You are on page 1of 4

o

Terokai Pusat Sumber sekolah anda senaraikan jenis-jenis media yang terdapat disana yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran pelajar (hanya berdasarkan sekolah anda sahaja) video slaid berpita televisyen CD-ROM kad imbasan poskad model boneka papan putih komputer pita kaset buku teks suratkhabar majalah risalah transparensi Pilih media-media yang sesuai dari senarai yang anda buat (atau ubahsuai media atau bina yang baru) untuk digunakan dalam proses pengajaran subjek anda. slaid video buku teks model kad-kad gambar

o Dengan menggunakan salah satu rekabentuk pengajaran (pilih sama ada rekabentuk pengajaran ASSURE atau ADDIE), rancangkan proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan media dan melaksanakan rancangan tersebut dalam kelas sebenar. Saya memilih rekabentuk pengajaran ASSURE kerana ia membantu saya untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop Rancangan Pengajaran yang luas.

1. Analisis Ciri Pelajar a. Mengenalpasti ciri-ciri umum Kelas terdiri daripada 32 orang murid Tahun 5 Vairam, berumur 11 tahun. 16 perempuan dan 16 lelaki. 100% murid-murid boleh menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Rata-rata murid datang daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Purata pendapatan keluarga bagi setiap ibu bapa murid kelas saya ialah di antara RM450.00 hingga RM 3.000.00 sebulan. Sebahagian kecil murid-murid ke sekolah dihantar oleh ibu bapa atau ahli keluarga dengan , motosikal atau kereta. Kebanyakannya menaiki bas sekolah dan van sekolah. Kebanyakan mereka adalah anak-anak pekerja kilang, kontraktor kecil, pemandu lori dan bas dan sebahagian kecil anak kaki tangan kerajaan seperti guru, kerani dan pegawai polis. Oleh itu tahap I.Q mereka juga berbeza mengikut gaya belajar di rumah dan cara didikan ibu bapa mereka.Dari pemerhatian didapati, mereka kurang mendapat pendedahan mengenai ikan hiasan dan kurang bahan-bahan bacaan ini di rumah, mereka nampaknya amat berminat untuk mempelajari subjek ini, terutama apabila sering menunjukkan media dan bahan yang dapat menarik minat mereka contohnya pengunaan tayangan LCD. Penggunaan Komputer dalam pengajaran dan kad-kad gambar serta benda-benda maujud. Oleh kerana mereka kurang atau tidak memahami istilah ikan hiasan dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya, maka pembelajaran dengan memberikan contoh-contoh yang banyak perlu bagi memahamkan mereka. Dari analisis, 40% sahaja murid murid dapat memahami istilah ikan hiasan dalam Bahasa Malaysia. Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran perlu diaplikasikan supaya murid-murid cepat menguasai istilah istilah ini yang secara tidak langsung membantunya menguasai subjek Kemahiran Hidup. 2. Nyatakan Objektif Pengajaran Secara Khusus Objektif Pengajaran merupakan tentang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat; Menyebut 5 daripada 8 aksesori bekas akuarium dengan betul. Menyatakan 6 daripada 8 langkah-langkah menyedia dan menghias bekas akuarium dengan betul. Melakukan amali penyediaan bekas ikan hiasan dengan bantuan.

Menggunakan perisian MS PowerPoint untuk memuat data-data berkaitan ikan hiasan dari internet dengan tepat. Menjawab sekurang-kurang tiga soalan di lembaran kerja dengan betul dalam MS Word. 3. Pilih Kaedah, Media dan Bahan. Kaedah yang saya gunakan ialah kaedah sumbangansaran , kuliah dan perbincangan.Dengan ini, murid boleh mengakses maklumat dan mencari jawapan melalui internet dan membuat persembahan atau laporan dalam bentuk persembahan elektronik. Mereka akan berasa seronok belajar disebabkan penggunaan media yang menarik dan beranimasi, sesuai dengan jiwa murid-murid sekolah rendah.
Bahan yang lain yang saya gunakan ialah gambar dan model bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta lebih menyeronokkan lagi.

4.Gunakan alat / bahan pengajaran Saya melihat dahulu bahan-bahan yang terdapat dalam internet menerusi beberapa alamat yang bersesuaian untuk digunakan. Saya akan menyediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan yang diperlukan di dalam bengkel KH itu nanti. Saya memastikan persekitaran tempat belajar yang kondusif dan selesa. Menyediakan soalan-soalan dalam MS Word dan memuat data-data berkaitan ikan hiasan dalam MS PowerPoint. Memastikan sistem rangkaian dan internet berfungsi dengan baik.
5. Libatkan murid Saya memastikan bahawa proses pembelajaran berlaku dan pelajar-pelajar saya perlu melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, projek, dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan juga diberi serta merta selepas pelajar memberi tindak balas yang betul. 6. Nilai dan semak semula bahan dan kaedah Setelah selesai pengajaran, saya akan menilai tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media dan kaedah yang saya gunakan itu secara menyeluruh. Penilaian dibuat untuk menentukan samada objektif pengajaran pada hari it tercapai atau tidak tercapai. Penilaian ini melibatkan aspek seperti pencapaian pelajar, menilai media dan kaedah pengajaran saya. Penilaian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen senarai semak.

You might also like