You are on page 1of 2

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-37

DENGAN INI ADALAH dimaklumkan kepada semua anggota KOPEKS bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke-37 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad akan diadakan pada 17 Jun 2012 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas, Kota Kinabalu. AGENDA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13 Sekian. Saya yang menjalankan tugas, mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan ke-36 yang diadakan pada 19 Jun 2011; menimbang laporan-laporan Lembaga, laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Suruhanjaya mengenai akaun bagi tahun berakhir 31 Disember 2011; menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya bersama dengan laporan juruaudit bagi tahun kewangan 2011 dan pengagihan untung bersih teraudit bagi tahun kewangan 2011; memilih lima orang Anggota Lembaga; menimbang dan meluluskan pelarasan anggaran belanjawan 2012 dan 2013 serta menimbang dan meluluskan anggaran belanjawan 2014; meluluskan elaun-elaun kepada anggota Lembaga; meluluskan apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman; meluluskan pelantikan suatu panel yang tidak kurang daripada dua orang juruaudit, yang merupakan juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya untuk mengaudit akaun Koperasi; menentukan had maksimum keterhutangan Koperasi; membincangkan dan meluluskan kertas kerja dan Aturan-Aturan Aktiviti; mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau hal urusan lain koperasi yang baginya suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada Koperasi; mengumumkan keputusan pemilihan Anggota Lembaga; dan melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan ke-37.

sk

Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah, Tingkat 7. Menara MAA, Api-Api Centre, Peti Surat 11276, 88814 - Kota Kinabalu

PERHATIAN 1 Pendaftaran akan dibuka pada jam 7.30 pagi dan akan ditutup tepat jam 12.30 tengahari. Pendaftaran yang lewat tidak akan dilayan. 2 Anggota yang telah mencukupkan syer minimum RM100.00 sebelum atau pada 08 Jun 2012 berhak untuk menghadiri dan mengundi di Mesyuarat Agung ini. 3 Anggota DIMESTIKAN mengemukakan Kad Pengenalan atau Kad Keanggotaan KOPEKS bagi tujuan pendaftaran. Anggota yang tidak mengemukakan salah satu dokumen tersebut TIDAK BOLEH mendaftar dan mengundi. 4 Sila bawa bersama-sama Penyata Kewangan KOPEKS semasa menghadiri mesyuarat ini. Penyata Kewangan Anak Syarikat dan laporan-laporan lain yang berkaitan boleh diperolehi di pejabat KOPEKS Kota Kinabalu seminggu sebelum hari Mesyuarat Agung atau mendapatkannya pada hari Mesyuarat Agung tersebut atau dimuat turun dan cetak melalui laman web KOPEKS: http://www.kopeks.net. 5 Semua usul mesti disampaikan kepada Setiausaha di alamat KOPEKS seperti di atas 7 HARI sebelum tarikh Mesyuarat Agung iaitu 08 Jun 2012 (Jumaat) sebelum jam 4.30 petang. 6 Anggota adalah dilarang membawa bersama kanak-kanak masuk ke dalam dewan mesyuarat. 7 Individu yang ingin menjadi pemerhati hendaklah memohon kebenaran dengan KOPEKS terlebih dahulu. 8 Sebarang pertanyaan berkenaan Mesyuarat Agung, sila hubungi talian : 088-245558 atau Faks: 088-234573.

You might also like