You are on page 1of 8

Kumpulan 1 CHENG SHER LING HONG SHEAU FEN LAI CHIEW YEN MUHAMMAD HAFIZ MANSOR

WOODBALL

PENGENALAN WOODBALL
Permainan Woodball berasal dari Taiwan. Dicipta oleh Mr. Ming Hui Weng pada tahun 1990 dan dimainkan di kebunnya Grand Garden, Distric Shih Lin, Kota Taipei. Pada tanggal 11 September 1993 Chinese Taipei Woodball Association didirikan dan terus berkembang ke seluruh dunia. En. Thomas Kok yang memperkenalkan sukan ini di Malaysia pada tahun 1995.

Woodball

cabang permainan yang dimodifikasi daripada golf. Permainan ini mudah dipelajari dan dimainkan oleh sesiapa sahaja. Walaupun ia adalah permainan yang memerlukan halaman yang berumput, ia sesuai dimainkan di mana sahaja termasuk di kawasan terbuka.

Permainan Woodball dimulakan dengan menghayun bola dari kawasan permulaan dan seterusnya bola akan melalui gate sama ada dengan pukulan strok atau berturut-turut mengikut Peraturan Woodball. Pesaing bermain mengikut pusingan yang ditetapkan. Jumlah pukulan paling sedikit adalah pemenang. Permainan ini menggunakan sebatang pemukul diperbuat daripda kayu (mallet). Kepala mallet berlapikkan getah. Pemain menggunakan tukul untuk teeing off. Tidak seperti Golf, woodball adalah lebih besar (3 3/4 inci diameter) dan lebih berat daripada bola golf. Hasilnya, woodball hanya bergolek di atas rumput dan sesuai untuk bermain di halaman atau kawasan kecil.

Ia adalah permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Woodball juga boleh dimainkan dengan kawasan yangtertutup. Keseronokan bermain woodball ialah mengeratkan hubungan antara satu sama lain, kelonggaran, persaingan, bersenam dan bimbingan. Oleh kerana permainan ini tidak memerlukan tempat yang begitu luas, permainan ini boleh dimainkan di mana mana sahaja seperti belakang rumah, taman, pantai. Kaedah menghayun woodball adalah sama seperti golf. Oleh itu, menghayun dengan tukul woodball yang lebih berat daripada tukul golf, akan melatih otot otot bahu dan tangan dengan baik.

Setiap pasukan mengandungi 2 hingga 4 pemain. Dalam perlawanan woodball, matlamatnya adalah untuk menyiapkan 12 gates, atau nombor gates yang ditetapkan. Sama seperti golf, pemain yang dengan pukulan yang paling sedikit memenangi permainan ini. Ia mengambil masa kira-kira 90 minit untuk melengkapkan kesemua gates. Panjang pintu, dari kawasan permulaan kepada get, dalam lingkungan 30 meters (par3) kepada lebih 100 ela (par 5) atau dari 20 meter ke 100 meter. Objektif permainan ialah menghabiskan lapangan permainan yang mengandungi 12 atau24 gate dengan memukul bola kayu dengan mallet. Bagi setiap gate dikira sama ada 3, 4 atau 5 par.

Rujukan
http://uswoodball.com/introduction.htm http://pussenkav.mil.id/web/index.php?optio n=com_content&view=article&id=69:pengena lan-olahraga-woodball-dimapussenkav&catid=1:latest-news&Itemid=55

You might also like