You are on page 1of 2

GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN GEOMETRIK SISTEM JARINGAN JALAN RAYA Latarbelakang Garis panduan dan piawaian rangkaian

jalan raya merupakan satu kawalan yang ditetapkan bagi setiap pembinaan jalan dengan tujuan untuk mengawal lalu lintas di sesebuah kawasan. Ia juga merupakan satu keperluan dan digunakan dalam pelaksanaan program kerja bagi Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya.Dengan adanya garis panduan dan piawaian yang dihasilkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ini, diharap mampu berperanan sebagai landasan ke arah pembangunan yang lebih terancang dan seiring antara perancangan lalu lintas / pengangkutan dan perancangan guna tanah. Hierarki Jaringan Jalan Raya Konsep ini lebih menumpukan kepada bentuk jalan raya dari pusat tumpuan utama sehinggalah ke pusat tumpuan kecil. Hierarki jaringan jalan raya ini disediakan adalah seperti berikut:

Bagi mengatasi permasalahan ketidakseimbangan yang nyata dalam pembangunan sosio ekonomi antara pusat wilayah dengan pusat sub-wilayah sesebuah negeri, rangkaian jalan raya yang baik akan disediakan di kawasan berkenaan dengan tujuan untuk menghubungkan kedua-dua kawasan agar pembangunan akan menjadi lebih seiring. Menyediakan rangkaian jalan raya yang menghubungkan pelabuhan, lapangan terbang, pusat tumpuan pelancong, kawasan perindustrian, pusat pertumbuhan bandar baru dan kawasan bandar sedia ada.

Garis Panduan Umum

Jaringan Jalan Raya di Bandar Pengurusan jaringan jalan raya di kawasan bandar berdasarkan kepada fungsi yang telah ditetapkan seperti berikut: Bagi bangunan yang mempunyai aktiviti yang dijalankan di hadapan bangunan, perlu disediakan ruang untuk cadangan pelebaran jalan raya di masa hadapan. Jalan yang terletak di kawasan yang mempunyai kepelbagaian aktiviti dan menyebabkan kesesakan lalu lintas akan dihadkan penggunaannya. Mewujudkan laluan sehala untuk meningkatkan kapasiti jalan. Reka bentuk jalan persilangan tidak digalakkan dibina dengan tujuan untuk mengurangkan risiko berlakunya kemalangan. Kesesakan trafik di sesebuah jalan raya boleh dikurangkan dengan mengarahkan kenderaan agar menggunakan jalan yang kurang sesak.

Hierarki Rangkaian Jalan Perbandaran Rangkaian utama jalan perbandaran boleh diterangkan berdasarkan kepada lima peringkat kategori hierarki jalan seperti berikut: Jalan Utama (Primary Distributor Roads) Jalan Daerah (District Distributor Roads) Jalan Tempatan (Local Distributor Roads) Jalan Masuk (Access Roads) Lorong Pejalan Kaki (Pedestrian Streets)

Pembangunan Persekitaran Lebuh Raya Pembangunan persekitaran lebuh raya boleh memberi kesan jangka pendek dan kepada lebuh raya, kesan ini boleh diminimumkan dengan mengambil kira perkara seperti di bawah: Struktur dan susunan jajaran jalan harus dikaji dengan teliti di dalam menjalankan kajian fisibiliti dan kejuruteraan. Ini adalah untuk mengurangkan kesan kepada alam persekitaran (Environmental Impact Assessment (EIA)). Kaedah pembinaan yang bersesuaian harus digunakan untuk meminimumkan kesan kepada persekitaran. Tindakan yang segera seharusnya diambil selepas lebuh raya disiapkan untuk melindungi tanah yang tidak ditutup dengan pokok, menutup lereng dan cerun dengan rumput dan lain-lain kaedah untuk melindungi. Pembangunan bagi tanah yang bersempadan dengan lebuh raya harus bersesuaian. Peraturan mengenai takat bunyi bising dan pencemaran asap harus dikuatkuasakan dengan efektif.

Pembangunan Persekitaran Lebuh Raya Keperluan asas dalam mengenal pasti laluan khas motosikal adalah berdasarkan kepada jumlah kapasiti bagi sesebuah jalan. Apabila jumlahnya telah melebihi 20% dari jumlah kapasiti sesebuah jalan, maka laluan khas motosikal perlu diwujudkan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menjamin keselamatan penunggang motosikal. Jalan Perkhidmatan Kebanyakan jalan perkhidmatan disediakan di kawasan bandar dan mempunyai fungsi yang pelbagai. Jalan perkhidmatan bukan sahaja disediakan di kawasan perdagangan dan perumahan tetapi juga dalam memastikan keselamatan dan kadar kapasiti di masa akan datang.

You might also like