You are on page 1of 16

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 1 _______________________________________________________________________________

UNIT 1 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. 2. menerangkan pola perkembangan pendidikan di zaman sebelum penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka. menerangkan aspek kurikulum dan pengajaran dalam pendidikan di zaman sebelum penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka. membanding beza aspek kurikulum dan pengajaran di zaman sebelum penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka.

3.

PETA KONSEP TAJUK

Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran

Zaman Sebelum Penjajahan Inggeris

Zaman Penjajahan Inggeris

Zaman Selepas Merdeka

Pendidikan Tradisional Inggeris

Sekolah Inggeris Sekolah Vernakular

Akta Pelajaran 1961

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 2 _______________________________________________________________________________

PENGENALAN
Pendidikan peringkat sekolah rendah yang berlangsung di negara ini telah bermula sejak dari zaman dulu lagi. Di zaman sebelum penjajahan Inggeris pendidikan dalam kalangan rakyat jelata berlangsung secara tradisional dengan ibu bapa sebagai orang yang utama dalam proses pendidikan. Di zaman penjajahan Inggeris, pendidikan berlangsung dengan cara yang lebih formal. Konsep sekolah vernakular diperkenalkan iaitu sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik. Selain itu terdapat juga sekolah Inggeris di samping sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan sekolah pondok serta madrasah. Dasar pecah dan perintah banyak mempengaruhi pelaksanaan pendidikan pada masa itu. Selepas merdeka pula pendidikan negara adalah berasas kepada Akta Pelajaran 1961. Pendidikan dijadikan asas untuk tujuan perpaduan rakyat. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Sejarah pendidikan negara telah mengalami perkembangan dari semasa ke semasa sehingga ke tahap yang ada sekarang. Kini pendidikan di negara ini bersifat lebih jelas dan berstruktur dari sudut dasar, matlamat dan pelaksanaannya.

ISI KANDUNGAN Apakah senario kurikulum dan pengajaran mengikut zaman?


Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman sebelum penjajahan Inggeris?
Sebelum penjajahan Inggeris pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai pendidikan tradisional. Penjajah sebelum Inggeris iaitu Belanda dan Portugis secara umumnya tidak mahu masuk campur dan mengambil tahu sangat tentang pendidikan penduduk tempatan. Pendidikan jenis ini lebih banyak berlangsung dalam kalangan rakyat jelata. Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan bentuk informal ini dengan ibu bapa memainkan peranan penting dalam proses pendidikan anak-anak. Pengajaran dan pembelajaran berlaku secara tidak langsung melalui pemerhatian; penglibatan; nasihat dan teguran. Pendidikan adalah bercorak warisan turun temurun dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Pada ketika itu penduduk di Tanah Melayu majoritinya ialah orang Melayu kerana orang Cina dan India hanya datang secara beramai-ramai sebagai buruh di lading dan lombong pada zaman penjajahan Inggeris. Orang Melayu berpegang kuat pada adat resam Melayu dan Nusantara yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam yang teguh. Semua kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan dididik serta diasuh dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan. Ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan adalah mengikut norma-norma yang diterima oleh masyarakat pada ketika itu. Setiap individu perlu menghormati orang lain terutama kepada ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Tutur kata serta perbuatan perlu sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 3 _______________________________________________________________________________

Kanak-kanak lelaki biasa diminta membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun; bersawah; menangkap ikan; mengambil upah bertukang membina rumah; dan sebagainya. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka dididik dan diasuh oleh ibu bapa dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa nanti menjadi suri rumah yang baik. Sehubungan itu, kanak-kanak perempuan biasanya dilatih untuk membantu ibunya menguruskan hal rumah tangga seperti menjaga adik, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjahit serta melakukan kerja-kerja di dapur. Pendidikan pada masa itu mempunyai matlamat untuk kesejahteraan dalam kehidupan baik untuk di dunia mahupun akhirat. Sehubungan itu dari sudut pelajaran agama, kanak-kanak mendapat pendidikan di surau atau di masjid berkaitan perkara-perkara fardhu ain, fardhu kifayah, Al-Quran, hadith, fiqah, tauhid dan tasawuf. Dalam aktiviti pengajaran, kanak-kanak membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu ain, fardhu kifayah, hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Al-Quran adalah teras pembelajran kerana tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-Quran sebagai pelajaran dasar di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Walaupun kurikulum dan pengajaran agak terbatas, namun ramai tokoh agama yang terkenal dalam bidang agama dan mempunyai tahap etika yang tinggi telah dilahirkan. Pendidikan berbentuk nonformal juga biasa terdapat di institusi tersebut. Pembelajaran biasanya berlangsung diwaktu lapang seperti di waktu subuh, petang atau malam. Guru dalam pengajarannya menggunakan teknik hafalan. Ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke rumah ustaz, ustazah atau orang alim untuk mengaji Al-Quran dan pelajaran agama. Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah pondok atau madrasah yang banyak dibina oleh alim ulama Islam yang datang dari Timur Tengah ke Tanah Melayu, terutama pada kurun ke-18. Berikut adalah antara contoh guru-guru yang terkenal yang mengajar di sekolah pondok serta nama tempatnya. Tuk Kenali Tuan Husin Tok Pulau Manis Hj Mohd Taib Hj Mohd Nor Hj Mohd Aji Hj Mohd Salleh Hj Ishak Kelantan Kedah Terengganu Titi Gajah Langgar Pumpong Alor Setar Pulau Pisang

Pendidikan yang lebih bersifat formal pula kebanyakannya berlangsung di istana. Pendidikan di istana adalah untuk golongan bangsawan atau anak-anak kepada pembesar istana. Pendidikan berlangsung secara lebih teratur dengan tempat dan waktu pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Guru-guru yang khusus dipanggil dan diberi gaji secara khas untuk mengajar murid-murid. Kanak-kanak diajar menggunakan sukatan pelajaran tertentu termasuk kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) selain pelajaran Jawi, bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Al-Quran dan lain-lain. Kedatangan Islam ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403 1511) telah memainkan peranan penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan dakwah Islamiah di Tanah Melayu dan rantau Nusantara pada masa itu. Bentuk pembelajaran yang berinstitusikan rumah, surau dan masjid berjalan terus dalam kalangan orang Melayu sejak beratus-ratus tahun yang silam. Catatan sejarah Barat menyatakan bahawa Islam mula bertapak di Tanah Melayu pada kurun ke-15. Contohnya catatan D.G.E Hall, menyatakan bahawa Islam bertapak di Melaka pada 1414 iaitu dengan perkahwinan antara sultan Melaka dengan puteri dari Pasai iaitu sebuah negerio yang rakyatnya menganut agama Islam.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 4 _______________________________________________________________________________

AKTIVITI 1.1 Dalam jadual berikut, tuliskan aspek-aspek pendidikan yang berlangsung di zaman sebelum penjajahan Inggeris mengikut kategori pendidikan informal, pendidikan nonformal dan pendidikan formal.
Aspek-aspek Pendidikan Pendidikan Informal Pendidikan Nonformal Pendidikan Formal

Halatuju

Kandungan/Isi Pelajaran

Pelaksanaan Pengajaran/ Pembelajaran

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 5 _______________________________________________________________________________

Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman penjajahan Inggeris?


Semasa penjajahan Inggeris sekolah vernakular diperkenalkan selaras dengan dasar pecah dan perintah. Sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah-sekolah tersebut diadakan secara terasing antara satu dengan yang lain. Sekolah-sekolah vernakular yang terdapat pada masa itu ialah: Sekolah Melayu Sekolah Cina Sekolah Tamil Terdapat juga sekolah Inggeris yang dibiayai oleh pemerintah; sekolah mubaligh yang dibiayai oleh gereja Methodist, Katholik dan Anglican; sekolah pondok; dan madrasah. Ketika perang dunia kedua Tanah Melayu telah dijajah oleh Jepun. Pada ketika itu tentera Jepun telah membuka sekolah Nihongo.

Sekolah Melayu
Negeri-negeri Selat adalah terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Blundell telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri tersebut dengan bantuan kerajaan British. Blundell dengan telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa lagi sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Di sekolah vernakular Melayu, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Tulisan Rumi dan Jawi digunakan secara serentak di kebanyakan sekolah. Antara sekolah yang awal dibuka ialah di Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan di Kampung Gelam, Singapura. Pada 1871, A.M. Skinner telah memperkenalkan sekolah Melayu yang digabung dengan kelas Al-Quran. Pelajaran akademik iaitu pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional di sebelah pagi manakala kelas Al-Quran dan Bahasa Arab di sebelah petang. Langkah ini bertujuan menarik minat orang Melayu agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana orang Melayu memberi sambutan yang dingin terhadap sekolah vernakular ini. Tujuan utama Sekolah Melayu ialah untuk memberi pendidikan asas supaya anak-anak penduduk tempatan dapat menjadi petani, nelayan atau pekerja bawahan yang tidak terpisah dengan alam sekeliling mereka. Kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Melayu berkisar kepada kemahiran, membaca, menulis, mengira, mengarang di samping dimasukkan juga sedikit tentang Ilmu Alam, Ilmu Hisab dan Latihan Jasmani. Mulai abad ke-20, mata pelajaran perkebunan dan anyaman pula diperkenalkan; ekoran daripada cadangan yang terkandung dalam laporan R.O Winstedt pada tahun 1917. Tujuan utama pemilihan dan pelaksanaan kurikulum ini adalah untuk memberi orientasi agar anak-anak Melayu dapat meneruskan kerjaya warisan ibu bapa mereka sebagai pekebun, petani, pesawah, nelayan dan sebagainya serta kekal berada di desa atau di kampung-kampung. Kalau pun sebagai pekerja makan gaji, mereka adalah sebagai pekerja bawahan sahaja seperti pemandu atau pekerja am.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 6 _______________________________________________________________________________

Guru-guru Melayu dilantik dalam kalangan mereka yang berkebolehan dan terkenal dalam masyarakat. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah ini adalah sangat terhad. Masalah utama ialah kekurangan guru terutama guru-guru perempuan dan guruguru yang mahir dalam kemahiran-kemahiran tertentu. Bilangan murid juga terhad kerana kesangsian orang Melayu terhadap pengaruh agama Kristian. Sekolah vernakular Melayu juga disangka menyebarkan fahaman sekular. Perkara yang sama berlaku di Borneo Utara di mana sekolah yang dibuka oleh W. H. Treacher iaitu Gabenor pertama Borneo Utara tidak mendapat sambutan. Ibu bapa lebih gemar menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah pondok atau madrasah. Kanak-kanak perempuan Melayu pula tidak digalakkan langsung oleh ibu bapa untuk bersekolah. Dari satu aspek lain pula, status lepasan sekolah Melayu juga dilihat lebih rendah daripada sekolah Inggeris. Murid-murid di sekolah Melayu belajar daripada Darjah I hingga Darjah IV. Setelah melalui tapisan, hanya sebahagian kecil sahaja murid berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class dan daripada situ baru boleh meneruskan persekolahannya di sekolah Inggeris.

Sekolah Cina
Sekolah vernakular Cina bermula di Negeri-negeri Selat. Sekolah yang awal, didirikan di Melaka. Sekolah vernakular Cina juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Cina. Pada pertengahan abad ke-19 iaitu apabila kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu berlaku secara beramai-ramai, kebanyakan sekolah Cina dibiayai oleh kaum Cina sendiri iaitu oleh pertubuhan-pertubuhan, persatuan atau orang perseorangan. Penubuhan sekolah tersebut adalah dengan tujuan untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Pihak Inggeris tidak masuk campur atau menghalang usaha yang dilakukan. Kurikulumnya adalah meliputi ajaran-ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan. Ajaran Confucius ialah yang banyak diajarkan. Oleh kerana tanah besar Cina adalah luas dan mempunyai pelbagai daerah dengan cara hidup serta kebudayaan rakyat yang pelbagai, maka sekolah Cina yang terdapat di Tanah Melayu pun turut pelbagai dari segi corak serta bentuknya apa lagi isi kandungan pelajaran yang diajar. Pengajaran adalah secara menghafal, mengira dan menulis. Tenaga pengajar, isi pelajaran dan bahan-bahan pengajaran dibawa masuk dari tanah besar Cina. Pihak Inggeris terus mengambil sikap yang longgar terhadap sekolah Cina. Walau bagaimanapun pada tahun 1929, peraturan yang lebih ketat dikenakan ke atas sekolahsekolah Cina oleh Gabenor Cecil Clementi. Perlantikan guru-guru tidak boleh lagi dari tanah besar Cina. Sebaliknya perlantikan guru-guru perlu daripada kalangan penduduk tempatan sahaja iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu atau yang mendapat pendidikan Inggeris. Pindaan pada enakmen juga telah dibuat bagi memberi kuasa kepada pengarah pelajaran agar dapat mengambil tindakan kepada seseorang guru yang didapati menentang dasar kerajaan. Begitu juga dengan kurikulum dan buku-buku teksnya. Kesemuanya tidak boleh lagi berorientasikan tanah besar Cina, sebaliknya perlu bercorak tempatan yang bercirikan Inggeris. Walau bagaimanapun peraturan tersebut tidak banyak memberi kesan, sebaliknya mendapat banyak tentangan daripada masyarakat keturunan Cina. Sekolah Cina tidak banyak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu masih berkiblatkan negara asal; masih menumpukan taat setia kepada budaya serta adat resam negara asal mereka

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 7 _______________________________________________________________________________

melalui kurikulum, buku-buku, bahan-bahan bacaan dan guru yang dibawa masuk dari negara Cina.

Sekolah Tamil
Pemerintah Inggeris di Tanah Melayu pada awalnya tidak berminat menyediakan pendidikan kepada masyarakat India kerana pada tanggapan mereka, kehadiran masyarakat India di Tanah Melayu adalah sementara sahaja. Walau bagaimanapun apabila Kod Buruh dikuatkuasakan bagi tujuan rnembasmi buta huruf, hal-hal berkaitan pendidikan orang India telah ditegaskan. Inggeris mengarahkan agar tuan-tuan punya estet mendirikan sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja yang majoritinya datang dari India. Sekiranya terdapat sepuluh orang atau lebih kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan, pihak estet wajib menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak tersebut. Justeru itu banyak sekolah vernakular Tamil dibuka. Secara umumnya corak sekolah vernakular Tamil adalah seperti sekolah vernakular Cina, iaitu berorientasikan negara asal. Selain untuk menyelesaikan masalah buta huruf, kurikulum di sekolah Tamil adalah berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Bahan-bahan pengajaran adalah dibawa masuk dari India. Orang India di Tanah Melayu pada masa itu kebanyakannya masih menumpukan taat setia mereka kepada negara asal. Sebagai contoh, pergolakan politik yang berlaku di India pada ketika itu, juga dirasai kesannya di Tanah Melayu. Justeru elemen dalam kurikulum dan pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkara tersebut. Sikap kebanyakan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak adalah di tahap yang rendah. Justeru ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah atau tidak hadir ke sekolah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dari sudut pengajaran, pada mulanya bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun perkembangan sekolah Tamil tidak maju disebabkan faktor bahasa pengantar. Orang India yang datang ke Tanah Melayu dari pelbagai daerah di India dengan bahasa pertuturan yang pelbagai. Justeru pengajaran telah dikendalikan dalam pelbagai bahasa, iaitu sama ada menggunakan bahasa Tamil, Malayalam, Telegu, Punjabi atau Hindi. Guru-guru pula diberi gaji yang rendah. Terdapat guru-guru kurang bertauliah seperti kerani ladang, penyelia, pembantu perubatan dan pekerja sendiri yang ditugaskan untuk mengajar di sekolah Tamil. Keadaan tersebut adalah kurang memuaskan.

Sekolah Inggeris
Sekolah Inggeris yang pertama dibina ialah Penang Free School pada 1816 diikuti dengan Malacca Free School pada 1826 dan seterusnya yang lain-lain seperti Victoria Insitute (1893) dan King Edward VII (1906). Sekolah Inggeris kebanyakannya didirikan di bandar-bandar untuk anak-anak pegawai Inggeris, anak-anak ahli-ahli perniagaan serta anak-anak golongan elit Melayu pada masa itu. Corak kurikulum dan pengajaran di sekolah ini lebih berorientasikan ketuanan Inggeris daripada semua aspek termasuk nilai dan pemikiran yang ditanamkan kepada murid-murid. Sebagai contoh, nilai yang cuba diterapkan ialah perasaan bangga terhadap keagungan pemerintah Inggeris. Inggeris adalah sebagai kuasa besar berbanding dengan kuasa-kuasa lain yang ada. Selain itu empayar serta jajahan takluknya adalah luas dan istimewa. Kurikulum, buku-buku teks,

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 8 _______________________________________________________________________________

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah daripada Britain. Kurikulum sekolah Inggeris lebih mementingkan akademik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekolah Inggeris menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Guru-guru yang terlibat ialah guru yang dididik daripada sekolah Inggeris. Pengajaran di sekolah Inggeris melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Kurikulum dan pengajaran lebih kepada persediaan untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate.

Sekolah Nihongo
Sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun ketika mereka menakluki Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua. Pada masa itu kanak-kanak tempatan telah diminta menghadiri sekolah-sekolah kendalian askar Jepun. Dalam kurikulum dan pengajarannya terdapat pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun pada masa itu menggunakan slogan Asia for Asian iaitu Asia adalah untuk orang Asia.

Selepas Perang Dunia Kedua


Selepas Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada 1946, pentadbiran Inggeris telah menubuhkan satu jawatankuasa dikenal sebagai Jawatankuasa Cheeseman. Setelah membuat kajian, jawatankuasa ini telah mengeluarkan laporan dikenal sebagai Laporan Cheeseman. Berikut ialah antara cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam laporan tersebut. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris diberi kepada semua murid di sekolah rendah. Pelajaran vokasional seperti dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksana dengan sepenuhnya. Jawatankuasa Cheeseman mengemukakan cadangan tersebut dengan harapan untuk melatih penduduk tempatan sebagai pekerja yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bagi membangunkan infrastruktur seperti jalanraya dan landasan keretapi yang telah mengalami kerosakan akibat Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, atas beberapa alasan yang tertentu cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam Laporan Cheeseman tidak dapat dilaksanakan. Pada tahun 1949 satu lagi jawatankuasa telah ditubuhkan selepas itu diketuai oleh L.J Barnes. Jawatankuasa ini mendapati tahap pelajaran kanak-kanak Melayu adalah amat rendah dan seluruh sistem pendidikan perlu dirombak. Antara puncanya ialah kemudahan di sekolah-sekolah Melayu yang kurang dan tidak berkualiti. Seterusnya, faktor peluang yang sangat terhad untuk kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan lanjutan. Hanya segelintir murid Melayu yang dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat menengah melalui Special Malay Class di sekolah-sekolah Inggeris. Dalam

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 9 _______________________________________________________________________________

laporannya jawatankuasa tersebut telah mengemukakan cadangannya. Berikut adalah antara cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam Laporan Barnes. Pengajaran di sekolah rendah dilakukan mengguna bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekolah adalah terbuka kepada kanak-kanak daripada semua kaum secara percuma. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar kepada murid-murid sebagai suatu mata pelajaran. Hanya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Mata pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumahtangga diajarkan kepada murid-murid. Sekolah-sekolah vokasional yang moden dicadang supaya dibina untuk pelajaran vokasional.

Walaupun pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk perpaduan kaum, namun cadangan yang terdapat dalam Laporan Barnes tidak dapat dilaksanakan kerana dianggap lebih memihak kepada orang Melayu. Sehubungan itu pada tahun 1951 satu jawatankuasa lain yang diketuai oleh W.P Fenn dan T.Y. Wu telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini telah membuat kajian dan mengeluarkan laporannya pada 1951 dikenal sebagai Laporan Fenn-Wu. Berikut adalah antara cadangan yang terdapat dalam laporan jawatankuasa tersebut. Penggunaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran. Mata pelajaran Bahasa Cina dan bahasa Tamil diteruskan dan pengajarannya diperbaiki. Buku teks dari luar Tanah Melyu perlu disemak dan perlu dimasukkan unsurunsur tempatan. Institusi atau kolej bagi melatih guru untuk sekolah Cina adalah diperlukan bagi menampung kekurangan guru terlatih. Bantuan kewangan daripada kerajaan perlu ditambah untuk sekolah-sekolah Cina.

Cadangan daripada Laporan Fenn-Wu juga tidak dapat dilaksanakan. Sehubungan itu dikaji semula kesemua cadangan-cadangan daripada Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu oleh suatu Jawatankuasa Khas yang dibentuk. Daripada lapporan Jawatankuasa Khas tersebut akhirnya Ordinan Pelajaran 1952 diwartakan. Ordinan Pelajaran 1952 juga tidak dapat dilaksanakan.

Adakah anda terfikir mengapa cadangan yang terdapat dalam setiap laporan jawatankuasa yang dibentuk berkaitan pendidikan tidak dapat dilaksanakan?

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 10 _______________________________________________________________________________

AKTIVITI 1.2 Dalam ruang yang disediakan di bawah, bina peta minda bagi menjelaskan bagaimana kurikulum dan pengajaran dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum merdeka dipengaruhi oleh dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh Inggeris. PETA MINDA

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 11 _______________________________________________________________________________

Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman selepas merdeka?


Pada tahun 1956, jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Razak Hussein telah mengeluarkan laporan yang seterusnya dikenal sebagai Penyata Razak. Dalam penyata ini, perpaduan ialah antara agenda utama pendidikan. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Walau bagaimanapun selepas merdeka, satu jawatankuasa lain telah dibentuk dikenal sebagai Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960. Jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam kurikulum dan pengajaran selepas merdeka.

Abdul Razak Hussein

Penyata Razak (Para 12) Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budakbudak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupunperkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 12 _______________________________________________________________________________

Jawatankuasa Rahman Talib mengeluarkan laporan pada tahun 1960 dikenal sebagai Penyata Rahman Talib. Berasaskan kepada penyata-penyata tersebut dan Ordinan Pelajaran 1957, Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Sehubungan itu satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama untuk keseluruhan sistem persekolahan di negara ini telah digunakan. Dari sudut pengajarannya pula bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama selain membenarkan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan masingmasing di SRK, SRJK(C) dan SRJK(T).

Abdul Rahman Talib

Walau bagaimanapun peruntukan dalam Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 menyatakan Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary school may suitable be converted into national primary school, he may by order direct that the school become a national primary school. Sehubungan itu di semenanjung dan Sabah, SRK telah diubah bahasa pengantarnya daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sepenuhnya mulai tahun 1975, manakala di Sarawak ialah mulai 1977. Selain untuk perpaduan, pendidikan selepas merdeka adalah untuk melahirkan rakyat yang bebas daripada masalah buta huruf. Sehubungan itu kurikulum dan pengajaran adalah memberi fokus kepada soal literasi. Pendidikan adalah juga untuk membangunkan negara selepas mendapat kemerdekaan daripada penjajah. Pembangunan melibatkan aspek infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat bagi pembangunan negara dipenuhi melalui proses pendidikan. Justeru kurikulum dan pengajaran selepas merdeka lebih menjurus ke arah tersebut.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 13 _______________________________________________________________________________

AKTIVITI 1.3 Kenal pasti daripada sumber-sumber yang relevan bahawa pelaksanaan kurikulum dan pengajaran selepas merdeka adalah juga ke arah pembangunan negara. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

RUMUSAN
Unit ini telah membincangkan senario pendidikan di negara ini dari sudut kurikulum dan pengajarannya meliputi tiga zaman iaitu zaman penjajahan Inggeris, zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka. Aktiviti yang relevan juga diberikan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar berkaitan sub topik yang berkaitan. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa senario pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangannya hingga ke tahap yang ada sekarang. Dalam erti kata yang lain pendidikan di negara ini mengalami proses kristalisasi iaitu perkembangan demi perkembangan ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 14 _______________________________________________________________________________

KATA KUNCI
Pendidikan formal pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang tertentu. pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakat pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti latihan khas, bengkel, dan belajar sambil bekerja yang dirancang. pendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelata yang mana ibu bapa ialah orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya. sekolah vernakular yang ditubuhkan penjajahan Inggeris untuk orang Melayu. sekolah vernakular yang ditubuhkan penjajahan Inggeris untuk orang Cina. sekolah vernakular yang ditubuhkan penjajahan Inggeris untuk orang Indiaayu. di zaman

Pendidikan informal

Pendidikan non-formal

Pendidikan tradisional

Sekolah vernakular

Sekolah Melayu

Sekolah Cina

di

zaman

Sekolah Tamil

di

zaman

PENILAIAN KENDIRI
Jawab semua soalan berikut. 1. Manakah antara berikut merupakan sebab mengapa sebelum penjajahan Inggeris majoriti rakyat jelata mendapat pendidikan informal? A. B. C. D. Tidak banyak institusi sekolah pada masa itu. Ibu bapa perlu berperanan penting dalam pendidikan. Pendidikan formal hanya diperkenalkan oleh pihak Inggeris. Pendidikan informal lebih menyeluruh berbanding pendidikan formal.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 15 _______________________________________________________________________________

2.

Penghijrahan alim ulama Islam dari Timur Tengah ke Tanah Melayu pada kurun ke18 menyebabkan ______________ A. B. C. D. pengajaran di sekolah pondok mula diadakan. wujud kesedaran tentang Islam di Tanah Melayu . madrasah dan sekolah pondok banyak ditubuhkan. tiada sekolah lain kecuali madrasah dan sekolah pondok.

3.

Sekolah vernakular antara lain mempunyai ciri _____________ A. B. C. D. semuanya dibiayai oleh pihak Inggeris. kurikulumnya sentiasa dalam pemantauan Inggeris. pengajaran oleh guru-guru mengikut etnik masing-masing. taraf persekolahan adalah sama antara satu dengan yang lain.

4.

Sekitar tahun 1920an kerajaan Inggeris meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah kerana masalah pembukaan sekolah-sekolah yang begitu banyak. Antara kesan enakmen tersebut ialah ____________ A. B. C. D. mengenakan yuran yang lebih tinggi kepada semua murid. peggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Selain sekolah Inggeris sekolah perlu berdaftar dengan kerajaan. perlantikan guru tidak boleh terus dari tanah besar China atau India.

5.

Manakah antara berikut tidak benar berkaitan pendidikan selepas sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan? I. II. III. IV. A. B. C. D. Berasaskan Akta Pelajaran 1961. Pengajaran semuanya oleh guru terlatih. Pendidikan adalah untuk perpaduan kaum. Menggunakan hanya satu bahasa pengantar.

I dan II sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja

Cadangan Jawapan:

1. A;

2. C;

3. C;

4. D;

5. B

RUJUKAN
Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 16 _______________________________________________________________________________

Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service. (1984). Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like