You are on page 1of 10

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU,TEMPAT WUDUK DAN BILIK PEMULIHAN JAWI/BIMBINGAN AL-QURAN (TASMIK) SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR

2 (F) 1. PENDAHULUAN Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat, tujuan pembinaan adalah untuk umat islam mendirikan solat,beribadat dan menjalankan aktiviti keagamaan yang lain.Di SK Serting Hilir 2 (F) juga terdapat sebuah surau yang telah diubahsuai dari sebuah kelas kepada surau . Oleh itu,pihak sekolah membuat perancangan untuk menambahbaikan menaik taraf surau yang sedia ada kepada keadaan lebih baik,dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi dan potensi Pendidikan Islam di sekolah.

2. OBJEKTIF 1. Memberikan keselesaan kepada murid ,guru dan kakitangan untuk solat. 2. Memberi keselesaan kepada murid untuk menjalani amali wuduk dan amali solat semasa Kelas Agama Petang dan Kem Bestari Solat. 3. Menambah baikan prasarana dan kemudahan di sekolah yang telah sedia ada kepada lebih baik. 4. Menjadikan kemudahan di sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk digunakan. 3. CADANGAN KERJA PENAMBAHBAIKAN 1. Menaiktaraf surau 2. Menaiktaraf tempat wuduk 3. Kelas pemulihan jawi dan bimbingan Al-Quran (Tasmik Al-Quran) ( Rujuk lampiran 1)

LAMPIRAN 1 1) SURAU SEKOLAH

CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN : a) Mengecat dinding. b) Memasang langsir. c) Sebarang kerja penambah baikan yang difikirkan perlu. TUJUAN PENGUBAHSUAIAN: a) Menambah bilangan paip yang sedia ada. b) Memberi keselesaan kepada murid dan guru solat. c) Memberi keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat semasa Kelas Agama Petang atau Kem Bestari Solat.

2 ) TEMPAT BERWUDUK

CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN : d) e) f) g) Memasang 10 paip. Memasang mozek (tille). Membina lantai dan longkang. Sebarang kerja binaan dan penambah baikan yang difikirkan perlu.

TUJUAN BAIK PULIH DAN PENGUBAHSUAIN: d) Menambah bilangan paip yang sedia ada. e) Memberi keselesaan kepada murid untuk berwuduk dan amali wuduk semasa Kelas Agama Petang atau Kem Bestari Solat.

CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN : a) Membina bumbung (owning). b) Sebarang kerja binaan dan penambah baikan yang difikirkan perlu. TUJUAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN : a) Melindungi daripada hujan atau panas semasa murid atau guru berwuduk. b) Memberi keselesaan.

3)KELAS PEMULIHAN JAWI DAN BIMBINGAN AL-QURAN (TASMIK )

CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN : a) Mengecat dinding. b) Memasang langsir. c) Sebarang kerja penambah baikan yang difikirkan perlu. TUJUAN PENGUBAHSUAIAN: a) Memberi keselesaan kepada murid untuk mengikuti kelas pemulihan jawi dan kelas bimbingan Al-Quran (Tasmik Al-Quran).

4.ANGGARAN PERBELANJAAN Pendapatan Sedia ada : Bil 1. Perkara PIBG SK Serting Hilir 2 (F) Jumlah RM 1000.00

Perbelanjaan: Bil Surau : 1. 1. Cat dan upah kerja 2. Langsir 3. Kelengkapan lain (Almari dan rak) Tempat Wuduk : 1. Kerja-kerja paip 2. 2. Mamar/Tille(Mozek) 3. Bumbung (Atap) Bilik Pemulihan Jawi dan Tasmik Al-Quran: 3. 1. Cat Dan upah kerja 2. Kelengkapan lain (almari dan rak) 3. Lantai (tille/mozek) JUMLAH RM 500.00 RM 500.00 RM 5000.00 RM 11,100.00 RM 500.00 RM 500.00 RM 500.00 Perkara Jumlah

RM 600.00 RM 1000.00 RM 2000.00

KEKURANGAN PENDAPATAN: RM 11,100.00 RM 1000.00 = RM 10,100.00 5.PENUTUP Semoga pelaksanaan kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada murid,guru dan kakitangan sekolah ini. Dan menjadikan kemudahan di sekolah lebih bersih, ceria dan selamat untuk digunakan. Sokongan dan pandangan dari semua pihak amat diharapkan dalam memberi penambahbaikan ini. Sekian terima kasih. Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

. En. Suhaimi Bin Yusoff Pn. Niti Puspa Bt Mokri Penyelaras Surau Sekolah Guru Penolong Kanan 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR 2 ( FELDA )

72120 BANDAR SERI JEMPOL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS No. Telefon : 06-4685892
No. Fax : 06-4683541

________________________________________________________________________________ Ruj.Kami : Bil ( ) dlm SKSH2(F) 06/06/003 Tarikh : 5 Disember 2011 Kepada: Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Karung Berkunci 22,Pos Malaysia 70990 SEREMBAN Tuan, MEMOHON SUMBANGAN PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, bahawa sekolah akan melaksanakan kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan kemudahan surau sekolah sedia ada tidak selesa untuk digunakan. Antara kemudahan sekolah yang dalam perancangan kami untuk diubahsuai adalah seperti berikut; a) Surau sekolah. b) Tempat Wuduk. c) Bilik pemulihan jawi dan bimbingan Al-Quran (Tasmik Al-Quran). 4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa pihak tuan untuk memberi sumbangan bagi kerja pengubahsuaian ini.Sumbangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) Sek.Keb.Serting Hilir 2 (F) No akaun 20506036037060 RHB Bank.Bersama ini dilampirkan kertas kerja bagi pengubahsuaian tersebut untuk rujukan tuan. 5. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan tuan, semoga apa dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama dan keprihatinan tuan kami hargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah

PN. NITI PUSPA BINTI MOKRI Guru Penolong kanan 1 SK Serting Hilir 2 (F) SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR 2 ( FELDA )

72120 BANDAR SERI JEMPOL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS No. Telefon : 064685892
No. Fax : 064683541

________________________________________________________________________________ _ Ruj.Kami : Bil ( ) dlm SKSH2(F) 06/06/003 Tarikh : 5 Disember 2011 Kepada: YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan Pejabat Menteri Besar Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri 70503 SEREMBAN YAB Dato Seri Utama, MEMOHON SUMBANGAN PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, bahawa pihak sekolah akan melaksanakan kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan kemudahan surau sekolah yang sedia ada tidak selesa untuk digunakan. Antara kemudahan sekolah yang dalam perancangan kami untuk diubahsuai adalah seperti berikut; a) Surau sekolah. b) Tempat Wuduk. c) Bilik pemulihan jawi dan bimbingan Al-Quran (Tasmik Al-Quran). 4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa pihak YAB Dato Seri Utama untuk memberi sumbangan bagi kerja pengubahsuaian ini.Sumbangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) Sek.Keb.Serting Hilir 2 (F) No akaun 20506036037060 RHB Bank.Bersama ini dilampirkan kertas kerja bagi pengubahsuaian tersebut untuk rujukan YAB Dato Seri Utama. 5. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan YAB Dato Seri Utama, semoga apa dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama dan keprihatinan YAB Dato Seri Utama kami hargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah . PN. NITI PUSPA BINTI MOKRI Guru Penolong kanan 1 SK Serting Hilir 2 (F)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING HILIR 2 ( FELDA ) 72120 BANDAR SERI JEMPOL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS No. Telefon : 064685892
No. Fax : 064683541

________________________________________________________________________________ _ Ruj.Kami : Bil ( ) dlm SKSH2(F) 06/06/003 Tarikh : 5 Disember 2011 Kepada: . . .. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, bahawa sekolah kami melaksanakan kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan kemudahan surau sekolah sedia ada tidak selesa untuk digunakan. Antara kemudahan sekolah yang dalam perancangan kami untuk diubahsuai adalah seperti berikut; a) Surau sekolah. b) Tempat Wuduk. c) Bilik pemulihan jawi dan bimbingan Al-Quran (Tasmik Al-Quran). 4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa pihak tuan untuk memberi sumbangan bagi kerja pengubahsuaian ini.Sumbangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) Sek.Keb.Serting Hilir 2 (F) No akaun 20506036037060 RHB Bank.Bersama ini dilampirkan kertas kerja bagi pengubahsuaian tersebut untuk rujukan tuan. 5. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan tuan, semoga apa dirancangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama dan keprihatinan tuan kami hargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah . PN. NITI PUSPA BINTI MOKRI

Guru Penolong kanan 1 SK Serting Hilir 2 (F)

You might also like