You are on page 1of 6

Apakah makna dan konsep Aerofoil

18 SEPTEMBER 2010 4 C OM ME NT S | T HE OR Y O F FL IG HT |

erofoil

atau Airfoil sering

dikaitkan

dengan

aerodinamik dan apabila disebut tentang aerofoil perkara pertama yang kita bayangkan adalah sayap kapal terbang. Namun begitu, aerofoil bukan nya bermaksud aerodinamik atau sayap kapal terbang. Definisi Aerofoil atau Lelayang Angin dalam penerbangan

Aerofoil atau Airfoil bermaksud satu permukaan yang bergarisan arus (streamline) yang menyebabkan udara mengalir disekitar permukaan nya menghasilkan perbezaan tekanan dan tegasan ricih, lalu menghasilkan daya angkat dan daya seretan.

Dalam erti kata lain, aerofoil bertujuan untuk menghasilkan daya angkat yang banyak serta mengurangkan daya geseran atau seretan. Buat pengetahuan anda, aerofoil boleh juga dikatakan sebagai bentuk yang dicipta bagi menghasilkan daya angkat yang tinggi. Aerofoil bagi sayap kapal terbang terbahagi kepada dua iaitu permukaan atas dan permukaan bawah. Permukaan atas aerofoil lebih panjang daripada permukaan bawah. Selain itu permukaan atas aerofoil selalunya berbentuk melengkung atau separuh bulat atau juga disebut sebagaikamber (camber).

Konsep Aerofoil
Setiap udara atau angin yang melepasi aerofoil akan terpisah lalu melepasi bucuhadapan (leading edge) dan akhirya bercantum di bucu belakang (trailing edge). Oleh itu angin di bahagian permukaan atas aerofoil bergerak lebih laju daripada permukaan bawah aerofoil disebabkan permukaan atas aerofoil tadi yangberkamber (camber) atau melengkung dan lebih panjang. Angin yang terpisah tadi akan bercantum semula dibahagian hujung belakang aerofoil yang tirus ini.

Angin di atas permukaan aerofoil ini lebih laju daripada angin dipermukaan bawah aerofoil. Oleh itu, tekanan udara di atas sayap kapal terbang lebih rendah dan disebabkan angin dibawah permukaan aerofoil bergerak perlahan, tekanan di bawah sayap amat tinggi. Kesimpulanya, perbezaan tekanan yang tinggi dibawah permukaan sayap menghasilkan daya angkat (lift) atau boleh juga disebut daya angkat terhasil disebabkan tekanan udara di permukaan sayap yang berbeza. Sila baca artikel tentang Prinsip Bernoulli Bagaimana Kapal Terbang Boleh Terbang Adakah aerofoil ini sayap? Jawapan nya tidak. Aerofoil ialah suatu bentuk 2D yang menghasilkan daya angkat. Disebabkan sayap pesawat

yang

panjang, sayap pesawat

terbang diperbuat daripada aerofoil yang berlapis-lapis sehingga menghasilkan sayap yang berbentuk 3D. Oleh itu, aerofoil dipanggil sebagaiseksyen sayap (wingssection) dan sayap diperbuat daripada aerofoil.

Jenis-jenis Aerofoil

1) Asymmetrical Aerofoil atau Aerofoil Tidak Bersemetri Ini adalah aerofoil yang biasa digunakan di semua sayap kapal terbang komersial. Asymmetrical aerofoil ialah aerofoil yang diatas nya ada permukaanmelengkung (curvature) dan dibawah nya ialah rata. 2) Symmetrical Aerofoil atau Aerofoil Bersemetri Aerofoil yang tidak mempunyai kamber (zero camber) dan aerofoil ini digunakan untuk kapal terbang akrobatik, missil, sayap jet pejuang dan bilahbilah rotor helikopter disebabkan bentuk melengkung (camber) aerofoil di kedua-dua permukaan nya sama. Aerofoil ini selalunya dipasang pada kapal terbang bersayap tengah (middle wings aircraft). Untuk penerangan lebih lanjut mengenai jenis-jenis sayap kapal terbang dan aerofoil bersemetri: Sila lihat artikel Jenis-Jenis Sayap Kapal Terbang Jenis-jenis aerofoil dan bentuk aerofoil bergantung kepada kegunaan dan kelajuan pesawat itu sendiri. Aerofoil untuk kapal terbang yang berkelajuan subsonic, super sonic dan transonic berbeza di antara satu sama lain. Namun jenis

yang utama ialah Asymmetrical Aerofoil dan Symmetrical Aerofoil. Aerofoil juga terdapat pada fiuslaj, sayap, kawalan permukaan dan bahagian kapal terbang yang membantu dalam menghasilkan daya angkat seperti spoiler, slats dan tab. Anda boleh lihat artikel ini yang berkait rapat dengan konsep aerofoil dan bagaimana kapal terbang boleh terbang.

Bahagian-bahagian Kapal Terbang (Control Surface) Empat Daya Bertindak Ke Atas Kapal Terbang Bagaimana Kapal Terbang Boleh Terbang

Konsep Aerofoil Dalam Kejuruteraan Automotif


Konsep Aerofoil ini diguna pakai dan diaplikasikan dalam bidang automotif iaitu kereta paling laju didunia, jentera F1. Aerofoil ini dipasang pada bahagian belakang iaitu pada spoiler belakang dan juga spoiler hadapan atau muncung. Namun aerofoil ini dipasang secara terbalik bagi menghasilkan daya tekanan ke bawah supaya kereta F1 tadi tidak terbang dan terbalik serta memberi kestabilan ketika berada diselekoh.

Kesimp ulan
Aerofoil ini sudah wujud sebelum manusia menciptanya. Aerofoil ini berada pada sayap burung. Jadi manusia mengambil kejadian tuhan yang menakjubkan ini dan

menukarkan nya kepada sebuah teknologi kejuruteraan yang tinggi.

Dalam penerbangan, aerofoil sangat lah penting sehingga wujud nya aerofoil designer yang mereka dan mengkaji bahagian aerofoil ini sahaja. Skop pekerjaan dalam bidang penerbangan amatlah luas sekiranya anda pandai mencarinya dan kejuruteraan penerbangan juga diaplikasikan pada seluruh teknologi dan kejuruteraan di dunia.

You might also like