Professional Documents
Culture Documents
Tugasan pertama iaitu Melaksanakan aktiviti prabacaan secara berkumpulan. Melalui hasil pembentangan tadi, kami dapat menyimpulkan semua aspek berkenaan bahan yang kami hasilkan dan dapatan yang kami peroleh sepanjang proses membina bahan bantu mengajar(BBM) ataupun alat bantu mengajar(ABM) ini melalui laporan berikut:
Melaksanakan aktiviti pengamatan penglihatan Melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran Melaksanakan aktiviti tangan dan mata
Aktiviti: Murid mencabut satu bongkah bentuk yang berbeza saiz, warna dan bentuk bagi setiap satunya. Kemudian dipadankan dengan ruangan kosong yang sama dengan bentuk yang dicabut. Keistemewaaan: Murid seronok bermain dengan bongkah bentuk pelbagai warna menarik dan bentuk, serta secara tidak langsung menguji pengamatan penglihatan mereka daripada pelbagai aspek termasuklah saiz, warna dan bentuk.
Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang dimainkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang dimainkan.
Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang dimainkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum belajar untuk membaca. Tambahan dan pandangan: -menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio.
Aktiviti: Jom menjahit, murid menggunakan benang bagi menyambung kepingan kad gerabak kereta api yang dilubangkan. Setelah selesai menjahit, gerabah tadi akan menjadi sebuah kereta api berbentuk kad yang bersambung-sambung. Kawanku Heroku, merupakan permainan mencari jalan keluar bagi menyelamatkan rakan bagi setiap watak kartun. Keistimewaan: Melatih pergerakan tangan murid terhadap apa yang dilihat. Melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis.
Selingan....
LAMPIRAN