You are on page 1of 7

Selasa, 17 Julai 2007

Langkah Demi Langkah Belajar Buat Sendiri Bakul Kertas


Langkah Demi Langkah Belajar Buat Sendiri Bakul Kertas Projek Bakul Kertas adalah salah satu kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Kepada anda yang berminat untuk mempelajarinya marilah sama-sama mengikuti cara membuatnya melalui Langkah Demi Langkah Membuat Bakul bersama pakar kraf bakul kertas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat iaitu Norazlina Binti Esa dan Mohd Fahminuddin Bin Mohd Pauzi.

Langkah 1: Sediakan bahan dan alat: -Buku / Majalah lama -Gunting -Gam -Lidi -Mounting board -Syelek -Berus

Langkah 2:

Gunting mounting board berbentuk bulat mengikut saiz yang anda inginkan.

Langkah 3: Gunting kertas dari majalah atau buku lama dengan lebar 3cm.

Kepingan kertas yang siap digunting

Langkah4: Gulung kepingan kertas bermula dari hujung lidi.

Bentuk lidi kertas yang siap

Langkah 5: Silangkan lidi kertas (sapu gam untuk mudahkan anyaman seterusnya).

Bilangan lidi adalah bergantung kepada anda.Semakin banyak lidi yang anda gunakan, anyaman semakin rapat dan cantik.

Langkah 6: Letak kepingan mounting board sebagai tapak

Pandangan bahagian bawah bakul kertas dengan binaan 3 batang lidi kertas.

Langkah 7: Anyaman peringkat awal/pangkal bakul

Langkah 8: Peringkat akhir anyaman bakul kertas

Bakul kertas yang sudah siap

Langkah 9: Bakul kertas yang telah siap disapu syelek supaya kelihatan lebih menarik dan tahan lebih lama.

Bakul yang telah siap boleh dipelbagai gunakan

You might also like