You are on page 1of 2

Katak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Katak

Pengelasan saintifik -->

Alam: Filum: Kelas: Order:

Haiwan Kordata Amfibia Anura

Subfilum: Vertebrat

Suborder Archaeobatrachia Mesobatrachia Neobatrachia Senarai famili Anura

Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya

serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.

You might also like