You are on page 1of 3

Wednesday, 25 April 2012

TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (HANDS ON)


TAJUK: STRATEGI MENGAJAR SAINS (HANDS ON)
DEFINISI Menurut pandangan beberapa orang guru di luar Negara,Pembelajaran secara hands on melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya. Pembelajaran secara ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal. Sister Judith Mary Frederick, fifth grade teacher, St. Mary's Elementary School, Sandusky, pula mendefinisikan Pembelajaran secara hands on bukan sekadar pembelajaran secara suka-suka kerana ia berupaya untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang dapat berfikir secara kritikal dan berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan Pembelajaran secara hands on dapat membantu pelajar untuk menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai. Karen Worth, Education Development Center Inc., Newton, MAmendefinisikan pembelajaran hands on bukan sekadar memanipulasi alatan. Ianya melibatkan penyiasatan yang berkaitan objek, bahan, fenomena dan idea serta dapat memahami sesuatu daripada pengalaman-pengalaman tersebut. Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas. Ianya turut meningkatkan perasaan ingin tahu, serta dapat memperkembangkan kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan secara amali. Secara kesimpulannya, Hands on ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Ia juga membawa maksud pelajar mempunyai objek (hidup atau bukan hidup) yang sesuai yang dapat digunakan untuk tujuan penyiasatan dalam proses pembelajaran. Murid akan lebih memahami sekiranya mereka sendiri menemui masalah dan mencari penyelesaian berbanding hanya membaca dari buku sahaja. CARA PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON Terdapat beberapa langkah dan kaedah untuk melaksanakan aktiviti hands on. Antaranya ialah aktiviti hands on memerlukan penerangan yang ringkas dan mudah difahami tambahan pula, kanak-kanak kelainan upaya agak sukar untuk memahami sesuatu arahan. Guru juga perlu memilih aktiviti yang biasa berlaku di persekitaran pelajar untuk memudahkan mereka memahami apa yang mereka lakukan. Bagi meningkatkan kefahaman murid untuk aktiviti yang dilakukan, guru mestilah memilih aktiviti yang berkaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain. Guru juga perlu peka dengan minat murid-murid kelainan upaya ini.

Rancang aktiviti sains yang menjurus kepada minat mereka. Dengan itu, guru akan lebih senang untuk mengawal murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru juga perlu mengelakkan aktiviti yang memerlukan banyak penerangan dan arahan. Hal ini kerana murid akan menjadi keliru dan tidak memahami apa yang perlu dilakukan. Aktiviti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga harus dielakkan seperti ingin menerangkan konsep medan magnet. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan sebagainya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa. CONTOH PELAKSANAAN AKTIVITI HANDS ON Contohnya, dalam topik kumpulan makanan, murid dikehendaki mengenalpasti kumpulan makanan. Jika diterangkan di dalam kelas dan memberikan contoh, besar kemungkinan murid tidak dapat memahami sepenuhnya dan sukar untuk mereka ingat kumpulan makanan tersebut. Jadi, guru akan membawa pelajar berjalan-jalan di kantin sekolah dan setiap murid dikehendaki mengenal pasti kumpulan-kumpulan makana yang telah disediakan di kantin sekolah. Peringkat ini, murid akan membuat prediction dan observation ( kedua-dua ini adalah dikenali sebagai kemahiran proses sains , (KPS). Setelah mereka mengenalpasti kumpulan makanan tersebut, tugas guru adalah memantau tingkah laku mereka semasa membuat pemerhatian pengenalpastian kumpulan makanan. Guru hendaklah memastikan pelajar berada di kantin sekolah bukannya merayau di kawasan lain.( aspek keselamatan adalah priority nombor 1 seorang guru sains ). Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara hands-on experiences iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar. Untuk menjadikan pengajaran sains lebih bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait. Contohnya konsep didalam" dan "diluar atau konsep perubahan biologi" dan "kitaran hidup. Adalah amat penting untuk anda sebagai guru untuk kekal mengajar konsep yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004). Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains yang pelbagai. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya :

a) Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (contoh:mengira biji benih dalam buah epal;) b) menanam biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar. c) Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan sebagainya. d) Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan. e) Belajar tentang kesihatan dan penyakit.

KELEBIHAN AKTIVITI HANDS ON Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya ialah dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini kurang berminat untuk belajar dan melibatkan diri dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar. Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik. Pencapaian murid dalam pembelajaran sains juga dapat ditingkatkan dengan menggunakan strategi aktiviti hands on. Selain itu, aktiviti hands on yang dilakukan dapat meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid Aktiviti hands on turut meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data

You might also like