You are on page 1of 17

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA

PERLEMBAGAAN BAGI PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA (PKBM)

FASAL 1. NAMA Badan Sukan ini dikenali dengan nama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (Malaysian National Cycling Federation) atau ringkasnya disebut sebagai PKBM (MNCF) di dalam Perlembagaan ini.

FASAL 2.

ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat Berdaftar Alamat berdaftar Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ialah di No.3-24, Jalan PM9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka. 2.2 Alamat Urusan Alamat urusan Persekutuan ialah di No.3-24, Jalan PM9, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

2.3 Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Persekutuan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

FASAL 3. DEFINISI 3.1 Persatuan bermakna Persatuan Berbasikal Negeri yang menjadi ahli gabungan kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. 3.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan oleh Persekutuan ini pada tiap- tiap tahun seperti yang disebutkan dalam FASAL 12.2 perlembagaan ini. 3.3 JAWATANKUASA INDUK bermakna Jawatankuasa Induk bagi Persekutuan seperti yang disebutkan dalam FASAL 15 Perlembagaan ini. 3.4 JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut FASAL 17. 3.5 PEJABAT bermakna alamat berdaftar Persekutuan seperti yang ditetapkan dalam FASAL 2 Perlembagaan ini. 2

3.6 AHLI PERSEKUTUAN bermakna ahli yang disebutkan dalam FASAL 6 Perlembagaan ini. 3.7 PERSEKUTUAN bermakna Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan aktiviti berbasikal meliputi Basikal Lebuhraya dan Trek, Basikal Bukit (MTB), Basikal BMX, Basikal Dalam Dewan/Gelanggang dan Para-Cycling bagi kegunaan Orang Kurang Upaya (OKU). 3.8 PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.

FASAL 4. OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1 Untuk menjadi badan pengelola menggalakkan dan membangunkan sukan berbasikal di peringkat Kebangsaan. 4.2 Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawal-seliaan Antarabangsa bagi sukan berbasikal dan menjadi ahli gabungan peringkat Asean, Asia dan Dunia serta MOM. 4.3 Untuk menganjurkan atau mengelola kejohanan atau pertandingan sukan berbasikal di semua peringkat dan acara. 4.4 Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili Negara dalam sukan berbasikal adalah terbuka dan adil. 4.5 Untuk mewakili Negara Malaysia dalam mana-mana pertandingan sukan berbasikal. 4.6 Untuk memastikan akaun ter-audit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan Persekutuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan beserta dengan apa- apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan. 4.7 Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah- kaedah Persekutuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli. 4.8 Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persekutuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang- undang Negara. 4.9 Semua wang keuntungan yang didapati oleh Persekutuan daripada penyertaannya dalam mana- mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persekutuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua- duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Persekutuan ini. Persekutuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan dalam Tabung Kewangan Persekutuan. 3

4.10 Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal- usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pendangan lain yang dipegang oleh anggota.

FASAL 5.

LOGO/ LAMBANG Logo/ Lambang Persekutuan ini adalah satu bulatan berwarna biru. Di dalam bulatan itu terdapat sebuah bulatan merah dan di dalam bulatan merah tersebut terdapat gambar sebuah perisai. Di dalam perisai itu terdapat bendera dan roda bulat dan perkataan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. Perkataan Malaysian National Cycling Federation ditulis di dalam bulatan berwarna biru. Bentuk logo adalah sebuah perisai mempunyai erti kemenangan. Roda bulat yang terdapat di bahagian bawah perisai itu menandakan sukan berbasikal. Bendera melambangkan negara kita Malaysia. Perkataan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia yang melengkongi perisai dengan sendirinya membawa erti nama Persekutuan ini.

FASAL 6.

KEAHLIAN Keahlian Persekutuan ini terbuka kepada Persatuan-Persatuan Berbasikal di Malaysia dan terbahagi kepada tiga (3) kategori seperti berikut:6.1 AHLI GABUNGAN 6.1.1 Terdiri daripada Persatuan Berbasikal peringkat negeri di Malaysia yang sah berdaftar dan boleh mengundi dan diundi. 6.1.2 Terdiri daripada Persatuan atau Kelab Berbasikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan boleh mengundi dan diundi. 6.1.3 Terdiri daripada Persatuan Berbasikal OKU Malaysia yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan dan boleh mengundi dan diundi. 6.1.4 Terdiri daripada Persatuan Basikal Dalam Dewan/ Gelanggang yang sah berdaftar dan boleh mengundi dan diundi. 6.2 AHLI BERSEKUTU 6.2.1 Terdiri daripada Pasukan Benua (Pasukan Kontinental) yang sah berdaftar dengan badan yang diakui iaitu Badan Berbasikal Dunia (UCI) dan tidak boleh mengundi dan diundi. 6.2.2 Terdiri daripada Majlis Sukan Universiti (MASUM) dan tidak boleh mengundi dan diundi.

6.3 AHLI KEHORMAT Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persekutuan atau individu-individu yang boleh memberikan sumbangan kepada Persekutuan dan kuotanya bagi satu-satu masa tidak melebihi sepuluh (10) indiividu yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persekutuan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

FASAL 7.

YURAN KEAHLIAN 7.1 Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persekutuan seperti berikut:Bil Jenis Ahli 1. 2. 3. Ahli Gabungan Ahli Bersekutu Yuran Kontinental Yuran Pendaftaran RM200 RM500 RM200 Yuran Tahunan RM100 RM200 RM2,000

7.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1hb Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi. 7.3 Sekiranya yuran tahunan tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) tahun tanpa alasan yang munasabah, Jawatankuasa Induk Persekutuan berhak mencadangkan kepada Mesyuarat Agung supaya keahlian Ahli Gabungan/Bersekutu tersebut dibatalkan selepasa surat tunjuk sebab dikeluarkan melalui surat berdaftar. 7.4 Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, ianya adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran dan yuran tahunan. Permohonan ini tertakhluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

FASAL 8.

PERMOHANAN MENJADI AHLI Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa Induk boleh meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberikan alasan. Permohonan besertakan sijil pendaftaran, senarai jawatankuasa semasa dan laporan kewangan bagi persatuan atau kelab.

FASAL 9.

KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI 9.1 Tiap-tiap ahli Persekutuan dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh Persekutuan ini. 9.2 Setiap ahli Persekutuan berhak menerima dengan percuma satu salinan Perlembagaan Persekutuan sekali sahaja semasa pendaftaran. 5

FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG 10.1 AHLI GABUNGAN Semua Ahli Gabungan yang membayar yuran tahunan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan adalah berhak untuk menghantar tiga (3) orang wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan/ Mesyuarat Agung Khas dan juga boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut. 10.2 Nama-nama wakil Ahli Gabungan yang dipilih bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha sekurangkurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

FASAL 11.

PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 11.1 Mana-mana ahli Persekutuan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Persekutuan adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Persekutuan. 11.2 Setiap ahli Persekutuan yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sebelum dikenakan tindakan sedemikian ahli itu hendaklah diberikan surat tunjuk sebab dan diberi peluang untuk membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa samada untuk menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan yang lain berhubung dengan rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.

FASAL 12.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 12.1 Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang tertinggi dan menyeluruh bagi Persekutuan ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya. 12.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 30hb September tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk, sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari notis hendaklah diberikan secara bertulis oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli Persekutuan. Notis itu hendaklah disertakan dengan agenda mesyuarat bersama-sama dengan salinan dokumen yang dinyatakan dalam agenda tersebut. 12.3 Korum Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah terdiri dari tidak kurang dari satu pertiga (1/3) daripada Ahli Gabungan yang layak mengundi. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh empat puluh lima (45) hari. Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat itu, maka ahli6

ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak berkuasa untuk meminda perlembagaan. 12.4 Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli dan Pesuruhjaya Sukan salinan Penyata Tahunan Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesai mesyuarat itu.

FASAL 13.

TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 13.1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN Mesyuarat Agung Tahunan mestilah mengandungi antara lain agenda-agenda berikut:i. Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas; ii. Membentangkan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan Persekutuan dalam sepanjang tahun yang lalu:; iii. Membentangkan Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; iv. Menguruskan hal-hal lain yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan; v. Memilih Jawatankuasa Induk yang baru mengikut FASAL 15.1 Perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut FASAL 21.1 Perlembagaan ini setiap tiga (3) tahun sekali.

FASAL 14.

MESYUARAT AGUNG KHAS 14.1 Mesyuarat Agung Khas bagi Persekutuan ini boleh diadakan:i. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk atau dengan kehendak Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja ii. Atas permintaan bertulis tidak kurang setengah (1/2) dari ahli gabungan yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan sebab-sebabnya 14.2 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permohonan. 14.3 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat. 14.4 Korum Mesyuarat Agung boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan Ahli Gabungan tujuan yang sama tidak boleh diadakan. 7

FASAL 15.

JAWATANKUASA INDUK

15.1 Jawatankuasa Induk Persekutuan hendaklah terdiri daripada:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Seorang (1) Presiden; Seorang (1) Timbalan Presiden; Lima (5) orang Naib Presiden Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari Seorang (1) wakil setiap ahli gabungan Dan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan tiga (3) Ahli Majlis yang dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Induk dan tidak berhak mengundi dan diundi.

15.1.1 Jawatankuasa Kerja hendaklah terdiri daripada:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Presiden Timbalan Presiden Lima (5) orang Naib Presiden Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari

Dan hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun dan korumnya setengah (1/2) daripada ahli yang ada. Keputusan Jawatankuasa Kerja akan diperakui di Mesyuarat Jawatankuasa Induk. Tempoh pemegangan Jawatankuasa Induk,Jawatankuasa Kerja,Juruaudit atau jawatan yang difikirkan perlu dan jawatan yang dilantik seperti Setiausaha,Bendahari serta Penolong yang dipegang atau dipilih untuk tempoh tiga (3) tahun melalui Mesyuarat Agung manamana yang berkenaan. Walaubagaimanapun, jawatan yang dilantik oleh Presiden boleh ditamatkan tempoh mengikut budi bicara Presiden dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk. 15.2 Setiausaha,Penolong Setiausaha,Bendahari dan Penolong Bendahari adalah dilantik dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk selepas Mesyuarat Agung Tahunan. 15.3 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:i. ii. iii. Berumur lapan belas (18) tahun ke atas; Bukan seorang yang muflis; Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan 8

iv. v. vi.

dalam tempoh (5) tahun yang lalu; Tidak pernah dipenjarakan lebih daripada dua (2) tahun atas kesalahan jenayah yang lalu dan; Waras pemikiran; Calon Jawatankuasa Induk hendaklah telah menjadi ahli kepada Persatuan Berbasikal Negeri sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan sebelum Mesyuarat Agung Pemilihan dibuat.

15.4 Pemilihan Jawatankuasa Induk hendaklah dibuat melalui pencalonan daripada ahli-ahli yang menjadi ahli persatuan gabungan dan telah menjadi ahli sekurangkurangnya dua belas (12) bulan. Borang pencalonan hendaklah dicalonkan oleh ahli gabungan dan disokong ahli gabungan yang lain serta dipersetujui oleh pihak yang dicalon.

FASAL 16.

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK 16.1 Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa di kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Induk; 16.2 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas 16.3 Mengurus dan mentadbir Persekutuan dan menjalankan program-program Persekutuan; 16.4 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan; 16.5 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk dibahas di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas; 16.6 Menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa Tatatertib bagi ahli-ahli Persekutuan; 16.7 Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan pengurusan yang bergaji. 16.8 Menimbang permohonan menjadi Ahli Persekutuan.

FASAL 17.

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA 17.1 Jawatankuasa Kewangan 17.2 Jawatankuasa Pembangunan 17.21 Jawatankuasa Lebuhraya 17.22 Jawatankuasa Trek 17.23 Jawatankuasa Mountainbike 9

17.24 Jawatankuasa BMX 17.25 Jawatankuasa Cycling For All 17.26 Jawatankuasa Para Cycling 17.3 Jawatankuasa Teknikal 17.4 Jawatankuasa Pemilihan 17.5 Jawatankuasa Pertandingan 17.6 Jawatankuasa Tatatertib 17.7 Jawatankuasa Kawalan Dadah (Anti-Doping), Jawatankuasa Pindaan dan tugastugas khas 17.8 Jawatankuasa Wanita

FASAL 18.

TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK 18.1 PRESIDEN Presiden dalam masa jawatannya hendaklah melaksanakan tanggungjawab mentadbir dan menguruskan persekutuan serta menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya. 18.2 TIMBALAN PRESIDEN Timbalan Presiden hendaklah membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Persekutuan. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden. 18.3 NAIB PRESIDEN Naib Presiden hendaklah membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam menguruskan pentadbiran Persekutuan. Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden yang terkanan sekali hendaklah memangku jawatan tersebut. 18.4 SETIAUSAHA Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran Persekutuan mengikut Perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai suratmenyurat, menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat. Mesyuarat Agung menghantar penyatapenyata tahunan serta dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. 18.5 PENOLONG SETIAUSAHA Membantu tugas-tugas Setiausaha. 10

18.6 BENDAHARI Bendahari hendaklah melaksanakan kerja-kerja seperti berikut:i. ii. iii. iv. Membuat kutipan yuran ahli Menyimpan kira-kira kewangan Persekutuan Menyimpan buku-buku cek dan dokumen dengan selamat Menyediakan Penyata Kewangan kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja dan penyediaan penyata- penyata yang berkaitan dengan kewangan Menjaga dan menyimpan semua harta- harta ahli dan harta taaligh Persekutuan.

v.

18.7 PENOLONG BENDAHARI Membantu tugas-tugas Bendahari.

18.8 AHLI JAWATANKUASA Ahli Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah FASAL 17 dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Presiden. 18.8.1 Tugas Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa i. Jawatankuasa Kewangan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan Persekutuan seperti tajaan,bantuan dari kerajaan,derma atau cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang Persekutuan dan undang-undang negara. ii. Jawatankuasa Pembangunan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk menganjurkan program-program pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih. iii. Jawatankuasa Teknikal Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah melibatkan hal ehwal kepegawaian teknikal sukan ini.

11

iv. Jawatankuasa Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah memilih atlit-atlit untuk diperakui kepada Jawatankuasa Induk bagi mewakili negara dalam sukan berbasikal dalam pertandingan-pertandingan. v. Jawatankuasa Pertandingan Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan. vi. Jawatankuasa Tatatertib Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes berhubung salah laku ahli dan menjatuhkan hukuman terhadap ahli berkenaan. vii. Jawatankuasa Kawalan Dadah (Anti-Doping) DAN Tugastugas Khas Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini adalah untuk memantau dan memastikan bahawa semua ahli sukan atau atlit mematuhi peraturan berkaitan anti-doping samada di peringkat antarabangsa atau tempatan. Jawatankuasa ini juga menggunakan standard yang sama yang diamalkan oleh World Anti Doping Agency (WADA) dan Institut Sukan Negara- Anti Doping Agency of Malaysia (ADAMAS) atau mana-mana badan yang diiktiraf oleh WADA dan pihak berkuasa Malaysia. viii. Jawatankuasa Wanita Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas Jawatankuasa ini adalah berhubung dengan pembangunan sukan untuk wanita.

FASAL 19.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK / JAWATANKUASA KERJA 19.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa empat (4) bulan manakala Mesyuarat Jawatankuasa Kerja hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa empat (4) bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang Ahli Jawatankuasa Induk bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa. 12

19.2 Sekurang-kurangnya setengah (1/2) atau tujuh (7) mana yang kurang daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat

FASAL 20.

KEWANGAN 20.1 Kewangan Persekutuan boleh diperolehi melalui:i. Yuran tahunan dan penalti kemasukan semula; ii. Derma dan tajaan; iii. Bantuan daripada kerajaan atau badan-badan berkanun; iv. Hasil-hasil perniagaan Persekutuan dan; v. Sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara. 20.2 Pendapatan Persekutuan yang diperolehi hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Persekutuan dan ahli-ahlinya seperti yang disebut dalam Perlembagaan ini. 20.3 Semua cek Persekutuan hendaklah ditandatangani oleh Presiden, Timbalan Presiden dan Bendahari. 20.4 Perbelanjaan yang lebih daripada RM30,000 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk. 20.5 Perbelanjaan kurang daripada RM30,000 bagi sesuatu masa boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk. 20.6 Bendahari boleh menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM3,000 dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu hendaklah dimasukkan ke dalam akaun Persekutuan. 20.7 Penyata dari hal wang diterima dan dibelanjakan beserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut Perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung yang berikutnya dan salinan-salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli-ahli Persekutuan. 20.8 Tahun kewangan Persekutuan ini ialah dari 1hb Januari hingga 31hb Disember pada tiap-tiap tahun.

FASAL 21.

JURUAUDIT 21.1 Orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun dan boleh dilantik semula. Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap

13

penyata kewangan Persekutuan dan membuat laporan dan pengesahan penyatapenyata yang berkaitan dengan kewangan. 21.2 Mesyuarat Agung boleh juga melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja- kerja auditan Persekutuan sekiranya perlu.

FASAL 22.

EKSPLOITASI,PENDERAAN,DISKRIMINASI DAN GANGGUAN SEKSUAL Persatuan dan ahli persatuan ini termasuk individu,pegawai.pemegang jawatan,jurulatih dan atlet, bertanggungjawab menjamin dan mengamal pentadbiran yang adil dan saksama ke atas jantina atau bangsa,tiada eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak serta kawalan terhadap sebarang bentuk gangguan termasuk gangguan fizikal,emosi dan seksual.

FASAL 23.

INSURANS DAN PERUBATAN Ahli persatuan atau atlit yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan, pertandingan samada di dalam atau di luar negara hendaklah dilindungi oleh insurans yang dibiayai dan diuruskan oleh persatuan.

FASAL 24.

TAFSIRAN UNDANG-UNDANG Jawatankuasa boleh memberi tafsiran terhadap perkara- perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini sekiranya perlu dan tertakhluk kepada undang-undang Malaysia.

FASAL 25.

PERTIKAIAN DALAMAN Adalah menjadi tugas Jawatankuasa Tatatertib dengan kerjasama Jawatankuasa Induk Persekutuan untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan anggotanya, mengikut prosedur dalaman ditetapkan dalam peraturan-peraturannya. Jika berlaku pertikaian boleh dibawa sehingga ke peringkat timbang-tara badan pengelola untuk penyelesaian.

FASAL 26.

PENAUNG/ PENASIHAT 26.1 Jawatankuasa Induk Persekutuan boleh juga melantik orang-orang yang layak menjadi Penaung atau Penasihat bagi Persekutuan ini, sekiranya perlu. 26.2 Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran persekutuan dan juga tidak boleh membuat undian dalam sebarang keputusan serta tidak boleh membuat undian melantik Ahli Jawatankuasa Induk dan tidak boleh diundi atau mengundi.

14

FASAL 27.

PINDAAN PERLEMBAGAAN 27.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan persetujuan tiga per empat (3/4) jumlah wakil ahli dan ahli majlis yang berhak mengundi di Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Agung Tergempar. Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai dari tarikh perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. 27.2 Permohonan untuk membuat perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan hendalah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang memutuskan perihal perubahan atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

FASAL 28.

LARANGAN 28.1 Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Undangundang Malaysia adalah dilarang dilakukan dalam mana-mana premis Persekutuan. 28.2 Persekutuan tidak boleh terlibat dalam mana-mana kegiatan politik atau parti politik atau bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa jua parti politik dan menggunakan nama Persekutuan dalam apa jua isu-isu politik.

FASAL 29.

PEMBUBARAN 29.1 Persekutuan ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung yang khusus untuk tujuan ini dan dengan keputusan oleh tiga per empat (3/4) daripada ahli Persekutuan. 29.2 Sekiranya Persekutuan ini hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persekutuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah diserahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia. 29.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu.

FASAL 30.

PERKARA AM 30.1 Semua pelumba, pegawai, jurulatih atau ahli-ahli Jawatankuasa dari manamana Ahli Gabungan tidak dibenarkan membuat komen di media massa berkenaan Persekutuan mengenai polisi kecuali aktiviti Persatuan sendiri. Permakluman dan komen hanya boleh dibuat oleh Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha. 15

30.2 Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha hendaklah mewakili Persekutuan menghadiri mana-mana mesyuarat atau perjumpaan di mana Persekutuan diminta hadir. Jika ketiganya tidak dapat hadir, Ahli Jawatankuasa Induk yang terkanan sekali akan diminta hadir. 30.3 Ahli Gabungan tidak boleh mengambil atau menerima ahli, pelumba atau pegawai dari Ahli Gabungan lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis dari Ahli Gabungan berkenaan dengan bayaran yang dipersetujui bersama sebagai ganti rugi. Sekiranya Ahli Gabungan tersebut ingkar maka ia perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. 30.4 Semua ahli, ahli jawatankuasa, pegawai, pelumba, jurulatih dan sesiapa yang terlibat dengan sukan berbasikal samada di peringkat Persekutuan atau Ahli Gabungan hendaklah memiliki lesen tahunan yang dikeluarkan oleh Persekutuan. Lesen hanya dikeluarkan oleh Persekutuan melalui sokongan Ahli Gabungan. Persekutuan juga berhak mengeluarkan lesen apabila berpendapat permohonan tersebut munasabah dan perlu kepada perseorangan. 30.5 Persekutuan boleh mengeluarkan lesen kepada orang asing yang bermastautin sementara di Malaysia setelah mendapat sokongan daripada Jawatankuasa Teknikal dan persetujuan Jawatankuasa Induk. 30.6 Persekutuan juga boleh mengeluarkan lesen atas persetujuan Jawatankuasa Induk kepada mana-mana individu yang mempunyai tugas-tugas khas untuk masa yang terhad perlantikkan itu. 30.7 Semua Ahli Gabungan dikehendaki menghantar kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia satu set Penyata Mesyuarat meliputi Minit Mesyuarat Agung, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung dalam tempoh enam puluh (60) hari dan jika gagal berbuat demikian, pihak Ahli Gabungan tersebut tidak dibenarkan mengambil bahagian ataupun dicalonkan dalam apa-apa jawatan. 30.8 Semua pertikaian yang melibatkan Persekutuan dengan Ahli Gabungan, pegawai, jurulatih dan pelumba perlu diselesaikan melalui Persekutuan atau Majlis Olimpik Malaysia sebelum dirujuk kepada Panel Penasihat Sukan atau Pesuruhjaya Sukan.

Disahkan benar oleh:

Disahkan benar oleh:

TN HJ ABU SAMAH B. HJ ABD WAHAB PRESIDEN Tarikh:

TN HJ IBRAHIM B. MUSTAPA SETIAUSAHA KEHORMAT Tarikh: 16

PERLEMBAGAN PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA

FASAL 5. LOGO /LAMBANG Logo/lambang Persekutuan ini adalah satu bulatan berwarna biru. Di dalam bulatan itu terdapat sebuah bulatan merah dan di dalam bulatan merah tersebut terdapat gambar sebuah perisai. Di dalam perisai itu terdapat bendera dan roda bulat dan perkataan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia. Perkataan Malaysian National Cycling Federation ditulis di dalam bulatan berwarna biru. Bentuk logo adalah sebuah perisai mempunyai erti kemenangan. Roda bulat yang terdapat dibahagian bawah perisai itu menandakan sukan berbasikal. Bendera melambangkan negara kita Malaysia. Perkataan PERSEKUTUAN KEBANGSAAN BERBASIKAL MALAYSIA yang melengkongi perisai dengan sendirinya membawa erti nama Persekutuan ini.

Disahkan benar oleh:

Disahkan benar oleh:

TN HJ ABU SAMAH B. HJ ABD WAHAB PRESIDEN Tarikh:

TN HJ IBRAHIM B. MUSTAPA SETIAUSAHA KEHORMAT Tarikh:

17

You might also like

  • 诗歌
    诗歌
    Document3 pages
    诗歌
    May Teh
    No ratings yet
  • Isi Kandungan Laporan Aktiviti PSS Tahunan 2019
    Isi Kandungan Laporan Aktiviti PSS Tahunan 2019
    Document1 page
    Isi Kandungan Laporan Aktiviti PSS Tahunan 2019
    May Teh
    No ratings yet
  • Poster Convid 19
    Poster Convid 19
    Document12 pages
    Poster Convid 19
    Wan Yin
    No ratings yet
  • S
    S
    Document1 page
    S
    May Teh
    No ratings yet
  • N
    N
    Document1 page
    N
    May Teh
    No ratings yet
  • P
    P
    Document1 page
    P
    May Teh
    No ratings yet
  • J
    J
    Document1 page
    J
    May Teh
    No ratings yet
  • H
    H
    Document1 page
    H
    May Teh
    No ratings yet
  • K
    K
    Document1 page
    K
    May Teh
    No ratings yet
  • J
    J
    Document1 page
    J
    May Teh
    No ratings yet
  • S
    S
    Document1 page
    S
    May Teh
    No ratings yet
  • H
    H
    Document1 page
    H
    May Teh
    No ratings yet
  • PanduanPekSumber Central
    PanduanPekSumber Central
    Document6 pages
    PanduanPekSumber Central
    May Teh
    No ratings yet
  • H
    H
    Document1 page
    H
    May Teh
    No ratings yet
  • H
    H
    Document1 page
    H
    May Teh
    No ratings yet
  • P
    P
    Document1 page
    P
    May Teh
    No ratings yet
  • K
    K
    Document1 page
    K
    May Teh
    No ratings yet
  • H
    H
    Document1 page
    H
    May Teh
    No ratings yet
  • K
    K
    Document1 page
    K
    May Teh
    No ratings yet
  • PSK 3104
    PSK 3104
    Document1 page
    PSK 3104
    May Teh
    No ratings yet
  • K
    K
    Document1 page
    K
    May Teh
    No ratings yet
  • H
    H
    Document1 page
    H
    May Teh
    No ratings yet
  • B
    B
    Document1 page
    B
    May Teh
    No ratings yet
  • Basi Kal
    Basi Kal
    Document17 pages
    Basi Kal
    May Teh
    No ratings yet
  • Tajuk 9 Pengurusan Mesyuarat
    Tajuk 9 Pengurusan Mesyuarat
    Document29 pages
    Tajuk 9 Pengurusan Mesyuarat
    May Teh
    No ratings yet
  • Isu Dalam Sukan
    Isu Dalam Sukan
    Document8 pages
    Isu Dalam Sukan
    May Teh
    No ratings yet
  • Edu 3106: Etnik Bajau
    Edu 3106: Etnik Bajau
    Document29 pages
    Edu 3106: Etnik Bajau
    Ariffin Sahran
    No ratings yet
  • Basi Kal
    Basi Kal
    Document17 pages
    Basi Kal
    May Teh
    No ratings yet
  • Basi Kal
    Basi Kal
    Document17 pages
    Basi Kal
    May Teh
    No ratings yet