You are on page 1of 5

KEMBAR DIZIGOTIK ATAU FRATERNAL (DZ)

Kembar dizigotik (dikenal sebagai "kembar non-identik") terjadi karena zigot-zigot yang terbentuk berasal dari sel telur yang berbeda. Terdapat lebih dari satu sel telur yang melekat pada dinding rahim yang terbuahi oleh sel-sel sperma pada saat yang bersamaan. Pada manusia, proses ovulasi kadang-kadang melepaskan lebih dari satu sel telur matang ke tuba fallopi yang apabila mereka terbuahi akan memunculkan lebih dari satu zigot. Kembar dizigotik secara genetik tidak berbeda dari saudara biasa dan berkembang dalam amnion dan plasenta yang terpisah. Mereka dapat memiliki jenis kelamin yang berbeda atau sama. Kajian juga menunjukkan bahwa bakat melahirkan kembar DZ diwariskan kepada keturunannya (bersifat genetik), namun hanya keturunan

perempuan/betina yang mampu menunjukkannya (karena hanya perempuan/betina yang dapat mengatur pengeluaran sel telur). Istilah kembar dapat diberikan bagi anak kembar dengan kelamin berbeda.

KEMBAR MONOZIGOTIK ATAU IDENTIK (MZ)

Kembar monozigotik terjadi ketika sel telur tunggal terbuahi dan membentuk satu zigot (monozigotik). Dalam perkembangannya, zigot tersebut membelah menjadi embrio yang berbeda. Kedua embrio berkembang menjadi janin yang berbagi rahim yang sama. Tergantung dari tahapan pemisahan zigot, kembar identik dapat berbagi amnion yang sama (dikenal sebagai monoamniotik) atau berbeda amnion. Lebih jauh lagi, kembar identik bukan monoamniotik dapat berbagi plasenta yang sama (dikenal dengan monokorionik, monochorionic) atau tidak. Semua kembar monoamniotik pasti monokorionik. Berbagi amnion yang sama (atau amnion dan plasenta yang sama) dapat menyebabkan komplikasi dalam kehamilan. Contohnya, tali pusar dari kembar monoamniotik dapat terbelit sehingga mengurangi atau mengganggu penyaluran darah ke janin yang berkembang.

ANAK KEMBAR SEIRAS

Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Keduadua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus ibu. Setiap fetus yang bertumbuh di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta. Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.

ANAK KEMBAR TAK SEIRAS

Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masingmasing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak initidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

ANAK KEMBAR SIAM

Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahaglan kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenal sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak, atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk mengasingkan keduaduanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi. Bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda dan adik-beradik anda dilahirkan dengan sempurna tanpa kecacatan.

You might also like