You are on page 1of 2

PANDUAN PELAJAR

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Ujian Akhir Kursus (UAK) dan Peperiksaan Akhir meliputi tajuk-tajuk dalam modul ini. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Modul ini juga disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk mengikut proforma kursus. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Aktiviti-aktiviti disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Dua latihan disediakan pada pengujung modul ini untuk membantu kefahaman dan pengaplikasian ilmu yang telah diperolehi dalam modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. i. ii. Pelajar perlu memahami Hasil Pembelajaran yang hendak dicapai untuk setiap kursus. Pelajar diminta memahami konsep, istilah dan definisi berkaitan sesuatu tajuk kursus secara kontekstual dan bukan hanya sekadar menghafal. iii. Konsep belajar yang perlu difahami dan dihayati oleh pelajar merangkumi aktiviti mengakses maklumat, mengumpul maklumat, memproses maklumat, dan mengaplikasi maklumat. iv. Pelajar dinasihatkan merujuk pelbagai sumber maklumat, iaitu pada pensyarah, bahan rujukan, rakan sekerja, pengalaman profesional dan juga sumber internet. v. Pelajar disarankan untuk menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk pakej untuk digunakan sepanjang satu tahun pengajian. vi. Pengetahuan maklumat vii. kandungan dan pedagogi sentiasa ICT dinamik dan dan bertambah. Oleh itu, pelajar disarankan untuk membuat rujukan dengan menggunakan kemudahan Online Learning(OLL). Pengetahuan semulajadi dan pengalaman profesional yang sedia ada pada pelajar adalah kekuatan yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar untuk membuat banding beza dan mengaplikasikan sebagai amalan di bilik darjah. Selamat maju jaya.

You might also like