You are on page 1of 2

1) Apa itu Ekonomi?

Ekonomi boleh juga difahami sebagai suatu aktiviti yang menjana sesuatu pendapatan daripada apa juga kegiatan daripada sumber pekerjaan dan perniagaan (samada perniagaan dalam negara atau eksport). Ini bermakna, jika sesuatu kegiatan yang melibatkan sesuatu pekerjaan dan perniagaan tidak bergerak atau tidak berlaku, maka ekonomi dikatakan terhenti. Oleh itu, setiap kerajaan harus menjalankan aktiviti ekonomi untuk terus kekal berpendapatan. Jika Ekonomi Terhenti: Akan mengakibatkan kerajaan terbeban dengan hutang luar sabagai langkah untuk mendapatkan segala keperluan asas untuk rakyat. Hutang luar ini akan menjadi beban ekonomi yang harus dibayar dalam tempoh tertentu. Untuk Mengatasi: Untuk mengatasi beban ekonomi, ketua kerajaan harus memiliki perancangan untuk merancakkan aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, ketua kerajaan membuka ruang yang lebih luas untuk menjalankan aktiviti ekonomi di dalam Negara dengan menyediakan peluang perniagaan melalui skim-skim menggalakkan perniagaan yang tidak membebankan peniaga supaya mereka boleh berniaga di dalam negara tanpa banyak masalah. Ekonomi yang Sihat Berpunca daripada kegiatan ekonomi yang berlaku secara berterusan, tidak putus dan rancak. 2) Kenapa kamu suka kepada subjek ekonomi? Papa saya suka kepada isu-isu ekonomi maka rumah kami mempunyai banyak buku dan majalah yang berkonsepkan ekonomi Malaysia mahupun dunia. Tidak dinafikan ianya mempengaruhi diri saya. Saya tidaklah begitu arif tentang semua isu ekonomi namun salah satu isu ekonomi dunia yang menarik perhatian saya adalah krisis kegawatan ekonomi dunia. Amerika Syarikat telah dilihat sebagai punca utama yang telah merosakkan ekonomi dunia. Daripada pembacaan saya, Amerika Syarikat yang kini dipimpin oleh Barrack Hussein Obama masih lagi terkialkial untuk mencari alternatif untuk menyelesaikan krisis kegawatan ekonomi dan semestinya memerlukan tempoh yang panjang untuk dipulihkan. Amerika Syarikat(AS) yang merupakan kuasa besar ekonomi dunia telah gagal menguruskan ekonomi dan polisi antarabangsanya merupakan punca global yang kini diancam oleh gadai janji subprima. Apakah itu sub-prima??? Gadai janji subprima yang berlaku di AS boleh dijejaki sejak tahun 7 tahun lalu ketika dunia dilanda kegawatan ekonomi sekitar tahun 2001 dengan langkah Presiden US, George W Bush cuba merangsang perbelanjaan rakyat di US. Beliau telah melaksanakan dasar fiskal dan monetari yang kurang berkesan. Antara dasar-dasarnya adalah dasar kadar faedah yang rendah menyebabkan lambakan rakyat AS yang melakukan pinjaman walhal mereka sebenarnya tidak berkemampuan unutk membayar kembali pinjaman tersebut menerusi pelbagai pakej pinjaman termasuk gadai janji subprima. Gadai janji subprima adalah pinjaman perumahan yang diberikan kepada para peminjam yang tidak memiliki kewangan latar belakang kewangan yang kukuh dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Keadaan menjadi lebih teruk selepas itu apabila kadar faedah telah dinaikkan semula ditambah apabila kadar simpanan rakyat AS adalah negatif. Ini kerana apabila ekonomi telah kembali pulih sejak kegawatan

ekonomi tahun 1997, rakyat AS tidak menyimpan tetapi terus berbelanja melebihi pendapatan mereka. Adakah perkara seperti ini memberikan kesan langsung kepada kita semua termasuk di Malaysia??? AS adalah merupakan kuasa besar ekonomi dunia, maka kegawatan ekonomi AS sememangnya memberikan impak kepada Malaysia samada impak besar atau kecil, samada lambat ataupun cepat. Kesan yang utama yang melanda Malaysia sudah pasti eksport ke Amerika dan Eropah akan jatuh teruk atas sebab permintaan yang menurun. Di antara yang akan merasa kesan utama adalah industri elektronik, perabut, pakaian dan lain-lain pembuatan. Elektronik merupakan eksport utama Malaysia ke Amerika dan Eropah. Pengurangan permintaan sudah pasti akan menyebabkan kilang-kilang elektronik terpaksa mengurangkan pengeluaran dan untuk jangka masa yang pendek terpaksa mengurangkan waktu operasi kilang. Jika dalam tempoh 6 bulan syarikat masih tidak mempunyai permintaan yang menggalakkan, maka syarikat akan mula mengurangkan pekerja untuk mengurangkan kos operasi. Maka akan ramai yang akan kehilangan pekerjaan. Sektor perlancongan juga pasti tidak akan ketinggalan. Kurangnya pelancong asing dari Amerika, Eropah dan Asia bererti malaplah industri perlancongan Malaysia. Sudah pasti yang akan merasa kesan utama adalah hotel-hotel terkemuka di Malaysia dan sektor-sektor yang berkait rapat dengannya seperti khidmat limosin, pemandu pelancong dan sebagainya. Apabila semua sektor ekonomi ini merasai kegawatan ekonomi barulah Institusi kewangan akan merasakan kesannya terutama dari segi runcit (retail) dan consumer. Pertambahan bilangan hutang tidak berbayar dan berlakunya penguncupan kredit. Di masa ini, kesan kenaikan interest tidak dapat dielakkan yang mana akan menyebabkan seluruh ekonomi Malaysia akan merasakan bahangnya. Kesan-kesan di atas telah mula dirasai oleh Malaysia pada awal tahun 2009. Namun sebilangan kecil sudah mula merasai kesannya. Saya berpendapat, semuanya bergantung kepada rasa kepekaan kita.

You might also like