You are on page 1of 7

SEJARAH OLAHARAGA (MALAYSIA) Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.

Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports. Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama. Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya. Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya. Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya. Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturanperaturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf. Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie. Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian. Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne dalam 4 acara iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak dari itu Malaysia tidak pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya pernah memenangi pingat gangsa acara badminton di Barcelona tahun 1992.

SEJARAH OLAHRAGA (ANTARABANGSA) Sejarah awal olahraga dikaitkan dengan Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yang mendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangan sukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yang bermula pada zaman Greek Kuno, dan mencatatkan bahawa lompat jauh dianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya.

Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Bagaimanapun, mereka tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan melontar. Setidak-tidaknya mereka dapat juga mempamerkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk diadili oleh orang ramai. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu. Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan.

PERKEMBANGAN PADA ZAMAN MODEN Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain, yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk

menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukannya yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Kejayaan kolej itu mengadakan temasya sukan olahraga telah mendorong pihak-pihak lain untuk turut sama mengembangkan sukan ini ke merata tempat di England.

Tidak berapa lama selepas itu, muncul kelab olahraga yang pertama di dunia iaitu Kelab The New Guild di England. Penubuhan kelab ini juga turut mendorong kemunculan beberapa kelab olahraga yang lain selepas itu. Kebanyakan sekolah turut menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam olahraga, begitu juga dengan universiti dan kolej. Sasaran menjadikan sekolah, kolej dan universiti sebagai tempat mengembangkan sukan olahraga amat wajar dan dengan segala kemudahan serta pengurusan yang teratur, peluang untuk mengembangkan sukan olahraga amat cerah. Universiti Oxford adalah antara beberapa universiti yang terawal menubuhkan pasukan olahraga, iaitu Exeter College Athletics Club yang ditubuhkan pada tahun 1850. Apa yang menarik kelab itu masih wujud hingga ke hari ini.

Perkembangan sukan di negara-negara Eropah khususnya di England termasuk sukan olahraga pada abad ke-19 memang ketara. Ini menjadikan penduduk di situ mudah mempelajari dan menerima kedatangan sukan olahraga ini. Oleh itu, tidak hairan jika dikatakan bahawa tahun-tahun 1860-an merupakan tempoh perkembangan sukan olahraga yang pesat di England. Sambutan penduduk setempat yang menggalakkan memudahkan lagi perkembangan sukan ini.

Bagi meningkatkan perkembangan sukan olahraga ini, kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula dianjurkan oleh kelab-kelab olahraga di negara tersebut. Sekali lagi sukan olahraga mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada penduduk di situ. Orang ramai sudah mula meminati dan turut menonton kejohanan-kejohanan yang dianjurkan. Selain itu, olahraga turut diperkenalkan ke

Amerika Syarikat dan Kanada. Usaha pengembangan sukan ini di England diteruskan dan pada tahun 1876, negara tersebut berjaya mengadakan kejohanan olahraga pertama yang berbentuk pertandingan peringkat antarabangsa. Kejohanan tersebut melibatkan England dan Ireland.

Kemunculan sukan olahraga di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat negara tersebut. Perjumpaan olahraga turut diadakan dalam masa yang singkat. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, ahli-ahli olahraga Amerika Syarikat yang baru sahaja didedahkan dengan sukan ini mampu menunjukkan prestasi yang membanggakan. Sebilangan besar daripada atlit Amerika Syarikat bukan sahaja berjaya memenangi malah menguasai banyak perjumpaan sukan yang diadakan, termasuk di luar Amerika Syarikat.

Turut membanggakan lagi ialah penguasaan ahli-ahli olahraga Amerika ini amat menonjol sehingga mampu mencipta dan memecahkan rekod yang terdahulu. Bagaimanapun, ketika itu kebanyakan rekod dunia masih belum mendapat pengiktirafan maka rekod-rekod ini tidak dicatat untuk rujukan. Bagaimanapun, daripada senarai pemenang pada kebanyakan perjumpaan olahraga menunjukkan bahawa sebahagian besarnya adalah peserta dari Amerika Syarikat. Perkembangan seterusnya ialah ke negara-negara Eropah yang lain, selain daripada kepulauan Inggeris dan ke beberapa negara dunia yang lain. Kemasukan sukan ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat, malah dalam masa yang singkat sahaja sudah mampu menghasilkan olahragawan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, prestasi dan kebolehan para olahragawan Amerika Syarikat masih belum tergugat. Mereka masih menguasai sebilangan besar perjumpaan olahraga antarabangsa. Hal ini ditambah lagi dengan kemunculan atlet Amerika Syarikat yang berketurunan Negro, menunjukkan prestasi yang

membanggakan dan menakjubkan. Di negara-negara lain juga dturut diadakan kejohanan olahraga yang disertai oleh peserta-peserta luar negara. Malahan menerusi persatuan-persatuan olahraga masing-masing, mereka menjadikan perjumpaan olahraga sebagai perjumpaan tahunan yang meriah. Perjumpaan olahraga seperti Sukan Olimpik telah menjadi medan perjumpaan para olahragawan dari seluruh dunia untuk mengukur kebolehan dan keupayaan para peserta masing-masing dalam bidang olahraga. Sejak diadakan pada zaman kuno

lagi, perjumpaan sukan ini dianggap sebagai perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, dan olahraga dijadikan acara yang utama dalam sukan tersebut.

Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan olahragawan yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Olahragawan dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi mereka, walaupun sukan olahraga telah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul pesertapeserta dari tiga bahagian dunia ini yang mampu menandingi dan memberi saingan, walaupun potensi mereka masih belum mampu menggugat potensi ahli-ahli olahraga dari Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada. Bagaimanapun, kini semakin ramai olahragawan dari ketiga-tiga rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan memenangi beberapa acara sejak kebelakangan ini. Ini menjadikan pertandingan olahraga, khususnya menerusi Sukan Olimpik semakin mencabar dan menarik.

Kebanyakan negara mula menubuhkan persatuan olahraga masing-masing setelah beberapa tahun olahraga diperkenalkan di negara mereka. Persatuanpersatuan ini bertujuan menjadi badan penyelaras kepada setiap aktiviti dan kejohanan yang diadakan serta yang disertai negara berkenaan. Persatuan ini juga bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan dan kemajuan olahraga di negara masing-masing.

Negara kita juga tidak ketinggalan menubuhkan persatuan olahraga sendiri sejak tahun 1926 lagi. Dengan adanya persatuan-persatuan olahraga ini telah memberi kesempatan dan peluang kepada peserta-peserta dari pelbagai negara mengambil bahagian dalam kejohanan dan perjumpaan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan yang bergabung dengan Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) atau anjuran badan dunia itu sendiri.

SUKAN OLIMPIK : PERJUMPAAN SUKAN YANG TERBESAR DI DUNIA Jika ditanya apa perjumpaan sukan yang terbesar di dunia, tanpa ragu-ragu kita sudah dapat memberi jawapannya. Dengan penglibatan lebih daripada 10 000 orang peserta merangkumi seluruh negara di dalam IAAF serta berpuluh-puluh ribu pegawai dan petugas, sememangnya Sukan Olimpik kini merupakan perjumpaan sukan yang terbesar di dunia. Malah sejak pertama kali diadakan hingga kini, Sukan Olimpik berjaya menarik minat dan tumpuan seluruh masyarakat dunia tanpa mengira agama, warna kulit dan perbezaan corak hidup. Inilah keunikan sukan ini.

Sebenarnya Sukan Olimpik bermula sejak zaman Greek Kuno lagi. Namun seperti yang dinyatakan pada awal bab ini, sukan yang diadakan ketika itu amat berlainan dari segi corak dan formatnya. Apabila Sukan Olimpik diadakan buat kali pertama pada tahun 1896 di Greek, ramai yang mengalu-alukannya. Sukan olahraga merupakan acara utama dan wajib dalam sukan ini sehingga terdapat lebih daripada 30 acara yang dimasukkan dalam senarai acara Sukan Olimpik, tetapi olahraga masih menduduki tempat teratas dari segi keutamaannya. Sekiranya sukan itu diadakan tanpa acara olahraga, sudah tentu suasana tidak semeriah yang dapat kita lihat sekarang. Sukan ini diadakan empat tahun sekali, dan diadakan di pelbagai negara dunia mengikut kemampuan dan persetujuan negara berkenaan menjadi penganjur.

Pengaruh Sukan Olimpik terus menular ke merata dunia dengan olahraga terus menjadi acara utama. Kali terakhir sukan ini diadakan ialah pada tahun 1992 di Barcelona, Sepanyol, dengan penyertaan 135 buah negara, termasuk Malaysia. Sukan Olimpik berikutnya akan diadakan pada tahun 1996. Motto atau cogan katanya berbunyi : Citius, Altius, Fortius (Swifter, Higher, Stronger) jelas menunjukkan bahawa sukan olahragalah menjadi tunjang kepada cogan kata ini. Ini ditambah lagi dengan kenyataan yang turut dijadikan cogan kata Sukan Olimpik, iaitu : Perkara yang lebih penting dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian. Ini seolah-olah memberi dorongan kepada negaranegara kecil untuk turut serta dan telah mengakui bahawa kemenangan bukanlah harapan atau cita-cita negara mereka.

MALAYSIA DAN SUKAN OLIMPIK Berbicara tentang Sukan Olimpik, tentu ada antara kita yang tertanya-tanya bila negara kita mula mengambil bahagian dan pernah kita memenangi sebarang pingat sepanjang penyertaan kita. Negara kita mula mengambil bahagian dalam sukan ini pada tahun 1956, iaitu ketika sukan itu diadakan di Melbourne, Australia. Pada penyertaan kali pertama itu kita mengambil bahagian dalam acara hoki, olahraga, renang dan angkat berat. Sejak itu, negara kita tidak pernah gagal mengambil bahagian, kecuali pada tahun 1980 sebagai menyokong pemulauan terhadap pencerobohan penganjur, Rusia ke atas Afghanistan ketika itu. Sepanjang penyertaan negara kita dalam sukan terbesar di dunia itu, cuma satu pingat gangsa yang mampu kita menangi, iaitu menerusi acara badminton pada tahun 1992, yang pertama kali memasukkan badminton sebagai salah satu acara. Dalam acara atau sukan lain, kita masih belum mampu memenangi sebarang pingat. Semangat Olimpik, pengalaman dan persahabatan, serta perasaan ingin turut serta merupakan beberapa faktor penyertaan kita, dan mungkin sebilangan besar negara lain. Sukan olahraga telah berjaya meletakkan Sukan Olimpik ke tahap yang tinggi sehingga mampu menjadi daya tarikan utama peminat dan peserta dunia. Di samping itu Sukan Olimpik juga berperanan melupakan sejenak sebarang masalah dan krisis yang timbul. Secara tidak langsung sukan ini berjaya meyelesaikan sebarang pertikaian antarabangsa.

You might also like