary Issues In Organizational Management

Business from home / E-commerce


Mustafa Kamal Abd Mutalip Puteri Indah Mohd Idrus Malathi D/O Satiamurti Syazana Mohd Asrah Mohammed Uzair Yahya EX02450 EX 02360 EX 02446 EX 02494 EX 02261

Pensyarah: Pn Ruhana Busu

Business from home / E-commerce Definition Transacting or facilitating business (buying and selling of products or services) over electronic systems such as the Internet and other computer networks especially the World Wide Web is called ecommerce. Ecommerce is short for "electronic commerce." E-commerce can be divided into: E-tailing or "virtual storefronts" on Web sites with online catalogs, sometimes gathered into a "virtual mall" The gathering and use of demographic data through Web contacts Electronic Data Interchange (EDI), the business-to-business exchange of data E-mail and fax and their use as media for reaching prospects and established customers (for example, with newsletters) Business-to-business buying and selling The security of business transactions

The 4 major different types of e-commerce: business-to-business (B2B); business-to-consumer (B2C); business-to-government (B2G); consumer-to-consumer (C2C); and mobile commerce (m-commerce).

B2B Business Models:E-commerce between companies. E-distributor E-procurement Exchange (B2B hubs) Industry Consortia Private Industrial Networks Example:-Intel selling microprocessor to Dell -Heinz selling ketchup to Mc Donalds B2C Business Model s:Business to consumer or commerce between companies and consumer, involves customers gathering information; purchasing physical goods or receiving products over an electronic network. E-tailer/Storefront model Portal model

Content Provider Transaction Broker Market Creator Service Provider Example:-Dell selling me a laptop B2G Business Model:It is commerce between companies and the public sector. It refers to the use of the internet for public procurement, licensing procedures and other government related operations. Example:-Business pay taxes, file reports, or sell goods services to government agencies. C2C Business Model:It is a simply commerce between private individuals or consumers. Example:-Mary buying an I-pod from Tom on eBay -Me selling a car to my neighbor on internet M-commerce business Model Is a buying and selling of goods and services through wireless technologies- i.e handheld devices such as cellular telephone. Industries affected by m-commerce include financial services, telecommunications, service/retail and information services. Example:-Mobile Ticketing -Information Services -Mobile Banking There are at least three major forces fueling e-commerce: economic forces, marketing and customer interaction forces, and technology, particularly multimedia convergence Benefits of e-commerce:Expansion of markets -Global markets can be reached with minimal capacity outlay -Global partners can be located Reduced Administration -Creation, processing, distribution, storage and retrieval of paper-based information is expensive -E-commerce can provide major cost savings

Reduced inventories -Automated supply management -Just-in time manufacturing Reduced cash flow problems -The time between capital outlay and income is reduced Lowers telecommunication costs Improved customer services Convenient shopping -24 hours per day, 365 days per year -Any location Choice -It is easy to select from a wide range of products from a number of vendors. Administrative cost savings are often passed onto consumers in the form of discount. Quick delivery -Especially with digital products

Problems of e-commerce -Security and reliably issues -Bandwith problems -Technology is rapidly changing -It may be difficult to integrate legacy software systems with Internet and EX software Cost and justification -In house development is usually very expensive -Outsourcing is an option but there are complex management issues -Benefits may be hard to quantify Perceptions of security and privacy issues Lack of consumer trust Legal issues Internet access is still far from universal

Current issues

Tiada lagi alasan liat serah borang cukai taksiran Berita Harian Online
14/08/2012 - 04:06:08 AM Oleh Rohaniza Idris LHDN pertingkat perkhidmatan e-filing, perbankan internet mudahkan orang ramai buat urusan TINDAKAN Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempermudah dan memperkemaskan sistem taksiran cukai menerusi internet atau e-filing pada 2006 mendapat reaksi negatif sesetengah pembayar cukai, malah ia menjadi isu hangat diperdebatkan masyarakat di media massa. Lebih memeritkan lagi, apabila pada 2007 dan 2008, pelbagai insiden tercetus dalam talian internet termasuk berlaku kesesakan dan gangguan berikutan kesesakan yang menyebabkan pengguna menjadikan alasan tidak menghantar borang cukai taksiran masing-masing. Kejadian itu menyebabkan LHDN dikecam hebat, sedangkan masalah gangguan talian dan kesesakan itu berlaku kerana sikap pembayar cukai membuat taksiran cukai pada saat akhir. Sejak diperkenalkan, kini e-filing sudah mula diterima ramai, malah untuk tahun ini sehingga 5 petang Jumaat lalu, LHDN menerima 1.45 juta borang cukai taksiran melalui e-filing. Angka itu hampir menepati sasaran 1.5 juta ditetapkan lembaga berkenaan sehingga 30 April lalu. Tahun lalu, sehingga 30 April, sebanyak 1.25 juta pembayar cukai menggunakan e-filing. Ini bermakna, secara perbandingan menunjukkan peningkatan sebanyak 15.51 peratus berbanding tahun lalu. Mengikut data, orang ramai yang mengisytiharkan cukai pendapatan menerusi e-filing tahun lalu ialah 1.6 juta, manakala 1.18 juta pula dicatatkan pada 2008 dan 708,110 pada 2007. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Hasmah Abdullah, berpuashati dengan e-filing tahun ini berdasarkan peningkatan jumlah pembayar cukai mengguna perkhidmatan itu selain tidak timbul sebarang masalah termasuk kesesakan dalam talian seperti tahun sebelumnya. Pelbagai usaha diambil LHDN untuk memastikan kesilapan lalu seperti kesesakan dan gangguan talian internet tidak berlaku. Kami sudah menaiktaraf sistem internet dengan menambah kelajuan selain menambah baik beberapa urusan termasuk menyedia ruang lebih besar untuk penggunaan e-filing di cawangan ditetapkan.

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuashati dengan perjalanan Bulan Perkhidmatan Pembayaran Cukai (BPPC) tahun ini, katanya yang mengakui boleh tidur lena kerana BPPC tahun ini paling berjaya sejak e-filing diperkenalkan. Beliau juga mengakui hasil tinjauan dan pemantauannya sendiri, tidak banyak rungutan diterima mengenai e-filing. Malah, kaunter e-fling untuk membolehkan pengguna yang tiada perkhidmatan internet mengisi borang taksiran juga lenggang mungkin kerana biliknya lebih besar atau sudah ramai membuat taksiran sendiri di pejabat atau rumah masing-masing. Kaunter pembayaran cukai juga tidak sesak seperti tahun sebelumnya. Ini mungkin kerana kini pembayar cukai boleh membuat pembayaran melalui kaunter pos selain perkhidmatan kaunter bank, katanya. Pembayar cukai juga boleh membayar melalui e-service atau perbankan internet seperti CIMB Bank, Bank Islam, Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank2u/Maybank2e. Perkhidmatan kaunter pos pula diperkenalkan 15 April lalu dan 1,531 pembayar cukai menggunakannya dengan nilai bayaran RM413,779 sehingga Jumaat lalu. Ditanya sama ada e-filing akan diwajibkan kepada semua dan proses penghantaran taksiran cukai melalui borang secara manual akan ditamatkan, beliau menjelaskan LHDN tidak bercadang berbuat demikian kerana masih ada kelompok pembayar cukai yang selesa mengisi borang secara manual. Namun, kita harap pada masa depan, jumlah pengguna e-filing akan meningkat lagi. E-filing bukan saja mudah malah menjimatkan masa. Malah, seorang pengguna yang kali pertama menggunakan e-filing memberitahu hanya mengambil masa 10 minit untuk mengisi borang berkenaan, katanya. Mengulas lanjut, Hasmah berkata, mereka yang menggunakan e-filing mempunyai kelebihan kerana jika ada lebihan cukai, dijamin akan segera mendapat pembayaran balik. Sehingga Jumaat lalu, LHDN sudah menyelesaikan pembayaran balik 19,000 pembayar cukai yang menggunakan e-filing dalam tempoh 30 hari. Mereka yang menggunakan borang untuk taksiran cukai hanya akan mendapat pembayaran balik lebihan cukai dalam masa enam bulan atau lebih. Namun, mereka yang lewat menggunakan perkhidmatan e-filing, akan mendapat pembayaran balik lewat bergantung kepada jumlah yang bakal diterima. Mengulas mengenai kesesakan di kaunter LHDN pada minggu akhir BPPC, Hasmah menyatakan kekesalan terhadap sikap pembayar cukai yang lebih suka tunggu, lihat dan bertindak pada saat akhir.

Pada masa sama, Hasmah berkata LHDN optimis dan meningkatkan kemudahan untuk kesenangan pembayar cukai. Sebanyak RM81 bilion berjaya dikutip hasil cukai pendapatan tahun lalu manakala RM82.09 bilion (2008) dan RM69.31 bilion (2007). Tahun ini LHDN menjangkakan jumlah kutipan cukai pada 2009 sebanyak RM89 bilion. Mengenai gesaan LHDN memindah e-filing bagi membolehkan pembayar cukai yang tersalah isi borang membuat pembetulan, beliau berkata mereka yang menghadapi masalah itu hendaklah menulis kepada LHDN untuk tindakan segera. Apa pun bagi pembayar cukai, tiada lagi alasan untuk tidak menghantar borang atau membayar kerana kemudahan disediakan LHDN sangat mudah dan efisyen. Yang pasti, tindakan tidak menjelaskan cukai seberapa segera hanya menyebabkan penalti dikenakan antara 10 peratus hingga 15 peratus dan ia akan meningkat dari tahun ke tahun. Malah, harus diingat kegagalan mengemukakan borang taksiran cukai adalah satu kesalahan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak melebihi RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

You might also like