You are on page 1of 13

1

INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI DALAM KONTEKS KECEMERLANGAN


DIRI.

1. PENDAHALUAN.
Integriti atau amanah merupakan satu aset yang penting dalam kehidupan manusia pada masa
kini dan juga pada masa akan datang. Namun begitu, tidak kurang juga dengan akauntabiliti
atau juga dimaksudkan dengan tanggungjawab, aspek ini juga memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan tambah-tambah lagi dalam konteks menjamin kecermerlangan diri.
Sifat amanah dan tanggungjawab merupakan satu sifat yang sangat di perlukan dalam
kehidupan kita. Ianya memberikan pengaruh yang baik dan akan mendapat ganjaran yang
sempurna bagi mereka yang mengamalkan sifat ini. Sifat ini juga merupakan kriteria bagi
orang yang beriman dan bertaqwa. Bagi sesiapa yang memiliki sifat amanah dan
tanggungjawab dalam dirinya, bererti dia telah mencapai kejayaan dan kemenangan dalam
hidupnya. Kita juga perlu memohon kepada Allah S.W.T supaya memasukkan kita kedalam
golongan orang-orang yang mempunyai sifat amanah dan juga tanggungjawab.
Nyatalah bahawa sasaran integriti ini ialah makhluk manusia itu sendiri dan bukannya
makhluk yang lain. Aspek integriti merupakan sebahagian dari akhlak mulia yang diajar oleh
Islam. Akhlak pula adalah sebahagian dari ajaran Islam di samping aqidah dan syariah.
Akhlak Islam adalah hasil dari aqidah yang benar dan amalan syariah yang sahih. Akhlak
tidak sama dengan moral. Akhlak bersumberkan hukum Ilahi, tetap dan sama untuk semua,
sedangkan moral pula berasaskan pemikiran manusia yang seringkali berbeza mengikut
suasana dan budaya sesuatu kelompok atau masyarakat.
Amanah juga berkait rapat dengan tanggungjawab, kerana lahirnya sifat amanah itu
adalah hasil daripada sesuatu perkara yang dipertanggungjawabkan ke atas diri seseorang
individu. Isi tanggungjawab ini terdiri dari segala macam perbuatan mulai dari bekerja jujur
untuk membiayai diri dan keluarga, melakukan perbuatan dermawan, menghargai orang lain,
memperkuatkan ikatan-ikatan kemasyarakatan dan mendukung serta memelihara semua hasil
ciptaan yang positif dalam masyarakat. Spektrum tanggungjawab sosial yang begitu luas ini
banyak digambarkan dalam kitab-kitab tradisinal Islam mengenai hukum dan etika yang tidak
dapat dihuraikan secara terperinci dalam tugasan ini sebagaimana yang telah dikupas dengan
begitu baik oleh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin.
2


1.1 DEFINISI INTEGRITI.
Apa yang dimaksudkan dengan integriti ialah jujur dan amanah. Integriti juga membawa
makna kewibawaan yang terdapat dalam diri seseorang. Selain itu juga, integriti boleh
ditakrifkan sebagai keutuhan. Sebenarnya integriti itu adalah kesuluruhan pembawaan kita
dari segi peribadi, tutur kata dan sopan santun. (www.islam.gov.my/pipa integriti menurut
perspektif Islam.)
Maksud integriti mengikut kamus Oxford ialah Quality of being honest and upright in
character. Manakala integriti juga berasal dari Bahasa Inggeris yang membawa maksud,
berpegang teguh kepada prinsip kejujuran serta mempunyai prinsip moral yang tinggi. Dan
mengikut istilah dalam kamus English juga, integriti membawa maksud adherence to moral
principles, honesty, wholeness, soundness (Collin English Dictionary, 1994). Menurut Kamus
Dewan pula, integriti pula istilahkan sebagai quality of being honest and upright and
completeness. (Kamus Dewan 1999 : 780).
Perkataan amanah juga berasal dari perkataan Arab dan amanah diguna pakai sebagai
bahasa Melayu. Dari segi bahasanya pula bererti tenteram, aman, terselamat dan harmonis.
(Jubran 1990 : 229). Manakala dari segi nilai dan akhlak pula bermaksud menghargai
kepercayaan orang lain pada diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat
dalam kepercayaan itu.
Amanah juga merupakan sifat yang terpuji iaitu sifat mahmudah, malah ia merupakan
satu daripada empat sifat yang wajib bagi Rasul. Disebabkan sifat amanah Rasulullah s.a.w
dalam melaksanakan segala perkara yang dipertanggungjawabkan kepadanya, baginda diberi
gelaran al-Amin oleh orang-orang Arab Quraisy Mekah. (Mohd Shukri Hanapi 2007 : 46).
Allah S.W.T selalu menggesa orang-orang mukmin supaya berteman kepada orang-
orang yang jujur dan juga mengamalkan sifat jujur dalam kehidupan mereka. Sifat ini juga
merupakan salah satu unsur kejayaan seseorang daripada kehinaan dan azab akhirat. (Mustafa
Al-Adawi 2007 : 384). Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang berbunyi :
Og^4C -g~-.- W-ONL4`-47
W-O4>- -.- W-O+^O74 E74`
--g~gO- ^_
3

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan
hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar.
(Al-Qurn, al-Taubah 9 :
119)

Orang yang mempunyai sifat amanah tidak akan timbul di hatinya untuk melakukan
pengkhianatan atau penipuan terhadap perkara yang diamanahkan kepadanya. Sepertimana
firman Allah S.W.T :
;}g`4 u- U4-^- ;}4` p)
+OuL4`> OCL) jg1ENC
El^O) _u4g`4 ;}E` p) +OuL4`>
OE4Cg) jg1ENC El^O) )
4` =e^`1 gO^OU4N Vj*.~
Maksudnya : Dan di antara ahli kitab, ada orang yang kalau Engkau amanahkan dia
menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna)
kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan
sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu
menuntutnya.
(Al-Qurn, li Imrn 3
: 75)

Selaras dengan fitrah manusia yang menghargai integriti, maka terdapat berbagai ciri
untuknya telah ditentukan. Dalam menentukan ciri-ciri ini terdapat perbezaan antara sesuatu
budaya, sesuatu masyarakat dan sesuatu masa. Maka ciri integriti dalam Islam yang paling
unggul ialah taqwa . Mengenai hal ini Allah berfirman yang bermaksud :
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari
kalangan kamu .
4

Maka jelaslah di sini bahawa sifat jujur dan amanah memberikan erti yang penting
bagi diri seseorang. Manakala makna yang berlawanan bagi sifat ini ialah dusta. Dusta
merupakan tanda-tanda orang munafik dan jauh dari Allah S.W.T. Terdapat dalam kitab
Sahih Bukhari dan Muslim daripada Abdullah Bin Amru r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w
telah bersabda yang bermaksud : Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila
berkata-kata, ia dusta, apabila ia berjanji, ia mungkiri, dan apabila di beri amanah, ia
khianat. (Hadith Sahih Bukhari).

1.2 DEFINISI AKAUNTABILITI.
Akauntabiliti bermaksud menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab berpandukan
peraturan dan undang-undang sama ada berjaya atau gagal. Akauntabiliti merupakan konsep
dalam etika bagi mencapai tujuan-tujuannya. Ia sering digunakan sinonim dengan konsep
sedemikian seperti tanggungjawab, menguatkuasakan, menghapuskan kesalahan dan lain-lain
disebut yang dikaitkan dengan harapan yang diambil kira.
(http://en.wikipedia.org/wiki/Accountability).
Akauntabiliti juga bermaksud sikap bertanggungjawab yang mendalam, jujur, telus
dan amanah. Makna yang hampir sama dengan akauntabiliti ialah muhasabah. Mengikut
Kamus Dewan, Edisi Ketiga, muhasabah membawa maksud perbuatan menilai, meninjau
perasaan (fikiran, pendirian) diri sendiri. Bermuhasabah pula bererti membuat penilaian
terhadap diri sendiri.
Akauntabiliti bermakna memikul beban tugas di amanahkan selari kebolehan dan
bertanggungjawab penuh kesan pelaksanaannya. Akauntabiliti seseorang pemimpin terhadap
organisasi dan pengikutnya bukan tugas mudah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Setiap orang daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab
(akauntabiliti) terhadap apa yang dijaganya.

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Tanggungjawab boleh di bahagikan kepada beberapa kategori antaranya yang paling
utama ialah tanggungjawab kepada diri kita, ia juga berkaitan dengan jiwa dan akal kita. Oleh
itu, tanggungjawab yang paling besar ialah terhadap diri kita ialah dengan berusaha untuk
menyelamatkan diri kita dari segala sifat yang tidak baik dan dengan itu dapat menjadikan
jiwa kita menjadi jiwa yang baik. Kita juga memiliki tanggungjawab terhadap akal kita
5

dengan cara mencari pengetahuan dan kebenaran sebanyak-banyaknya. (Seyyed Hossein
Nasr 2003 : 340).
Tanggungjawab yang seterusnya iaitu dalam kategori masyarakat yang mana ia
bermula daripada sesebuah keluarga yang mana dalam keluarga itu sendiri megamalkan sifat-
sifat tanggungjawab dan juga nilai-nilai murni maka lahirlah masyarkat yang hidup dalam
ketenangan dan mendapat kecermerlangan diri. Seterusnya sifat tanggungjawab pada haiwan
dan tanaman merupakan sifat kebertanggungjawab yang tinggi seperti kita menjaga habitat
mereka dan tidak menyakiti mereka dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. (Seyyed
Hossein Nasr 2003 : 340).
Kesimpulan daripada takrifan ini dapat difahami bahawa akauntabiliti ialah sikap
tanggungjawab seseorang dalam melaksanakan sesuatu perkara yang berhubung dengan
orang lain atau tugasan yang perlu dibuat. Dalam memperkatakan soal integriti dan
akauntabiliti konsep nilai dan etika tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua konsep ini
mempunyai kaitan yang rapat serta berhubungkait di antara satu sama lain.


2. PERANAN INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI.
2.1 Peranan Integriti.
Sepertimana yang kita tahu, integriti yang bermaksud amanah dan jujur ini, mempunyai
peranannya yang tersendiri yang boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Aspek yanag
pertama ialah peranan kepada Allah S.W.T. Apa yang dimaksudkan peranan kepada Allah
ialah amanah dan jujur dalam melakukan ibadah kepada Allah terutamanya ibadah yang
wajib. Kita sebagai hamba perlu mengabdikan diri hanya semata-mata kerana Allah.
Pengabdian ini perlulah disertai dengan sifat amanah dan jujur serta dengan niat ikhlas.

Aspek yang kedua pula merupakan peranan amanah kepada diri sendiri. Amanah
kepada diri sendiri merupakan satu kewajipan kepada diri kita seperti menjaga kesihatan
tubuh badan, menyediakan keperluan diri dan sebagainya. Termasuk juga berusaha
memperbaiki masa depan dengan mengambil berat soal pelajaran dan sebagainya.

Dalam Islam amanah adalah perkara yang ditawarkan oleh Allah S.W.T kepada alam
semesta seperti langit, bumi, gunung-ganang, dan bukit-bukau bagi memikul beban yang
6

sangat penting iaitu bekerja mengabdikan diri mengikut peraturan-peraturan tertentu. Tetapi
semua kejadian ini telah menolak kerana tidak sanggup memikul amanah yang sangat berat.
Akhirnya amanah tersebut diterima oleh umat manusia. (Mohd Shukri Hanapi 2007 : 47).

Kesanggupan manusia memikul amanah ini, dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam
firmanNya :
^^) E4;4O4N O4^4`- O>4N
g4O4OO- ^O-4
4:^-4 -u-4 p
Og+Ug^4 =}^E;-4 Ogu+g`
E_U4EO4 }=O^e"- W +O^^)
4p~E 4`OU LO_E_ ^_g
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menawarkan tanggungjawab amanah (Kami)
kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan
memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada
padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah
suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan.
(Al-Qurn, al-Ahzab 33 : 72)


3. HALANGAN SERTA CABARAN DALAM MENCAPAI INTEGRITI DAN
AKAUNTABILITI.
Halangan serta cabaran dalam mencapai integriti dan akauntabiliti merupakan satu aspek
yang penting yang patut di atasi oleh masyarakat pada masa kini, lebih-lebih lagi pada masa
akan datang. Terdapat banyak halangan untuk mencapai dan merealisasikan falsafah Pelan
Integriti Nasional (PIN). Antaranya adalah seperti rasuah, khianat, pecah amanah,
mengingkari janji dan sebagainya. (Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 2007 : 1).

7

3.1 Rasuah.
Rasuah mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah pemberian untuk menumbuk rusuk
(menyogok atau menyuap). Sebagaimana firman Allah S.W.T :
4 W-EOU7> 74O^` 7E4uO4
gC4:^) W-O7;>4 .E_)
O) gO:+4^- W-OU4-g
LC@O ;}g)` 4O^` +EE4-
^e") +^4 4pOUu>
^gg
Yang bermaksud : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain)
di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya).
(Al-Qurn, al-Baqarah 2
:188)

3.2 Khianat.
Khianat ialah perbuatan jahat yang bertujuan menganiaya atau mendatangkan kecelakaan
kepada orang lain dan juga melakukan tipu-daya. Dalam al-Quran Allah S.W.T telah
berfirman :
Og^4C =}Cg~-.- W-ONL4`-47
W-O+^OC` -.- 4OcO-4
W-EO+^OC`4 7g-E44`
+^4 4pOUu> ^g_
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah)
Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang
kamu mengetahui (salahnya).
8

(Al-Qurn, al-Anfal 8 :
27)




3.3 Pecah Amanah dan Mengingkari Janji.
Pecah amanah di sini membawa maksud perbuatan mensia-siakan amanah yang telah di
berikan kepada seseorang individu. Makna yang seerti dengan pecah amanah juga ialah
menipu. Manakala menginkari janji membawa maksud iaitu tidak membenarkan, menafikan
atau menyangkal. Manusia yang mengingkari janji ialah manusia yang tidak bermaruah.
Berjanji adalah sama seperti kita memberi harapan kepada seseorang. Oleh yang demikian,
orang yang memungkiri janji termasuk dalam golongan orang munafik. (Zulkifli bin
Mohammad al-Bakri 2007 : 14-15).

Allah S.W.T telah berfirman :
W-Ou4 g;_E^) W Ep)
E;_E^- ]~E LO7*O4` ^@j
Maksudnya : Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia),
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
(Al-Qurn, al-Isra 17 :
34)

4. PERLAKSANAAN PENHAYATAN INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI.
Perlaksanaan merupakan satu langkah yang perlu di ambil dalam menghayati konsep integriti
dan juga akauntabiliti. Perlaksanaan adalah keberanian untuk mengubah harapan yang
menjadi kenyataan. Proses inilah yang menjadikan nyata segala niat, janji, harapan dan
9

perancangan. Terdapat beberapa perlaksanaan yang boleh dicapai sebagaimana berikut,
(Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2007 : 37-38).
4.1 Pendekatan Agama dalam Etika Akhlak.
Memahami dan menghayati agama sudah pasti mewujudkan seseorang individu yang benar-
benar sedar tentang amanah serta tanggungjawab yang dikhususkan kepadanya sebagai
hamba sekaligus khalifah Allah di muka bumi. Bagi melaksanakan perkara tersebut, cara
yang terbaik dalam perlaksanaan adalah melalui ketaatan kepada Allah S.W.T serta
mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di
antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah
ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada
Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(Al-Qurn, al-Nisa 4 :
59)
Seterusnya hendaklah melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala
laranganNya seperti menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhat, memelihara
pandangan, memelihara lidah, bersifat pemalu, bersifat lemah lembut dan sabar, bersifat
benar dan tawadhu serta menjauhi segala sangka buruk. Sifat-sifat tersebut perlu
diperaktikkan supaya lahirnya kesan dalam proses penghayatan amanah dan tanggunjawab
bagi melahirkan individu yang cemerlang.

4.2 Muhasabah.
Muhasabah atau menghitung diri juga merupakan sebahagian jalan ke arah makrifatullah.
Sebagaimana dalam firman Allah S.W.T:
]) -g~-.- W-OE>- -O)
gOO4` -j^C =}g)` ^}C^OO=-
W-NOEO> -O) - 4p+O^lG`
^g
10

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari
syaitan, mereka ingat kepada Allah, Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-
kesalahannya.

Menurut Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2007) muhasabah yang penuh dengan
kesedaran diistilahkan oleh pakar-pakar psikologi sebagai jiwa yang celik. Sebagaimana para
Murabbi sangat mengambil berat dalam aspek didikan mereka agar para murid mewakili hati
dan jiwa yang sentiasa hidup dan sedar. Inilah aspek yang sangat ditekankan oleh golongan
sufi sejak dahulu yang sentiasa hauskan pimpinan adab-adab Islam dan hidayah yang dibawa
oleh Rasulullah s.a.w.

4.3 Menjaga Waktu.
Setiap manusia perlu menjaga waktu dalam kehidupan mereka dengan sebaik-baiknya. Kita
hendaklah berhati-hati dengan waktu yang kita miliki kerana ia sangat terbatas, tidak boleh
dimajukan dan tidak pula boleh ditangguh walaupun sesaat. Setiap manusia perlu
memanfaatkan waktu yang mereka miliki dengan sebaik-baiknya kerana waktu yang berlalu
tidak dapat dikembalikan semula.
Daripada Ibn Abbas r.a berkata , Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :

.
Yang bermaksud : Dua nikmat yang kebanyakkan manusia rugi (kecewa) dalam menerima
keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.
(Hadith riwayat Bukhari, Imam Ahmad, al-Tarmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

4.4 Perubahan Minda.
Reformasi minda perlu dijadikan pendorong kepada ummah agar tidak merelakan diri
diperlekeh. Satu isyarat yang jelas kepada dunia bahawa umat Islam tidak miskin idea,
bahkan tetap cekal merealisasikan aspirasi Negara melalui kejayaan bertaraf dunia. Namun,
11

pada waktu yang sama gejala-gejala keruntuhan akhlak yang melanda sejak kebelakangan ini
semakin menjurus kepada generasi masa depan yang pincang.
Situasi yang sedemikian mendesak diwujudkan masyarakat yang berfikir dan dapat
meneruskan usaha pemerintah melahirkan generasi muda ummah yang bukan sahaja inovatif
tetapi berakhlak. Ini memandangkan kemajuan Negara yang berteraskan kemajuan material
perlu selari dengan kemajuan rohani. Pembangunan insan dengan penhayatan nilai-nilai
murni ialah agenda penting dalam membentuk ummah maju, dinamik dan progresif pada
abad ke-21. . (Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2007 : 40).
4.5 Tekun dan Dedikasi.
Allah S.W.T telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil
kerja tekun dan dedikasi. Istilah Islam untuk maksud ini ialah ijtihad. Petunjuk dan hidayah
Allah itu sendiri adalah hasil daripada jihad. Allah S.W.T berfirman :
=}Cg~-.-4 W-E_E_ 4L1g
gE+4Cgg+ 4LU+lc _ Ep)4
-.- E7E 4-gLO^- ^g_
Yang bermaksud : Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-
jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan
sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya.
(Al-Qurn, al-Ankabut 29 :
69)
Orang-orang yang hebat selalu memberi perhatian mereka pada usaha yang mereka
sedang jalankan. Mereka selalunya bertindak dengan cepat dan tepat kerana sebelum
memulakan sesuatu pekerjaan mereka telah menimbangkan semasak-masaknya. Oleh itu,
mereka telah berjaya dalam banyak keadaan, ini kerana tumpuan dan perhatian pada
pekerjaan yang sedang dihadapi boleh menyelesaikan segala masalah yang rumit dan sukar.
(Zulkifli bin Mohammad al-Bakri 2007 : 43).

12

4.5 Berilmu.
Ilmu pengetahuan adalah kawan yang paling setia ketika sepi, pembimbing ke jalan yang
lurus dan juga modal dalam perjuangan untuk mendapat kejayaan dan kemulian di dunia dan
akhirat. Orang yang malas mencari dan menambah ilmu pengetahuan bagaikan lampu
kehabisan minyak dan dia akan hidup dalam kegelapan. Hidup akan cemerlang jika dibekali
dengan ilmu pengetahuan.
Ilmu adalah lebih utama daripada amal kerana amal ibadah tidak akan diterima
kecuali dengan berilmu. Ilmu juga merupakan cahaya dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan
mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah ilmu merupakan warisan daripada para Nabi
sedangkan harta adalah warisan daripada Firaun dan Qarun. Selain itu, ilmu lebih mulia
daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta prlu dijaga oleh manusia.
Antara kelebihan ilmu pengetahuan lagi ialah orang yang berilmu mempunyai ramai kawan
sedangkan orang yang mempunyai harta dikelilingi oleh musuh. Ilmu juga, apabila diberikan
semakin bertambah tapi sebaliknya dengan harta, jika diberikan semakin berkurang. (Zulkifli
bin Mohammad al-Bakri 2007 : 55).

5. PENUTUP.
Keperluan terhadap integriti dan akauntabiliti merupakan salah satu cabang nilai dalam
kehidupan manusia bermula selaras dengan martabat manusia diutuskan oleh Allah S.W.T.
sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu manusia dijadikan dengan sifat-sifat semulajadi
yang mulia sesuai dalam malaksanakan konsep ini dalam kehidupan.
Sebagai kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa integriti dan akauntabiliti merupakan
aspek yang penting dalam menjalani kehidupan untuk mendapat kecermerlangan diri.
Integriti dan akuntabiliti merupakan nilai akhlak yang mulia. Ramai orang yang gagal
memperbaiki akhlak mereka kerana mereka tidak mengenali kelemahan diri sendiri. Mereka
sering terpedaya dengan diri sendiri dengan merasakan akhlak mereka sudah cukup baik.



13

You might also like