You are on page 1of 4

:: RUMAHTANGGA PALSU :: Tiba hari yang ditunggu-tunggu.

Hari masih pagi, embun di hujung rumput baru saja kering namun ramai tetamu telah datang memenuhi ruang tamu untuk meraikan pertemuan dua insan berlainan jenis yang akan disatukan dalam upacara yang sememangnya ditunggu oleh ramai manusia. Hari paling gembira bagi kebanyakan pasangan kekasih yang telah lama merundingkan dan merancang hari seperti ini. Khemah di luar masih belum penuh kerana pagi ini ialah majlis akad nikah. Jamuan sebenar akan bermula jam 12.00 tengahari. Ibu dan ayah ku lihat amat sibuk melayan tetamu dan wajah mereka menunjukkan keceriaan dan kegembiraan. Maklumlah anak gadis tunggal kesayangan mereka akan mengakhiri zaman gadisnya sebentar lagi. Jodohnya pula ialah jejaka yang mereka pilih sendiri. Hati ibu dan ayah mana yang tidak gembira apabila hasrat mereka akan terkabul sebentar sahaja lagi. Jurunikah yang dijemput telah tiba bersama pembantunya. Ramai tetamu mula berbisik-bisik kerana pengantin lelaki belum lagi menampakkan wajah. Aku lihat ayah sibuk menekan butang telefon tangannya. Cari bakal menantunya lah tu, getus hatiku. Lama jugak dia bercakap di telefon kemudian ku lihat wajahnya ceria dengan senyuman terukir dimulutnya. Dia kemudian berjalan menuju ke arah pintu pagar. Aku tahu yang Fauzi telah tiba dan sebentar lagi aku akan diijab kabulkan sebagai isterinya. Akan bermulalah sandiwara kehidupanku dengan Fauzi, sepertimana yang
53

telah dipersetujui dalam perjanjian yang telah ditandatanganinya. Telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Fauzi juga begitu. Perhubungan aku dan Fauzi memang terbatas. Itu adalah syarat yang aku tetapkan sebelum Fauzi melafazkan akad nikah. Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi selain dari waktu itu, tidak boleh wujud kemesraan tersebut. Fauzi benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Fauzi bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu. "Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya akan tetap patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak." Tiba-tiba Fauzi memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan dengan penuh manja seolah-olah aku ini bagaikan seorang puteri raja. Lembut dan halus sungguh kulitmu Hani terpacul kata-kata dari mulut Fauzi. Berderau darahku ketika itu. Aku merentap
54

tanganku dan menjarakkan diriku darinya. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Fauzi semakin tajam memandang ke arah wajahku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Fauzi cuba untuk memperdayakan aku dengan tindakan dan kata-kata manisnya. "Tolong jangan melampau dan kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!!! Awak jangan umpan saya dengan katakata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk mencintai awak! Cinta saya hanyalah untuk Fazli. Awak tahu bukan? Fazli lebih dulu hadir dalam hidup saya tapi awak telah merosakkan segala yang saya cita-citakan dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!" Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani sambil tanganku menepis tangan Fauzi agar menjauhkan diri dariku. Aku sendiri terkejut dengan tindakanku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku sendiri yang sudah mula goyah aku tidak tahu. Aku memalingkan mukaku ke arah lain sambil mengetapngetap bibir menahan marah. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Fazli semakin kuat dan aku merasa kesalahan aku pada Fazli juga berat menyebabkan kekuatan itu tiba-tiba datang. Fauzi hanya diam. Dia nampak terkejut dengan tindakanku sebentar tadi. Jelas tergambar di raut
55

wajahnya yang jauh berbeza berbanding sebentar tadi. Mungkin terkejut dengan kata-kata marahku yang datang secara tiba-tiba ditambah dengan tindakanku menyentap tanganku dari genggamannya. "Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Nurhani. Saya harap kita masih boleh jadi kawan." Perlahan tapi ringkas sahaja kata-kata Fauzi kali ini. Suaranya agak sedih. Aku masih tidak memandang wajah Fauzi. Timbul juga rasa kesal kerana perbuatanku tadi. "Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita solat berjemaah," pelawa Fauzi lembut. Aku memandang wajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu di bilik." Itulah rutinnya setiap kali bila tiba waktu solat. Dia tidak pernah terlupa mempelawa aku untuk solat berjemaah bersamanya. Aku pulak tidak pernah menolak pelawaannya untuk solat bersama. Fauzi berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Fauzi masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku. Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku menghadirkan rasa benci dalam hati Fauzi supaya dia membenci diriku.

Berlaku baiklah terhadap isteri-isterimu. Sesungguhnya aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri. (Al-Hadith)

56

You might also like