You are on page 1of 25

AGENSI SUKAN

Nurul Hidayah Binti Mohd Sawal

PENGENALAN
Agensi-agensi sukan di Malaysia merupakan

organisasi yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan aktiviti sukan negara. Kepentingan sukan kini bukan hanya sebagai aktiviti mengisi masa lapang tetapi sudah menjadi satu agenda negara yang penting dalam pembangunan. Ianya merupakan salah satu elemen penting bagi menghasilkan masyarakat yang sihat dan cergas.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah

diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Sejarah penubuhan Kementerian ini bermula dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat dalam tahun 1953

OBJEKTIF KBS
Objektif utama Kementerian Belia dan Sukan

adalah untuk: Membina satu masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial serta membina satu masyarakat yang sihat dan cergas ke arah perpaduan negara.

FUNGSI KBS
Fungsi Kementerian Belia dan Sukan adalah: Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut-institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan

Majlis Sukan Negara


Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditubuhkan

di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Majlis pelancaran MSN secara rasminya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

PIAGAM MSN:

Memastikan program pembangunan sukan kebangsaan berjaya melalui bantuaN kewangan, guna tenaga, kepakaran dan kemudahan. Memastikan atlet-atlet mendapat kemudahan dan khidmat kepakaran yang terbaik dalam menjalani latihan dan menyertai pertandingan. Memastikan Majlis menjadi sumber rujukan semua pihak dalam aspek sukan berprestasi tinggi. Memberi pengesahan secara terus di atas tempahan penggunaan stadium dan gelanggang. Memberikan khidmat perubatan sukan yang berkualiti kepada atlet-atlet Negara. Membayar setiap tuntutan yang lengkap dari Persatuan Sukan Kebangsaan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan. Memberi layanan yang mesra, cepat dan saksama kepada semua pelanggan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MSN


MSN telah menggariskan beberapa peranan dan

tanggungjawab utamanya dalam memastikan perancangan dan pembangunan sukan negara mencapai hasrat dan visi dan misinya, antaranya adalah: 1. Program Pembangunan Atlet 2. Khidmat Sains dan Perubatan Sukan 3. Pembangunan Kurikulum Dan Kejurulatihan 4. Pengurusan dan Kepegawaian Sukan 5. Kemudahan Sukan 6. Skim Penggalakan dan Anugerah Sukan 7. Bantuan Organisasi dan Khidmat Sokongan kepada Persatuan Sukan

Majlis Olimpik Malaysia (MOM)


telah diasaskan penubuhan dan

pendaftarannya pada Tahun 1953 sebagai sebuah badan bukan kerajaan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Setelah wujudnya Akta Pembangunan Sukan 1997, pendaftaran MOM kini didaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan di bawah pentadbiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

MOM juga diterima baik sebagai ahli

gabungan oleh beberapa badan sukan utama antarabangsa, antaranya seperti: (a) Association of National Olympic Committee (ANOC) (b) Olympic Council of Asia (OCA) (c) Southeast Asian Games Federation (SEAGF) (d) Commonwealth Games Federation (CGF) (e) International Assembly of National Confederation of Sports

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia


MSSM ditubuhkan pada bulan Februari 1958

dengan nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Malaya. (KPM) Pada tahun 1968 ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Ianya yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

OBJEKTIF UTAMA MSSM:


(a) Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti

aktiviti sukan. (b) Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. (c) Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah. (d) Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri. (e) Bekerjasama dengan mana-mana badan sukan lain atau pertubuhan-pertubuhan sukan jika perlu. (f) Memaju dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia. (g) Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan, melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.

Persatuan Badminton Malaysia


merupakan badan induk yang utama kepada

sukan badminton. Persatuan ini merupakan ahli gabungan kepada Konfederasi Badminton Antarabangsa (IBF), Konfederasi Badminton Asia dan juga dari Majlis Olimpik Malaysia. Persatuan ini telah didaftar dengan Pesuruhjaya sukan selari dengan kehendak Akta Pembangunan Sukan 1997

OBJEKTIF PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA (BAM)


(a) Menggalak, mempromosi dan bertanggungjawab kepada

kemajuan sukan badminton di Malaysia. (b) Mengurus dan mengawasi semua kejohanan dan pertandingan yang dianjurkan oleh BAM dan organisasi lain. (c) Memastikan pemantauan dan penguatkuasaan penggunaan kaedah dan undangudang permainan yang telah ditetapkan dalam Peraturan yang dikeluarkan oleh BAM. (d) Sedaya upaya menangani isu-isu yang bersangkutan dengan pertikaian di kalangan anggota gabungan ataupun berhadapan dengan isu-isu semasa.

AGENSI SUKAN ANTARABANGSA


Agensi sukan di peringkat antarabangsa

adalah merupakan badan induk utama yang menyelaraskan semua pentadbiran dan program pembangunan serantau. Agensi antarabangsa ini juga bertanggungjawab terhadap penyelarasan dan keseragaman permainan, undang-undang dan pengiktirafan kejohanan peringkat dunia.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa


Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau

The Federation Internationale de FootballAssociation (FIFA) telah diasaskan penubuhannya pada 21 Mei 1904 di Paris. Idea penubuhan badan antarabangsa ini diilhamkan berdasarkan dari penubuhan Football Association di England sejak tahun 1863. Ketika itu telah banyak kejohanan antarabangsa yang dipertandingkan dirantau yang sama.

Idea tidak direalisasikan hinggalah usaha ini

dimulakan semula oleh Robert Guerin Setiausaha Jabatan Bola Sepak Union Francaise de Sports Athletiques, dengan kesepakatan dari persatuan bola sepak dari pelbagai negara antaranya seperti (a) France - Union des Societes Franaises de Sports Athletiques USFSA (b) Belgium - Union Belge des Societes de Sports UBSSA (c) Denmark - Dansk Boldspil Union DBU (d) Netherlands - Nederlandsche Voetbal Bond NVB (e) Spain - Madrid Football Club

Konfederasi dalam FIFA adalah organisasi payung

kepada persatuan bola sepak nasional dari setiap zon kawasan. Antaranya seperti (a) Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) untuk negara sekitar zon Asia (b) Football Confederation (CONCACAF) bagi negara Utara dan bahagian tengah Amerika dan Caribbean (c) CAF bagi negara-negara Afrika (d) CONMEBOL bagi Amerika Selatan (e) UEFA bagi Negara Eropah (f) OFC bagi negara-negara gabungan Ocenia

Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa


Persekutuan olahraga amatur antarabangsa

atau International Amateur Athletic Federation (IAAF) adalah merupakan badan utama antarabangsa utama yang : mengawal selia aktiviti sukan olahraga di peringkat antarabangsa. IAAF kini diketuai oleh presidennya Lamine Diack, beliau kini mengetuai kesemua 28 Jawatankuasa kerja yang terdapat dalam majlis IAAF.

AHLI PERSEKUTUAN IAAF PERINGKAT NASIONAL


Bagi keahlian gabungan nasional terdiri

daripada Kesatuan Olahraga Kebangsaan dari mana-mana negara yang diiktiraf. Hanya satu keanggotaan bagi sebuah negara dibenarkan dan perlu mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh IAAF. Setakat ini keanggotaan dari pelbagai negara adalah sebanyak 212 dan angka ini meletakkan IAAF sebagai salah satu organisasi sukan yang terbesar di dunia.

JAWATANKUASA IAAF
Terdapat 5 buah jawatankuasa tetap dan ahli dilantik

oleh Kongres IAAF. Kuasa pemberat yang dimiliki membolehkan jawatankuasa ini membantu dan menasihati Majlis IAAF dalam memberikan cadangan dan pandangan ke Kongres. Keahlian yang dibenarkan sehingga 4 tahun. Berikut adalah senarai jawatankuasa yang terlibat: (a) Jawatankuasa Merentas Desa dan Larian Jalan IAAF(Cross Country & Road Running Committee) (b) Jawatankuasa IAAF Masters (c) Jawatankuasa Jalan Kaki IAAF (Race Walking Committee) (d) Jawatankuasa Teknikal IAAF (Technical Committee) (e) Jawatankuasa Wanita IAAF (Women's Committee)

Kejohanan Hoki Olimpik


yang pertama telah dilangsungkan di London pada

tahun 1908 disertai oleh England, Ireland dan Scotland dan ianya hanya bagi kategori lelaki. Selepas kemunculan antarabangsanya yang pertama sukan ini telah digugurkan pada 1908 di Stockholm dan membuat kemunculan semula di Antwerp pada tahun 1920 dan sekali lagi digugurkan di Paris dalam pada 1924. Alasan digugurkan sekali lagi pada 1924 adalah disebabkan hoki ketika itu tidak ada organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelarasan sukan hoki.

ITF
ITF adalah merupakan sebuah badan dunia yang

bertanggungjawab kepada pembangunan dan perkembangan sukan tenis di peringkat antarabangsa. ITF kini dianggotai oleh 203 persatuan tenis di seluruh dunia termasuk Malaysia. ITF di peringkat zon kawasan diwakili oleh enam badan iaitu: (a) Federasi Tennis Asia (b) Confederacion SudAmericana de Tenis (COSAT) (c) Confederation of African Tennis (CAT) (d) Oceania Tennis Federation (OTF) (e) Tennis Europe (f) COTECC

Badan Ragbi Antarabangsa


Badan Ragbi Antarabangsa atau International

Rugby Board (IRB) ini telah diasaskan penubuhannya pada tahun 1886. IRB beribu pejabat di Dublin, sebuah badan dunia yang bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan sukan ragbi di seluruh dunia. Keahlian dalam IRB dianggotai oleh 95 ahli penuh kesatuan ragbi. 20 keahlian bersekutu dan 6 keahlian dari peringkat zon kawasan

Sukan ragbi kini bukan sahaja dimainkan oleh

lelaki malah di negara barat ianya dimainkan juga oleh golongan wanita. Dalam siri kejohanan ragbi di peringkat antarabangsa berikut kejohanan ragbi yang di bawah pengurusan dan pengawasan IRB: (a) IRB Sevens (b) Rugby World Cup Sevens (c) Women's Rugby World Cup (d) IRB U19 World Championship (e) IRB U21 World Championship (f) Super Powers Cup (g) RWC Sevens

You might also like