You are on page 1of 10

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan rutin bilik darjah perlu diberi perhatian

kerana ia dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Manakah langkah yang paling sesuai untuk memudahkan pengurusan bilik darjah? (A) semua rutin bilik darjah disempurnakan sebelum pengajaran (B) melibatkan murid dalam sebahagian daripada tugas-tugas rutin bilik darjah (C) menjalankan tugas-tugas rutin bilik darjah pada waktu lapang (D) semua rutin bilik darjah dilaksanakan pada akhir waktu sekolah Jawapan : B

Guru A menjalankan rutin bilik darjah supaya pengajarannya boleh dijalankan tanpa gangguan. Untuk memudahkan pengurusan bilik darjahnya, guru A perlu (A) Melibatkan murid-muridnya dalam sebahagian daripada rutin bilik darjah (B) Datang awal ke sekolah supaya rutin bilik darjah dapat dibereskan sebelum bermulanya pelajaran (C) Menenepikan rutin bilik darjah sehingga terdapat waktu lapang (D) Tidak memulakan pengajaran sehingga selesai semua rutin bilik darjah A

Seorang murid menolak sebatang rokok yang ditawarkan oleh rakan sebayanya. Jawapan yang manakah dianggap sebagai paling baik menunjukkan bahawa beliau seorang murid berdisiplin arahan diri?

(A) Bapa saya akan marah

(B) Saya takut dirotan oleh guru besar


(C) Guru kata merokok membazirkan wang

sahaja (D) Ia membahayakan kesihatan saya dan orang lain


D

Antara tugas-tugas berikut, aktiviti manakah merupakan rutin bilik darjah? I. Mengutip yuran sekolah II. Menanda jadual kedatangan murid III. Menjalankan aktiviti unit beruniform IV. Melawat murid yang sakit di hospital V. Melengkapkan rekod kemajuan dan prestasi murid (A) I,II dan V (B) I, III dan IV (C) II, III dan IV (D) III, IV dan V

Jawapan : A

Dalam proses penyediaan peraturan bilik darjah, guru perlu mempastikan peraturan-peraturan itu
I. Dinyatakan secara positif II. Disenaraikan secara ringkas dan jelas III. Tidak diubah sehingga akhir tahun IV. Ditentukan dan dipersetujui secara demokratik

V. menjamin autoriti guru dalam bilik darjah


(A) I, II dan IV (B) I, III dan IV (C) II, IV dan V (D) III,IV dan V

Jawapan : A

Pengurusan Kelas
Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat (A) mengurangkan beban mengajar guru (B) mengenal pasti pelajar yang lemah dalam pembelajaran (C) mengawal pelajar yang berkelakuan kurang baik (D) mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menggalakkan
Jawapan : D

Dalam kelas KBSR, ruang-ruang pembelajaran diwujudkan untuk

I. meletak bahan pengajaran-pembelajaran


II. murid-murid berehat dan ulangkaji topik pengajaran III. menggalakkan murid berinteraksi dengan bahanbahan pengajaran IV. menyediakan suasana pembelajaran yang bermakna

dan menyeronokkan
(A) I dan II (B) I,III dan IV (C) I, II dan III (D) I,III dan IV Jawapan:D

Suasana bilik darjah amat penting dalam meransangkan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang baik, guru perlu (A) memilih ketua kumpulan

(B) mengekalkan keahlian kumpulan untuk


semua aktiviti (C) menggalakkan aktiviti bercorak kerja

kumpulan atau berpasangan


(D) menyusun kerusi meja secara berbaris agar kemas Jawapan : C

Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, anda boleh mengkaji taraf hubungan sosial pelajar anda dengan menggunakan (A) sosiometri (B) ujian personaliti (C) senarai semak (D) temubual dengan pelajar Jawapan : A

Suasana bilik darjah yang paling menenangkan hati pelajar harus mempunyai guru yang bersifat (A) autoritarian (B) demokratik (C) laissez faire (D) pessimistik Jawapan : B

You might also like