You are on page 1of 24

ILMU PENGETAHUAN DAN FALSAFAH

>

Pengetahuan dapat dibahagikan kepada tiga kategori: i. Pengetahuan Indera: Pengetahuan pertama, umum dan menjadi asas pengetahuan manusia. Pengalaman pancaindera melalui induksi menjadi pengetahuan umum yang bersifat asas.Contoh: - Kita mengetahui setiap pagi matahari terbit di ufuk timur dan tenggelam di ufuk barat;
- Hubungan kekerabatan lebih mesra daripada hubungan di luar kekerabatan; - Cermat dan rajin bekerja pangkal kaya; - Makin tinggi taraf pendidikan, makin tinggilah kedudukan seseorang; - Orang selalunya tertarik pada keindahan dan kecantikan; - Pada hari tua, orang lebih tertarik pada agama; - Apabila menghadapi kesusahan, orang kerap teringat pada Tuhan; - Apabila bahagia orang lupa akan Tuhan

>

Semua itu dibentuk daripada pengalaman hidup yang ditempuh sehari-hari, iaitu pengalaman yang penuh pancaroba dan pancarona

PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN

Abraham Maslow, bapa psikologi humanisme mengatakan bahawa hasil pemikiran manusia berasaskan lima hierarki terancang yang mendominasikan nafsu manusia, dan kemudiannya hilang apabila kepuasan diperoleh: * * * * * Keperluan psisiologi, iaitu keperluan makan dan minum Keperluan keselamatan, seperti pernjagaan keperluan sosial, seperti kasih sayang dan belaian perasaan Keperluan penghormatan, seperti status diri, pangkat dan penghargaan Keperluan pewujudan diri, iaitu keperluan untuk memenuhi segala-gala yang mampu dilaksanakan

>

Bagi Maslow, keperluan (v) merupakan kesepaduan segala potensi yang ada pada manusia yang dapat mewujudkan dirinya yang sebenar. Hasil pemikiran merupakan manifestasi daripada keperluan diri tersebut. Maslow menafikan manusia sebagai insan yang mempunyai roh, kalbu, nafsu akal, dan jasad yang wujud secara bersepadu. Yang difokuskan hanyalah tingkah laku luaran yang terjelma melalui psikologi, persekitaran atau sifat dalaman insan.

PENGETAHUAN HASIL PEMIKIRAN

Ibnu Sina menganggap bahawa pengetahuan hasil pemikiran berasaskan tiga jiwa utama, iaitu jiwa sensitif, jiwa rasional dan agen cendekia. Setiap jiwa mempunyai fungsi dan keperluan tersendiri, serta bertindak secara sepadu Jiwa sensitif terbahagi tiga, iaitu: * Deria luaran yang membolehkan seseorang itu menghidu, merasa, menyentuh, mendengar dan melihat, serta dapat memberikan rangsangan terhadap persekitaran * Deria dalaman yang terdiri daripada akal budi, daya ingatan, imaginasi keinsanan, imaginasi kehaiwanan, anggapan, memori dan mengingat semula * Nafsu, iaitu tempat diri merasakan keenakan atau kesengsaraan, suka, seronok, duka atau benci Jiwa rasional terbahagi dua, iaitu: * Cendekia praktikal yang dapat mencerap dan memperhatikan fenomenon secara empirikal dan pengalaman amali * Cendekia berfikir yang mencerap fenomenon dalam minda secara konseptual Agen cendekia ialah agen yang dapat memberikan makna kepada ilmu (intuitif)

>

>

PENGETAHUAN ILMU

Ilmu yang diperoleh langsung daripada Allah swt kepada para anbia melalui wahyu dan para awlia melalui ilham Ilmu yang diperturunkan daripada nabi dan para sahabat, seperti ilmu al-Quran, hadis, fiqah dan ilmu agama yang lain Ilmu akal atau ilmu sains the rational science. Ilmu ini ialah ilmu hasil daripada pengalaman dan pemikiran. Pengalaman dan pemikiran itu digunakan secara sistematik dan radikal, diarah dan dikawal oleh hukum berfikir (logika). Yang difikirkan itu ialah fakta atau data hasil penyelidikan dan eksperimen Semua ilmu sains mempunyai falsafahnya sendiri kerana perkembangan ilmu berpangkal daripada falsafah. Itulah sebabnya falsafah dikenali sebagai induk semua ilmu pengetahuan

FALSAFAH

Kata falsafah (Melayu), philosophie (Belanda), philosophie (Jerman), philosophy (Inggeris), philosophie (Perancis) berasal daripada kata bahasa Yunani, iaitu: Philien: mencintai, Sophia: kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaran Falsafah ialah perihal mencintai kearifan, kebijaksanaan, hikmat, kebenaranmelalui pemikiran yang mendalam. Berfalsafah merupakan puncak ketuntasan berfikir, iaitu dengan belajar dan menyelidik Falsafah ialah kebijaksanaan atau hikmat dalam penggunaan fikiran untuk mencari kebenaran hakiki. Kebenaran ialah perkara tertinggi yang dapat dicapai melalui akal atau kaedah berfikir Dalam Islam, berfikir amat penting untuk mencapai hakikat. Nabi Muhammad saw pernah bersabda, bahawa berfikir satu saat itu lebih tinggi nilainya daripada satu sembahyang malam Falsafah ialah satu disiplin yang serius dari segi cendekia dan sejarah. Perkembangannya bermula dari zaman Griekenland ke Iskandariah, ke Romawi, ke tanah Arab, ke zaman pembaharuan di Eropah hinggalah zaman IT dan globalisasi kini.

MAKNA FALSAFAH

Berdasarkan pendapat Plato, Aristotle, Marcus Tullius Cicera, Al-Farabi, Immanuael Kant, W.P. Montague, J.A. Leighton, Harold, H. Titus, D.C. Mulder, Fuad Hassan, N. Drijarkara, bolehlah dirumuskan bahawa falsafah itu ialah: > Ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan mendalam tentang sebab terjadinya sesuatu peristiwa sehingga sebab terakhir dan mutlak ditemukan Fokusnya tentang ketuhanan, alam semester dan diri manusia. Semuanya diberi gambaran sebagai suatu keseluruhan yang mencakup pengetahuan biasa, warisan budaya dan hasil ilmu khusus yang lain

>

CABANG FALSAFAH

Cabang falsafah dapat dirumuskan seperti yang berikut: * Metafizika * Logika * Etika * Estetika * Epistemologi * Falsafah Khusus

METAFIZIKA

Inggeris: metaphysics, Latin: metaphysica dari Yunani meta ta physica (sesudah fizika); daripada meta (setelah, melebihi) dan physikos (menyangkut alam) atau physis (alam) Falsafah tentang hakikat yang ada di sebalik fizika. Hakikat yang bersifat abstrak dan di luar jangkauan pengalaman manusia. Tegasnya tentang realiti kehidupan di alam ini: Alam ini wujud atau tidak? Siapakah kita? Apakah peranan kita dalam kehidupan ini? Kajian tentang sesuatu yang bersifat rohani dan yang tidak dapoat diterangkan dengan kaedah penjelasan yang ditemukan dalam ilmu yang lain Kajian kritis terhadap andaian dasar yang digunakan oleh sistem pengetahuan kita dalam penyataannya tentang apa-apa yang nyata

LOGIKA

Inggeris: logic, Latin: logica, Yunani: logike atau logikos (ujaran yang dapat difahami atau akal budi yang berfungsi dengan baik, teratur dan sistematik) Falsafah tentang fikiran / pendapat yang betul dan yang salah mengikut norma tertentu dalam kehidupan manusia, iaitu tentang penaakulan Logika mengkaji peraturan membuat kesimpulan yang membolehkan kita mengemukakan cadangan dan hujah atas landasan yang betul dan boleh dipercayai serta tidak bercanggah dengan pemikiran rasional. Logik dapat dilihat dari dua segi: > logik deduktif: membuat kesimpulan daripada penyataan am hingga penyataan yang khusus

> logik induktif: membuat kesimpulan daripada penyataan khusus hingga penyataan am yang tentatif

ETIKA

Dari Yunani ethikos, ethos (adat, kebiasaan, praktik). Etika mencakup idea karakter dan kecondongan (disposisi) dan berhubungan dengan kegiatan praktis Etika berkaitan tingkah laku yang baik dan yang buruk, iaitu tentang nilainilai moral dan peraturan kelakuan yang dipersetujui oleh masyarakat dunia Etika menjadi kiblat kepada idea kewajipan dan tugas, penyataan prinsip perilaku, bukannya penelusuran konsep Kebaikan dan kebenaran dapat dilihat sebagai objektif (padanan faktor realiti dan hal tertentu) atau subjektif. Keadaan ini melahirkan objektivisme etika atau subjektivisme etika Etika pada emosi menyatakan sikap sepakat dan penolakan atau pencelaan, di samping menentukan makna dan daya nilai kehidupan

10

ESTETIKA

Estetika sebagai cabang falsafah juga dikenali sebagai falsafah keindahan. Estetika berasal daripada bahasa Yunani aisthetika yang bermaksud halhal yang dapat dicerap dengan indera atau aisthesis yang bermaksud cerapan indera Estetika digambarkan sebagai kajian falsafah tentang keindahan dan kejelekan. Estetika juga berkaitan dengan nilai bukan moral. Ini demikian kerana estetika mengkaji nilai kecantikan dan kesenian dalam pelbagai objek yang ditemukan dalam alam ini Antara persoalan estetika: - Apakah keindahan itu? - Keindahan bersifat objektif atau subjektif? - Apakah ukuran keindahan? - Apakah peranan keindahan dalam kehidupan? - Bagaimanakah hubungan antara keindahan dengan kebenaran?

11

EPISTEMOLOGI

Epistemologi berasal daripada kata bahasa Yunani episteme (pengetahuan, ilmu pengetahuan), dan logos (pengetahuan, maklumat), iaitu ilmu pengetahuan tentang pengetahuan. Epistemologi juga dikenali sebagai teori pengetahuan Epistemologi ialah falsafah tentang ilmu pengetahuan, iaitu perihal mengetahui sesuatu yang tidak diketahui, seperti apakah sumber pengetahuan? Apakah yang benar? Apakah yang murni? Hakikat kebenaran ialah apa-apa yang ada pada tanggapan indera. Tidak ada hakikat kebenaran yang hakiki, yang bebas daripada keadaan seseorang dan suasananya Oleh itu, tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ketidakbenaran mutlak. Benar pada individu tertentu, tidak benar pada individu lain, walaupun objek sasarannya satu. Boleh juga benar pada satu masa, dan tidak benar pada masa yang lain bagi orang yang sama. Jadi, pengetahuan yang benar ialah pengetahuan yang sesuai dengan objeknya

12

FALSAFAH KHUSUS

Falsafah yang perkembangannya paling pesat ialah falsafah ilmu pengetahuan. Disiplin ini mengandung perbedaan antara falsafah ilmu alam dengan falsafah ilmu sosial, seperti falsafah sejarah, falsafah pendidikan, falsafah agama, falsafah hukum, falsafah kejuruteraan, falsafah politik, falsafah kebudayaan dan falsafah bahasa Falsafah yang berasaskan disiplin ilmu itulah yang dinamakan falsafah khusus. Falsafah jenis ini merupakan dasar daripada sebab penelitian ilmiahnya dalam bidang khusus tersebut Ini juga merupakan titik tolak bagaimana ilmu itu mencapai objektifnya, iaitu kebenaran. Sebenarnya setiap ilmu ditujukan untuk mencapai kebenaran serta pengabdiannya kepada umat manusia, hanya cara atau jalannya yang berbeda

13

FALSAFAH KHUSUS

Setiap ilmu mempunyai objek formal atau objek bendanya. Dalam objek benda, beberapa ilmu mungkin mempunyai objek yang sama, tetapi untuk maksud penjelasan pemisahan ilmu, maka objek formalnya bebeda-beda Objek formal ini merupakan pandangan khusus ilmu masing-masing berdasarkan apa-apa yang dianggap benar, terutama menurut norma dan ukuran masyarakat pada masa itu. Oleh itu setiap falsafah ilmu tersebut, memperlihatkan falsafah masyarakatnya, di samping memperlihatkan peningkatan dari segi perkembangan ilmu berkenaan Cabang falsafah dirumuskan menerusi aliran monisme, dualisme, pluralisme, idealisme, materialisme, mekanisme, teologisme, Determinisme, indeterminisme, naturalisme, hedonisme, utilitarisme, vitalisme, rasionalisme, empirisme, kritisisme, realisme, eksistensialisme, pragmatisme/eksperimentalisme, fenomenologisme, positivisme, aliran falsafah hidup

14

ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

Monisme:

Unsur pokok terhadap sesuatu ialah esa atau satu. Yang lain hanyalah ilusi. Golongan materialis menganggap benda ialah dasar dunia, golongan idealis menganggap idea ialah dasar dunia Dualisme: Unsur pokok terhadap sesuatu ialah dua, iaitu roh dan benda jasmani dan rohani, dunia inderawi dan dunia cendekiaan, realiti dan kemungkinan Pluralisme: Realiti asas bersifat jamak Idealisme: Hakikat itu bersifat roh. Semua realiti bersifat kerohanian. Jirim tidak benar dan alam semester harus dianggap sebagai sari pemikiran. Tiada pengetahuan lain, selain proses mental Materialisme: Hakikat bersifat kebendaan. Sesuatu yang tidak nyata adalah tidak benar. Penekanan terhadap faktor kebendaan yang spiritual dalam metafizika, nilai, fisiologi dan epistemologi

15

ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

Mekanisme:

Kejadian berlaku sendiri berdasarkan hukum sebab akibat. Penekanan terhadap keupayaan memberi penjelasan mekanis bagi struktur internal benda alam dan seluruh alam Teologi: Sesuatu kejadian berhubung dengan kejadian yang lain, iaitu semata-mata mempunyai tujuan yang sama. Hubungan dunia ilahi (ideal kekal dan tak berubah) dengan dunia fizikal Determinisme: Kemahuan manusia dibelenggu, iaitu sudah dipastikan lebih dahulu, dan semua kejadian mempunyai sebab Metafizika: Dikenali juga dengan nama Indeterminisme, iaitu kemahuan manusia bebas sebebas-bebasnya. Beberapa kejadian tidak mempunyai sebab, dan kejadian juga tidak dapat diramalkan kerana elemen kemungkinan, ketidakpastian, keterbukaan

16

ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

Naturalisme: Kebahagiaan manusia boleh didapati menerusi panggilan fitrah (nature) kejadian manusia itu sendiri. Sifat manusia sebagai satu peluasan daripada peraturan biologi semata-mata mengikut prinsip alam Hedonisme: perlakuan susila ialah perbuatan yang menimbulkan kenikmatan dan kelazatan. Konsep moral yang menyamakan kebaikan dengan kesenangan. Kebaikan dan kesenangan ini merupakan tujuan kehidupan Utilitarianisme: Buruk dan baik perlakuan manusia dinilai daripada banyak atau sedikitnya manfaat bagi manusia. Dikenali juga sebagai teori kebahagian terbesar, Asasnya ialah kebaikan terbesar bagi jumlah terbesar Vitalisme: Penilaian baik atau tidak perlakuan manusia berasaskan daya maksimum seseorang melakukan sesuatu tindakan. Aliran ini juga dikenali sebagai teori ilmiah tentang konstitusi batin makhluk hidup

17

ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

Rasionalisme: Dikenali juga sebagai intelektualisme, iaitu sumber pengetahuan manusia ialah fikiran, rasio dan jiwa manusia, dan bebas daripada pengamatan inderawi. Kebenaran tidak dapat diuji dengan prosedur, tetapi dapat diuji dengan kriteria tertentu Empirisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada pengalaman manusia, iaitu dari dunia luar yang ditanggap oleh pancaindera. Semua idea merupakan abstraksi yang dibentuk menerusi penggabungan apa-apa yang dialami Kritisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada dunia luar, dan berasal daripada jiwa atau fikiran manusia Realisme: Pengetahuan manusia ialah gambar yang baik dan tepat daripada kebenaran, kerana gambar yang baik akan memancarkan kebenaran. Manifestasi daripada kebenaran ialah menerima apa-apa yang ada walaupun tidak menyenangkan

18

ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

Eksistensialisme: Falsafah yang bertitik tolak pada manusia, yang eksistensi (konkrit), iaitu cara manusia berada dalam bentuk maujud, dan mendahului emosi. Oleh sebab pusat pemerhatiannya ialah manusia, maka aliran ini bersifat kemanusiaan Pragmatisme: Benar atau tidaknya ujaran, dalil atau teori bergantung pada manfaat ujaran, dalil atau teori itu. Kebenaran ptraktis berasaskan kepentingan subjektif setiap individu Fenomenologi: Hasrat sebenar akan tercapai jika kita cuba mengamati fenomenon realiti yang sering terjadi di sekeliling kita. Aliran ini berpusat pada analisis gejala kesedaran manusia terhadap diri dan alam sekeliling Positivisme: Peristiwa yang dialami oleh manusia dilihat dari perspektif yang positif berasaskan fakta pengetahuan. Ilmu alam merupakan sumber pengetahuan yang benar, dan menolak nilai kognitif

19

ALIRAN / MAZHAB FALSAFAH

Epistemologi: Dikenali juga sebagai Teori Pengetahuan, iaitu pengetahuan tentang pengetahuan. Hal ini terlihat jelas dalam aliran Realismne dan Idealisme Logika: Falsafah yang menekankan ujaran yang dapat difahami atau akal budi yang berfungsi dengan baik, dan sistematik. Asasnya ialah penyataan premis ke suatru penyataan selanjutnya, iaitu kesimpulan. Logika juga dikenali dengan nama Instrumen Ilmu Aliran Falsafah Hidup: Falsafah yang baik wujud jika akal dipadukan dengan keperibadian atau seluruh kehidupan Cabang falsafah yang menjadi sumber paling penting dalam aliran pemikiran dan kebahasaan ialah metafizika, logika dan epistemologi. Cabang falsafah ini dijelmakan melalui tiga cara atau gaya, iaitu falsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah Analisis

20

FALSAFAH SPEKULATIF

Cara pemikiran yang sistematik tentang sesuatu yang wujud, iaitu berdasarkan hakikat bahawa memang menjadi fitrah manusia berkeinginan untuk melihat sesuatu secara keseluruhan yang bermakna. Misalnya apabila kita melihat pemandangan yang indah, fikiran kita biasanya tidak tertumpu pada keindahan itu semata-mata, tetapi akan menjelajah ke perkara lain yang lebih khusus, yang mewujudkan keindahan itu
Berdiri di tepi Bengawan Solo, terlihatlah kebesaran Kerajaan Mataram yang silam, tertegun di tepi kali Brantas, terlihatlah Patih Gajah Mada dan Hayam Wuruk, berdiri di pinggir Musi, terlihatlah Sang Nila Utama dan Deman Lebar Daun, berdiri di bukit Siguntang, terpandanglah Wan Empuk dan Wan Malini Naik kapal terbang menuju Eropah, sampai di Afrika, kelihatan flora dan fauna yang hijau tanda kesuburan, di tanah Arab kelihatan gunung batu granit hitam, tiba di pergunungan Alpen, kelihatan gunung putih bersih diselaputi salji.

Falsafah Spekulatif berusaha untuk mencari satu persepaduan dan pertalian bagi semua pemikiran dan pengalaman

21

FALSAFAH PRESKRIPTIF

Falsafah ini berusaha untuk menentukan nilai atau standard, perlakuan dan seni. Nilai etika dan nilai estetika diberikan garis panduan dengan menentukan nilai itu wujud semula jadi atau projeksi fikiran kita sematamata Dalam etika dan agama, tindakan moral ditentukan oleh sumber yang berautoriti, iaitu Tuhan. Sebarang penentangan dianggap tindakan moral yang negatif Dalam ilmu pengetahuan, status preskriptif bermaksud sesuatu hukum menjadi prinsip yang utuh, dan memastikan bahawa benda terjadi seperti yang sepatutnya berasaskan prinsip yang ditentukan

22

FALSAFAH ANALISA

Falsafah ini memberikan tumpuan terhadap makna dan perkataan. Yang dikaji ialah perkara seperti sebab musabab, fikiran, kebebasan, peluang yang sama, agar makna perkataan itu dapat dikaji dalam pelbagai konteks Makna perkataan itu mungkin bercanggah jika digunakan dalam konteks yang berlainan. Cara inilah yang mendasari falsafah bahasa

Falsafah Spekulatif, falsafah Preskriptif, dan falsafah Analisa tidak semestinya berpisah, malah dalam pelaksanaannya, ketiga-tiga falsafah itu cenderung untuk bergabung

23

FALSAFAH BAHASA

Ilmu yang menyelidiki bahasa dengan terperinci dan mendalam, iaitu bahasa sebagai alat dalam mengungkapkan soal-soal ketuhanan, alam semester dan diri manusia sebagai insan yang hidup Falsafah Bahasa (Philosophy of Language): Falsafah bahasa bermakna percubaan atau pendirian dalam menganalisis ciri-ciri bahasa seperti sistem dan strukturnya, makna atau pengertian, lakuan bahasa Falsafah bahasa tidak lari daripada asas pemikiran dalam kaedah penganalisisan bahasa Falsafah Kebahasaan (Linguistic Philosophy): Falsafah kebahasaan bermakna percubaan atau usaha untuk menjelaskan atau menghuraikan masalah falsafah dengan cara menganalisis makna perkataan, frasa atau ayat, dan dengan cara menganalisis perkaitan logik antara perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa tabii

24

You might also like