You are on page 1of 6

AKIDAH

Pengenalan 1. Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat 2. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya 3. Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab -kitabnya, rasulrasulnya, hari akhirat dan kamu beriman kepada ketentuan baik dan buruk. (riwayat Muslim)

Pengertian Akidah 1. Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaanNya. 2. Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada penyelewengan akidah kepada Allah swt 3. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan pada al-Quran dan As-Sunnah

Ilmu Akidah Ilmu Tauhid Ilmu yang menerangkan tentang sifat Allah swt yang wajib diketahui dan dipercayai Ilmu Usuluddin Suatu ilmu yang kepercayaan dalam agama Islam, iaitu kepercayaan kepada Allah swt dan pesuruhNya Ilmu Makrifat Suatu ilmu yang membahaskan perkara-perkara yang berhubung dengan cara-cara mengenal Allah swt Ilmu Kalam Sesuatu ilmu yang membahas tentang akidah dengan dalil-dalil aqliah (ilmiah) sebagai perisai terhadap segala tentangan daripada pihak lawan Ilmu Akidah Suatu ilmu yang membahas tentang perkara-perkara yang berhubung dengan keimanan kepada Allah swt

PERKARA YANG MEROSOKKAN AKIDAH


BAHAGIAN PERTAMA:

'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam iaitu: 1.1. 'Iktikad bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya atau alam ini kekal selama lamanya. 1.2 'Iktikad bahawa pencipta alam ini baharu atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat bahawu, ataupun mempunyai anak isteri, atau berbilang-bilang atau menerima mati.

1.3 Iktikad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w atau 'iktikad bahawa Nabi Muhammad s.a.w yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin, bukan Muhammad s.a.w yang zahir, atau 'iktikad bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. hanya untuk orang-orang Arab sahaja, atau 'iktikad bahawa hukum - hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah hukum hukum lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman atau iktikad meng'iktikad mengingkari mana-mana rasul tuhan atau 'iktikad bahwa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang diutus oleh Allah membawa syariah sesudah Nabi Muhammad s.a.w. khataman Nabiyin. 1.4 Iktikad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, tidak bangkit hidup semula sesudah mati, tidak ada hari kiamat dan segala perkara yang berlaku padanya. 1.5. 'Iktikad agama kafir lebih baik dari agama Islam. 1.6 Berbalik-balik hati diantara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang. BAHAGIAN KEDUA: Perkataan: Iaitu tiap-tiap perkatan mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ejek dan mempermainkan nama Allah,sifat-sifatnya,malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya,

ayat-ayatNya dan hukum-hukumNya serta serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasulnya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan memperlekehkan segala perkara yang dikatakan alim ulamak. Misalnya seperti katanya mana hukum Islam. 1.Hukum apa ini? 2.Hukum ini sudah menjadi lapuk . 3.Zaman sekarang tidak patut diharamkan riba kerana menghalang kemajuan. 4.Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus. 5.Berzina kalau suka sama suka, apalah haramnya.

6.Minum arak kalau dengan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya. 7.Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.

8.Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat tidak maju. 9.Berkata" perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan, menjilat sisa makan di jarinya. 10. Berkata "Aku tidak mahu memotong kuku walaupun sunat, apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat. 11. berkata "si anu dah mulai menyalak-semasa ia mendengar azan" 12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersendakan dan mempermain-mainkannya. 13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam padahal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir.

BAHAGIAN KETIGA: PERBUATAN Iaitu tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengangungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan menagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walaupun tiada niat untuk menghormatinya sama seperti tuhan atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai kepada had sekurang-kurang ruku' sembahyang dengan tujuan menghormati Allah, kalau tidak dengan tujuan itu, maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumnya haram. 1.Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orangorang kafir menurut upacara yang mereka lakukan. 2.Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah. 3.Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi, nama-nama tuhan, Rasul-

rasulnya,malaikatNya dan ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan
4

menghina dan merendah-rendahkannya, kalau tidak dengan tujuan tersebut maka hukumnya tetap haram. Demikian juga haramnya menggunakan kertas-kertas yang tertulis pada ayat suci, hadis-hadis nabi, nama-nama Allah serta ilmu aggama untuk membungkus, mengesat serta menyapu sesuatu, tetapi kalau perbuatan yang dilakukan itu dengan tujuan menghina atau mempersenda-sendakannya, maka orang yang melakukan itu menjadi murtad. 4.Meninggalkan sembahyang fardhu. Orang - orang yang meninggalkan sembahyang fardhu, jika ia ingkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad, keluar dari agama Islam kerana ia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah suatu perkara yang wajib di atas tiap-tiap orang Islam, selama akalnya sihat. Kalau ditinggalkan dengan malas sahaja, padahal 'iktikadnya wajib, maka mengenai orang ini alim ulamak berselisih kepada tiga pendapat: Pertama:

Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi ia menjadi fasik yang wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan sembahyang dan sekiranya ia tidak mahu bertuabat, maka kenalah dilakukan keatasnya 'hukum hudud iaitu dibunuh dengan pedang. Kedua: Orang itu menjadi kafir juga, sama keadaanya dengan orang yang mengingkari wajibnya.

Ketiga:

Orang itu menjadi kafir dan tidak pula dibunuh tetapi 'ditakzir' dengan dipenjarakan sehingga ia mengerjakan sembahyang. Ketiga-tiga pendapat yang tersebut serta alasan-alasanya diterangkan oleh Imam Annawawi dalam Syarah Muslim.

Disediakan Oleh: Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://www.islam.gov.my/dakwah/artikel_7.html \

Kesimpulannya, Aqidah atau iman di dalam diri sentiasa perlu dibajai, dijaga dan dipagari agar diri tidak terjerumus ke lembah-lembah kehinaan mahupun dikuasai oleh anasir-anasir luar yang sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan umat Islam. Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : Terdapat segolongan segolongan manusia manusia yang lain yang yang mentaai perintah -perintah Allah dan Allah.

melanggari

batasan-batasan

Perumpamaan mereka adalah seperti dua golongan yang menaiki sebuah kapal di mana satu golongan menduduki bahagian atas dan satu golongan lagi menduduki bahagian perut kapal tersebut. Apabila golongan yang berda di dalam perut kapal memerlukan air mereka meyuruh golongan yang di atas mengambilkanya untuk mereka sehinggalah mereka berkata : Adakah patut kita menyusahkan golongan di atas apabila kita memerlukan air sedangkan kita boleh mendapati air yang banyak dengan melibangi bahagian bawah kapal ini. Maka sekiranya golongan di atas tidak mencegah mereka dari kebodohan ini mereka akan karam kesemuanya. (riwayat Al-Bukhary dan At-Tarmidzi)

Wallahualam.

You might also like