You are on page 1of 2

WebHosting?

Webhosting itu apa?. Bagi mereka yang telah sudah sedia ada gambaran mengenainya, amat mudah untuk saya jelaskan. Tetapi bagi mereka yang agak baru dalam dunia siber, perkara ini amat mengelirukan. Saya akan memberi analogi yang cukup simple supaya anda mudah faham. Katakan kita mahu membina dan memiliki laman web. Kita sebenarnya amat terikat dengan 3 komponen yang akan saya jelaskan di bawah.

1.

Laman

Web

(Rumah@pejabat@premis

perniagaan)

Secara analoginya, kita boleh menganggap bahawa laman web itu seperti rumah atau pejabat kita. Bagaimana rumah dibina?apa peralatan dan bahan yang digunakan?. Sudah semestinya kita memerlukan contohnya simen, kayu dan yang sewaktu dengannya untuk membina rumah kita. Begitu juga dengan laman web, kita memerlukan peralatan pembangunan laman web yang khusus seperti Dreamweaver, Frontpage dan lain-lain. Laman web kita itu boleh berbentuk html, php, asp dan sebagainya. 2. Nama Domain (Alamat rumah)

Nama domain pula bolehlah di anggap sebagai alamat rumah dan amat penting untuk memastikan pelawat dapat menjumpai dan memasukinya atau dengan kata lain mengakses laman web anda itu. Nama domain boleh dibeli dari mana-mana penjual domain atau lebih di kenali sebagai Pendaftar Nama Domain yang terdapat di internet. Harga domain kebiasaannya bermula serendah RM35 setahun hinggalah RM150 setahun. Sekiranya anda tidak mempunyai nama domain, ibaratnya anda membina rumah tanpa alamat.

3.

Webhosting(Tapak

rumah)

Webhosting pula boleh di anggap tapak/tanah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah idaman anda. Oleh sebab itu anda memerlukan webhosting sekiranya mahu memiliki sebuah laman web. Webhosting ini sebenarnya merupakan komputer yang mempunyai sambungan ke internet 24 jam sehari. Komputer ini lebih di kenali sebagai Server yang mana ia berangkaian antara satu sama-sama. Kita hanyalah perlu menyewa ruang komputer atau server ini daripada penyedia webhosting yang ada di internet. Contoh webhosting yang bagus ialah NetKl.com.

Harap anda jelas dengan konsep dan penerangan ringkas berkenaan Webhosting.

Laman Web = Rumah / Pejabat Nama Domain = Alamat Rumah / Pejabat Webhosting = Tapak Rumah / Pejabat

You might also like