You are on page 1of 37

Kata Penghantar Segala puji bagi Allah s.w.t, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kami bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah s.w.t., Dialah Tuhan satu-satunya dan tiada sekutu bagiNya. Kami juga bersaksi bahawa Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya. Alhamdulilah, dengan pertolonganNya kami bisa mencetak buku tentang keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. yang dipetik dari susunan hadis-hadis Imam at-Tirmidzhi. Sesiapa yang mengenali Rasulullah s.a.w. pasti jatuh cinta dan tersentuh dengan perwatakkannya yang begitu indah dan sangat murni. Semoga kita dapat mencontohi beliau dalam setiap aturan kehidupan yang sementara ini. Kami bermohon kepadaNya supaya kita termasuk
i

diantara hambaNya yang shaleh dan kita dapat bertemu dengan Rasullullah s.a.w. kelak. Amin. Buku ini diedarkan secara percuma. Kami berharap usaha amal jaariah' ini terima oleh Allah s.w.t. Untuk mendapat buku ini, sila hubungi kami beserta nama, alamat dan jumlah buku anda perlukan. Insha Allah, kami akan menghantarnya ke alamat yang dinyatakan. E-mail : salaam_ilmu@gmail.com Tel. no. : +65 8224 2707 +65 9755 1102 +65 8145 9771 Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. ILMU www.il-mu.com
ii

Bantuan untuk Palestin Kami merayu agar kita dapat sama-sama membantu rakyat Palestin yang sedang menderita kesengsaraan. Derma ikhlas anda yang tetap setiap bulan walaupun serendah $10 sebulan yang
iii

berterusan, dapat menyelamatkan nyawa dan menyumbang kepada pendidikan dan perubatan kanak-kanak Palestin. Bantulah Palestin. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. E-mail : salaam_ilmu@gmail.com Tel. no. : +65 8224 2707 +65 9755 1102 +65 8145 9771 Website : www.il-mu.com Bank Account : POSB 068-53615-4

iv

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (Qur'an 9:128)
v

Isi Kandungan

Karakter Fisik Rasulullah Tanda Kenabian Rasulullah Kehidupan Rasulullah Roti Rasulullah Cara Rasulullah Mengunakan Wewangian Cara Rasulullah Tertawa Cara Rasulullah Tidur Cara Rasulullah Membaca Al-Qur'an Tangisan Rasulullah Tempat Tidur Rasulullah Akhlak Rasulullah Nama-nama Rasulullah Penghidupan Rasulullah Usia Rasulullah Bermimpi Melihat Rasulullah

1 3 4 5 7 8 10 12 14 15 17 18 19 23 23

vi

Dipetik dari Syamail Muhammad s.a.w. Imam at-Tirmidzhi. Sila rujuk buku tersebut untuk keseluruhan karakter baginda yang sempurna mulai dari keindahan akhlak, cara beliau berpakaian, makan, minum, tidur, shalat, duduk, berbicara, bergaul dan seterusnya. Kesemua keterangan diambil dari hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Syeikh al-Qari dalam Jam'ul-Wasa'il mengatakan, Salah satu karya terbaik mengenai kepribadian dan akhlak Rasulullah s.a.w. adalah karya Imam at-Tirmidzhi.

vii

Karakter Fisik Rasulullah Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, (Kulit) Rasulullah s.a.w. itu putih bersih seolah-olah beliau tercipta dari perak. Beliau juga memiliki rambut yang indah dan rapi.
(Riwayat Tirmidzhi)

Ali Ibnu Abi Thalib menggambarkan ciri fizikal Rasulullah s.a.w.: Postur tubuh Rasulullah s.a.w. tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Beliau memiliki perawakan yang sedang dibandingkan kaumnya. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Beliau berambut ikal, tidak gemuk, dan wajah beliau tidak terlalu bulat. Kulit beliau putih kemerah-kemerahan. Beliau memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik, serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada beliau berbulu. Telapak
1

tangan dan kaki beliau tebal. Ketika berjalan, beliau seakan-akan melangkah menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, beliau menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Di antara kedua bahu beliau terdapat tanda kenabian. Beliau adalah nabi terakhir, manusia yang paling lapang dada, ucapannya paling bisa dipercayai, karakternya paling lembut, dan cara bergaulnya paling mulia. Siapa pun yang pertama kali melihat beliau, pasti segan. Tetapi, orang yang telah lama bergaul dengan beliau pasti mencintai beliau. Siapa pun yang mencuba menggambarkan karakter beliau pasti berkata, 'Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah s.a.w., baik sebelum maupun setelah beliau (wafat).'
(Riwayat Tirmidzhi, Ibnu Sa'ad dan Baihaqi)

Jabir Ibn Samurah r.a. juga meriwayatkan, Saya melihat Rasulullah s.a.w. pada sebuah
2

malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. Beliau mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap beliau dan memandang bulan. Sesungguh, menurutku, beliau lebih indah daripada bulan.
(Riwayat Tirmidzhi, Damiri, Abu Syaikh, Hakim dan Thabrani)

Diriwayatkan bahwa seorang lelaki bertanya kepada al-Bara' Ibn Azib r.a., Apakah wajah Rasulullah s.a.w. (berkilau) seperti pedang? Al-Bara' menjawab, 'Tidak. Wajah beliau bagaikan bulan.
(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Darimi dan Ahmad)

Tanda Kenabian Rasulullah Ibrahim bin Muhammad meriwayatkan, Jika Ali bin Abi Talib r.a. menggambarkan karakteristik fisik Rasulullah s.a.w.,
3

kemudian Ibrahim menyebutkan sebuah hadis yang panjang ia berkata, 'Di antara kedua pundak beliau ada tanda kenabian, dan beliau adalah penutup para nabi.
(Riwayat Tirmidzhi, Ibnu Sa'd dan Baihaqi)

Kehidupan Rasulullah Malik bin Dinar meriwayatkan, 'Rasulullah s.a.w. sama sekali tidak pernah memakan roti ataupun daging sampai kenyang kecuali ketika dhafaf.' Malik bin Dinar berkata, 'Saya bertanya kepada seorang penduduk Badui, 'Apa yang dimaksud dengan dhafaf?' Ia menjawab, 'Yaitu ketika seseorang mengonsumi makanan bersama orang banyak.
(Riwayat Tirmidzhi)

Roti Rasulullah Aishah r.a. meriwayatkan, Keluarga Rasulullah s.a.w. tidak pernah memakan roti gandum hingga kenyang selama dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.
(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

Salim bin Amir meriwayatkan bahwa ia mendengar Abu Umamah al-Bahili berkata, Tidak pernah ada kelebihan persediaan roti gandum di keluarga Rasulullah s.a.w.
(Riwayat Tirmidzhi, Ahmad dan Ibnu Sa'd)

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. dan keluarganya pernah harus menahan lapar selama beberapa malam berturut-turut karena tidak ada
5

makanan. Sebahagian besar roti yang mereka makan adalah roti gandum.
(Riwayat Tirmidzhi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Masruq bin al-Ajda meriwayatkan, Suatu hari, saya mengunjungi Aishah r.a. ia kemudian menghidangkan makanan dan berkata, 'Ketika aku makan hingga kenyang, aku selalu menangis. 'Saya bertanya, 'Mengapa engkau menangis?' Aishah menjawab, 'Aku teringat keadaan ketika Rasulullah s.a.w. meninggal dunia. Demi Allah, beliau tidak pernah makan roti dan daging hingga kenyang sebanyak dua kali (Riwayat Tirmidzhi) dalam sehari. Anas bin Malik r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah memakan roti
6

yang sudah dihaluskan hingga beliau wafat.


(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Ibnu Majah dan Ahmad)

Cara Rasulullah Menggunakan Wewangian Anas ibnu Malik r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya beliau mengharumkan diri.
(Riwayat Tirmidzhi, Abu Dawud dan Ibnu Sa'd)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, Wewangian bagi laki-laki adalah wewangian keras aromanya dan warnanya tidak tampak. Sedangkan wewangian bagi perempuan adalah wewangian yang warnanya tampak dan aromanya tidak menyengat.
(Riwayat Tirmidzhi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)
7

Cara Rasulullah Tertawa Abdullah bin Harits r.a. meriwayatkan, Saya tidak pernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada Rasulullah s.a.w. (Riwayat Tirmidzhi dan Ahmad) Abdullah bin Harits r.a. meriwayatkan, Tawa Rasulullah s.a.w. hanyalah (Riwayat Tirmidzhi) senyuman. Abu Dharr r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sungguh, aku mengetahui orang pertama yang masuk syurga, juga orang terakhir yang keluar dari neraka. Pada hari Kiamat, seseorang laki-laki dipanggil untuk menghadap, lalu datanglah perintah (kepada malaikat), 'Tampakkan dosa-dosa kecilnya kepadanya!' Sedangkan dosa-dosa besarnya disembunyikan. Dikata
8

kepada laki-laki itu, 'Pada hari itu engkau telah melakukan begini dan begitu.' Ia pun mengakui semua itu. Tetapi, ia khawatir dengan dosa-dosa besarnya. Setelah itu, datang lagi perintah (kepada malaikat), 'Gantilah setiap perbuatan buruk yang ia lakukan dengan kebaikan!' Maka orang itu berkata, 'Sesungguhnya saya memiliki dosadosa yang tidak saya lihat di sini.' Abu Dzarr berkata, Saat itu, saya melihat Rasulullah s.a.w. tertawa hingga gigi geraham beliau tampak.
(Riwayat Tirmidzhi, Muslim dan Ahmad)

Jarir r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. tidak pernah melarang saya untuk mengunjungi beliau. Sejak saya masuk Islam, beliau selalu tersenyum (Riwayat Tirmidzhi, Bukhari dan melihat saya.
Muslim)
9

Cara Rasulullah Tidur Bara' bin Azib r.a. meriwayatkan, Ketika hendak tidur, Rasulullah s.a.w. selalu meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan beliau seraya berdoa, 'Rabbi qini 'adzabaka yauma tab'atsu ibadaka (Ya Rabb, lindungilah aku dari azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu (dari kubur)). (Riwayat Tirmidzhi, Ahmad dan Nasa'i) Hudzaifa r.a. meriwayatkan, Setiap hendak tidur, Rasulullah s.a.w. selalu berdoa, 'Allahumma bismika amutu wa ahya (Ya Allah, dengan namaMu aku mati dan hidup). Dan setiap kali bangun tidur, beliau berdoa, 'Alhamdulillahil ladzi ahyana ba'dama amatana wa ilaihin nusyur (Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan Kami setelah sebelumnya mematikan kami, dan kepadaNyalah (kami) dibangkitkan).'
10

(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Nasa'i)

Aisyah r.a. meriwayatkan, Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah s.a.w. selalu menyatukan kedua telapak tangan beliau seraya membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian beliau meniup telapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua telapak tangan itu, beliau mengusap bagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah, lalu bagian depan tubuh beliau. Hal itu beliau lakukan tiga kali.
(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i)

Abu Qatadah meriwayatkan, Jika Rasulullah s.a.w. hendak tidur di malam hari, beliau berbaring menghadap ke kanan. Jika beliau hendak tidur sesaat sebelum
11

subuh, beliau menegakkan lengan dan meletakkan kepala beliau di atas telapak tangan beliau.
(Riwayat Tirmidzhi, Muslim, Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim)

Cara Rasulullah Membaca al-Qur'an Ya'la bin Mamlak meriwayatkan, Ya'la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah s.a.w. membaca al-Qur'an. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah s.a.w. membaca alQur'an dengan sangat jelas, kalimat per kalimat. (Riwayat Tirmidzhi, Abu Dawud dan Nasa'i) Qatadah meriwayatkan, Saya bertanya kepada Anas, 'Bagaimana cara Rasullullah s.a.w. membaca al-Qur'an?' Ia menjawab, 'Rasulullah s.a.w. membaca
12

(al-Qur'an) dengan panjang (bagi huruf yang memang harus dibaca panjang).'
(Riwayat Tirmidzhi, Abu Dawud dan Nasa'i)

Qatadah meriwayatkan, Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali nabi itu memiliki wajah yang tampan dan suara yang merdu. Nabi kalian memiliki wajah yang tampan dan suara yang merdu. Beliau tidak pernah menggemakan suara.
(Riwayat Tirmidzhi)

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, (Suara) bacaan Rasulullah s.a.w. dapat terdengar oleh orang yang berada di halaman rumah, sementara beliau membaca di dalam rumah.
(Riwayat Tirmidzhi dan Abu Dawud)

13

Tangisan Rasulullah Abdullah bin Syakhir r.a. meriwayatkan, Saya menghampiri Nabi s.a.w. ketika beliau shalat, sementara dari dada beliau terdengar suara seperti suara wadah air yang mendidih, disebabkan oleh tangisan beliau.
(Riwayat Tirmidzhi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

Abdullah bin Mas'ud r.a. meriwayatkan, Rasulullah bersabda kepadaku, 'Bacakan suatu ayat padaku!' Saya bertanya, 'Wahai Rasulullah s.a.w, bagaimana mungkin saya membaca ayat untuk engkau, sedangkan ayat itu diturunkan kepada engkau?' Beliau bersabda, 'Aku suka mendengarkannya dari orang lain. 'Maka saya membaca surah anNisa' sampai ke ayat, '...dan Kami mendatangkan engkau (Muhammad) sebagai saksi atas mereka. (an-Nisa 4:41)'
14

saya melihat kedua mata Nabi s.a.w. berlinang air mata.


(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

Aisyah r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w mencium Utsman bin Mazh'un yang telah meninggal, sementara beliau menangis (kedua mata beliau berlinang air mata).
(Riwayat Tirmidzhi, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Tempat Tidur Rasulullah Aisyah r.a. meriwayatkan, Sungguh, tempat tidur Rasulullah s.a.w. terbuat dari kulit binatang yang dijejali sabut.
(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad) 15

Muhammad bin Ali bin Husain meriwayatkan, Seseorang bertanya kepada Aisyah, 'Seperti apa tempat tidur Rasulullah s.a.w. di rumahmu?' Ia menjawab, '(Terbuat) dari kulit yang dijejali sabut. Seseorang bertanya kepada Hafshah, 'Seperti apa tempat tidur Rasulullah s.a.w. di rumahmu?' Ia menjawab, 'Kain mori yang kami lipat dua kali, hingga beliau tidur diatasnya. Pada suatu malam, saya beranggapan bahwa jika saya melipatnya empat kali, niscaya tempat tidur itu menjadi lebih empuk. Maka, kami pun melipatnya empat kali. Namun, saat terbangun, beliau bertanya, 'Apa yang kalian sediakan untuk tempat tidurku tadi malam?' Kami menjawab, 'Itu memang tempat tidur engkau, hanya saja kami melipatnya empat kali supaya lebih empuk.' Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Kembalikanlah seperti semula! Kerana keempukkannya telah meghalangiku untuk melakukan shalat
16

malam.' Akhlak Rasulullah

(Riwayat Tirmidzhi)

Aisyah r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bukanlah orang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Beliau tidah pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan bersikap lapang dada.
(Riwayat Tirmidzhi, Abu Dawud dan Ahmad)

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling banyak berbuat kebaikan. Tetapi puncak kemurahan hati beliau terjadi pada bulan Ramadhan hingga bulan itu berakhir. Pada bulan itu, Jibril datang kepada beliau, sehingga Rasulullah s.a.w. bisa memperdengarkan al-Qur'an kepadanya. Rasulullah s.a.w. berbuat kebaikan lebih
17

banyak daripada angin yang berembus kencang.


(Riwayat Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ahmad, Baghawi dan Ibnu Sa'd)

Nama-nama Rasulullah Muth'im r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, Sungguh, aku memiliki beberapa nama. Aku adalah Muhammad. Aku adalah Ahmad. Aku adalah al-Mahi (yang menghapus) kerana Allah s.w.t. menghapuskan kekafiran melalui diriku. Aku adalah al-Hasyir (yang mengumpulkan) kerana seluruh manusia akan berkumpul di bawah kakiku. Aku juga adalah al-'Aqib (yang mengakhiri) kerana tidak ada lagi nabi setelahku.
(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Muslim, Darami dan Malik)

18

Hudzaifah r.a. meriwayatkan, Saya berjumpa dengan Nabi s.a.w. di salah satu jalan di Madinah. Beliau bersabda, 'Aku adalah Muhammad. Aku adalah Nabi pembawa rahmat. Aku adalah Nabi (pembuka pintu) taubat. Aku adalah alMuqaffa (yang dimuliakan). Dan Aku adalah Nabi (yang terlibat dalam) perang-perang besar.
(Riwayat Tirmidzhi, Ahmad, Ibnu Sa'd dan Ibnu Hibban)

Penghidupan Rasulullah Nu'man bin Basyir r.a. meriwayatkan, Bukanlah kalian bisa makan dan minum sesuka hati kalian? Sungguh, saya pernah melihat Rasulullah s.a.w. tidak menemukan apa pun untuk mengisi perut beliau, bahkan tidak juga kurma yang buruk.
(Riwayat Tirmidzhi, Muslim, Ahmad dan Ibnu Sa'd) 19

Aisyah r.a. meriwayatkan, Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak meyalakan api (memasak makanan) selama sebulan penuh. Kami hanya makan kurma dan air.
(Riwayat Tirmidzhi, Ahmad, Ibnu Sa'd dan Ibnu Hibban)

Abi Thalhah r.a. meriwayatkan, Kami mengadukan kepada Rasulullah s.a.w. tentang rasa lapar yang kami derita. Lalu kami memperlihatkan perut kami yang diganjal batu; masing-masing sebuah batu, kemudian Rasulullah s.a.w. memperlihatkan perut beliau yang ternyata, diganjal dengan dua batu. (Riwayat Tirmidzhi dan Abu Syekh) Sa'd bin Abi Waqqash r.a. meriwayatkan, Sungguh , saya adalah orang yang pertama kali menumpahkan darah di jalan Allah. Saya adalah laki-laki pertama yang melemparkan
20

anak panah di jalan Allah. Sungguh, saya pernah turut berperang bersama sekelompok sahabat Muhammad s.a.w.; kami tidak makan kecuali dedaunan dan pohon anggur hingga sudut mulut kami terluka, bahkan salah seorang di antara kami mengeluarkan tinja seperti kambing dan unta. Lalu, saat ini, bani Asad hendak mencela saya dalam urusan agama. Jika begitu adanya, maka sungguh, saya telah tertipu, merugi dan hilang sia-sia segala amal saya.
(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad)

Anas r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, Sungguh, aku pernah merasa takut kerana Allah sementara orang lain tidak merasa takut. Aku juga pernah disakiti kerana Allah sementara orang lain tidak disakiti. Aku dan
21

Bilal pernah melalui 30 hari 30 malam tanpa makanan yang layak bagi manusia, kecuali sejumlah kecil yang bisa disembunyikan di bawah lengan Bilal. (Riwayat Tirmidzhi) Naufal bin Iyas al-Hadzali meriwayatkan, Abdurrahman bin Auf merupakan sahabat terbaik kami. Suatu hari, kami berjalan bersamanya. Kami pun tiba di rumahnya. Ia masuk, mandi lalu keluar. Kemudian ia membawa mangkuk yang berisi roti dan daging. Ketika mangkuk itu telah diletakkan, Abdurrahman tiba-tiba menangis. Saya bertanya kepadanya, 'Wahai Abu Muhammad, apa yang membuatmu menangis?' Ia berkata, 'Hingga Rasulullah s.a.w. wafat, beliau sekeluarga tidak pernah makan roti gandum hingga kenyang. Kita meninggal lebih lama bukan berarti hal itu lebih baik bagi kita.
(Riwayat Tirmidzhi dan Abu Nu'aim) 22

Usia Rasulullah Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. tinggal di Mekah selama tiga belas tahun, setelah beliau menerima wahyu. Beliau tinggal di Madinah selama sepuluh tahun, dan beliau wafat pada usia yang ke 63.
(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Mu'awiyah r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. wafat pada usia yang ke 63. Begitu juga Abu Bakar r.a. dan Umar bin Khattab r.a. Saat ini, saya telah berusia 63 tahun. (Riwayat Tirmidzhi, Muslim dan Ahmad) Bermimpi Melihat Rasulullah Abdullah bin Mas'ud r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, 23

Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku.
(Riwayat Tirmidzhi, Ibnu Majah, Darami dan Ahmad)

Thariq bin Asyyam r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku.
(Riwayat Ahmad)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku.' Kulaib (salah seorang periwayat hadis ini) berkata, 'Saya pernah bercerita kepada Ibnu Abbas bahwa saya telah melihat Rasulullah s.a.w. (di dalam mimpi). Lalu saya teringat
24

kepada Hasan bin Ali r.a. dan saya katakan bahwa Hasan mirip dengan Rasulullah s.a.w. Maka Ibnu Abbas berkata, 'Hasan memang menyerupai Rasulullah s.a.w.'
(Riwayat Tirmidzhi, Ahmad dan Hakim)

Abu Qatadah meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat sesuatu yang benar.
(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Muslim, Darami dan Ahmad)

Anas r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku. 'Beliau juga besabda, 'Dan mimpi seorang mukmin adalah salah satu dari empat puluh
25

enam bagian dari kenabian.


(Riwayat Tirmidzhi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)

26

Bantuan untuk Palestin Kami merayu agar kita dapat sama-sama membantu rakyat Palestin yang sedang menderita kesengsaraan. Derma ikhlas anda yang tetap setiap bulan walaupun serendah $10 sebulan yang berterusan, dapat menyelamatkan nyawa dan menyumbang kepada pendidikan dan perubatan kanak-kanak Palestin. 27

Bantulah Palestin. Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. E-mail : salaam_ilmu@gmail.com Tel. no. : +65 8224 2707 +65 9755 1102 +65 8145 9771 Website : www.il-mu.com Bank Account : POSB 068-53615-4

28

Amal untuk Palestin

www.il-mu.com

You might also like