You are on page 1of 9

Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

Soalan 1 :

Islam adalah Agama Persekutuan


“Perkara 3 (1) – Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.
(Perlembagaan Persekutuan)

Sila jelaskan kefahaman anda berdasarkan perkara di atas.

Jawapan :

Kita telah menyaksikan bahawa pada masa ini terdapat golongan yang
mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perkara begini tidak
sepatutnya berlaku memandangkan telah lama kita mengecapi kemerdekaan dan
kontrak sosial yang dibina sebagai penguku yang menyokong kestabilan negara
selama ini semenjak lebih 50 tahun dahulu tidak patut dipersoalkan. Perkara yang
telah persetujui bersama oleh pengasas-pengasas dan pejuang-pejuang
kemerdekaan terdahulu tidak patut dipertikaikan lagi. Sesiapa yang berbuat
demikian maka mereka tidak layak menggelar atau mengakui bahawa diri mereka
adalah rakyat negara ini.

Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu lagi.
Islam mula bertapak di Asia Tenggara pada abad ke 17. Agama Islam dikembangkan
di Tanah Melayu melalui pedagang-pedagang Arab yang berdagang di Asia
Tenggara. Agama Islam telah dibawa oleh pedagang-pedagang ini ke Melaka dan
seterusnya menjadikannya sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini. Pengaruh
agama Islam dapat dilihat dalam pentadbiran sistem kerajaan Melayu Melaka
sepertimana yang telah dibuktikan oleh sejarah. Ini dapat dilihat semasa
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488) yang telah memerintah
Melaka berdasarkan corak pemerintahan Khalifah Islam iaitu Saidina Umar al-
Khattab. Raja Melaka menjadi ketua agama Islam dan menggunakan Sultan bagi
mencerminkan seorang pemerintah yang beragama Islam. Undang-undang Melaka

1
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut juga dibentuk berdasarkan
kepada hukum-hukum Islam.

Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing. Namun, Islam tetap
utuh dan tidak mudah disingkirkan daripada penduduk Tanah Melayu. Kedatangan
Inggeris ke Tanah Melayu contohnya tidak dapat mengubah agama Islam sebagai
anutan penduduk tempatan pada masa itu. Sistem pentadbiran sahaja yang dapat di
ambil alih oleh pihak British. Tetapi kuasa berkaitan agama dan adat istiadat masih
diberikan kepada Raja-raja di negeri-negeri berkenaan. Misalnya negeri-negeri yang
dikategorikan sebagai Negeri-negeri Melayu bersekutu seperti Perak, Selangor,
Pahang dan Negeri Sembilan diletakkan di bawah satu pentadbiran kerajaan pusat.
Semua hal ehwal pentadbiran di peringkat kerajaan negeri dilaksanakan mengikut
nasihat Residen-General, kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan adat
istiadat Orang Melayu dan Agama Islam.

Tanah Melayu telah mengalami zaman penjajahan yang panjang bermula


daripada penjajahan kuasa Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan seterusnya
kembali semula kepada Inggeris. Inggeris kembali ke Tanah Melayu dan membawa
cadangan penubuhan Malayan Union. Namun cadangan penubuhan Malayan Union
mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu pada masa itu. Penentangan ini
telah membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956 untuk
menggubal Perlembagaan Tanah Melayu dan setrrusnya membawa kepada
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan bebas daripada
penjajahan. Ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings
(British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan). Suruhanjaya telah bersidang sebanyak 131 kali untuk merangka suatu
memorandum bagi pembentukan perlembagaan yang memiliki segala elemen
keadilan dan diterima oleh setiap penduduk sebagai kontrak sosial yang mengikat
semua rakyat untuk penubuhan negara yang merdeka. Dalam proses ini berlakulah
tolak ansur antara kaum dari segi perkara-perkara yang berkaitan dengan
kepentingan mereka. Secara tidak langsung berlaku satu perjanjian murni di antara
kaum-kaum di negara ini demi untuk kepentingan bersama.

2
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

Suruhanjaya ini bertanggungjawab merangka draf perlembagaan yang ada


seperti sekarang. Namun, penyertaan rakyat tempatan juga penting kerana ia
menunjukkan betapa perlembagaan yang ada sekarang bukanlah sesuatu yang
diwariskan oleh suruhanjaya berkenaan. Suruhanjaya berkenaan dipandu oleh
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh persidangan di London yang meminta
suruhanjaya menyiapkan perakuan dan draf perlembagaan yang mengandungi
perkara-perkara seperti berikut :

a) pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat;

b) pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja


Melayu;

c) pewujudan jawatan ketua negara bergelar Yang di Pertuan Agong;

d) pemeliharaan hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang sah


milik kaum-kaum lain serta; dan

e) pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh


Malaya.

Laporan suruhanjaya yang lengkap dan siap pada awal tahun 1957 kemudiannya
dikemukakan kepada Kerajaan British dan juga kepada raja-raja Melayu. Ini diikuti
oleh siri-siri mesyuarat di London dan Kuala Lumpur bagi membincangkan isi
laporan tersebut. Hasil daripada siri perbincangan ini telah membawa kepada Kertas
Putih yang merupakan kumpulan syor tambahan yang sebahagian besarnya
merupakan hasil semakan terhadap syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya
Reid.

Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-raja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu


dan kedudukan agama Islam adalah antara perkara-perkara penting yang
dikemukakan oleh Kertas Putih. Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang
adalah hasil daripada cadangan tambahan yang dikemukakan oleh Kertas Putih.

3
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

Draf tersebut mula wartakan sebagai sebuah dokumen undang-undang pada 31


Ogos 1957 yang mengandungi perkara-perkara berikut :

a) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Akta Kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang diluluskan oleh Parlimen Britain di
London;

b) Ordinan Perlembagaan Persekutauan 1957 yang diluluskan oleh Majlis


Perundangan Persekutuan di Kuala Lumpur; dan

c) Pelbagai enakmen yang diluluskan oleh majlis-majlis perundangan negeri


yang bertujuan memberi kuatkuasa undang-undang kepada draf
perlembagaan yang dikemukakan oleh Kertas Putih tadi.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang tertinggi di Malaysia.


Perkara berkaitan agama di dalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara
berikut seperti berikut :

Perkara 3 :

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan
setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu,
dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak,
keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai
Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat, tetapi dalam apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja
supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain
hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-
Pertuan Agong mewakilinya.

4
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang,


Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi
memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama
Islam dalam negeri itu.

(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana


peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh
dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan
peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu
Majlis untuk menasihatkan Yang di- Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara berhubung dengan ugama Islam.

Perkara 11 :

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan
tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan
dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau
sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada
ugamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak :-

(a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri.

(b) Menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud


ugama atau khairat; dan

5
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

(c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan


mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala


Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama
antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan


dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam
atau akhlak.

Perkara 12 :

(1) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara


institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama kumpulan itu
sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama
dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau
dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi
Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-
institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran
dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang
diperlu bagi maksud itu.

(2) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-
apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau
sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

(3) Bagi maksud Fasal (3), ugama bagi seseorang yang berumur kurang
daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Merujuk kepada apa yang termaktub di atas, kepercayaan kepada agama adalah
satu perkara yang paling asas dalam kehidupan. Kepentingan agama ialah dapat
memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan

6
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

bermoral. Bagaimanapun penerapan nilai agama dalam masyarakat pelbagai kaum


di Malaysia adalah satu yang amat mencabar. Peruntukan Perlembagaan yang
memberikan perhatian seimbang kepada semua agama serta sokongan adil yang
diberikan oleh kerajaan untuk mewujudkan keyakinan rakyat bagi mengamalkan
kepercayaan agama masing-masing dalam keadaan selamat. Ini akan meningkatkan
toleransi dalam masyarakat Malaysia dan seterusnya berjaya memupuk perpaduan
dikalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Islam adalah agama persekutuan. Peruntukan seperti yang terkandung dalam


Perlembagaan adalah sangat jelas menegaskan bahawa kedudukan Islam sebagai
agama persekutuan tidak akan mengancam hak bukan Islam untuk menganut dan
mengamalkan kepercayaan beragama secara bebas di Malaysia. Selain itu
dinyatakan di dalam perlembagaan bahawa pihak berkuasa boleh menggunakan
wang awam yang dipungut melalui cukai untuk tujuan-tujuan agama Islam. Ini
menunjukkan bahawa Islam diberikan kedudukan yang lebih istimewa berbanding
agama lain sepertimana yang dilihat semenjak daripada dahulu lagi berdasarkan
bukti-bukti yang terdapat dari sejarah negara ini.

Dalam Perkara 11 di atas, ia mengandungi peruntukan utama mengenai hak


kebebasan beragama yang merangkumi segala hak yang meliputi aspek-aspek
menganut, mengamal dan mengembangkan agama-agama lain yang terdapat di
negara ini. Bagaimanapun hak mengembangkan agama tertakluk kepada
peruntukan bahawa pengembangan agama-agama lain tertakluk kepada sekatan
undang-undang. Sekatan ini termasuklah larangan mengembangkan ajaran agama
lain selain Islam kepada penganut Islam. Undang-undang yang menyekat
penyebaran agama lain dikalangan orang Islam masih belum ada di negeri Wilayah
Persekutuan, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Keperluan kepada undang-
undang ini ialah untuk melindungi orang Islam daripada dipengaruhi kepercayaan
lain. Seperti yang disebutkan, peruntukkan ini menunjukkan kelebihan yang
diberikan kepada Agama Islam. Keistimewaan ini sebenarnya berkait rapat dengan
sejarah dan latar belakang negara. Walaupun terdapat perbahasan bahawa ianya
tidak mengikuti prinsip kesamarataan, tetapi kesedaran bahawa orang-orang Islam
dan orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu telah diberikan hak-hak yang

7
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

kebanyakkannya berpandukan kepada sejarah negara. Khususnya melibatkan tolak


ansur semasa rundingan kemerdekaan pada 1956-1957.

Ajaran Islam menjelaskan bahawa hak kebebasan agama dimaksudkan disini


adalah Islam tidak memaksa orang bukan Islam menerima Islam. Namun di negara
kita kebebasan beragama ini boleh disekat melalui undang-undang. Perlembagaan
dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang
yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama yang lain
daripada Islam di kalangan umat Islam. Selain itu perlembagaan juga menyebut
bahawa kebebasan agama tidak boleh digunakan untuk menyalahi undang-undang
awam mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Perlembagaan menyatakan bahawa kebebasan beragama adalah salah satu hak


yang dijamin di bawah bab mengenai kebebasan asasi. Kedudukan ini termasuk
dalam hak-hak lain di bawah bab mengenai kebebasan asasi di dalam
perlembagaan yang tidak boleh digantung atau dinafikan oleh undang-undang yang
diluluskan di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Perbincangan berkaitan Agama dan Perlembagaan ini perlu diteliti dari segi
sejarahnya. Kedatangan Islam ke negara kita telah lama berlaku sejak zaman
dahulu lagi. Manakala semasa penggubalan Perlembagaan yang di lakukan oleh
Suruhanjaya Reid turut mengambil kira berkaitan dengan agama sebagai salah satu
tonggak bagi membentuk perlembagaan negara ini. Mahkamah dan keputusan
berkaitan dengannya juga turut mempengaruhi bagaimana penaksiran berkaitan
kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan. Setiap kes yang di bawa dan di
berikan keputusan oleh mahkamah mempengaruhi pandangan terhadap kedudukan
agama Islam dalam Perlembagaan negara.

Secara kesimpulannya, kefahaman berkaitan dengan perlembagaan adalah


penting. Masyarakat tidak faham apabila mereka tidak mengetahui perkara yang
sebenarnya ditafsirkan oleh perlembagaan. Agama Islam adalah bersifat terbuka
dan universal, bukan hanya untuk sesuatu kaum sahaja. Sebaliknya untuk semua
umat manusia. Oleh itu pendidikan berkaitan Perlembagaan negara perlu ditekankan
kepada semua lapisan masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk masyarakat

8
Modul Perlembagaan dan Kenegaraan

yang mengetahui hak dan keperluan sebagai warganegara dan juga hak negara
terhadap individu yang menjadi warganegaranya.

You might also like