You are on page 1of 15

PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

Pelan Tindakan

Orang Asli

Indigenous

Pedalaman

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pengenalan: Pendidikan melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan. (stakeholders) Kejayaan dinilai berdasarkan kejayaan dinikmati oleh kumpulan sasaran dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan. Masyarakat orang Asli, indigenous, dan pedalaman agak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan negara. Perlu ada pelan tindakan yang harus, telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dalam mengangkat maruah mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan : Orang Asli (OA) Meskipun tergolong dalam golongan minoriti jumlah penduduk kira-kira 141,230 orang OA tidak pernah tercicir atau dinafikan hak dalam arus pembangunan perdana. Sejak RMK-7 tumpuan kepada pembangunan fizikalkeselamatan dan integrasi kaum, semakin mendapt hak istimewa.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

RMK-8 peruntukan daripada kerajaan berjumlah RM 303.5 juta bebanding RM 148.7 juta (RMK-7) Pelan pendidikan dibuat oleh KPM bersama JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Objektif PT = menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan peruntukan di kawasan orang asli. Kumpulan sasar terdiri daripada 4 kumpulan iaitu peringkat prasekolah (5-6 tahun) peringkat rendah (7-12 tahun) peringkat menengah (13-18 tahun) dan peringkat tertiari (pendidikan selepas pendidikan sekolah menengah hingga ke peringkat lebih tinggi).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Tumpuan juga kepada golongan yang tercicir. Belia dan beliawanis, ibu bapa yang tidak pernah bersekolah-supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka diperkenalkan supaya dapat peluang pekerjaan

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Golongan dewasa: ikuti program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli. Latihan kemahiran dan keusahawanan Latihan kesejahteraan keluarga Pembangunan minda Keagamaan dan kerohanian Pendidikan literasi Program celik huruf.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Pelaksanaan akan dijalankan oleh: NGO Juruperunding swasta Para akademik

Untuk melaksanakan PT ini kerjaan memperuntukkan RM 6,171,000.00

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Antara yang telah dilaksanakan:

Skim Bantuan Galakan Pendidikan JHEOA = bantu pelajar OA di peringkat rendah, menengah, IPTA. Antara bantuannya; i. Yuran Persekolahan ii. Kokurikulum iii. Kertas Ujian Bulanan iv. Sukan Tahunan Sekolah v. Kegiatan Pendidikan Islam/Moral vi. MSSM vii. Bantuan Persekolahan viii. Buku tulis, buku kerja dan alat tulis ix. Pakaian seragam sekolah x. Barang keperluan diri (utk murid tinggal di asrama) xi. Tambang pengangkutan ke sekolah xii. Bantuan makan murid sekolah pedalaman (sekolah rendah)
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Ubahsuai pendidikan daripada 3M kepada 6M (Menulis, Mengira, Membaca + Main-pelajaran di luar bd., makanRMT, muzik tarian dan kegiatan kebudayaan) Dengan ini kehadiran dan minat untuk belajar dapat ditingkatkan. Hasilnya; PMR 2006 = Nurul Atikah Kamaruddin berjaya dapat 8A.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Merancang dan Indigenous:

Melaksanakan

Pelan

Tindakan:

Melalui pendemokrasian pendidikan, kemudahan infrastruktur yang sempurna meliputi kemudahan sekolah yang mempunyai asrama dan peralatan lengkap di dalam dan luar bd. Adakan program outreach Pendidkan Khas dan Lawatan Jawatankuasa bertindak Bagi Menangani IsuIsu Pendidikan anak orang asli dan indigenous. Ada pegawai dan pihak yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah, mendaftarkan anak orang asli dan indigenous, memberi ceramah, menggalakkan tabungan dsb.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Merancang dan Pedalaman

Melaksanakan

Pelan

Tindakan

Agihan peruntukan kewangan tanpa bias membolehkan para pelajar lur bandar menikmati peluang dan ruang yang serupa dengan pelajar di bandar. Program Pembacaan Tambahan (2006) sediakan bahan-bahan bacaan tambahan bagi murid di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Tingkatkan program Pendidikan Berasaskan Kepada Kemahiran Hidup, yang memberi kapasiti kepada guruguru utk mengajar kanak-kanak dan warga dewasa mengenai pencegahan HIV, dengan sasaran 100 buah sekolah di Malaysia termasuk sekolah pedalaman. Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2Mtahun 2006) bagi memastikan murid tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas enam bulan mengikuti persekolahan. Jika ada masalah lagi - masuk kelas pemulihan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Semasa Datuk Seri Abdullah menjadi PM dan Menteri Kewangan, beliau telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM 2.6 billion bagi meningkatkan mutu prasarana dan pendidikan di kawasan pedalaman. Bagi pedalaman Sabah dan Sarawak serta Semenanjung PM mahu memastikan supaya sekolah dapat bekalan elektrik 24 jam. Masih ada 300 buah sekolah tiada kemudahan air bersih dan elektrik. PM mahu sekolah-sekolah tersebut akan mendapat bekalan air bersih dan elektrik 24 jam.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Antara strategi yang dirancang dengan menambahbaik Program Pembangunan pendidikan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak ; i. Bilik darjah- 805 sekolah dan 5,138 bilik darjah ii. Asrama 2,800 kapasiti penghuni iii. Rumah guru 414 projek 841 unit iv. Menyediakan bekalan elektrik 24 jam ke 664 sekolah rendah v. Menyediakan bekalan air ke 193 buah sekolah.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

You might also like