You are on page 1of 3

Laporan Aktiviti Pemilihan murid adalah secara rawak di mana saya telah memilih 30 orang murid daripada kelas

5 Arif. Semasa aktiviti eksperimen dijalankan didapati bahawa murid menunjukkan minat yang mendalam kerana pengalaman seperti ini sukar di perolehi kerana tidak semua guru sains melakukan eksperimen. Guru juga dilihat jarang masuk ke dalam bilik sains kerana terdapat guru hanya mengajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan jadual untuk masuk ke bilik sains juga bertindih dengan kelas lain memandangkan kelas yang banyak dan bilik sains hanya ada satu sahaja. Semasa menjalankan aktiviti ini murid terpaksa dibimbing untuk melakukan manual kerja kerana murid tidak tahu langkah-langkahnya. Murid juga mengamalkan langkah berhati-hati ketika menjalankan eksperimen kerana aktiviti ini melibatkan cecair yang berasid dan beralkali kerana dikhuatiri ada murid yang alah kepada bahan-bahan tersebut. Alhamdulillah eksperimen itu dapat di jalankan dengan selamat dan lancar walaupun pada awalnya murid-murid kelihatan agak janggal untuk melakukan eksperimen ini dan keliru dengan penggunaan kertas litmus yang diberikan. Sebelum eksperimen dijalankan saya menjalankan proses bersoal jawab untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Murid juga diminta menyediakan jadual untuk mencatatkan hasil pemerhatian mereka. Dengan cara ini kita dapat melihat melihat dan menguji kemahiran berfikir (KBKK) mereka dalam penyediaan jadual untuk merekod. Kekuatan Melalui kaedah mengeksperimen ini saya dapat menguji kedua-dua kemahiran iaitu kemahiran proses sains (KPS/SPS) dan kemahiran berfikir (KBKK) secara serentak. Eksperimen juga merupakan satu aktiviti yang murid-murid berminat untuk melakukan kerana mereka berpeluang melakukan sesuatu yang baru. Kaedah ini juga didapati lebih efisen kerana kita dapat menilai berbagai KPS secara serentak seperti memerhati, berkomunikasi, mengelas, membuat ramalan, hipotesis, rumusan, dan mentafsir data. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat bekerjasama, bertoleransi, bersaing, dan lain-lain kemahiran. Melalui aktiviti penyiasatan ini akan menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis serta celik akal pada murid. Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti ini akan berpuas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri serta

menggalakkan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran. Murid yang berfikiran kreatif juga bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, dapat membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti yang kukuh. Di dalam mengembangkan kemahiran berfikir dan bekerja secara saintifik kepada murid, terdapat beberapa teknik yang harus dilakukan oleh guru untuk menggalakkan perkembangan kreativiti. Sebagai guru, strategi pengajaran yang berpusatkan murid boleh dibuat untuk menggalakkan perkembangan kreativiti murid. Strategi pemusatan pelajar ini bermaksud murid memainkan peranan penting dalam pembelajaran di mana murid bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan bagaimana ia dapat dipelajari. Strategi ini dapat menggalakkan murid

bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Sebagai contoh, melalui eksperimen. Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim yang dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur, bagaimana menganalisis data dan bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti

pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Dalam strategi ini guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar dengan memantau aktiviti yang dijalankan. Kelemahan Kelemahan daripada aktiviti ini adalah di dapati bahawa murid tidak dapat melakukan aktiviti secara sendirinya mengikut manual/langkah kerja. Sebaliknya guru terpaksa untuk membimbing mereka sehingga selesai eksperimen. Hal ini kerana saya

tidak mengajar mereka kerana saya mengajar sains tahun 3 dan 2 sahaja. Murid-murid juga jarang melakukan eksperimen dengan mengikuti langkah kerja/manual kerana guru mereka selalunya melakukan eksperimen dengan membimbing atau kadangkadang terus memberikan keputusan atau jawapan. Guru tidak membuat persediaan awal iaitu guru tidak menguji radas/bahan sama ada boleh digunakan atau tidak.

Langkah Mengatasi Kelemahan Untuk mengatasi kelemahan aktiviti/eksperimen ini guru perlulah membuat persedian awal seperti menguji dahulu radas atau bahan supaya semuanya dalam keadaan selamat dan boleh digunakan. Seterusnya arahan daripada guru haruslah jelas supaya murid dapat mengikuti arahan guru dengan mudah dan jelas. Guru juga harus membenarkan murid-murid menggunakan radas atau bahan dengan bebas supaya mereka dapat melakukan aktiviti dalam suasana yang seronok sambil di pantau oleh guru. Saya juga akan berbincang atau mengusulkan didalam mesyuarat panitia yang akan diadakan supaya semua guru-guru sains kerap menjalankan eksperimen semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana ada murid yang tidak mengenal alat/radas dengan betul. Selain itu guru-guru sains juga perlu melakukan aktiviti eksperimen untuk memberi peluang kepada murid-murid agar murid dapat

mengendalikan bahan dan radas dengan betul.

You might also like